Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Feb 28, 2010

Alhamdulillah....Hamba Berjaya Bertemu semula Data-Data yang Hilang

Salam

Syukur Alhamdulillah. Hamba telah bertemu semula data-data hamba yang hilang. Trial an error. Pada mereka yang membaca tulisan dalam blog hamba...sila-silalah linkkan ke blog hamba ini. Terima Kasih.

Wassalam.
Read more...

Hamba Kehilangan Data dan Link Dalam Blog Hamba.

Salam,

Kepada semua blogger yang mengenali dan belum mengenali hamba....sila linkkan blog hamba kerana semasa process up to date...hamba telah kehilangan link dari tuanhamba sekalian.

Kini hamba sedang membina semula blog hamba. Harap bersabar.

Panglima7 Wrotes.
Read more...

Inilah Akibat Jika Keluarga Ambil Semberono



Salam

Berita yang menyayat hati menggemparkan Masyarakat Malaysia baru-baru ini akibat kematian sadis seorang kanak-kanak perempuan malang, Syafia Humairah 3, yang mati dengan kesan luka pada muka dan perut dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya seorang pemandu teksi 28, dalam kejadian di kampung Batu 30, Ulu Yam Selangor empat hari lalu.

Tambah mengejutkan apabila ibu mangsa iaitu Siti Nurhanim 25, telah bersekedudukan tanpa nikah dengan teman lelakinya (suspek) selama 6 tahun hingga melahirkan anak luar nikah berusia setahun enam bulan. Astagfirullahalazim.

Di sini pentingnya peranan Ahli Keluarga dan masyarakat. Bagaimana adik beradik,boleh tidak mengambil peruah akan saudaranya sendiri begitu juga dengan saudara mara dan datuk beliau yang tinggal berdekatan. Nak beromen ke, nak berzina ker....ngko punya pasal. Inilah sikap yang sangat malang. Beliau masih bersuami dan suami beliau sedang menunggu hukuman di penjara sejak tahun 2006 lagi.

Dikhabarkan ibunya juga terlibat dalam mendera mangsa dan pihak polis berkemungkinan akan menahan beliau untuk disoat siasat dan di dakwa di mahkamah syariah atas kesalahan bersekedudukan tanpa nikah selama 6 tahun hingga melahirkan anak.

Inilah hasilnya jika hidup membelakangkan agama dan sesuatu yang terjadi itu sebagai peringatan dari Allah SWT agar hambanya kembali ke pangkal jalan.
Read more...

Feb 27, 2010

Rakyat Malaysia Yang Dipimpin Oleh UMNO Bagai Melukut Ditepi Gantang.


Rakyat Malaysia Dipaksa Bayar GST. Tak Cukupkah Duit Minyak Dari Petronas????


Kasihan...Negara kaya minyak...tapi masih ada rakyat yang mengutip sisa makanan seperti ini. (gambar hiasan)




Sayang seribu kali sayang. Negara kita memang diakui dunia, cukup kaya dengan hasil mahsyul seperti bijih Timah, Gas Asli dan sekarang ini Minyak. Tentunya setiap lapisan rakyat Malaysia dari berbilang bangsa dan agama khususnya sungguh gembira dengan penemuan ini. Dengan penemuan ini rakyat akan hidup sempurna, harmoni dan lebih selesa.

Tetapi MALANGNYA, Rakyat Malaysia SUDAH TERSALAH PILIH PARTI YANG MEMERINTAH MALAYSIA. Kita Maafkanlah mereka. Kerana pemilihan yang salah ini, rakyat terpaksa menanggung pelbagai kos sara hidup yang sangat tinggi dan melambung-lambung dari masa ke semasa...sehingga wujudnya ceti-ceti haram seperti Along yang hidup subur bagaikan cendawan disebabkan kesusahan rakyat tadi. Tumbuh pula skim-skim perniagaan yang sungguh menarik tetapi menipu....ramai rakyat tertipu terpaksa berhutang dengan bank puluhan ribu ringgit disebabkan skim-skim ini. Tiada akta pun yang melindungi Rakyat yang kena tipu dalam skim perniagaan ini. Kementerian Hal Ehwal Pengguna yang ada ini tiada punyai bidang kuasa. Kuasa mereka hanya kepada pembeli yang tertipu sahaja bukan kepada mereka yang tertipu dalam menjalankan perniagaan.

Hidup rakyat tertekan...bukann sahaja tertekan tetapi SUNGGUH TERTEKAN.negara ini dipimpin oleh mereka mereka yang sangat rakus yang terdiri dari parti UMNO dan BN. Negara yang kaya boleh jadi papa kedana disebabkan kerosakan yang mereka lakukan. Hasil Mahsyul minyak negara yang diterajui oleh Petronas bukannya untuk diagihkan kepada rakyat tetapi diagihkan dikalangan mereka sahaja. DIROMPAK. Macam macam gelaran diberi seperti wang ihsan laa....wang saguhati laaa dan bermacam-macam lagi. Ada atau tiada minyak di negara ini tidak dapat membantu rakyat untuk hidup lebih selesa. Rakyat bagaikan MELUKUT DITEPI GANTANG, ramai yang miskin dan hidup di Flat-flat berbeza dengan bangsa lain, bahkan rakyat terpaksa dan Dipaksa membayar segala cukai-cukai yang hamba senaraikan di dalam penulisan hamba baru-baru ini. Di mana terbelanya melayu di sini. Peniaga Melayu lah yang paling ramai dihambat oleh jentera-jentera kerajaan ketika mereka mencari sesuap nasi ditepi-tepi jalan.
Kalau negeri Kelantan boleh ditipu...apatah lagi kita rakyat Malaysia.
BANGUNNNNNN !!! SEMUA RAKYAT MALAYSIA. TEGAKKAN KEBENARAN. HENTIKAN KEZALIMAN PENJAJAHAN UMNO & BN INI DI NEGARA TERCINTA INI.

DAKU TAK RELA TANAHAIRKU DIPERKOTAK KATIKKAN OLEH PETUALANG-PETUALING INI YANG MERACUN RAKYAT DENGAN KATA-KATA DAN MULUT YANG MANIS.

TERJEMAHKAN AMARAH ANDA DALAM KERTAS UNDI DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13 YANG AKAN DATANG.


Hei! Kursani mengalir lah dikau
Menjadi raksa,Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

Panglima7 Wrotes
Read more...

Jika Ku Li Mahu Digelar Hero, Khairy Pula Mahu Bergelar Apa ...???



Salam,

Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang bertentangan dengan Prinsip dan pendirian Parti UMNO dilihat oleh KJ sebagai cubaan mengumpan dan mahu digelar hero.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pendirian Tengku Razaleigh yang tidak sehaluan dengan keputusan Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh UMNO dan BN mengenai isu royalti minyak Kelantan adalah disengajakan untuk menarik perhatian parti.

Tindakan Ku Li...sepertimana yang diperkatakan oleh Al Brangi "Di Telan Mati Emak, Diluah Mati Bapak" sangatlah mendapat Respek yang Tertinggi di dalam arena politik rakyat di negara ini. Pengorbanan beliau ini tidak akan dilupakan oleh rakyat negara ini sehingga mati. Akan terukir pena sejarah dipenghujung hidup beliau di hati Rakyat Kelantan khususnya.

Saya pinjam kata-kata Al Brangi "Kesetiaan kepada UMNO atau berkata benar demi rakyat Kelantan yang disayangi?" http://al-brangi.blogspot.com/2010/02/umno-telan-mati-mak-luah-mati-bapak.html
Tetapi beliau sanggup berkata benar demi menegakkan kebenaran demi rakyat Kelantan dan Malaysia Keseluruhannya.

Janganlah kita menjadi Pengkhianat kepada anak-anak bangsa demi survival politik sempit mereka. Mereka ini boleh diibaratkan seperti "Buang" lakonan Salleh kamil di dalam Filem Sarjan Hasan.

Tindakan apa yang perlu di ambil terhadap beliau ini ??
Kalau Ku Li Mahu Digelar Hero Khairy pula mahu digelar apaaaaaaa........???

Anda sendiri tahu jawapannya.
Read more...

Feb 26, 2010

Ke Mana Halatuju Malaysia Wahai UMNO ???



Salam,

Kalau difikir-fikirkan....memang sesak hati hamba. Makin direnung-renung makin hamba geleng kepala. Bercakap pandai tapi ke mana hala tuju negara kita Malaysia ini. Kita menuju ke mana??? Pembangunan apa yang UMNO praktikkan kepada rakyatnya, adakah negara No. 1 di dunia dari segi kutipan cukai kepada rakyatnya.

Malang sungguh rakyat Malaysia. Keluaran minyak berjuta-juta tong sehari, tapi Malaysia tak kaya-kaya juga pun. Ditambah pula dengan kutipan cukai yang tah apa-apa ni pun. Apa tidaknya mari kita lihat senarai cukai yang perlu dibayar oleh rakyat kepada Negara yang dipimpin oleh UMNO.

1. Cukai Pintu
2. Cukai Tanah
3. Cukai Pendapatan
4. Cukai Beli Kenderaan
4. Cukai Jalan
5. Cukai Tol (Tahan Orang Lalu)
6. Cukai kerana Parking kenderaan
7. Cukai Barang
8. Cukai Tubuh Syarikat
9. Cukai Beli Rumah
10. Cukai Pinjaman Bank
11. Cukai Perkhidmatan
12. Cukai Lesen Perniagaan
13. Cukai Jualan
14. Cukai Ambil Pembantu Rumah
15. Cukai Barangan Import.
16. Cukai Kastam
17. Cukai Penerbangan

Dan bermacam-macam lagi....anda boleh tambah di sini.
Manalah rakyat tak kayap.

Panglima 7 Wrotes
Read more...

Jadilah Anak Jantan.




Salam.

Apa yang boleh diperkatakan lagi. Saman telah pun dibuat. Kini tugas loyar melawan loyar. Betul atau salah tidak penting di sini. Kalau pandai bercakap atau memutar kata maka dialah yang memenangi kes. Teringat hamba kisah Amru Al As r.a dalam sejarah Majlis Tahkim.

Sejak menang di Mahkamah BN tempohari, bertambah bersemangat pula Menteri Besar ini. Tapi janganlah sampai Kaduk naik Junjung. Sampai nak saman beratus juta. Artikel dalam akhbar arus perdana itu baru mengesyaki sahaja. Mengesyaki tidak semestinya benar selagi tidak dibuktikan di mahkamah.

Satu sahaja yang hamba nampak di sini......nak kaya cepat janganlah sampai menindas orang lain. Jalan bersihkan ada.

Panglima7 wrotes
Read more...

Feb 24, 2010

PR Sukar Tawan Sarawak : Najib. Apakah Mesej Disebalik Kenyataan ini.???




Najib begitu optimis menyatakan bahawa PR tidak akan berjaya menawan Sarawak pada Pilihanraya yang akan datang.

Najib yang juga Pengerusi BN yakin keputusan pilihan raya umum 2008 lalu tidak akan mempengaruhi sentimen atau sokongan pengundi kepada parti komponen BN Sarawak kerana rakyat mengambil kira isu setempat dan bukannya isu nasional semasa memilih calon mereka.

Dari kenyataannya ini, nyata Najib cuba bermain perang psykologi dengan PR. Jika di amati kenyataan beliau ini ianya memberikan mesej yang rakyat Sarawak sememangnya TIDAK BIJAKSANA dan masih lagi berada di takuk lama. Mudah diperkotak-katikkan oleh UMNO dan BN setelah beberapa siri hadiah atau imbuhan dikurniakan kepada mereka menjelang pengundian bermula.

Aduhai Rakyat Sarawak.....banyak protes berlaku di dalam hati kamu tetapi malang, tidak diterjemahkan di dalam kertas undi. Bangkitlah wahai rakyat Sarawak, masa kian suntuk, jangan kerana seguni dua beras kamu sanggup menjual negara ini kepada pemimpin yang merosakkan negara dan warisan kamu.

Panglima 7 wrotes.
Read more...

Feb 22, 2010

KES PERAK-APABILA PERLEMBAGAAN DITAFSIR SEPERTI SURAT WASIAT


KES PERAK-APABILA PERLEMBAGAAN DITAFSIR SEPERTI SURAT WASIAT

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Sarjana Perlembagaan menyatakan apabila Mahkamah menafsirkan Perlembagaan seperti menafsirkan surat wasiat ( a will ) , Perlembagaan akan mati. Pada 5/2/2010 yang lalu Perlembagaan Perak boleh dikatakan telah disytiharkan mati apabila 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan menafsirkan Perlembagaan Perak seperti menafsirkan surat wasiat.

Sebagai peguam kepada Nizar yang ada di Mahkamah pada hari itu dan mendengar Hakim membaca keputusan kes Nizar v Zambry ianya sama seperti mana Abdul Wahub mendengar peguam Abdul Wahab dan Abdul Wahib membaca wasiat bapa mereka Ismet Ulam Raja di dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee. Abdul Wahib dan Abdul Wahib tanpa segan silu menipu dan membuli Abdul Wahub dengan berselindung di atas kalimah demokrasi terpimpin.

Di dalam penghakimannya Mahkamah Persekutuan menolak hujah peguam Nzar tentang keperluan undi tidak percaya dibuat di dalam sidang DUN Perak bagi menentukan sama ada Nizar benar-benar kehilangan kepercayaan ahli-ahli DUN. Alasan Mahkamah menolak hujah itu amat lucu sekali. Alasannya adalah tiada dinyatakan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB mesti dibuat melalui undi tidak percaya.

Jawapan mudah kepada alasan itu adalah jika perkataan undi tidak percaya ada di dalam Artikel 16 ( 6 ) itu tidak perlulah Nizar pergi ke Mahkamah untuk meminta Mahkamah menafsirkan Perkara 16 ( 6 ) itu ?

Ya, benar memang tiada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak frasa yang menyatakan bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB dibuat mesti dibuat melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN. Tapi bukankah dalam Perlembagaan banyak perkara lain yang juga tidak dinyatakan secara spesifik. Sebagai contoh wujudkah di dalam Perlembagaan Persekutuan mana-mana peruntukkan mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri ( TPM ) ? Jawabnya tidak ada .

Kalau menggunakan logik Mahkamah Persekutuan jawatan yang disandang oleh Muhyiddin sekarang adalah tidak menepati Perlembagaan Persekutuan. Tetapi mengapakah Najib masih melantik Muhyiddin sebagai TPM –jawatan yang tidak wujud dalam Perlembagaan.

Mari kita lihat perkara lain yang juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan tetapi diamalkan selama ini di negara ini. Kewujudan pelbagai jawatankuasa di dalam Parlimen dan Kabinet juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan. Peruntukkan masa di dalam sidang Parlimen bagi ahli-ahli Parlimen khususnya pembangkang untuk bertanya soalan kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri juga tidak ada di dalam Perlembagaan.

Persoalannya mengapakah dalam keadaan ketiadaan peruntukan khusus tentang perkara –perkara yang saya nyatakan tersebut , negara ini masih mengamalkan dan melaksanakan perkara-perkara tersebut ?

Jawapannya adalah “constitutional convention” ( amalan Perlembagaan ). Amalan Perlembagaan, menurut Sir Ivor Jennings adalah satu daripada sumber Perlembagaan. Amalan Perlembagaan , kata Ivor Jennings adalah “ the flesh which clothe the dry bones of the law” ( adalah daging yang menutupi tulang-tulang kering undang-undang ). Ia adalah sepertimana kata sarjana Perlembagaan “ peraturan yang bukan legal ( sah ) bagi menjadikan peraturan yang sah berfungsi.” ( “ the non legal rules which make the legal rules work.” ). Secara mudahnya amalan Perlembagan adalah menambah apa yang kurang di dalam Perlembagaan.

Jika Mahkamah Persekutuan menolak hujah Nizar bahawa tidak perlu ada undi tidak percaya di dalam sidang DUN bagi menentukan sama ada Nizar masih mendapat kepercayaan di atas alasan peruntukkan mengenai undi tidak percaya tidak ada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak maka hujah yang sama juga kita boleh gunakan bahawa tidak ada juga dinyatakan di dalam Perkara 16 ( 6 ) bahawa cara menentukan Nizar hilang kepercayaan perlu dibuat di dalam Istana dengan kehadiran Najib ( yang bukan ADUN Perak ) tanpa kehadiran Nizar sebagai MB yang masih sah ketika itu. Bukankah Perlembagaan Perak menyatakan segala tindakan Sultan adalah atas nasihat seorang MB iaitu pada ketika itu nasihat Nizar wajar diambil terlebih dahulu.kerana beliau masih MB yang sah.

Dalam keadaan kedua-dua cara tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan ( sama ada undi tidak percaya dalam DUN atau dibuat di luar DUN seperti di Istana ) Mahkamah seharusnya melihat kepada amalan Perlembagaan. Sudah tentu amalan Perlembagaan yang boleh dikatakan diterima pakai di dalam semua negara di dunia ini adalah kaedah untuk menentukan seorang MB sudah hilang kepercayaan adalah dengan melalui undi tidak percaya di dalam DUN. Cara tersebut lebih bertamadun dan demokratik.

Satu lagi perkara lucu yang Mahkamah Persekutuan lakukan adalah apabila ia menerima pakai apa yang dikatakan oleh Y.M Raja Azlan Shah J. ( pada masa itu ) di dalam kes Loh Koi Choon v Kerajaan Malaysia bahawa di dalam menafsirkan Perlembagaan Mahkamah tidak perlu melihat atau terikat kepada kes-kes di negara lain seperti kes di India .

Tapi dalam masa yang sama Mahkamah Persekutuan telah merujuk dan menerima pakai satu kes di India iaitu kes Mahabir Chandra Prasad Sharma, petitioner v Prafulla Chandra Ghose and others, Respondents AIR 1960 Cal. 198 bagi menyokong penghakimannya bahawa seorang Gabenor ada kuasa memecat Ketua Menteri.

Yang lucunya bagaimanakah Mahkamah Persekutuan boleh dengan secara cuai mengguna pakai kes India tersebut untuk menyokong hujah bahawa Sultan juga boleh memecat Nizar jika Nizar enggan meletakkan jawatan

Tidakkah Mahkamah sedar bahawa di dalam Perlembagaan India ada peruntukkan yang jelas dan terang bahawa jika seorang Ketua Menteri enggan letak jawatan setelah diarahkan oleh Gabenor, Gabenor mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Menteri. Wahai para hakim yang digelar orang bijaksana tunjukkan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak peruntukkan yang menyatakan bahawa Sultan ada kuasa memecat Nizar jika Nizar enggan letak jawatan ?

Kalau tidak ada bagaimanakah kamu boleh menggunakan analogi dengan kes di India yang secara jelas mempunyai peruntukkan yang berbeza.

Kalau inilah standard Mahkamah Persekutuan bagaimanakah rakyat boleh menghormati keputusan tersebut ? Masa akan menentukan bagaimana generasi akan datang akan pasti memandang jijik keputusan Mahkamah Persekutuan sepertimana generasi sekarang sedang mula melakukannya

Kes Perak menunjukkan bahawa betapa mudahnya sebuah Kerajaan boleh jatuh tanpa melalui proses yang berlaku di dalam sidang DUN. Di mana Kerajaan itu jatuh bergantung di mana ahli poltik itu bertemu Sultan. Jika dia bertemu Sultan di Istana, Kerajaan itu boleh jatuh di Istana. Jika ia bertemu Sultan di wad hospital di wad hospital itulah kerajaan itu akan jatuh. Begitulah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan .

Hari ini Kerajaan Nizar jatuh di istana apabila Najib berjumpa Sultan di Istana . Siapa tahu akan datang Kerajaan Najib pula akan jatuh di padang golf jika ditakdirkan Anwar Ibrahim atau Ustaz Abdul Hadi Awang berjumpa Yang DiPertuan Agung di atas padang golf. Ketika itu Najib hanya boleh perhatikan kerajaannya bergolek sepertimana bergoleknya bola golf masuk ke dalam lubang !!!

posted by hanipamaidin @ 11:56 PM

Panglima7 wrotes
Begitulah apa yang berlaku dalam perlembagaan negara dewasa ini. Jikalau sesebuah negara itu mempunyai seribu peguam yang hebat lagi handal tetapi apalah gunanya semua itu jika negara tersebut memilih seorang hakim yang tolol dalam membuat keputusan.
Read more...

Feb 20, 2010

Study Semula Agihan Kerusi P/Raya PR : PAS Perlu Lobi Dan Ke Hadapan.



Salam,

Setelah mengecapi dan sedang merasai lazatnya kemenangan dengan tumbangnya beberapa negeri yang diperintah oleh UMNO dan BN dan..........

Setelah menghadapi dan sedang menghalusi kewibawaan beberapa calon-calon DUN dan Parlimen yang melompat parti dan yang akan keluar parti terutamanya dari Parti Keadilan.....maka PAS perlu bijak memain dan melakukan peranan.

Bagi hamba, Pas perlu melobi Kawasan-kawasan PARLIMEN atau DUN mereka-mereka yang melompat parti atau sedang menjurus ke arah itu seperti Zulkifli Nordin - Bandar Baru, Badrul Hisham - Kelang dan lain-lain yang dipegang oleh PKR.

Keluarkan PRO dan KON di sini.....sekiranya Kawasan PKR ini MASIH lagi diletakkan juga calon PKR pada pilihanraya yang akan datang dan bukannya PAS...apa yang berlaku ? senaraikan sebab musababnya seperti berikut

Masih Meletakkan Calon PKR
1. Apa sikap dan penerimaan rakyat di kawasan DUN atau Parlimen terhadap calon dari parti yang sama yang lompat parti di kawasan itu. Keluarkan hujah anda. Kebarangkalian PR akan kalah dikawasan tersebut adalah sangat-sangat tinggi. Memang perkara ini berlaku atas taktik kotor UMNO. Itu semua orang tahu TETAPI Jangan main ikut nafsu dan rasa atau selera masing-masing ajer walaupun kerusi tersebut milik PKR. Kita inginkan kemenangan Pakatan Rakyat yang solid bukannya memuaskan hati beberapa pemimpin PKR dan reda dengan kekalahan yang pasti berlaku di situ pada pilihanraya yang akan datang. Kita perlu Cerdik jika inginkan kemenangan. Rakyat sedikit sebanyak pastinya amat meluat dengan calon PKR yang pada mereka tak berintegriti dan bermaruah walaupun tidak semua. Seekor kerbau membawa lumpur akhirnya terpalit kepada semua. Kita tak hendak ianya jadi begini.

Sekiranya Diletakkan Calon PAS;
1. Apa penerimaan Rakyat dikawasan DUN dan Parlimen di Kawasan tersebut jika Pas menggantikan keadilan di situ.? Sekiranya PAS kuat....Berikan hujah anda...contoh: Parti Pas tiada seorang pun melompat parti atas beberapa elemen yang PAS telah kuatkuasakan. Tunjukkan kekuatan dan jentera Pas yang ada di sana.

2. Mengapa perlu diletakkan calon Pas bagi menggantikan calon PKR?
Kita perlu belajar dari apa yang berlaku ke atas PAS Selangor. PR perlu belajar dari apa yang berlaku ke atas 2 adunnya yang melompat Parti dan yang bakal melompat parti.

Jangan kerana mereka-mereka ini menjadi penyebab PR kalah pada pilihanraya yang akan datang.
Jangan tunduk sangat dengan apa yang dijanjikan dan dipersetujui dahulu. Berbincanglah dengan PKR. Ia boleh diubah semula atas dasar pembincangan ukhuwah dan ianya boleh di review atau dikaji semula dari masa ke semasa. jangan terlalu rigid dan PKR jangan terlalu emosional jika sekiranya inginkan kemenangan.

Pandangan ini hanya pandangan individu dari Panglima7 dan ia tidak ada kena mengena dengan pandangan dari Parti PAS atau Pakatan Rakyat. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu datangnya dari nafsu saya sendiri.

Selamat bermuhasabah dan fikir-fikirkanlah.

Panglima7 wrotes.
Read more...

TPM: Sebatan ke atas wanita Islam adalah sah

TPM: Sebatan ke atas wanita Islam adalah sah
Feb 19, 10 2:48pm

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jabatan Agama Islam Negeri perlu memainkan peranan daripada segi memberi pendidikan dan pemahaman berhubung hukuman sebatan yang telah dilaksanakan terhadap tiga pesalah wanita.


Beliau berkata langkah itu penting bagi perkara itu difahami bukan sahaja masyarakat di dalam negara tetapi juga masyarakat antarabangsa agar tidak timbul tanggapan serong tentang apa yang berlaku di negara ini.

"Yang penting sekarang ini, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri mungkin dengan kerjasama kita juga untuk memberi satu pendidikan, dan daripada segi soal pemahaman apakah sebenarnya (hukuman sebatan).

"Kerana ini sudah lama diperuntukkan dalam undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri-negeri, dan ini bukan dalam bidang kuasa Persekutuan, (ia) dalam bidang kuasa negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan di Putrajaya hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hukuman sebatan yang dilaksanakan di negara ini telah mendapat perhatian daripada masyarakat antarabangsa.

Tiga wanita, berusia antara 18 hingga pertengahan 20-an telah menjalani sebatan mengikut kaedah syarak pada 9 Feb lalu di Penjara Wanita Kajang kerana melakukan persetubuhan haram sehingga melahirkan anak luar nikah.

Ketiga-tiga wanita itu menerima hukuman atas keterlanjuran mereka apabila menyerah diri kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Muhyiddin berkata terdapat peruntukan di peringkat negeri, iaitu di bawah Mahkamah Syariah untuk menghukum mana-mana umat Islam yang melakukan kesalahan dan ia adalah sah daripada segi undang-undang dan hukum syarak.

Katanya penjelasan perlu dilakukan kerana pelaksanaan hukuman sebat syarie masih baru.

Muhyiddin berkata media turut berperanan membantu memberi penjelasan berhubung pelaksanaan hukuman itu, yang mungkin pada tanggapan masyarakat antarabangsa ia adalah seperti hukuman jenayah, disebat sehingga boleh menyebabkan kematian.

Katanya pendekatan yang digunakan oleh Islam adalah lebih kepada mendidik dan menginsafkan mereka yang melakukan kesalahan.

"Jadi, berbeza sekali. Sekiranya ada penjelasan sebegitu, maka tidak akan timbul tanggapan bahawa kita membuat sesuatu berbeza, malahan daripada segi hukuman yang dilakukan itu, ia agak jauh ringan. Kalau yang hukum bunuh itu, berbeza sekali," katanya.

- Dpetik dari Bernama

Muhyiddin dan Zahrain serta Ibrahim Ali dan ramai lagi jak-juak UMNO apabila berbicara mengenai hukuman sebat maka jam jam tu juga terserlah kebodohan mereka ni. Kalau tak tahu atau jahil lebih baiklah berdiam diri.

Panglima7 comments.
Read more...

Feb 18, 2010

Teori RAHMAN Sempurna Sudah. Tanda Ajal Sedang Menghampiri UMNO & BN


Innalillahi wainna ilaihirojiunn.

Salam.

Teori RAHMAN telah sempurna sudah sejak Najib mengambil alih pemerintahan negara dari Abdullah ahmad Badawi. Perdana-Perdana Menteri Malaysia yang mentadbir negara, huruf awal nama-nama mereka tersusun menurut perkataan R.A.H.M.A.N sekaligus membenarkan ramalan dan pandangan ramai pihak bahawa nama-nama inilah yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apabila kita menyebut tentang SEMPURNA atau telah sempurna maka selepas mencapai titik sempurna iaitu titik yang tertinggi dalam sejarah pencapaiannya maka sesudah itu sudah tentulah berlaku kegelinciran atau kejatuhan atau kehancuran selepas menikmati kesempurnaan tersebut.

Kita perlu rujuk kembali kepada sirah. Apabila Islam itu sudah sempurna, sempurna dari segala sudut dan segi serta dakwah dan pengisiannya maka bermulalah era kejatuhan. Itu yang berlaku kepada umat ISLAM kini.

Apa yang ingin saya kaitkan di sini ialah.....apabila telah sempurna Teori RAHMAN bagi UMNO yang memerintah negara selama 50 tahun maka tunggulah saat kejatuhan dan kehancurannya. Siapakah Perdana Menteri Malaysia Selepas Perkataan Rahman yakni huruf "N". Sudah tentulah tiada..... kerana huruf N adalah pelengkap kepada perkataan Rahman tadi..

Perkataan RAHMAN ini juga memberi tanda bahawa zaman pemerintahan UMNO dan BN akan berakhir. Tiada lagi Perdana Menteri dari kalangan Parti UMNO ketika itu. Berapa lama...?? satu tahun, 2 tahun, 3 tahun ??? tidaklah pasti. Yang pastinya tidak lama iaitu.....selepas era Najib. Tiada lagi Perdana Menteri dari UMNO yang akan mewarisinya.

Perdana Menteri yang baru adalah di kalangan Pakatan Rakyat. InsyaAllah. Kerana ketika itu UMNO telah menemui ajalnya. Innalillahi wainna ilaihirojiunn.

Sila klik ke laman Jebat Berani http://jebatberani.blogspot.com/2010/02/berakhir-sudah-teori-r-h-m-nsiapakah.html

Wallahualam

Panglima 7 wrotes.
Read more...

Sudah Sudahlah Zulkifli Nordin !!




Salam,

Dahlah... Zulkifli, rakyat dah muak dengan telatahmu. Berbadan PR berjiwakan UMNO. Kamu salah masuk parti ni. Tempatmu di sisi UMNO sebenarnya. Body language dan tuturmu menjurus ke arah itu. Kerana kamu DS Anwar terpaksa memohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia. Dahulu, kamu tidak begitu tetapi mengapa sekarang telatahmu bak buluh runcing. Pepat diluar runcing di dalam.

Ker masih kelam dengan sepak terajang politik...!!

Dengan kehadiran kamu maka sempurna sudah spesis Ibrahim Ali. Satu di Timur dan kamu di Barat. Satu melompat satu melatah.

Apa pun penggal ini penggal terakhir buat kamu. Esok adalah mesyuarat keputusan hukuman ke atas kamu. Jika didapati salah, Sahabat hamba Jebat derhaka bakal menjatuhkan hukumannya. Sedang hamba Panglima 7, bakal menggali kubur kamu.

Panglima 7 wrotes.
Read more...

Feb 16, 2010

Biarkan UMNO dengan Labu-Labunya Biarkan Biarkan !!



Salam,

Nizar !! Nizar!! Biarkanlah UMNO dan Si Zambri bermain dengan labu-labu ngko tu.
Biarkan. Biarkanlah. Sekarang UMNO menang di Perak. Insya Allah kerana kemenangan Haram mereka di Perak, menjadi Al-Sebab UMNO hilang satu Malaysia dengan Allah kurniakan Kemenangan yang lebih besar kepada Pakatan Rakyat. aaminn.

So biarkanlah.....

Panglima 7
Read more...

Tiba-Tiba Pokok Bergoyang.!! Kerja Kera atau Kerja Angin?/

Salam,

Berita Terbaru.
Seorang setiausaha politik, kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah melepaskan jawatan berkuatkuasa semalam. Sumber mengatakan bahawa kenyataan ini dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sebab-sebabnya perletakkan jawatan tidaklah diketahui. Namun kata sumber-sumber, kalau tiada angin masakan pokok besar boleh bergoyang. Kerja kera atau kerja angin...itu yang menjadi persoalannya sekarang.

WalauBagaimanapun, terdapat juga blog-blog yang melaporkan beliau telah diminta meletak jawatan selepas ditahan bersama-sama wang tunai nilaian juta di Pulau Pinang minggu lepas.

Senyap ajer kes ni yea bila melibatkan UMNO dan Kerajaan.

Kes ini seperti berulang kembali sepertimana yang berlaku kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dahulu. Kes yang melibatkan penemuan puluhan juta di dalam beg ketika beliau berada di Lapangan Terbang Australia 10 tahun yang lalu.(kalau tak silap ako la)

Laporan itu juga menyatakan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun bank setiausaha ini dan turut merampas kereta juga rumah mewah. Sebab-sebabnya ialah kerana beliau hidup mewah diluar paras kemampuan.

Ako tak nak citer banyak. Benda ni masih samar-samar lagi. Oleh yang demikian Nama pun ako tak nak sebut di sini.

Panglima7
Read more...

Feb 15, 2010

Kalau Nak Projek, Nak kaya Cepat... Nak Kapor Duit Rakyat ...Bukan Dalam Pakatan Rakyat.

Salam,

Ako tak nak cakap banyak. Dah banyak dah orang bercakap. Lebih-lebih lagi Kak Min bekas Calon Bebas yang bertanding di DUN Penanti dulu.

Cuma nak bagitahu, kalau nak projek juta-juta bukan dalam Pakatan Rakyat. Ko salah masuk kandanglah.

Dari Laman Penarik Beca
Now showing - Zahrain vs Kak Min
Labels: PKR, Pulau Pinang
Adoi!! Tak pasai-pasai Datuk Seri Zahrain Hashim kena berdebik dengan Kak Min (ingat tak Kak Min calon Bebas di Penanti dulu?). Kak Min kata:

"Dia bukanlah seorang pejuang. Bila dia tak dapat apa yang dia nak dia mula protes, Dia sebagai koporat dulu, dia bukan orang politik. Dia hanya mahu melobi projek, tapi bila tak dapat dia lawanlah".
Kak Min seterusnya mendebik:

"Satu Pulau Pinang semua tidak suka dia" (baca selanjutnya dalam posting Pria Malaya "Segalanya sudah terjawab: "Zahrain Bukanlah Seorang Pejuang"- Rakan karib Zahrain, Aminah Abdullah")
Satu Pulau Pinang tak suka, tapi Glen Jensen suka kat dia. Kak Min tak tau ka?

Panglima7
Read more...

Punya Keji Bahasa UMNO


PUNYA KEJINYA BAHASA UMNO....TIDAK MELAMBANGKAN TATASUSILA DAN KESOPANAN BANGSA MELAYU.

Inikah contoh Parti yang hendak kamu semua sokong dan dan memerintah Malaysia? Patutlah ramai non muslim takutkan Islam.

Salam,
Apa yang dapat dikatakan......sungguh memalukan bangsa Melayu dan Umat ISLAM.


Pangima7
Read more...

Sudah Lupakah? : Lim Guan Eng Pernah Berarak Sempena Maulidur Rasul Di Penang !!!





Salam,

Sudah lupakah kita semua, selepas menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas tumbangnya Gerakan dalam pilihanRaya yang lalu, Lim Guan Eng memeranjatkan kita semua dengan menyertai Perarakan Maulidur Rasul.

Segala helah dan pembohongan UMNO yang mengatakan Lim Guan Eng mengharamkan Perarakan Maulidur Rasul adalah tidak berasas. Mereka lupa sejarah tetapi Panglima7 tidak lupa. Rakyat Pulau Pinang terutama Islam tidak lupa bagaimana seorang non muslim sanggup menyertai Perarakan Maulidur Rasul, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

Manakah mungkin seorang yang pernah menyertai perarakan ini diperingkat awal dan membenarkan azan dilaungkan oleh masyarakat Islam boleh mengharamkan perarakan ini.

Inilah pembohongan UMNO sebenarnya untuk memainkan sentimen perkauman. Mereka ini patut didakwa kerana memainkan sentimen perkauman.

Panglima 7
Read more...

Feb 14, 2010

UMNO Memang Dah Terbalik







Salam,

Dahulunya UMNO memang membenci orang yang berdemonstrasi. Mereka cuba menggagalkan sebarang percubaan demonstrasi dan juga apa sahaja Reformasi, dengan berdiri di belakang pihak berkuasa tempatan. Mereka tidak sanggup berhadapan dengan rakyat dengan isu-isu yang mereka ciptakan sendiri dan akhirnya mendapat kecaman rakyat sehingga hasilnya 5 negeri tumbang dalam pilihanraya umum yang lepas.

Mereka yang berdemo begitu berharap dapat berhadapan dengan UMNO yang bacul ini, agar dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada pemimpin UMNO tetapi malangnya segala pintu telah ditutup serapat-rapatnya dan ruang yang ada hanyalah Internet, akhbar media semuanya sudah diperkudakan dan menjadi lidah UMNO & BN dan akhirnya rakyat terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan yakni pihak polis.

Begitu juga dengan DS Dr Mahathir yang terpaksa menggunakan platform pembangkang untuk bercakap hingga beliau menubuhkan blognya bagi melahirkan pandangan dan kritikan.

Tetapi hari ini semuanya sudah terbalik, semuanya seperti sirih pulang ke ganggang. UMNO seperti meludah ke langit gamaknya. Seperti ayam berkokok ekor bergelumang tahi gelagat UMNO, apabila amat suka berdemonstrasi lebih-lebih lagi negeri-negeri dibawah pemerintahan pembangkang memang tidak menghalang sebarang demonstrasi yang dilakukan sebelum ini tak kira sapa yang berdemo, UMNO atau apapun kerana itu adalah hak rakyat.

Muka-muka UMNO yang tak tahu malu ini lupa setelah seronok dengan kerja baru mereka iaitu berdemonstrasi di jalanan hingga mereka lupa merekalah yang serakus-rakus parti yang menghalang apa jua bentuk demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat sebelum ini. Sungguh meloyakan dan menjijikkan bila apa yang mereka ludah terpercik di muka mereka sekarang. Boleh dikatakan hampir setiap minggu dan setiap negeri penguasaan pembangkang mereka melakukan demo. Demo yang ganas hingga memijak kepala lembu dan membakar patung atau gambar Pemimpin pakatan. Kalau nak dibayangkan rakyat yang membuat demo sebelum ini tak pernah pun sampai bakar sana bakar sini hingga memijak kepala lembu. kalau berlaku pun dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu.

Bagaimana demonstrasi jalanan yang ganas yang mereka lakukkan ini tidak pernah sama sekali di kasari atau dipancuri oleh water canon pihak polis....tiada pun trak-trak FRU mengepung dan menghalang mereka, memukul mereka dengan belantan, cota mengheret lelaki dan perempuan ??? Pelik bukan !!! Mereka seperti anak emas. anda tentu tahu jawapannya bukann....... Double standard !!!

Kerana mereka adalah UMNO yang menyokong kerajaan dan pihak kerajaan sangat mengalu-alaukan penyertaan mereka maka polis dinasihat agar tidak campur tangan dalam hal ini. Kerana polis berada di bawah bidang kuasa mereka.

Cuba parti pembangkang membuat demo.....tengok apa yang berlaku....
1. Keluar surat khabar.....
2. Polis beri amaran keras
3. Tiada Permit diluluskan. Kalau mohon pun....jangan haraplah boleh dapat. Permit perhimpunan atau demonstrasi hanya untuk UMNO sahaja itu pun mereka kadang-kadang tak ikut prosedur pun. Cuba fikirlah....CUKAI TANAH YBK SELAMA 13 TAHUN MEREKA TAK PERNAH BAYARRRRRRRRRRR ????? Mentang-mentanglah dulu mereka yang perintah Selangor...cukai untukhasil negara tak diambil Peruah.
4. Amaran tangkap dan sumbat dalam ISA
5. Polis meletakkan FRU dan trak-trak water canon
6. Polis mengepung kawasan tersebut....

Siapa yang bagi arahan kepada polis....untuk berbuat seperti di atas..???
Tiba-tiba bila UMNO berdemonstrasi...macam anak emas layanannya.

Panglima7
Read more...

Feb 13, 2010

Kurang Ajar Iklan Valentine.


Salam

Apa sudah jadi dengan sambutan Valentine di Malaysia bila ada pihak tertentu mengiklankan agar sambutan hari Valentine disambut dengan tanpa memakai pakaian dalam oleh pasangan wanita di institusi-institusi tinggi

Apakah motif disebalik iklan ini??? Tentunya kita sudah terbayang jika pasangan wanita tidak memakai seluar dalam pada hari Valentine tersebut dan menyambutnya dengan pasangan masing-masing. Ini bukan hari mengingati kekasih lagi dah tetapi hari melepaskan nafsu terhadap pasangan masing-masing dengan mengadakan maksiat. Astagfirullahalzimm.

Yang lebih mengejutkan pasangan wanita pula seronok dengan iklan ini??? Nauzubillah.

Di mana dia suara-suara hero atau juara rakyat dalam hal ini?
Yang pasti sambutan ini dari dulu hinggalah sekarang adalah HARAM di dalam Islam.

Panglima7.
Geleng kepala
Read more...

Feb 10, 2010

Isu Kalimah Allah

Salam,

Ramai orang boleh melontarkan pandangan, tetapi untuk menjadi pemimpin yang boleh ke hadapan dalam membawa isu Nama Allah ini bukanlah semudah kita melontarkan pandangan. Pandangan perlu diteliti, dikaji, dimentelaah, dan bermacam-macam di dan di lagi. Semuanya perlu diambil kira....waimah pandangan dan gesaan dari Parti yang tidak heran dgn isu murtad, tiba-tiba ingin menjuarai isu aqidah ini. Pelik bin ajaib kan? Tentunya ada beberapa udang di sebalik mee yang sedang dihidangkan itu kalau tidak masakan air liurnya mudah meleleh.

Pandangan Dr. yusuf Qardhawi telah kita ketahui.........

Pandangan ulama Malaysia juga ada yang Pro & Kon. Berbeza pandangan adalah Rahmat.
Akhir sekali kepada Allah Jualah kita serahkan kembali isu NamaNYA ini. Sepertimana kita serahkan AL-Quran untuk Allah menjaganya begitu jugalah kita serahkan Namanya yakni Allah untuk Allah menjaganya.

Wallahualam.
Panglima7
Read more...

Feb 9, 2010

MB "mahkamah"=HARAM & yang satu lagi MB "rakyat"=HALAL



(Yang satu MB "mahkamah"=HARAM & yang satu lagi MB "rakyat"=HALAL)
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat rakyat lebih layak membuat keputusan sama ada memilih Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak melalui pilihan raya kecil peringkat negeri.

“Keputusannya adalah keputusan rakyat dan ini adalah isu demokrasi, suatu kepentingan politik, siapa sebenarnya yang mendapat mandat dan sokongan rakyat,” ujarnya di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, walaupun Zambry berjaya diputuskan sebagai menteri besar melalui mahkamah, namun keputusan tersebut bukan mewakili rakyat.

“Saya percaya Zambry dan Umno/BN sendiri tidak bersedia berdepan dengan rakyat melalui pilihan raya, mereka lemah dan longlai untuk berdepan dengan kita.

“Maka Umno tidak boleh berselindung di sebalik apa-apa, termasuk mahkamah selama-lamanya, kecuali perlu kembali diputuskan oleh rakyat (melalui) pilihan raya,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan rayuan Nizar.

“Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan awal Mahkamah Persekutuan, tetapi sepertimana kita faham Pakatan Rakyat Perak dan Kebangsaan menyatakan,” jelasnya.

Beliau juga menyeru semua kepemimpinan Pakatan Rakyat supaya bersikap bijaksana dan rasional meneruskan persiapan menghadapi pilihan raya peringkat negeri Perak yang dijangka diadakan bila-bila masa.

Tambahnya lagi, dijangkakan persiapan tersebut turut diperlukan untuk menangkis serangan-serangan media propaganda yang dimiliki oleh Umno.

“Selain memperkuatkan parti dan jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil pada bila-bila masa, tidak mustahil kita terpaksa menghadapi serangan bertubi-tubi dari media-media Umno selepas ini,” katanya.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, rakyat lebih layak membuat keputusan memilih Menteri Besar Perak yang baru.

“Keputusan ‘Mahkamah Rakyat’ lebih layak buat keputusan berhubung Menteri Besar Perak yang sah, mahkamah hanya terdiri lima Hakim sahaja, mahkamah rakyat lebih dari itu,” jelasnya.

Seperti kenyataan Nizar tengah hari tadi, beliau turut mencabar Zambry membubarkan Dun demi membenarkan pilihan raya kecil peringkat negeri Perak diadakan dalam masa terdekat.

Ujarnya, keputusan mahkamah itu sebenarnya tidak menyelesaikan fundamental politik di Perak kerana rakyat mengganggap Zambry sebagai menteri besar yang tidak sah, selepas Umno kudeta kerajaan dari Pakatan Rakyat.

Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : YANG SATU MB "MAHKAMAH" DAN YANG SATU LAGI MB "RAKYAT".....KALAU DIIKUTKAN SAPA YANG SEBENARNYA MB YANG SAH??!KEPUTUSAN MAHKAMAH HARI INI TIDAK MENCERMINKAN APA YAN DIKATAKAN SISTEM KERAJAAN DEMOKRASI.....
KEMENANGAN ZAMBRY ADALAH KEMENANGAN "MAHKAMAH"...KEMENANGAN BELIAU TIDAK SAMA SEKALI MENCERMINKAN BAHAWA BELIAU DISOKONG OLEH RAKYAT...KEMENANGAN INI HANYA MENJADIKAN RAKYAT SEMAKIN BERIKTIZAM DAN BERSEMANGAT UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN "HARAM" INI PADA PILIIHANRAYA UMUM AKAN DATANG....
MANAKALA DATO SERI NIZAR WALAUPUN KALAH BELIAU TETAP MENJADI PILIHAN RAKYAT PERAK...RAKYAT PERAK TETAP MENYOKONG BELIAU DAN MENGIKTIRAF BELIAU SEBAGAI MB PERAK YANG SAH...KEKALAHAN INI HANYA SEMENTARA....RAKYAT PASTI AKAN MENGHUKUM "PEROMPAK-PEROMPAK" INI SEMUA....
Dicatat oleh jebat_berani di 8:30:00 PM
Read more...

Feb 8, 2010

Menunggu UMNO Di Batu Nesankan



Siapakah diantara kita yang mahu menjadi orang yang pertama yang akan menyiram air di pusara tersebut???.

Salam,

Macam macam yang kita dengar akan UMNO yang muncul dengan bermacam-macam cara untuk merebut dan merampas kembali negeri-negeri yang jatuh di tangan Pakatan Rakyat. Waimah dengan apa cara sekalipun walaupun tidak jelas dan sukar ddibuktikan termasuklah seperti seakan mengugut, cubaan merasuah ahli-ahli Parlimen dan DUN PR, menawarkann khidmat seks perempuan jika rasuah kewangan tidak berjaya masuk, mereka cipta konspirasi liwat II ke atas DSAI, mengupah para demonstrasi di setiap negeri PR dan bermacam-macam lagi yang buruk-buruk dan keji. tetapi dalam masa yang sama puak-puak ini mendabik dada memperjuangkan ISLAM. Hai...jauh langit dengan bumi percakapan dan perbuatan mereka.

Hidup dan mati adalah kerja Allah, Matinya UMNO bukannya di tangan PR atau saya. Ianya ketetapan dan ketentuan Allah. Sampai masa matilah ia.

Semoga kerja-kerja mereka mendapat kutukan Allah dan menjauhkan lagi sokongan rakyat ke atas makhluk ini.
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara