Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Oct 28, 2008

Mentaliti Kepala Hotak UMNO Perlu Diubah


Mdm Low Siew Moi Currently Post :DEPUTY GENERAL MANAGER (CORPORATE)
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Assalamualaikum wbr.

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh perlantikan Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar Sementara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) oleh Menteri Besar Selangor DS Khalid Ibrahim.

Ramai pengawai-pegawai PKNS tak terkecuali juga Penyokong UMNO dan ADUN-ADUN UMNO seperti Abdul Syukur Idrus ADUN Kuang menghasut rakyat Selangor agar menentang perlantikan ini. Sentimen isu perkauman mula diapi dan dimainkan. Kononnya menjual maruah Melayu.

Apa ke jadahnya nie. Nama pun "Acting GM of PKNS" Pengurus Besar Sementara. Jadi duduknya Low Siew Moi di situ cuma sementara sahaja. Lama mananya pun cuma setahun.
Apakah maruah Melayu tergadai.??? Apakah ada orang Melayu yang boleh difikirkan layak duduk di kerusi tersebut. Mungkin ada tapi kenapa tak diketengahkan. Dah lantik baru nak melenting.

Cuba kita tarik napas dan renungkan dalam-dalam tentang hal ini. Ada banyak kemungkinan mengapa beliau dilantik ke jawatan sementara ini. Pertama, mungkin DS Khalid ingin menggunakan idea-idea hebat dari Low Siew Moi untuk diketengahkan bagi membangunkan lagi Negeri Selangor dibawah seliaan PKNS ini.

Kedua, untuk menukar cara kerja orang Melayu yang selalu mengular kepada cara kerja orang cina yang sedikit lebih baik dari orang Melayu. Walaupun pahit bunyinya tapi kita kena terima hakikat ini.

Ketiga, cara fikiran orang cina berlainan dengan cara pemikiran orang Melayu. Justeru itu dalam bisnes cara berfikiran orang cina selalu mendahului orang Melayu. Ya kita boleh ikut caranya berurusniaga tetapi janganlah membujur lalu melintang patah. Habis semuanya kita sapu tanpa memperdulikan sempadan halal dan haram.

Keempat, cara yang dibuat oleh DS Khalid Ibrahim ini seperti cara kita mengambil pemain import dalam Liga Pro Bolasepak Malaysia. Bukan kita nak ketepikan pemain tempatan tetapi kita ingin agar pemain tempatan mempelajari teknik-teknik dan jurus-jurus dalam bidang bolasepak juga bidang-bidang lain seperti pentadbiran PKNS ini.

Janganlah kita cepat melatah, terloncat sana terloncat sini dan cuba memburuk-buruk sesuatu yang baik dengan menimbulkan isu perkauman.

Dengan terlantiknya Low Siew Moi ini dapat mengembalikan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Selangor ini Khususnya. Dah namanya pun kerajaan Campuran diantara PKR, PAS dan DAP jadi tentunya ada ketua sesuatu jabatan kerajaan terdiri dari orang Cina dan India. Takkan semuanya Melayu. Macammana kita nak hidup bersama-sama kalau begitu lagunya.

Sila kita lihat apa kata Teresa Kok

Wallahualam.
Panglima7
Sendiri Mau Ingat.
Read more...

Oct 27, 2008

Harga MInyak Dah Turun, Tapi Kerajaan UMNO & BN Masih Jimbam.

Assalamualaikum wbr.

Harga minyak dunia turun dan merudum lagi ke paras USD60. Tapi mengapa Kerajaan UMNO dan BN masih lembabb dan jimbam dalam menurunkan harga minyak. Adakah pemimpin-pemimpin UMNO yang mentadbir kerajaan ini terdiri dari mereka-mereka yang lembab dan jimbam.??? Tidak dapat dinafikan memang Kerajaan UMNO dan BN ini memang jimbam. Bukan sahaja menteri-menterinya termasuk Perdana Menteri bahkan badan-badan kerajaan juga amat slow dalam menjalankan kerja mereka. Disebabkan itu banyak agensi-agensi kerajaan diswastakan agar mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan dan bagi mengaut keuntungan yang lebih. Jangan marah a'aa orang gomen. Saya tahu bukan semuanya begitu tapi segelintirnya sahaja. tetapi disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shahrir Abdul Samad menjangkakan harga petrol dapat diturunkan lagi sebanyak 15 sen seliter pada hujung bulan ini ekoran perkembangan terkini harga minyak dunia yang jatuh merudum di pasaran global.

Kenapa 15 sen ??? sedangkan harga petrol boleh diturunkan lagi ke paras harga asalnya sebelum ini. Sila klik kenyataan Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani dari UKM

Menurut Shahrir Abd Samad, harga minyak terpaksa diturunkan hujung bulan ini bukan dalam sehari dua ini bagi mengelakkan kerugian kepada pengusaha stesyen minyak.

Alahai Datuk menteri, bila nak turunkan minyak baru nak ambil kira pengusaha stesyen minyaklah, kesusutan keuntungan petronas lah, itulah, inilah, tapi masa ko naikkan dulu, takde pulak nak pikir ini semua. Tak fikir beban rakyat.
Berapa lama stesyen minyak ini boleh menyimpan minyak dalam palong minyak mereka...paling paling pun 4 hari dah habis. Kenapa kena tunggu lebih seminggu.??
Ko nie nak memperkayakan pengusaha stesyen ke...?
Memang tak cekap ko nie....Please think outside the box laa....

Seperkara lagi, tindakan menurunkan harga minyak sedikit demi sedikit adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak. Apabila minyak dinaikkan secara mencanak maka minyak juga harus turun dengan harga yang menjunam. Penurunan yang demikian menyebabkan pengusaha makanan tersentak dan berfikir berkali-kali untuk mengekalkan harga barangan. Sedikit enforcement diperlukan agar harga barang diturunkan.

Penurunan yang sedikit-sedikit ini tidak terasa. Turun memang turun tapi tak terasa ba... Berbuih la mulut bercakap setinggi mana pun, saya jamin harga yang sedia ada akan kekal sampai bila-bila walaupun harga minyak turun dan turun lagi.

Segala usaha kerajaan yang dulu nya menaikkan gaji kakitangan kerajaan hingga mencecah 30% supaya setanding dengan pihak swasta dan agar rakyat ada kuasa membeli dilihat seperti tiada gunanya dan sia-sia aje... apabila harga barangan melambung tinggi disebabkan kerajaan GOPOH ini menaikkan harga minyak secara drastik.

Kita lihat nanti.....usul kenaikan gaji akan ada lagi dan lagi.

Hanya Pandangan
Panglima7
Read more...

Oct 26, 2008

Mana Demonstrasi Jalanan Ala UMNO ?




Assalamualaikum Wbr.

Apabila Najib membuat kenyataan 2 hari yang lepas bahawa beliau MESTI menamatkan DEB(Dasar Ekonomi Baru) secara beransur-ansur,takde pulak tahi-tahi kucing UMNO yang bertaburan di jalan-jalan raya membuat demonstrasi menentang Dasar DEB ini sepertimana yang pernah dibuat kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sebaik sahaja DAP memerintah Pulau Pinang.

Bukankah DEB yang akan diubah secara beransur-ansur oleh Najib ini sama dengan DEB yang dicadangkan oleh LIM Guan Eng dan DS Anwar Ibrahim. Ini bermakna Najib bersedia menamatkan dan menghilangkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu. Mana dia Melayu-Melayu UMNO yang dulunya menjerit-jerit seperti orang gila dijalanan membantah DEB dulu.?? I am wondering, where are these demonstrators. ? Heran ako. Semuanya dah hilang ke...? Ataupun mereka-mereka ini cuma Demonstrasi Upahan yang diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk mengadakan Demonstrasi Jalanan.

Jika tiada demonstrasi jalanan yang dibuat dalam waktu terdekat bagi menentang kenyataan Najib ini....MEMANG SAHLAH mereka ini diupah untuk berdemonstrasi. Itulah Harga Diri orang-orang UMNO dan penyokong-penyokongnya. Tidak bermaruah dan tidak ada harga diri, sepertimana taik kucing tadi. Baunya ajer dah cukup busuk, nak dibuat baja tiada tumbuh-tumbuhan yang sudi menerimanya. Politik Taik Kucing.

Sila Klik

Wallahualam
Panglima7
Read more...

Oct 24, 2008

Rombakan Kabinet : Muhyiddin Mula Terasa Bahangnya

Assalamualaikum wbr.

Pengumuman Abdullah semalam kononnya akan melakukan rombakan kabinet dalam masa terdekat ekoran kemenangan pucuk pimpinan baru di dalam MCA amat meresahkan Muhyiddin.

Keresahan ini berikutan tentangan yang begitu hebat dan terang-terangan dilakukan oleh Muhyiddin terhadap kepimpinan Abdullah dalam mempastikan pengunduran yang lebih awal dari apa yang dirancangkan oleh Abdullah sendiri.

Usaha Muhyiddin ini berjaya menyebabkan Abdullah kehilangan jawatannya namun ianya dibalas dan kecam hebat oleh Abdullah 3 hari yang lepas. Apabila Abdullah menyerang Mahathir yang merupakan bosnya yang sangat ditaatinya suatu ketika dulu, juga mengecam keras Muhyiddin, dan sekarang pula menyuarakan akan merombak kabinetnya pula. Percubaan ini dilihat sebagai suatu usaha membalas dendam terhadap mereka-mereka yang menentangnya juga yang condong kepada Tun Mahathir Mohammad.

Begitulah politik, kalau menentang akan menerima padahnya. Dan Muhyiddin yang mempunyai "Six Sense" ini sudah mula terasa bahangnya.

Apakah apabila Muhyiddin disingkirkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri membenarkan lagi dakwaan bahawa Muhyiddin akan menyertai Pakatan Rakyat dibawah pimpinan sekutunya dahulu Anwar Ibrahim..???

Lu Pikir la...sendiri...

Kita ikuti kenyataan penganalisis politik Safar Jumaat untuk analisis selanjutnya.
Sila Klik

Wallahualam.
Panglima7
Read more...

Oct 23, 2008

Penyakit Tua UMNO Apakah Ada Penawarnya

Assalamualaikum wbr.

Terkedu saya bila membaca pandangan Tun Musa Hitam yang mengatakan " Generasi muda diperlukan untuk membantu pulihkan penyakit tua UMNO yang sudah berusia 61 tahun."

Bolehkah penyakit tua dipulihkan agar tampak seperti muda??? Buah kalau dah kecut atau kerenyut bolehkah dimudakan kembali? Kulit badan kalau dah tua atau berusia bolehkah ditegangkan atau dimudakan kembali??? Mungkin boleh ditegangkan menggunakan botox atau selainnya tetapi tidak dapat disembunyikan dari penyakit nyanyuk.

Nak tahu nyanyuk atau tak nyanyuknya UMNO nie ialah apabila Kerajaan Melaka yang diperintah oleh UMNO memberikan jawatan Datuk Kepada Pelakon Shah Rukh Khan baru-baru ini. Alasan yang diberikan sungguh tidak dapat diterima akal orang-orang muda.

Dan selepas generasi muda mula mempertikaikan alasan nyanyuk ini maka kedengaran pula komen dari seorang yang begitu hebat dari segi fizikal juga pemikirannya sepanjang 24 tahun yang lalu tetapi malangnya kenyataan beliau menampakkan ciri-ciri nyanyuk dek kerana umurnya yang telah menjangkau lewat 70an. Sila klik pandangan beliau.

Apabila sampai umur lanjut, maka penyakit nyanyuk akan datang dengan sendirinya. Makanlah apa jenis ubat dan vitamin pun, ia tetap menyerang juga. Inilah kuasa Allah Taala dalam membezanya antara yang berusia dan juga yang tua.

Don't get me wrong. Bukan niat saya untuk menghina orang tua atau orang yang lebih senior daripada saya mahupun mereka yang digelar warga emas. Saya pun jika panjang umur akan merasai alam ketuaan kerana setiap yang muda akan tua juga akhirnya. Ini fitrah kehidupan di dunia. Di akhirat...manusia tidak akan tua buat selama-lamanya. Mereka Kekal dan abadi dengan usianya.

Fakta yang ingin saya bawakan ialah....penyakit tua yang mewarisi bersamanya nyanyuk memang tiada ubatnya di dunia ini.

Wallahualam.
Read more...

Oct 22, 2008

Akhbar Berita Harian Diberi Kata Dua

Assalamualaikumw Wbr.

Akhbar Berita Harian telah disekat dan ditarik balik kebenarannya dalam membuat liputan sepanjang persidangan DUN Kelantan berlangsung semalam berikutan akhbar itu tidak melapurkan berita sebenar mengenai titah ucapan Sultan Kelantan.

Umum sudah sedia maklum bahawa akhbar ini memang menjadi dalang UMNO & Barisan Nasional dalam memutarbelitkan kenyataan. Akhbar ini juga adalah sekutu rapat dengan TV3. Baru semalam TV3 mengambarkan Sultan Kelantan amat Murka kepada Kerajaan Pas pimpinan TGNA kerana gagal mentadbir Kelantan. Tidak pula akhbar ini menyiarkan yang Sultan Kelantan Murka kepada Kerajaan Persekutuan yang tidak memberikan bantuan sepertimana yang dijanjikan dahulu. Siar separuh sorok separuh.

Penyiaran berita yang sekerat-kerat seperti cut and paste ini amat tidak bermoral, hina, keji dan dungu dan telah diamalkan sejak BN berkuasa. Setengah abad tau. Mana-mana berita yang boleh menguntung UMNO dan Barisan Nasional maka akan diedit dan make up seolah-olah ianya benar-benar dimaksudkan oleh tuan yang empunya diri.

Speaker DUN Kelantan Ustaz Nasharuddin Daud memberi kata dua kepada Akhbar Berita Harian agar menarik balik kenyataan yang tidak benar tersebut atau akhbar tersebut yang akan ditarik balik kebenaran dalam membuat liputan dalam DUN Kelantan. Tindakan tegas speaker amatlah tepat dan disokong.

Kita bukan nak menyekat tugas pemberita. Memang itu tugas pemberita menyiarkan berita sebenar, tetapi apabila sampai kepada pihak atasan, berita itu telah disunting dan diedit agar menguntung kerajaan UMNO & BN.

Malulah pada rakyat asyik nak menipu ajer....sampai bila nak jadi barua UMNO dan BN.
Hinggakan kebebasan Akhbar Perdana Negara jatuh merudum rankingnya ke level 132 dalam dunia. Sila Klik.
Read more...

Oct 21, 2008

Najib Memasang Badan, Mahathir Pula Yang Gian


Najib Mula Memasang Badan Sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam.
Assalamualaikum wbr.

Setelah 5 tahun melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri yang ke 4 pada tahun 2003, Mahathir kembali gian. Apa yang giannya beliau di sini? Giannya Mahathir dalam hal ini ialah suka kepada perbalahan, menguasai dan mendominasikan UMNO mengikut telunjuknya. Walaupun jika Najib menjadi Perdana Menteri yang keenam, suara-suara Mahathir akan berkumandang di telinga menteri-menteri kabinet di bawah seliaan Najib. Seolah-olah Najib menjadi puppet atau boneka Mahathir. Najib adalah seorang yang tidak berjiwa besar dan tidak berani bersuara di hadapan Abdullah, inikan pula dihadapan Mahathir.

Sekarang ini kita telah saksikan bagaimana pertikaman lidah di antara Mahathir dan juga Pak Lah mengenai orang-orang yang perlu berada di dalam kabinet Najib. Belum lagi Najib memerintah, suara-suara Mahathir sudah jelas kedengaran.

Sila klik kenyataan Balas terkini Mahathir terhadap Abdullah.

Secara beransur-ansur pengaruh Pak Lah mulai kendur. Ini dapat dilihat dengan rendahnya sokongan Kahiri Jamaluddin dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Rendahnya sokongan terhadapa Ali Rustam Muhammad taib, juga Azalina Othman. Sedangkan bagi orang-orang Mahathir seperti Najib, Muhyiddin dan Mukhriz, sokongan terhadap mereka adalah diluar jangkaan.

Senario ini mencemaskan Pak Lah dan memaksa beliau menyerang Mahathir secara terbuka tanpa selindung lagi. Perang terbuka Pak Lah ini adalah perang yang terbaik pernah dilakukan sejak beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Tapi serangan balas Pak Lah tidak membawa erti di saat ini, seperti Harimau Kehilangan Gigi kerana Pak Lah sudah mulai kehilangan kuasa dan juga sokongan.

Hanya Anwar sahaja yang dapat menghancurkan cita-cita dan impian Mahathir juga angan-angan Najib, dengan menumbangkan Kerajaan BN dan menubuhkan suatu kerajaan Baru Pakatan Rakyat dalam waktu terdekat ini.

Wallahualam
Read more...

Oct 19, 2008

Perletakkan Jawatan PM: Sudah Tampak Nada Kekesalan Abdullah



Assalamualaikum wbr.

Pada awal pengumuman Perletakkan Jawatan sebagai PM pada Mac tahun depan oleh Pak Lah baru-baru ini, nada beliau tampak gembira seolah-olah telah hilang stress yang ditanggungnya selama ini. Kononnya perletakkan jawatan PM dibuat atas kerelaan beliau sendiri setelah mengambil masa yang panjang dan setelah memikir semasak-masaknya untuk berbuat demikian. Ianya bukanlah disebabkan desakan sesetengah pihak yang berada di dalam mahupun di luar UMNO. Pengumuman itu dibuat dalam satu Press Conference di hadapan para wartawan media perdana negara ini.

Tetapi hari ini nada beliau cukup berbeza dan berlainan sama sekali. Jelas sekali beliau tidak dapat menyorokkan kekesalan meletakkan jawatan sebagai PM pada Mac tahun depan atas desakan ahli-ahli UMNO terutama sekali TS Muhyiddin Yassin yang dahulunya cukup akrab dan rapat dengan beliau. Dahulu ke mana sahaja beliau pergi Muhyiddin pasti ada disisinya. Di mana ada Abdullah di situ ada Muhyiddin. Seolah-olah Muhyiddin ini regu Pak Lah dan tak boleh dipisahkan. Masa berlalu, sehinggalah Pak Lah dinobatkan sebagai PM di mana akhirnya Najib atas kelicikan dan helah Tun Mahathir terangkat menjadi regu Paklah sebagai Timbalan PM.

Penyusunan semula Portfolio Menteri Kabinet menyaksikan tindakan kurang berhemah Pak Lah yang melantik sekutu rapatnya TS Muhyiddin menjadi Menteri Pertanian, Menteri yang paling rendah dalam ranking senarai menteri-menteri. Perlantikkan ini amat mengguris dan melukakan hati Muhyiddin Yassin. Perasaan ini dipendamkan sahaja oleh Muhyiddin. Selepas perlantikkan itu Muhyiddin tidak lagi dilihat bersama-sama dengan Abdullah dalam apa-apa majlis kerajaan hinggalah ke hari ini. Kalau ada pun semuanya duduk berjauhan. Yang bersama Pak Lah adalah menantunya Khairy Jamaluddin yang dulunya pernah mengidam untuk menjadi PM sebelum umurnya 40 tahun. Sejauh mana kebenaran si Khairy untuk menjadi PM ini tidaklah diketahui.

Muhyiddin dahulu adalah sekutu DS Anwar Ibrahim yang pernah menentang Tun Mahathir. Apabila Pak Lah melupakan Muhyiddin, maka Muhyiddin mula mencari dahan yang kukuh bagi menguatkan kedudukannya yang keseorangan di dalam UMNO. Najib yang dahulunya menjadi "Blue Eyes" Tun Mahathir tetapi disebabkan tingkahlakunya yang taat dan menjadi "Yes Man" pada Abdullah menyebabkan beliau mula tidak disenangi oleh Tun Mahathir.

Tatkala Mahathir yang tersisih di luar UMNO dikutuk, dikeji dan dinista oleh anak-anak buahnya sendiri, maka Muhyiddin mula menyusun langkah dengan mengambil kesempatan ini untuk memujuk beliau dan akhirnya berjaya memimpin tangan Mahathir untuk pulang kembali ke pangkuan UMNO. Maka bermulalah episod Pakatan Mahathir, Ku Li dan Muhyiddin bagi menumbangkan Abdullah Bodowi. Desakan demi desakan, kenyataan demi kenyataan dibuat silih berganti oleh ketiga orang ini bagi mengugat jawatan nombor satu negara yang disandang oleh Abdullah Bodowi. Tetapi kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin ini amat mengejutkan banyak pihak termasuklah Abdullah sendiri. Beliau tidak menyangka Muhyiddin akan menikamnya secara berdepan.

Muhyiddin mempertikaikan tempoh peralihan kuasa yang dibuat dan dirancangkan oleh Abdullah pada June 2010 akhirnya tidak dapat dipertahankan sehinggalah beliau membuat pengumuman untuk perletakkan jawatannya pada Mac 2009. Itu pun Muhyiddin masih mempertikaikan akan lamanya tempoh peralihan tersebut. Apabila Muhyiddin dilihat bersama-sama dengan Tun Mahathir di hari terbuka Aidil Fitri dirumahnya baru-baru ini mengesahkan lagi hubungan intim beliau dengan Tun Mahathir. Sila Klik. dan Klik Lagi

Akhirnya terungkailah kekesalan Abdullah yang menuduh Muhyiddin lah punca segala-galanya menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatannya lebih awal dari apa yang dirancangkannya pada pertengahan 2010 seperti mana yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO. Baru nampak kan...

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan. Lihat petikkan kata-kata Pak Lah di bawah:

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.



Berita lebih lanjut Sila Klik


Terlajak Perahu boleh diundur, Terlajak kata....Abdullah Hilang Kuasa.Pengumuman Perletakkan Jawatan PM dan juga Presiden UMNO tidak dapat ditarik balik lagi oleh Abdullah melainkan beliau menyusun satu strategi halus SEKARANG ini yang lebih tersusun dan terancang bagi membolehkan Najib KEMPUNAN menjadi PM, memandang Najib sangat banyak kes-kes kotornya termasuklah isu Panas AlTantuya. Dengan menjerat Najib maka membolehkan beliau terus menyambung kembali tugasnya menjadi Perdana Menteri sampai bila-bila.

Wallahualam
Panglima7
Read more...

Oct 18, 2008

Kelab BN : UMNO Sedang Mencari-cari Formula


Paklah headache-mencari-cari Formula

Assalamualaikum wbr.

Seperti yang umum sedia maklum Parti-Parti terbesar yang berada di dalam Barisan Nasional adalah parti yang berteraskan Semangat Perkauman. Parti-parti ini yang terdiri daripada Parti UMNO yang kononnya memperjuangkan nasib orang-orang Melayu, manakala parti kedua terbesar, MCA memperjuangkan nasib orang-orang Cina manakala kaum India pula diperjuangkan oleh Parti MIC.

Sekiranya anda seorang India, pergilah mengadu kepada UMNO yang merupakan salah satu parti dominan dalam Barisan Nasional dan lihat sekiranya parti UMNO ini mampu membantu anda. Besar kemungkinannya anda akan pulang dengan hati yang redam. Kerana apa....sudah terang bahawa parti ini HANYA MENOLONG ORANG-ORANG MELAYU. Anda perlu mengadu untung nasib anda kepada Parti MIC iaitu parti berasaskan kaum India jika ingin meminta pertolongan. Tetapi belum tentu permohonan anda akan dilayan. Nasiblah kalau menyokong Parti Dacing ini.

Lain pula berlaku jika anda mengadu nasib anda kepada parti-parti yang anda di dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP. Sudah pasti anda akan diberi bantuan seadanya. Kerana apa....parti-parti ini bukan seperti parti BN yang mana.. luar sahaja nampak elok tetapi hakikat didalamnya penuh dengan semangat perkauman.

Walaupun kelihatan persefahaman parti-parti komponen dalam Barisan Nasional agak kukuh jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat tetapi di dalam hati ketua-ketua kaum ini tersemat kesangsian diantara satu sama yang lain. Masih tersemat semangat perkauman. Gemar mengata belakang, kutuk mengutuk parti komponen yang lain di hadapan kaum sendiri bagi meraih sokongan dan bila bertemu dengan parti kaum yang lain, percakapan telah berubah dan bertukar menjadi lain.

Lihat sahaja apa yang dipertikaikan oleh Parti MCA mengenai Kontrak Sosial baru-baru ini juga meminta agar diadakan satu jawatan Timbalan Presiden Barisan Nasional dari Parti MCA. Lihat bagaimana UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional menanganinya dengan menyemai dan menanam semangat perkauman dikalangan orang-orang Melayu agar bangkit juga mempergunakan Sultan dan Raja-Raja Melayu bagi menutup mulut kaum-kaum yang lain. Sila Klik Pandangan Prof. Dr. Hamirdin.

Walaupun sudah kuat kedengaran dalam parti-parti komponen Barisan Nasional agar berubah menjadi satu parti yang mewakili semua kaum jika ingin survive pada Pilihanraya yang akan datang tetapi UMNO belum lagi berjumpa satu formula untuk merealisasikannya. Jika UMNO menubuhkan parti baru untuk semua kaum maka hilanglah kuasa dominan mereka dan hilanglah UMNO dari takhta pemerintahan. Ini sangat ditakuti oleh pimpinan-pimpinan UMNO. Disebabkan itulah Abdullah Bodowi mencadangkan agar Barisan Nasional menjadi kelab penyokong kepada mereka-mereka yang tidak menyokong mana-mana parti seperti UMNO, MCA dan MIC yang berada di dalam Barisan Nasional. Sila Klik

Perlu diingat bahawa Barisan Nasional bukanlah sebuah Parti, Barisan nasional hanya sebuah gagasan yang bernaung dibawahnya Psrti-parti yang lain seperti UMNO, MCA dan MIC. Mana mungkin perkara ini boleh berlaku.

Apapun hayat mereka sudah sampai di penghujung. Semua parti ada masa ajal masing-masing. Apabila sampai masanya...segala apa yang mereka lakukan semuanya tidak akan berjaya dan mendapat sokongan rakyat lagi.

Inilah bezanya Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Apakah anda masih ingin memilih Barisan Nasional dalam pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang atau memilih Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik daripada Barisan Nasional.

Tepuk dada dan lihatlah arahtuju generasi anda di masa hadapan.

Wallahualam.
Panglima7: bersiap kuburkan Barisan Nasional.
Read more...

Oct 17, 2008

Bandar Baru Bangi Keputusan Air




Assalamualaikum Wbr.

Telah masuk 2 hari Bandar Baru Bangi dan kawasan-kawasan disekitarnya keputusan bekalan air. Penduduk B.B.Bangi kegelisahan, mana taknya terpaksa menunggu selama 3 hari atau mungkin lebih lama lagi bagi membolehkan penyambungan paip yang pecah disebabkan pengorekkan pasir di Kampung Revolusi Hijau di daerah Dengkil. Sila Klik.
Ramai penduduk mula membanjiri restoran-restoran disebelah malamnya kerana kesukaran suri-suri rumah untuk memasak dan menyediakan makanan untuk anak-anak dan keluarga disebabkan masalah ini.

Apa pun masalahnya, keputusan bekalan air ini bukan hanya berlaku disebabkan masalah paip putus di Dengkil tetapi juga sering berlaku sejak pemberian air percuma sebanyak 20 liter kepada Rakyat Selangor oleh Kerajaan Negeri di bawah Pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apa yang ingin saya utarakan ialah, tindakan Kerajaan PR memberikan air percuma kepada Rakyat Selangor tanpa mengira apa fahaman politik mereka termasuklah penyokong pembangkang seperti UMNO, MIC dan MCA bolehlah diibaratkan seperti "orang mengantuk disorongkan bantal". Orang kaya gembira dan orang miskin lebihlah lagi. Cumanya di sini, janganlah kerana pemberian air percuma ini maka kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Syabas kepada Rakyat Negeri Selangor juga turut terabaikan dan dipandang sepi.

Air dah percuma tapi perkhidmatan hampeh. Kerapkali bekalan air terputus tanpa ada pengumuman dibuat terlebih dahulu oleh Syarikat Syabas ini hinggakan rakyat terpinga-pinga, kebingungan kerana tiada persediaan awal yang dapat dibuat bagi mengatasi masalah ini.

Kita sedia maklum, dari pengarah, pegawai hinggalah petugas-petugas dan pekerja bawahan dari Syarikat Syabas bukan semuanya menyokong parti yang memerintah iaitu Pakatan Rakyat. Mereka-mereka yang mempunyai kuasa di dalam Syabas boleh mempergunakan air sebagai senjata ampuh mereka bagi menyulitkan bekalan air kepada Rakyat Selangor hingga rakyat selangor akan beranggapan bahawa pemberian air percuma oleh Pakatan Rakyat ini seakan tidak berguna dan tidak ada maknanya sekiranya bekalan air seringkali terputus tanpa ada pengumuman dari Syabas dan juga amat lembabnya perkhidmatan lori-lori tangki Syabas yang menyalurkan bantuan.

Perlu diingat...Kalau kerajaan Pakatan Rakyat menabur baja diwaktu pagi maka Syabas di bawah pengaruh dan bayangan UMNO boleh menabur racun diwaktu petang. Sia-sia sahajalah usaha PR memberi air percuma kepada rakyat jika Syarikat Syabas ini tidak dipantau perkhidmatannya.

Oleh itu saya menyeru MB Selangor, Exco-Exco Kerajaan Negeri juga Ahli-Ahli Majlis agar memantau perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Syabas kepada Rakyat.
Jangan lepas tangan dan percaya 100% kepada perkhidmatan yang mereka berikan setelah PR berkuasa.

Saya bukan membuat tuduhan tetapi kadangkala perlu ada sikap pesimis dalam diri kita agar Syabas tidak diperkudakan oleh UMNO dalam memanupulasikan isu air ini juga supaya rakyat tidak memberontak dalam senyapnya.

Wallahualam.
Read more...

Oct 16, 2008

Ibrahim Ali Mengadu Domba





Apakah Mahathir mampu berdiri di situ untuk berdebat dengan DS Anwar ???

Assalamualaikum.

Belum pun reda kita bercerita tentang Ibrahim Ali, maka telah keluar kenyataan Ibrahim yang mencadangkan agar Debat Perdana dibuat secara live di televisyen di antara Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sila Klik.

Bak kata Prof. Dr. Hamirdin dibawah,

Berikan beliau keris. Berikan beliau rpg. Berikan beliau M16. Acah beliau supaya senjata itu beliau gunakan untuk menikam musuh politik PAS dan PR. Biar dia bersilat, biar dia menikam, biar dia menghamput, tetapi kita yang corongkan hamputannya itu kepada UMNO.
Untuk lebih panas Sila Klik pandangan Prof. ini

Saya tertarik dengan pandangan Prof. Dr.Hamirdin agar Pas mempergunakan Ibrahim Ali, jangan biarkan beliau meracau-racau hingga menyusahkan banyak orang dan Pakatan Rakyat.

Ibrahim Ali : Mengadu domba
Anwar : Cuma tersenyum dan geleng kepala.
Mahathir : Beliau takkan berani. Dalam Mahkamah pun takut nak hadir.


Wallahualam
Panglima 7
Read more...

Oct 15, 2008

Ibrahim Ali @ Si Tanggang



Assalamualaikum wbr.

Saya rasa terpanggil untuk menulis sesuatu mengenai Ibrahim Ali yang boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Dahulunya beliau digelar katak puru yang kerjanya melompat dari satu parti ke satu parti yang lain apabila persekitaran hidupnya bertambah panas bagi membolehkan ia untuk mencari tempat yang lebih dingin dan selesa.

Terlebih dahulu sedikit sebanyak mengenai biodata Ibrahim Ali. Beliau adalah seorang yang sangat goyah pendiriannya dan sentiasa tidak tetap dalam membuat keputusan. Bak kata orang Lidah Bercabang. Specis apa yang lidah bercabang ? Biawak kot !! Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, beliau ini sering lari ketika pertempuran.(perang politik)

Pada awalnya beliau menyertai Berjasa, tapi kemudian beralih arah dengan melompat ke Parti Pas apabila Berjasa sudah lemah lututnya di Kelantan. Bila Pas mula bergoyang dan semakin goyah, beliau melompat pula ke dalam Umno untuk mencari kedudukan. Pada tahun 1988, Krisis Mahathir & Ku Li bermula dan menyebabkan UMNO terpecah dua, dan kemudian berakhir dengan tertubuhnya parti serpihan Semangat 46 di bawah pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau mengambil peluang ini dengan melompat ke parti S46. Tapi beberapa tahun selepas itu, parti S46 mula tenggelam timbul, cepat - cepat pula beliau berpaling tadah dengan menyertai Umno semula. Apabila tersingkir dari UMNO beliau sanggup tebalkan muka yang tidak tahu malu itu dengan memohon kepada TGNA untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket Pas pada Pilihanraya Umum yang lalu. Kalau dilihat dari sejarah lompat-melompat ini beliaulah orangnya yang paling banyak di antara yang terbanyak dalam melompat Parti dalam sejarah politik tanahair.

Bagi saya, walaupun tidak dizahirkan, tentunya TGNA sangat kecewa dan merasa terkilan dengan perilaku Ibrahim Ali ini. Seorang yang tidak tahu mengenang budi. Kita bukan minta untuk dikenang budi pun tetapi ada bahasalah sikit. Setelah Pas dan PKR bekerja keras bagi membantu memenangkan kau di Parlimen Pasir Mas, sebaik kemenangan boleh kau isytihar yang kau adalah Parti Bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti samada UMNO, PAS atau PKR.
Ya Allah !!! Apakah jenis Manusia ini. "Bukankah baik kau jadikannya seekor binatang" kata P. Ramlee dalam Ibu Mertuaku. Bukan kata saya.

Baru-baru ini yakni semalam, beliau telah menyokong dan membela serta mempertahankan pendirian kerajaan UMNO & BN untuk mengekalkan ISA di negara ini. Terdahulu beliau telah bertengkar dan bergaduh besar dengan Karpal Singh dengan tuduhan tidak menghormati Parlimen dengan tidak berdiri ketika berucap sedangkan pada masa itu dan sekatrang ini Karpal hanya mampu duduk di kerusi roda.

Saya percaya bahawa seluruh penyokong, pendukung dan ahli-ahli parti terutama Pas, Keadilan dan DAP merasa amat malang dengan sikap yang ditunjukkan oleh Ibrahim Ali ini. Beliau menyamai dengan sifat seekor binatang yang Allah ciptakan iaitu Iguana atau sejenis specis Sesumpah yang sering menukar warna kulitnya mengikut keadaan dan situasi sesuatu tempat agar menjadi bidalan dan pengajaran kepada manusia.

Juga boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit atau lebih sesuai anjing la. Ini bukan saya cakap, tapi orang tua tua dahulu yang cakap. Yakni seperti Melepaskan Anjing Tersepit. mana taknya....merayu ia pada TGNA untuk bertanding atas tiket Pas di Parlimen Pasir Mas, di saat beliau tiada apa-apa di sana. Setelah menang tangan kita pula digigitnya.

Walau bagaimana pun, biarlah dia terjun dengan labu-labunya. Pisang tak akan berbuah dua kali. Pilihanraya yang akan datang kita akan saksikan Pas akan mengambil semula Parlimen Pasir Mas dari biawak hidup ini.

Untuk berita lebih lanjut tentang Ibrahim ali. Sila Klik

Wallahualam.
Read more...

Tabung Azan Utusan Malaysia : Sudah Terang Lagi Bersuluh



Assalamualaikum wbr.

Apabila Utusan Malaysia disaman 30 juta oleh Ahli Parlimen Seputeh sebaik sahaja dibebaskan dari tahanan ISA, maka mengelupurlah orang-orang UMNO yang ada kepentingan di dalam Utusan. Kelamkabut mereka sehingga sanggup menubuhkan Tabung Dana yang kononnya dipanggil
Tabung AZAN.

Hasil derma dari Tabung ini kononnya bagi membantu Utusan yang sekarang ini sedang sesak napas...macam kena sembelih laa... bagi membayar kos saman 30 juta dari Teresa Kok seandainya kalah di mahkamah, juga untuk keperluan melahirkan Muazzin-Muazzin bagi melaungkan azan sekuat-kuatnya.

UMNO Bahagian Cheras berasa terpanggil dan amat prihatin dengan akhbar Utusan Malaysia yang sedang berjuang untuk menegakkan syiar Islam dan kepentingan orang Melayu.

“Apabila pemimpin DAP itu menyaman akhbar Utusan Malaysia hanya kerana isu laungan azan, maka tindakan Teresa itu seolah-olah mencabar dan menghiris seluruh perasaan umat Islam di negara ini,” jelasnya.


Untuk lebih detail sila klik.

Kalau sekiranya Utusan Malaysia tidak bersalah memfitnah Teresa Kok, mengapa harus takut dan kelam kabut sampai sanggup kutip derma berpuluh-puluh ribu selagi mana temampu pada semua Bahagian UMNO ??? nak bantu bayar duit saman Teresa Kok Kah ???

Belum naik mahkamah dah sejuk semacam nie....apasal.? Utusan Malaysia tak apa-apa awak yang menggigil apasal. Lebih sudu dari kuah pulak.

Daripada senario ini, baru jelas, terang dan sangat nyata bahawa Utusan Malaysia ini adalah Lidah UMNO.
Beliau menjelaskan, akhbar Utusan Malaysia adalah milik orang Melayu dan sinonim dengan perjuangan UMNO, maka tindakan Teresa itu samalah seperti menggugat kepentingan seluruh umat Islam.


Sudah terang lagi bersuluh....Akhbar Utusan adalah lidah UMNO. Telah bertahun-tahun saya tidak membelinya. Pada mereka yang masih membeli Utusan Malaysia, berhentilah dari membelinya. Baca boleh percaya jangan.

Wallahualam.
Read more...

Oct 13, 2008

Tanda-Tanda Kerajaan Melaka Akan Tumbang



Assalamualaikum wbr.

Isu yang masih Panas ini dipanaskan lagi.
Selepas ini kita akan menyaksikan pula bagaimana tumbangnya kerajaan Melaka dalam PRU 13 disebabkan kebodohan melampau pemerintah negeri dan alasan Pak Kaduk yang diberikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Muhd Ali Rustam.

Anugerah Datuk ini sangat memanaskan hati dan sangat menghina semua lapisan Masyarakat bukan sahaja seluruh Rakyat Melaka tetapi juga para artis dan seniman dan Seluruh Rakyat Malaysia. Sila Klik

Kebodohan ini tidak mungkin dapat dimaafkan oleh Rakyat. Jangan pandang rendah isu yang mereka anggap kecil seperti ini. Isu inilah yang bakal mengheret dan menghukum Kerajaan Negeri Melaka dalam PRU yang akan datang. Rakyat Melaka tidak akan memilih lagi orang-orang yang bodoh dan badut untuk mewakili mereka sebagai pemimpin di negeri yang hebat ini pada Pilihanraya yang akan datang.

Ala...Kassim, Mak dah tua Kassim.
punyalah hebat lakonan beliau dalam ibu mertuaku yang ditayang beribu-ribu kali sepanjang zaman pun tak dapat anugerah Datuk.

Sendiri Mau Ingat laa...

Bila Panglima 7 naik berang.
Read more...

Kembalinya Mahathir : Pembawa Malapetaka atau Penyelamat UMNO

Assalamualaikum.

Umum telah mengetahui bahawa Tun Mahathir telah pun menyatakan hasrat ingin menyertai UMNO semula setelah dipujuk oleh orang no.3 negara, tak salah dan tak bukan siapa lagi kalau bukan Tan Sri Muhyiddin Yasin, Mantan MB Johor. Agak tinggi juga ilmu Muhyiddin ni ya,hingga berjaya bawa pulang Mamak Bendahara. Sedangkan ramei yang mencuba tetapi gagal. Teringat cerita Panglima Hang Tuah yang berjaya pujukrayu Tun Teja datang ke Melaka. Melaka lagi!!. Melaka oh Melaka. Lama sangat BN memerintah, sampai nyanyuk beri anugerah datuk. ishk..ishk.. ishk.. ishk!!

Samada beliau yang berjaya memujuk Mamak Bendahara pulang atau Mamak Bendahara yang dah teringin sangat nak pulang tidaklah hamba ketahui. Hanya mereka berdua ajer yang tahu ceritanya.

Arakian, tatkala tersebarnya berita kepulangan ini maka mashyurlah nama Temenggung Muhyiddin seketika. Adapun bagi Bendahara Dolah tidaklah gumbira hatinya mengenangkan beliau sering disakat oleh Mamak Bendahara bertahun lamanya. Sekonyong-konyong mata nak terkalip, pulang semula dia. Akan tak lenalah beradu Bendahara Dolah walaupun telah dipasang bersamanya si jin. Manalah tahu bimbang kalau-kalau dirasuk lagi dan lagi. Gerangan apakah yang membuatkan Panglima 3 ini membawanya pulang ke istana.??

Shahdan, penduduk-penduduk negeri penggemar dacing mulalah memasang angan akan aman dan makmurlah semula negeri ini dari segala sengketa setelah kembalinya mamak bendahara. Adapun bagi cacai tentera Dolah, ini adalah malapetaka bukannya penyelamat kepada penduduk negeri negeri keris.

Apa ada kebenarankah kemunculan mamak Bendahara semula bisa membawa Malapetaka yang lebih besar atau menjadi penyelamat kepada UMNO dan BN.

Apa pun kembalinya Mamak Bendahara tidak dapat merubah Timbangan Dacing. Sudah lama hamba rakyat merasa terbeban kerana masih lagi menggunakan Dacing yang lama dan berkarat. Udah ler lama...senget pulak tuu....Sedangkan 5 negeri-negeri di atas angin dan wilayah tengah telahpun mengguna pakai sistem Metrik.

Hamba Panglima 7
Read more...

Parlimen 13 Oct 08. Baculnya Barisan Kabinet Pak Lah

Assalamualaikum wbr.

Saya tidak tahu bahasa apa yang patut dipakai pada barisan kabinet Pak Lah. Tidak malukah mereka kepada rakyat??? Sudah hilangkah kemaluan mereka, apabila tiada seorang pun anggota kabinet BN seperti PM, TPM dan jemaah menteri Barisan Nasional yang hadir semasa perbahasan bajet oleh DS Anwar Ibrahim.

Di mana rasa tanggungjawab mereka yang kononnya tinggi menggunung. kononya siang malam tidak tidure duk memikirkan pasal kehidupan rakyat, untuk bela rakyat lari dari masalah ekonomi dan kewangan sedangkan mereka lari dari topik yang sangat penting ini. kalau tak takkanlah dibahaskan di dalam Parlimen.

Sungguh mendukacitakan...
Read more...

Oct 12, 2008

Pak Lah Jadi Tunggul.

Assalamualaikum wbr.

Setelah mengetahui tarikh pengunduran Abdullah, walaupun masih lagi menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO hingga Mac ini, tapi rata-rata semua orang bagaikan menganggap Abdullah seperti sudah tiada lagi dalam UMNO dan barisan kepimpinan negara.

Orang dah nak pergi ni, jarang menjadi rujukan lagi...bila berjumpa semuanya akan bertanya apa rancangan selepas pengunduran. Tiada lagi cakap-cakap kepimpinan. Startegi dan Rancangan Abdullah dalam masa 6 bulan sebelum pengunduran hanyalah make up aje..... 5 tahun masa pemerintahan dulu pun tak dapek nak laksanakan....inikan pula dalam masa 6 bulan.

Semua dah mula malas nak merujuk apa pun kepada beliau. Sedangkan ketika ada kuasa pun lemah, inikan pula ketika umum dah mengetahui jangka hayat beliau hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Abdullahboleh lah diibaratkan seperti Tunggul kayu.

Pokok yang dipotong tetapi ditinggalkan hanya dibahagian pangkalnya dipanggil Tunggul Kayu. Tunggul Kayu biasanya orang dah tak pandang dan ambil peruah lagi. Ketika masih pokok dan belum dipotong...ya memang semua orang pandang dan ambil sebagai tempat berteduh. Dah jadi tunggul...sape nak heran.

Jadi sekarang, UMNO seperti layang -layang yang terputus talinya. Melayang ke sana ke sini...tak tentu arah. Atau dalam bidalan hewannya...seperti anak ayam kehilangan ibu. Tiap-tiap anak ayam bising sakan hingga kedengaran sana sini mencari ibu. Riuh rendah....bayangkan berapa punya banyak anak-anak ayam. Samalah macam UMNO bising sampai keseluruh negara, dalam paper, dalam tv dalam media, semua dok bukak mulut-bising, mencari juga melobi mencari ketua yang sesuai.

Abdullah buat ape...???? Lebih -lebih lagi bila bekas Mamak Bendahara menyuruh beliau "DIAM" dalam masa 6 bulan ini.

Abdullah - Tunggul pun Tunggul lah....

Wallahualam.
Read more...

R.A.H.M.A.N : Suratan Atau Kebetulan

Assalamualaikum wbr.

Sudah lewat benar rasanya menulis pada malam ini berbanding pada malam-malam kebiasaannyaa. Mana taknya sebelah pagi sampai jam 3 petang sibuk menguruskan urusan kerja, manakala sebelah petangnya bergegas ke majlis jemputan rumah terbuka, siapa lagi kalau tak bukan penulis Blog Terkenal, Prof. Dr. Hamirdin Ithnin. Seperti mana yang dikata oleh Al-brangi sebagai penulis blog yang paling tersohor di Bandar Baru Bangi. Siapa yang tak kenal Prof. Dr. Hamirdin Ithnin. Sebut sahaja Dr. Hamirdin semua orang tahu lah...kalau orang itu tak tahu maka bukan orang politik lah jawabnya.

Kehadiran saya di rumah beliau yang ketika itu dikelilingi oleh Al-brangi juga rakan-rakan seperjuangan disambut dengan perasaan gembira apatah lagi dengan laungan mengusik "Pang5", "Pang5 tengku7"..nape tak Pang lima 4 ke...nape 7? Saya cuma mampu tersengih. Senyum kambinglah katakan....

Setelah beberapa ketika di rumah beliau saya sekeluarga meneruskan schedule perjalanan ke Serdang dan penghujungnya ke Shah Alam. Agak penat juga tapi seronok dapat bertemu dengan bertukar-tukar pendapat bersama rakan-rakan sebendera dan yang sewaktu dengannya.

Dalam perjalanan pulang saya mula terfikir adakah persepsi perkataan R.A.H.M.A.N yang diwar-warkan oleh juak-juak UMNO ini satu suratan atau mungkin juga satu kebetulan?

Kalau dilihat, seakan menjadi kenyataan apabila perkataan RAHMAN ini melibatkan nama-nama pangkal semua Perdana Menteri Malaysia mengikut turutannya. Ini bermula dengan R-Rahman (Tunku Abdul Rahman, A-Abdul Razak, H-Hussein Onn, M-Mahathir Mohamed, A- Sepatutnya Anwar Ibrahim laa..tapi anda sudah maklum huruf A ini telah tertukar dengan Abdullah Bodowi dan N- yang mungkin akan berakhir dengan Najib Razak.

Persepsi yang dimainkan oleh juak-juak UMNO ini seakan-akan ada kebenaran apabila Najib Tun Razak diwar-warkan menjadi pengganti Pak Lah pada pertengahan tahun 2010. Tetapi apabila Pak Lah didesak agar mempercepatkan pengundurannya maka Nama Najib tiada disebut lagi oleh Pak Lah sebagai Penggantinya. Malah jika beliau teringin menjadi Perdana Menteri yang keenam, Najib perlu bertanding merebut Jawatan Presiden UMNO terlebih dahulu. Itu pun jika cukup pencalonan oleh setiap Bahagian UMNO. Maka untuk Najib merealisasikan Persepsi RAHMAN ini tidak dapat dipastikan lagi.

Peluang sekarang di tangan DS Anwar Ibrahim untuk mengubah RAHMAN ini kepada RAHMAA. Apa pulak maksud RAHMAA ini..jangan bermaksud nama tuhan agama lain sudah..!!!
Atau mungkin juga RAHMAT- jika Tengku Razaleigh menang menentang Najib.

Kita saksikan aje nanti....

Wallahualam bissawab.
Read more...

Oct 10, 2008

Bangangnya Kerajaan Negeri Melaka

Assalamualaikum wbr.

Kerajaan Negeri Melaka sudah nyanyuk agaknya apabila menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka(DMSM)kepada Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan yang melayakkan beliau bergelar Datuk sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, yang bukan anak kelahiran Melaka ini iaitu Tun Mohd. Khalil Yaakob ke 70, esok.

Apa sudah jadi ni..!!! di mana akal waras mereka yang mencadangkan pangkat Datuk ini kepada pelakon ini. Apa jasa yang telah dibuat oleh pelakon ini hingga kerajaan negeri semacam mabok kepayang memberi anugerah ini. Beliau bukannya rakyat Malaysia. Sedarlah diri sikit, ramai lagi mereka-mereka yang tersangat berhak dan layak untuk terima anugerah ini bagi mengenang jasa mereka kepada tanah air tercinta ini.

Seakan Kerajaan Melaka sudah tiada orang dalam senarainya untuk menerima darjah kemuliaan ini. Pendek benar fikiran mereka yang mencadang dan meluluskannya.

Kita jangan lupa, pelakon inilah yang dengan menggunakan filemnya banyak merosakkan akhlak dan fikiran anak-anak muda tidak kira lelaki dan perempuan untuk lari dari rumah meninggalkan ibu & bapa, adik beradik juga keluarga demi cinta suci mereka konon, dengan menurut pasangan masing-masing ke mana sahaja mahupun lautan api sanggup direnangi.

Kerana terpengaruh dengan filem pelakon inilah ramai anak-anak Melayu murtad dari agamanya dengan berkahwin dengan pasangan non muslim mengikut adat istiadat agama lain. Hinggakan Mufti Perak Datuk Harussani pernah menyarankan agar filem-filem hindustan ini diharamkan dari ditayang di kaca-kaca TV bagi membendung gejala Murtad yang melanda negara.

Justeru itu apa yang Kerajaan Melaka banggakan sangat dengan Shah Rukh Khan ini ???
Jangan marah jika rakyat menganggap tindakan ini sebagai tindakan bangang lagi zalim kepada penerima yang sepatutnya layak tetapi tidak menerimanya.

Wallahualam
Read more...

Oct 9, 2008

PAS Bertemu Titik Persefahaman

Assalamualaikum wbr.

Setelah lama bertelagah sesama sendiri, akhirnya Pas menemui titik persefahaman yang akhirnya menyatupadukan pendapat kesemua ahli-ahli Pas dalam membentuk Kerajaan Baru di bawah Pakatan Rakyat. Tiada lagi golongan Erdogan dan golongan TGHA. Semuanya bersepakat untuk duduk dibawah satu payung naungan Anwar Ibrahim sekiranya berjaya memerintah nanti.

Berita ini bukan sahaja mengembirakan hati semua ahli-ahli akar umbi tetapi juga mampu mematangkan lagi Pas dalam mengatasi perpecahan yang lebih besar jika Pucuk pimpinan berdegil ingin meninggal PR apabila syarat Pas tidak dipenuhi.

Pendapat demi pendapat dan perbahasan telah pun dibangkitkan dalam Muktamar Agung Pas tetapi tidak berjaya meleraikan kekusutan ini. Kemudian lahirlah ratusan pandangan diblog-blog yang salah satu darinya termasuklah pandangan dari YB dari Ahli Parlimen Shah Alam Ir Khalid Samad.

Saya salah seorang yang bersetuju dengan pandangan beliau yang mahukan Pas bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam menubuhkan sebuah Kerajaan yang bersih lagi adil. Pandangan beliau merujuk kepada Perjanjian Hudaibiyah yang dimeterai oleh Nabi Muhammad SAW. Ramai para sahabat yang dalam hati mereka tidak bersetuju dengan perjanjian ini kerana ianya berat sebelah, tidak menguntungkan Islam da banyak memihak kepada pihak Musyrikin Mekah. Tetapi setelah beberapa tahun barulah para sahabat melihat hikmah disebalik perjanjian ini.

Mengambil kira pandangan Professor Dr. Hamirdin Ithnin, seorang yang mempunyai pemikiran yang sangat tajam dalam membaca isu politik semasa, telah menyarankan pucuk pimpinan agar Pas perlu bersama-sama dalam Kerajaan Baru Pakatan Rakyat jika tidak mahu ketinggalan Keretapi.
Memetik kata-kata beliau dalam posting yang terdahulu : "Perjuangan Islam bukan hanya untuk satu tempoh edah pilihan raya sahaja, tetapi ia adalah satu perjuangan yang panjang. Mungkin memakan ratusan tahun. Kalau pemerintahan Islam tidak dapat ditegakkan dalam hayat Hadi Awang, kita sanggup tunggu ratusan tahun lagi, yang mana kemenangan itu kita yakin akan datang. Oleh itu laagkah keluar dari PR adalah satu langkah yang mengundang multiple error. Baru lagi PAS buat error dengan berunding bersama UMNO untuk menubuhkan kerajaan di Selangor, dan kini ada ura-ura untuk meningalkan PR. Ini adalah satu tindakan harakiri.
Bagi saya, walaupun PAS diperlekeh sebagai junior partner, ia hendaklah terus bersama PR. Be in the game. Apabila peluang sampai, sambar peluang tersebut. Tetapi kalau PAS keluar dari PR, ia bukan sahaja tidak berada dalam game tu, tetapi ia akan mencipta musuh baru. Musuh lama pun tak dapat diselesaikan lagi, sekarang mau cari musuh baru pula. ia tidak hikmah."


Apa pun...Ucapan Syabas patut diberikan kepada pimpinan Pas kerana berjaya mendengar dan menerima pandangan dari ahli-ahlinya selama ini.

Wallahualam.
Read more...

Oct 8, 2008

Setelah Melihat Geruh- Akhirnya Abdullah Mendengar

Assalamualaikum wbr.

Ramai penganalisis politik yang membuat andaian bahawa Pak Lah akan mempertahankan jawatannya berikutan adhoc meeting yang dibuat oleh Pak Lah berakhir pada 2 pagi semalam. Tak kurang juga yang mempunyai pendapat yang sama dengan Tun Mahathir kononnya Pak Lah tidak akan melepaskan jawatannya dengan mudah walaupun banyak pihak dari kiri dan kanan, atas dan bawah, depan dan belakang mendesak beliau berbuat demikian.

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir ada berkata, Pak lah bukanlah seorang pendengar yang baik. Maka apa sahaja yang yang disampaikan oleh akar umbi atau nasihat dari peringkat bawahan UMNO mahupun atasan seakan masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Itu pun hanya disedari oleh Tun setelah beliau gagal menjadi Penasihat parti UMNO sepertimana Lee Kuan Yew itu selepas pengunduran Tun 5 tahun yang lalu.

Tetapi andaian beliau semuanya melesettt. Kini Abdullah sudah MENDENGAR. Tengahari tadi Pak Lah telah menumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri berkuatkuasa Mac tahun depan. Ini bermakna beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dalam masa 5 bulan dari sekarang.

Ya Abdullah sudah mendengar. Beliau seperti baru mendapat telinganya kembali setelah 5 tahun kehilangan pendengaran dek kerana nikmatnya duduk di kerusi yang paling panas tetapi empuk itu. Sesiapa pun akan kehilangan telinga jika berada dipuncak kuasa apatah lagi menjadi orang nombor satu dalam negara, melainkan mereka yang benar-benar takut kepada Allah dan Rasulnya.

Walau apa pun keputusan Abdullah, saya pasti, tetap ada ralat dihatinya kerana menjadi Perdana Menteri yang terpendek usia pemerintahannya dan terlemah diantara 4 orang Perdana Menteri sebelum ini. Apa nak dikato....semua pihak tak kira kawan mahupun lawan seakan orang gila mendesak, menyindir dan mengancam agar beliau meletakkan jawatannya dengan serta merta. Mahu tak mahu Abdullah terpaksa membuat seakan-akan mendengar walaupun memang beliau mendengar.

Mungkin juga keputusan yang dibuat oleh Pak Lah ini adalah bagi menghalang undi tidak percaya kepadanya, yang bakal diketuai oleh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim pada 13 Okt ini bagi menumbangkan bukan sahaja dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi juga Kerajaan UMNO dan BN.

Jika beliau tidak membuat pengisytiharan sekarang maka akan tercatitlah di dalam sejarah Malaysia atau Malaysia Guinness Book of Record pada 13 Okt ini bahawa tumbangnya Kerajaan UMNO dan BARISAN NASIONAL disebabkan sikap TIDAK MENDENGAR Abdullah Bodowi ini. Beliau tidak mahu menjadi bahan umpatkeji sejarah UMNO, yang beliaulah punca berakhirnya kerajaan UMNO dan BN setelah berkuasa selama setengah abad.

Namun apa pun yang dibuat oleh Abdulllah sekarang bagi sesetengah pihak sudah terlambat dan tidak bererti lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Walaupun Najib dicanang-canangkan bakal menjadi pengganti beliau pada Mac tahun depan bukanlah menjadi al-sebab yang Kerajaan UMNO & BN akan mendapat sokongan dan dapat bertahan dari digulingkan pada 13 Okt nanti apabila Parlimen mula bersidang kembali.

Rakyat sudah muak dan jelek dengan Pemerintahan UMNO & BN ini. Semangat ingin menukar kerajaan begitu meluap-luap hingga tidak tertanggung lagi. Rata-rata semua inginkan kerajaan yang baru yang dapat mentadbir dengan adil, dan pemberian yang saksama di setiap 14 negeri di Malaysia ini.

Ini yang sangat ditakuti oleh Abdullah dan menjadi mimpi ngeri dalam tidur beliau kebelakangan ini. Sebenarnya Geruh Abdullah sudah sampai. Perletakkan jawatan ini bukan sahaja tidak dapat menghalang undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen nanti tetapi juga bakal memporak perandakan lagi Parti itu setelah pimpinan-pimpinan bahagian yang begitu lapar saling cabar mencabar bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

UMNO sudah Gerhana. Kita lihat bagaimana kesudahan sejarah hidup UMNO ini nanti.

Wallahualam.
Read more...

Oct 7, 2008

Isu Roboh Kuil : Wajarkah Pegawai MPAJ Digantung Tugas???

Assalamualaikum wbr.

Sebenarnya saya malas nak mengulas isu sensitif dan panas ini. Tapi disebabkan banyak komen yang diterima dalam blog-blog yang lain maka saya rasa terpanggil ingin mengulasnya.

Baru-baru ini, kerajaan negeri Selangor telah mengenakan tindakan menggantung tugas Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hamid Hussein selama seminggu berhubung tindakan beliau mengarahkan pegawai-pegawainya merobohkan kuil Dri Mahakaliaman yang dibina secara illegal di tanah milik kerajaan.

Maka ramailah yang memberi komen menyokong tindakan MPAJ ini dan tidak kurang juga yang menentang terutamanya dari masyarakat India.

Kita tidak harus lupa, dan kalau tak silap saya DS Anwar Ibrahim telah berjanji bahawa PR tidak akan merobohkan kuil dan rumah ibadat semua kaum di negara ini jika berkuasa berikutan robohnya kuil masyarakat India di Klang sebelum ini ketika berkuasanya Regim Zalim Khir Toyo dan pasangannya Samy Vellu yang memang telah tiada value nya ketika dan saat ini.

Sebaik sahaja kuil ini dirobohkan,maka tegaklah rambut palsu Samy yang tiada berambut ini tak kurang juga pasangannya Khir Toyo yang mengutuk sekera-kerasnya Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim seolah-olah merekalah pembela dan pejuang masyarakat India. Sedangkan mereka yang tak sedar diri ini lupa yang merekalah punca apa yang berlaku selama ini dengan menjadi perintis kepada robohnya surau di Fasa 4 Bdr Baru Bangi dan Surau-surau yang lain di Selangor begitu juga kuil di Klang.

Apabila isu ini diutarakan kepada pihak berkuasa MPAJ, mereka dengan mudah menjawab yang mereka hanya menjalankan tugas sahaja dan tidak terlibat serta berkecuali dalam mana-mana parti politik di negara ini. lagi pun kuil tersebut dibina tanpa kelulusan.

Persoalannya, mengapa baru sekarang kuil ini dirobohkan sedangkan kuil ini telah berdiri selama 10 tahun, bukan 10 hari. Mengapa MPAJ tunggu 10 tahun baru kuil itu nak dirobohkan??? Kenapa setelah 10 tahun baru nak kata yang MPAJ cuma menjalankan tugas dan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.???

Apakah pekerja-pekerja MPAJ yang bekerja dengan Kerajaan ini sangat berkecuali dalam hal politik dan tidak menyokong mana-mana parti termasuklah UMNO & BN serta parti pembangkang ??? Jangan nak Temberang laa.

Dalam isu yang sangat sensitif ini ianya sangat mudah menjadi perbalahan kaum. Kita hidup bermasyarakat bukannya hidup dalam alam Melayu sahaja. Mengapa hal yang sangat penting ini tidak dirujuk dulu sebelum membuat keputuan untuk merobohkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor. MPAJ bukannya nya berada di bawah bidang kuasa Kerajaan UMNO & BN tetapi berada di bawah Pemerintahan Kerajaan Baru Pakatan Rakyat. Agaknya MPAJ ini masih bermimpi di siang hari kononnya mereka masih lagi di bawah bidang kuasa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Tidak kiralah kuil tersebut dibina tanpa kelulusan atau mendapat kelulusan, ianya perlu dirujuk dahulu kepada Kerajaan Negeri. Jangan mendahului Menteri Besar. Perbincangan di dalam Dewan Negeri perlu diusulkan dan dibahakan samada dipindahkan kuil ini ke tempat lain atau lain-lain keputusan yang adil agar tidak membangkitkan kemarahan masyarakat India. Janganlah nak jadi pewaris Khir Toyo dengan mengambil tindakan sendiri dengan sesuka hati.

Nampak sangat ketidak ikhlasan MPAJ dalam hal ini. Tindakan yang mengikut perasaan hodoh ini seolah-olah suatu cubaan ingin membalas dendam "grudge" dan ingin menjatuhkan Kerajaan Baru Pakatan Rakyat dengan tindakan yang sangat tidak berhemah ini.

Pada hemat saya, MEMANG WAJAR Timbalan Yang Dipertua MPAJ ini digantung tugasnya oleh Kerajaan Negeri kerana membuat keputusan yang sangat tidak bermoral ini. Tapi bagi saya penggantungan tugas selama seminggu untuk Kerajaan Negeri membuat siasatan dalaman "domestic Inquiry " tidaklah memadai. Beliau sepatutnya digantung perkhidmatan selama 2 minggu atau lebih dan dalam masa yang sama beliau patut diberi separuh gaji sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Buruh 1955.

Wallahualam.
Read more...

Health : Rice is the culprit!

Assalamualaikum wbr....

Things to ponder. Happy Reading.

Eat Less Rice!
The human body was never meant to consume rice! You see, our genes have hardly changed in more than 30,000 years. However, our food choices and lifestyle have changed dramatically. The caveman would hardly recognise our food or way of life. Caveman food was never cooked as fire was not yet tamed. Thus, he ate only those foods that you can eat without treatment with or by fire. He ate fruits, vegetables, fish (sushi anyone?), eggs, nuts and meat. Yes, even meat. You can even eat meat raw if you were starving in the forest. You have the necessary enzymes to digest meat. However, rice, like wheat and corn, cannot be eaten raw. It must be cooked. Even if you were starving in the desert, you cannot eat rice in the raw form. This is because we do not have the system of enzymes to break rice down. You were never meant to eat rice. To make matters worse, you not only eat rice, but also make it the bulk of your food. In some parts of Asia, rice forms up to 85% of the plate. Even if you take rice, keep it to a minimum. Remember, it is only for your tongue - not your body. Actually, rice and other grains like wheat and corn are actually worse than sugar. There are many reasons:

Rice becomes sugar - lots of it!
This is a fact that no nutritionist can deny: rice is chemically no different from sugar. One bowl of cooked rice is the caloric equal of 10 teaspoons of sugar. This does not matter whether it is white, brown or herbal rice. Brown rice is richer in fibre, some B vitamins and minerals but it is still the caloric equal of 10 teaspoons of sugar. To get the same 10 teaspoons of sugar, you need to consume lots of kangkong-10 bowls of it.

Rice is digested to become sugar.
Rice cannot be digested before it is thoroughly cooked. However, when thoroughly cooked, it becomes sugar and spikes circulating blood sugar within half an hour-almost as quickly as it would if you took a sugar candy. Rice is very low in the 'rainbow of anti-oxidants. '
This complete anti-oxidant rainbow is necessary for the effective and safe utilisation of sugar. Fruits come with a sugar called fructose. However, they are not empty calories as the fruit is packed with a whole host of other nutrients that help its proper assimilation and digestion.

Rice has no fibre.
The fibre of the kangkong fills you up long before your blood sugar spikes. This is because the fibre bulks and fills up your stomach. Since white rice has no fibre, you end up eating lots of 'calorie dense' food before you get filled up. Brown rice has more fibre but still the same amount of sugar.

Rice is tasteless-sugar is sweet.
There is only so much that you can eat at one sitting. How many teaspoons of sugar can you eat before you feel like throwing up? Could you imagine eating 10 teaspoons of sugar in one seating?
Rice is always the main part of the meal. While sugar may fill your dessert or sweeten your coffee, it will never be the main part of any meal. You could eat maybe two to three teaspoons of sugar at one meal. However, you could easily eat the equal value of two to three bowls (20-30 teaspoons) of sugar in one meal. I am always amused when I see someone eat sometimes five bowls of rice (equals 50 teaspoons of sugar) and then asks for tea tarik kurang manis!

There is no real 'built in' mechanism for us to prevent overeating of rice:

How much kangkong can you eat?
How much fried chicken can you eat?
How much steamed fish can you eat?


Think about that!
In one seating, you cannot take lots of chicken, fish or cucumber, but you can take lots of rice.

Eating rice causes you to eat more salt.
As rice is tasteless, you tend to consume more salt-another villain when it comes to high blood pressure. You tend to take more curry that has salt to help flavor rice. We also tend to consume more ketchup and soy sauce which are also rich in salt.

Eating rice causes you to drink less water.
The more rice you eat, the less water you will drink as there is no mechanism to prevent the overeating of rice. Rice, wheat and corn come hidden in our daily food. As rice is tasteless, it tends to end up in other foods that substitute rice like rice flour, noodles and bread. We tend to eat the hidden forms which still get digested into sugar. Rice, even when cooked, is difficult to digest.
Can't eat raw rice? Try eating rice half cooked. Contrary to popular belief, rice is very difficult to digest. It is 'heavy stuff'. If you have problems with digestion, try skipping rice for a few days. You will be amazed at how the problem will just go away.

Rice prevents the absorption of several vitamins and minerals.
Rice when taken in bulk will reduce the absorption of vital nutrients like zinc, iron and the B vitamins.
Are you a rice addict? Going rice-less may not be easy but you can go rice-less. Eating less rice could be lot easier than you think. Here are some strategies that you can pursue in your quest to eat less rice:

Eat less rice-cut your rice by half. Barry Sears, author of the Zone Diet, advises 'eating rice like spice'.
Instead, increase your fruits and vegetables.
Take more lean meats and fish.
You can even take more eggs and nuts.
Have 'riceless' meals. Take no rice or wheat at say, breakfast. Go for eggs instead.
Go on 'riceless' days-Go 'western' once a week.

Take no rice and breads for one day every week. That can't be too difficult. Appreciate the richness of your food. Go for taste, colours and smells. Make eating a culinary delight. Enjoy your food in the original flavours.
Avoid the salt shaker or ketchup. You will automatically eat less rice.

Eat your fruit dessert before (Yes! No printing error) your meals.
The fibre rich fruits will 'bulk up' in your stomach. Thus, you will eat less rice and more fruits.
It's your life. Decide what you want to eat!
Read more...

Oct 6, 2008

Jawatan Timbalan Presiden UMNO : AIr Liur Mula Meleleh dan Menjejeh

Assalamualaikum wbr.

Mari kita singkap kembali teori Pavlov.
Pada awal tahun 1900an, seorang ahli fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov telah mengemukakan Teori 2 faktor. Teori ini adalah teori dorongan. Apabila dibunyikan loceng maka berkejaran dan melelehlah air liur binatang ini. sebagai tanda masa makannya telah tiba. Tak perlu tahulah binatang jenis apakah ini. Itu tak penting.

Cuma saya ingin tahu bolehkah teori ini disamakan dengan apa yang berlaku sekarang?
Mungkin ya dan mungkin juga tidak. tetapi jika dianalisa, tidak dapat tidak macam ianya tidak boleh lari dari teori Pavlov ini.

Cuba kita renungkan tentang isu ini. Apabila loceng pertandingan dibunyikan maka kecur dan melelehlah air liur sesiapa sahaja di dalam UMNO untuk bertanding merebut jawatan yang diidam-idamkan selama ini. Mungkin bagi sesetengah pemimpin masanya belum sesuai lagi tetapi ada juga yang tak tertahan tahan nak tunggu lama...kalau tak nanti.. jadi macam Datuk Shahrir Abdul Samad yang merasakan beliau sudah agak terlambat untuk bertanding jawatan lebih tinggi pada pemilihan parti Mac tahun depan memandangkan usianya sudah pun mencecah 59 tahun.

Lalu kerana apa tampak bagai berjejeran air liur-air liur mereka. Mungkin apa yang ada di benak masing-masing adalah habuan yang cukup besar hingga bak kata orang dulukala "tujuh keturunan punya makan pun tak habislah laa". Apa yang berlaku kemudian kepada parti dan negara, itu belakang kira, yang penting kekuasaan, pengaruh dan kawasan di sekitar perut terisi.

Maka tidak hairanlah jika ada diantara mereka yang baru menjawat jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian pun sanggup menyahut cabaran. Pada hemat saya, Ukurlah baju di badan sendiri, memang ko ada hak tapi janganlah main terjah atau dalam bahasa indonnya....main semberono ajer. Kalau iapun nak masuk pertandingan ambil kiralah pandangan mereka yang ada di luar dan di dalam parti.
Jangan nanti dikata orang....gila jawatan.

Setakat ini mereka yang telah memberi signal untuk bertanding adalah, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan yang terbaru adalah Datuk Nur Jazlan Mohamed anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat.

Adakah mereka ini benar-benar layak atau ada udang disebalik Koew Tiau.?? Tentunya kita sudah sedia maklum akan kelayakan mereka dalam perebutan kerusi panas ini.

Dan yang mungkin pasti, tradisi simbol kepala agung akan menjelma kembali dan mendatangi setiap perwakilan dalam waktu terdekat ini. Makin biru dan makin ungu warnanya semakin cerahlah harapan mereka menjawat jawatan tersebut.

Wallahualam.
Read more...

Oct 5, 2008

Benarkah Taming Sari Berada di Tangan Ali Rustam?

Assalamualaikum wbr.

Bila kita sebut Melaka pastinya, ingatan kita tak lepas dari sebuah negeri yang sangat mahsyur dengan sejarah ketamadunan umat melayu zaman silam bermula dengan Parameswara hingga kepada Kesultanan Melayu Melaka, Kisah lima pahlawan Melaka Hang Tuah, Jebat, Lekir Kasturi dan Lekiu hingga kepada penaklukan Portugis dan Belanda.

Begitu hebat negeri ini hinggakan ia tidak boleh lari dari sejarah Melayu hinggalah ke hari ini. Apabila sesebuah negeri itu dianggap hebat tentulah penduduk negeri itu juga hebat bukan? Kalau tidak masakan negeri tersebut boleh hebat. Hebatnya negeri ini kerana lahirnya panglima-panglima yang sama hebat namanya dengan hamba ini. Hebatnya mereka itu dalam memperjuangkan keadilan dari kerenah pemerintahan yang zalim ketika itu. Hang Jebat bangun memperjuangkan keadilan untuk Hang Tuah yang mati dibunuh Sultan manakala banyak menteri-menterinya bangun menentang apa juga bentuk kezaliman yang dilakukan oleh Sultan tanpa usul periksa seperti laksamana Bentan menuntut keadilan dalam pembunuhan isterinya yang ketika itu sarat mengandung-Dang Anum.

Tapi mengapa selepas perginya hulubalang-hulubalang ini maka keadilan seakan tidak diperjuangkan oleh Rakyat Melaka. Mana perginya waris-waris pahlawan Melayu ini?? Kezaliman Regim UMNO dan BN yang mencengkam bumi Melaka sejak 51 tahun bagaikan tiada tentangan langsung dari rakyat Melaka. Hingga tiada satu kerusi pun pernah dimenangi oleh PAS dalam setiap Pilihanraya Umum mentelaah lagi Pilihanraya Kecil.

Seperti tidak pernah ujud hulubalang ini dalam lipatan sejarah di Melaka sedangkan kuburnya ada. Semua negeri di Semenanjung Malaysia ini telah berjaya ditembusi oleh Pas, melainkan Melaka. Johor yang merupakan tempat lahirnya Parti UMNO yang dianggap sesetengah pihak sebagai Kebal dan menjadi kubu kuat UMNO hingga kini pun berjaya dirobekkan kekebalannya oleh PAS. Saya masih ingat Mat Sabu pernah berkata dulu, sekiranya Pas berjaya menang satu kerusi di Johor maka Pas akan menumbangkan 40 ekor lembu sebagai tanda kesyukuran. Betulkan saya jika saya silap. Akhirnya dengan izin Allah jua Pas berjaya memenangi satu kerusi di sana.

Tinggal Melaka sahaja yang hingga kini tidak terpecah lagi telur tembelangnya. Kalau pecahlah.....alamatnya memang busuklah mulut-mulut orang -orang UMNO membawa cerita ini bukan sahaja di Melaka tetapi juga diseluruh negara.

Bagaimana Negeri Melaka ini begitu sukar ditembusi ???. Apakah Taming Sari telah jatuh ke tangan Ali Rustam hinggakan digelarkan orang banyak sebagai WIRA yang mengemudi Jentera UMNO hingga tampak begitu hebat dan Kebal? Apakah Negeri Melaka bukan sahaja selamat dari bencana alam seperti yang dilaung-laungkan oleh Parameswara 1400 tahun dulu tetapi juga selamat dan terlepas dari Tsunami Pilihanraya.?

Kalaulah Strategi yang menjadi puncanya, Pas Negeri Melaka wajib melakukan sesuatu yang extraordinary. Pesuruhjaya Pas Negeri Melaka, Ustaz Abd Ghani Abdul Rahman tentu ada jawapannya.

Bagaimana pula anda yang lahir dari Negeri Melaka, tiadakah jawapannya.

Wallahualam.
Read more...

PR : Pergunakan Dewan Orang Ramai Di Selangor

Assalamualaikum wbr.

Alhamdulillah !!! Syukur kepada Allah Swt. Dapat Kita bertemu Kembali....

Saya baru sahaja pulang dari Kampung Sebelah Isteri di Hulu Bernam, Selangor yang kurang 1km dari Sempadan Tanjung Malim Perak. Sambutan Rakyat pada Hari Raya kali ini bagi saya adalah dibawah paras Sederhana. Tak semeriah dulu bukan ? Stesen-stesen TV juga media massa cuba menutup kelesuan ini dengan mendakwa kononnya Hari Raya disambut sederhana. Jauh bezanya, disambut sederhana dan dibawah paras sederhana. Dengan berbagai isu semasa dan ketidakstabilan Politik dan Kemelesetan Ekonomi negara juga Inflasi menyaksikan kuasa membeli rakyat semakin terhakis dan memungkinkan Hari Raya disambut di bawah paras sederhana.

Begitu jugalah apa yang berlaku kepada para penduduk Hulu Bernam yang berada dihujung sempadan Negeri Selangor ini. Harga barang-barang sangatlah mahal. Hinggakan Nasi Lemak + telur harganya RM1.80 sebungkus. Taruk telur ke tak taruk telur ke tetap RM1.80. Ikan keli yang dijual di pasar-pasar besar di Kuala Lumpur ini pun dijual dengan harga RM3.50-3.80 sekilo. Tetapi di Hulu Bernam yang bersempadan dengan Tanjung Malim ini, lain pula harganya. Ikan yang paling rendah mengikut susunannya kalau nak diklasifikasikan diantara ikan-ikan yang setawar denganya boleh mencecah RM6.00 sekilo di sini. Tak masuk akal dan merepek sungguh peniaga ikan air tawar di pasar Tg. Malim ini.

Walaupun harga barang sangat tinggi di Hulu Bernam dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya tetapi tidaklah mampu merubah sikap pengundi-pengundi UMNO dan BN. Lebih-lebih lagi kawasan ini adalah kampung Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Cuma dalam pilihanraya yang lepas menyaksikan dominasi UMNO di kawasan Hulu Bernam ini makin terhakis setelah hanya memenangi undi majoriti sebanyak 3,000 berbanding 10,000 dalam PRU ke 11.

Cuma apa yang saya ingin utarakan di sini, Setelah Pakatan Rakyat berjaya menawan Selangor,saya sarankan agar parti-parti dalam PR ambilah kesempatan ini dan peluang keemasan ini dengan menggunakan Dewan-Dewan orang ramai atau apa sahaja yang telah dibina oleh UMNO di tanah-tanah kerajaan semasa hayatnya yang terdahulu dipergunakan.

Jangan biarkan bangunan-bangunan dan dewan-dewan ini sunyi dan sepi. Lagipun Kerajaan Pakatan Rakyat telah pun memegang kuncinya dan memberi ruang yang seluas-luasnya kepada semua parti politik tak kira UMNO, PKR, PAS dan DAP untuk menggunakan bangunan milik kerajaan Selangor yang dulunya dibina secara tidak sah@disalahgunakan oleh UMNO hanya untuk kegunaan partinya semata-mata.

Apakah anda ingin melihat bangunan yang didirikan ini hanya digunakan oleh UMNO semata-mata.??? Sedangkan bangunan tersebut sudah jelas disalahgunakan oleh UMNO atas nama kerajaan. Menggunakan agensi kerajaan untuk kepentingan Parti sendiri adalah sangat BACUL.

Sebagai contoh : RTM adalah milik rakyat bukannya milik UMNO dan BN. So janganlah media rasmi milik Malaysia ini disalah gunakan hingga menjadi lidah UMNO dan BN. TV & Radio Milik Malaysia telah menjadi KUDA TUNGGANGAN UMNO & BN apabila berlakunya pilihanraya. Memang benar mereka adalah pekerja -pekerja kerajaan dan dibayar gaji oleh kerajaan.

Tapi Perlu Diingat : UMNO dan BN hanyalah sebuah parti sedangkan Kerajaan pula didokongi oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengira ianya dari parti yang memerintah atau parti pembangkang. Itulah Kerajaan.

Wallahualam.
Read more...

Petition to UN Human Right Commission to Abolish ISA Petition

Petition to UN Human Right Commission to Abolish ISA Petition
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara