Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

May 30, 2010

Selamatkan Melayu Daripada UMNO

Assalamualaikum Wbr.

Bagi mengelakkan ramai bangsa Melayu daripada terus dipermainkan oleh UMNO maka PKR menubuhkan suatu pasukan khas bagi menyelamatkan bangsa Melayu dengan menjelaskan beberapa isu yang berkait rapat dengan bangsa Melayu dan Bumiputera termasuklah isu Felda, isu kemahiran awam, pengurusan harta Islam dan sebagainya.

Kata Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Tahunan Ke-6 2000 PKR semalam.

Panglima7
Eloklah tuu....supaya orang Melayu faham akan isu sebenar yang berlaku ke atas mereka dan supaya generasi orang Melayu yang akan datang lebih pintar politik mereka dan tidak dipermainkan oleh UMNO.
Read more...

May 29, 2010

UMNO & BN Parti Rasuah & Perosak Negara

Salam,

Memang tidak dapat dinafikan lagi....dan tidak dapat disangkalkan bahawa UMNO Parti Rasuah dan penyebab Masyarakat menjadi rosak dan akhirnya menjahanamkan negara.

Walaupun dinafikan oleh UMNO itu sendiri...tapi sejak penubuhan UMNO hinggalah sekarang, rasuah di dalam UMNO dan BN semakin menjadi-jadi dan dilakukan secara terang-terangan hingga menjalar di luar dari UMNO dengan mengumpan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Tak perlu kita sebutkan di sini apa buktinya.  Koleksi rasuah UMNO sampai boleh dibuat video.....rasuah politik, rasuah Isa Samad, rasuah pengundi, rasuah pilihanraya dan macam-macam lagi dan yang terakhir rasuah kepada bekas wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

DS Anwar Ibrahim akan membuktikannya dalam masa terdekat.
Tapi yang muskilnya.....melenting lah pulak mamat-mamat nie...sampai sanggup nak saman jika namanya disebut terlibat dalam rasuah politik 2 juta dan kontrak kerajaan berpuluh-puluh juta ringgit.

DENGARLAH DULU MANGKUK !!!...Bukti-bukti yang DS Anwar nak keluarkan.  Lepas tuu kalau ko nak saman DS Anwar.....dipersilakanlah. 

Ini belum kenyataan dikeluarkan lagi oleh beliau dah gertak nak saman.....  Apa punya wakil rakyat bengong ni.!!!  Nape takut melampau sangat.???

Panglima7
Read more...

Kalau Tiada Angin Masa kan Pokok Bergoyang-Goyang

Salam,

Kenyataan Ketua Pemuda MIC, T Mohan bahawa parti itu tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional  jika UMNO terlibat dalam pembentukkan Gerakkan Anti Samy Vellu (GAS) adalah sesuatu tindakkan yang wajar.

Kalau tiada angin masa kan pokok besar boleh bergoyang?  Kalau tidak ada penyertaan UMNO dalam pembunuhan politik bersiri masa kan Tempua Bersarang rendah.

Kalau pemilihan MCA dulu.. UMNO boleh campurtangan menggunakan tangan-tangan ghaib masa kan dalam MIC.....UMNO tidak berbuat demikian.

Kenapa UMNO cepat berang ???......bila tuduhan ini dibuat.  Di mana perpaduan dalam BN yang diwar-warkan oleh UMNO selama ini???.

Walaupun sukar untuk dibuktikan oleh MIC kerana UMNO menggunakan tangan-tangan dan suara-suara ghaib, tetapi six senses yang ada sebagai pancaindera diri tidak dapat disangkal oleh hati-hati dalam MIC.

Panglima7
Read more...

May 26, 2010

Samy Vellu Dah Kekenyangan


Salam,

Mahathir pernah berkata, "bila tengah makan dan waktu terasa sedap, masa itu kita berhenti makan.  Begitu juga ketika memegang jawatan, bila tengah sedap memegang jawatan, maka masa itu kita berhenti."  Begitulah kata-kata Mahathir yang lebih kurang maksud dan bunyinya itu ketika mesyuarat Agong UMNO.

Tetapi lain pula halnya dengan si Sami Vellu nie.......pegang jawatan Presiden MIC hampir 30 tahun hinggalah ke hari ni....masih tak mahu nak berhenti-henti, walaupun Mahathir pernah perli dan membidas sikapnya itu.  Bukan sahaja Mahathir... malah kaum India juga sudah naik angin hingga tertubuhnya GAS.  (Gerakan Anti Samy)

Manalah Samy Vellu nak berhenti.........!!!!   Dia dah kekenyangan.....makan dah terlampau banyak.  Bila Perut dah kenyang, nak angkat punggung dari kerusi Presiden pun..... dia tak larat lagi. 

Bagi ajer satu punch kat dia......nescaya semua perkara akan keluar nanti.

Samy....Samy.!!  No value anymore.

Panglima7
Read more...

Sesetengah Nikmat Itu Hanya Datang Sekali, tetapi bersyukur kena selalu

Salam,

Diterima dari email sahabat.
******************************


Maka ada sebuah kisah buat iqtibar kita semua.

Ada sepasang suami-isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai-ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari, dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Allahu Akhbar, syukran, mereka ucapkan. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah dating mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu. Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali. "Mama, abang minta maaf. Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak-goyakkan kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang. Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang. mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling, kesabaran dan membakar renting ladang hemahnya. Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar. Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku. Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah bertaburan di jalanraya, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, sejuk, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat sangat “ibu, ibu, ibu...ibu... .” Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah. tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah. aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini. Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis di pipi, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya. "Mama maafkan abang." Ungkapannya sukar, tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

"Mama. Abang janji tak akan buat lagi." Ulangi si anak itu perlahan dan tersekat-sekat.

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya. Jantungnya berdengup kencang bagaikan kuda berlari.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik,

aku sedar akan kesalahanku."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini."

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada Tuhan yang satu. Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

"Puan, maafkan....Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah. "Anak puan. Telah meninggal dunia."

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk

menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

"Anak. Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali. Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan. Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu. Ibu rindu kepada nakalmu. Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila. Dia telah pergi mengadap Illahi buat selama-lamanya.

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari Rosli Hanip
*************************
Read more...

May 25, 2010

Analisis Politik Prof. Dr. Zainal Kling Mana Boleh Pakai !!!

Salam,


Analisis politik Prof. Dr. Zainal Kling mengenai sokongan bukan Islam terhadap Parti PAS tidak boleh dipakai.

Siapakah beliau ingin komen lebih-lebih tepi kain orang sedangkan umum mengetahui beliau adalah orang kuat UMNO & BN.

Penganalisis Politik Prof. Dr. Zainal Kling berkata:

Pas perlu sokongan bukan Islam dan jika parti itu tidak melakukan perubahan dan hanya mengharapkan sokongan orang Melayu, sudah tentu sukar parti itu menjadi pemerintah.


Sebab itu Pas yang selama ini memperjuangkan Islam sudah bertukar menjadi Parti Liberal, parti yang sedia membuka pintu pada keahlian bukan islam, semata-mata mahu menjadikan impian mereka sebuah kenyataan.

Comment from Panglima7

PAS kalau boleh ....bukan sahaja ingin membuka keahlian kepada bukan Islam tetapi menyeru mereka kepada Islam. Mudah-mudahan Allah membuka pintu hati mereka.
Read more...

May 24, 2010

UMNO & BN Menderhaka Kpd Raja & Yg DiPertuan Agong, Mohon Ampun Segera.!!!

Salam,


Nampaknya isu UMNO & BN meluluskan lesen judi ini menjadi semakin panas.

Penolakkan rakyat semakin membuak buak ibarat pusaran air di tengah muara. Ketenangan yang dikecapi rakyat semakin hilang hasil pemerintahan UMNO & BN yang tidak mengikut garis panduan dan ajaran ISLAM Rasulullah SAW.

Raja dan Sultan di negara ini merupakan pemegang tampuk pemerintahan negara dan negeri sebagai ketua agama islam tidak dihormati lagi oleh pemimpin-pemimpin judi UMNO ini..

Tindakan Kerajaan UMNO & BN ini yang meluluskan lesen judi dengan terang menderhaka kepada Raja, Sultan dan yang Dipertuan Agong bilamana melanggar ajaran agama Islam sebagai agama rasmi negara dan menghina Raja, Sultan dan Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua Agama Islam di Setiap Negeri di Tanah Melayu ini.

Di mana Raja-Raja, Sultan hendak letak muka bila berhadapan dengan Raja-Raja atau pemimpin Negara-Negara Islam Seperti Arab Saudi Iran dan sebagainya.

Tindakan UMNO dan BN ini dilihat seperti menghina Institusi Raja Berperlembagaan dengan melangkah kepala Sultan-Sultan yang menjadi ketua agama Islam setiap negeri di Malaysia dengan meluluskan lesen judi.

Habis...Sultan jadi apa??? Di mana kedaulatan Sultan dan Agung Sebagai Ketua Agama Islam. Jangan kurang ajar dan biadap terhadap Sultan dengan menganjurkan maksiat kepada rakyat dengan meluluskan lesen judi ini.

Kita desak UMNO & BN Mengadap dan Memohon Ampun Kepada Semua Raja dan Sultan di setiap negeri dan Yang Dipertuan Agung kerana menyalahi amanah pemerintahan yang diberikan rakyat.

Seandainya..Kerajaan Islam Uthmaniah masih ada lagi sehingga ke hari ini, nescaya Pemimpin UMNO & BN ditangkap dan dibicarakan.

Written By Panglima7
Read more...

May 23, 2010

Sekarang Lulus Lesen Judi..Tulat Lulus Lesen Zina Halal

Salam

Baru dilantik Senator...dah mula cadang dan lulus lesen judi.  Beriman ke menteri yang UMNO lantik ini menjadi wali dan contoh kepada rakyat.   

Kalau lah ya....kalaulah ..misal kata masyarakat yang UMNO cuba butakan dan dijauhkan dari agama islam ini..... diam sahaja dan setuju lesen perjudian ini diluluskan oleh UMNO termasuklah pihak berkuasa agama seperti mufti-mufti.  Tidak mustahil.....suatu hari nanti lesen zina pula akan muncul dan dicadangkan oleh menteri ini atau orang lain dalam UMNO bagi mengelakkan zina haram berleluasa dan bagi membendung bayi-bayi dibuang merata-rata ke dalam sungai, tong sampah dan sebagainya.  Dan boleh juga kurangkan kes rogol Sila klik di sini



Maka akan lahirlah zina halal yang dicipta oleh UMNO.  Sesiapa yang ingin berzina...jangan lakukan zina haram, berzinalah secara halal.   Ini kalau ikut pendekatan Awang Adek.   Betul tak Awang Adek ???..

Daripada Islam itu satu...dijadikan Islam Hadhari.
Daripada Judi itu haram....dijadikan judi itu halal.
Dan tidak heran...daripada zina itu haram....boleh dijadikan halal oleh Parti UMNO.
UMNO boleh !!!

Written By Panglima7
Read more...

UMNO Mendedahkan Rupanya Yang Sebenar.


Salam,

Agak lama tidak menulis.  Kini kita bersua kembali.

Setelah sekian lama bersembunyi disebalik Islam, akhirnya UMNO mula menanggalkan topeng di mukanya buat sekian kalinya.  Maka terpancarlah ke seluruh Tanahair muka sebenar UMNO yang menjadi penggiat judi selama ini.  Rupa-rupanya UMNO kepala segala judi dan mereka suka berjudi.  Judi adalah tergolong di antara 7 dosa-dosa besar.

Dengan selamba dan muka tak tahu malu itu.....menteri dari kalangan UMNO yang beragama ISLAM meluluskan lesen judi...!!!!  Apa dah gila ke UMNO ni....yang kononnya halal buat semua umat Muhammad di Malaysia.

Kalau dulu katanya...judi adalah haram...tapi kini judi yang diberi lesen ini adalah halal buat semua tidak kira agama mana, samada Hindu, Buddha, Kristian dan Islam.

Mufti-Mufti yang dilantik oleh UMNO diseluruh negara hanya beberapa kerat yang menyatakan pandangan mereka.  Menyatakan pandangan haram kepada Kerajaan UMNO oleh Mufti - Mufti UMNO ini tidak sama dengan Menegur atau membantah kerajaan dan memprotes serta melakukan demonstrasi sepertimana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Hanya sekali dua sahaja Mufti UMNO ini  memberikan pandangan, selepas itu....sunyi dan sepi.....lantak pii laa......."asalkan ako masih bekerja sebagai Mufti dan ako tidak dipecat, itu dah cukup bagus.  Yang penting ako dah bagi pandangan."  Begitulah agaknya apa yang ada di hati para-para mufti UMNO ini.

Memberi pandangan tidak sama dengan menegur atau membantah.  Membaca tidak sama dengan bercakap.  Para Mufti diingatkan ...Jangan Kufur Nikmat.
Sepatutnya Muftilah orang yang pertama-tama turun ke gelanggang di jalan-jalan raya membantah tindakan Kerajaan UMNO yang sangat bobrok ini.  Menyruh rakyat menghayati Islam...tapi mereka sendiri menggalakkan perjudian.  Nauzubillah.

Kerajaan UMNO ini patut ditumbangkan.  Bukan patut sahaja malah WAJIB ditumbangkan oleh mereka yang mengaku dirinya Muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul.  Semoga kita semua tidak bersekongkol dengan maksiat judi dan terhindar dari bala hasil perbuatan UMNO yang sungguh biadap dan kurang ajar ini.  Tumbangkan mereka dalam pilihanraya yang akan datang.

Written By Panglima7
Read more...

May 10, 2010

Siasatan SPRM Ke atas MP & ADUN PR Adalah Agenda UMNO


Salam,

SPRM begitu rancak menyiasat tuduhan ke atas MP-MP & Adun PR di atas aduan yang dibuat oleh orang-orang UMNO dan juga mereka-mereka yang mendakwa diri mereka sebagai Ngo-Ngo atau dalam bahasa yang lebih tepat - barua-barua UMNO.

Jika dilihat secara mendalam, sebenarnya SPRM ditubuhkan adalah bagi memenuhi agenda UMNO & BN bagi memperlihatkan kepada rakyat bahawa PR juga melakukan rasuah.   Ada tangan-tangan ghaib di belakang SPRM.  Bersih atau tidak bersih selepas siasatan itu tidak penting bagi UMNO.  Yang penting mereka yang didakwa ini perlu disiasat.  Samada betul atau tidak betul dakwaan rasuah atau penyelewengan yang dilakukan oleh MP & Adun PR, sudah cukup mempalitkan tahi hitam dan menjejaskan imej Pakatan Rakyat dimata Rakyat dan dapat mengekalkan sokongan mereka yang totok kepada UMNO & BN.  

Rakyat akan melihat PR sama sahaja dengan UMNO & BN, melakukan rasuah apabila berkesempatan memegang jawatan penting khususnya setelah menjadi Ahli Parlimen atau ADUN atau Menteri Besar di sesebuah negeri.  Hinggakan Nik Aziz pun dapat diseret sama.   Itu yang penting bagi UMNO setelah UMNO & BN tercemar teruk dengan rasuah daripada ahli bawahan hinggalah ke peringkat menteri.

Kenapa SPRM tidak menyiasat MP & ADUN-ADUN UMNO ????  Mengapa SPRM diam membisu...atau KIV setiap aduan yang dibuat oleh penyokong-penyokong PR.???
Kerana mereka tahu jika siasatan dibuat, bersih atau tidak bersih...nama MP atau ADUN atau MB UMNO itu pasti akan terpalit dan memberi kesan dalam pilihanraya yang akan datang.

Sekiranya adun tersebut di dapati bersih.... pun UMNO akan membuat gambaran....seolah-olah SPRM tidak cukup bukti bagi mendakwa mereka seperti mana yang berlaku dahulu dalam kenyataan SPRM yang menggugurkan kes terhadap ramai ADUN - ADUN & MP Pakatan Rakyat.

Beginilah UMNO menggunakan SPRM sebagai agenda politik mereka.  PR perlu peka hal ini dan berbincang sesama mereka dan mencari jalan bagaimana SPRM ini harus dihapuskan di negara ini dan mendesak ditubuhkan sebuah badan pencegah rasuah yang bebas bagi menggantikan SPRM yang ada kini yang terikat dibawah Jabatan Perdana Menteri milik UMNO & BN.

Selagi ada SPRM selagi itulah UMNO akan memperkosainya.

Hanya Pandangan Panglima7
Read more...

May 8, 2010

Bangun Harussani !!!...Jangan Jadi Syaitan Bisu Sokong Kemungkaran

Selama ini anta lantang bersuara..menyokong UMNO...kenapa kali ini berdiam diri.

Nak menghalang Judi...tapi dia sendiri mengesyorkan lesen judi.  Sebab itulah HARAM bagi sesiapa mengundi UMNO & BN di dalam Pilihanraya. 

Salam,
Dipetik Dari Blog Arus Perjuangan.

SHAH ALAM 7 MEI: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.


Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

"Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?" katanya.

Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.

"Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.

Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.

"Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.

"Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah," katanya.

Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.

"Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat," katanya./TVSelangor

Dicatat oleh arus perjuangan di Jumaat, Mei 07, 2010
*****************************
Panglima7

Apa punya Timbalan Menteri Kewangan, tidak tahu membezakan halal dan haram.  Beliau tidak layak menjadi menteri.  Malang sungguh sesiapa yang mengundi beliau, UMNO & BN semasa pilihanraya.  Bukan sahaja mendapat dosa tetapi penyebab judi berleluasa.

Inilah Islam ala UMNO.  Ini ke parti yang memperjuangkan dan mempertahankan Islam. ???  Mempertimbang keluarkan lesen judi untuk menghalang orang berjudi secara haram.  Judi ada halal dan haram ke?  Hang berguru dengan siapa.....??? Astora Jabat???....Harussani...???...hmmm
Read more...

May 7, 2010

RM350,000 UMNO Nak Pertikai. RM20 Juta Rumah Khir Toyo.. Buat Bangang ajer.

Patutlah Glamor..ada iras-iras Latif Ibrahim laa...
Salam,

Apa punya jenis Ketua Penerangan Umno Selangor ni ...siapa lagi kalau bukan Abdul Shukor yang merupakan ADUN KUANG  ni.....RM350,000 kos ubahsuai ruang pejabat Datuk Dr. Hasan Ali sibuk dijaja dan dipertikaikan. 

Orang sebelah beliau... Khir Toyo yang tiba-tiba dan entah lagu mana mendapat duit seakan toyol memiliki aset rumah bernilai RM20 juta tidak pula dipertikaikan.  Pelik Bukan.???

Kes Teoh Beng Huat...sampai mati beliau ketika dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah kerana wang RM1000-3000 .  Kecik jer tuu celah gigi ajer jika nak dibandingkan dengan rasuah ADUN-ADUN UMNO.

Wang sekecil ini yang nak disiasat dan dijaja seluruh negara...macamlah UMNO ini bersih dan sebersih-bersihnya dari Rasuah.   Merekalah sebenarnya penyamun Tarbus dalam permainan ini.  Berjuta-juta duit rakyat tiris dan bocor ketika didalam kocek mereka.

Asal pegang jawatan Ketua UMNO Bahagian atau ADUN dan Menteri...Sure Kaya  punya.  Patutlah sampai bergaduh-gaduh dalam setiap mesyuarat pemilihan.  Masing-masing nak jadi Ketua....maka berlakulah cantas mencantas sesama mereka.

Hamba rasa macam inilah......mereka dah biasa makan duit secara gelap...tiba-tiba bila pembangkang memerintah.....mereka tidak boleh percaya atau mereka tidak boleh terima yang pembangkang tak makan duit macam mereka.  Sebab tuu....Teoh Beng Huat kena siasat, Khalid Ibrahim Kena siasat pasal korban lembu, Dr Hassan pun kena, Fuziah pun kena...semua kena laa......hehehe.

Written By Panglima7
Read more...

May 6, 2010

Laporan Polis Sahabat Arwah - Kes pembunuhan Remaja 15 tahun oleh Polis.

Kalau Macam Inilah Kelakuan & Perangai Polis....Hancurlah Masyarakat dan Rakyat.
Salam,

Pengadu menyatakan:-


Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...

Cerita dari Khalid Samad


Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam.

Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.

Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.


Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.


Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”


Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.


Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.


Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.


Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.


Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.


Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.


Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.


Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.


Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.


Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.


Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-


1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.


2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.


3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.


Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.


Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

Wallahu 'Alam


KHALID SAMAD
***********************************************
Panglima7

Kesalahan membunuh...hukumannya adalah bunuh juga.  Janganlah bersatu dalam menutup kesalahan kumpulan kita.  Salah tetap salah.
Semoga menjadi pengajaran kepada pihak Polis yang membuat hukuman di tangan sendiri.
Kita hendak membenteras jenayah sebaliknya polis yang menjadi penjenayah...menjatuhkan hukuman dengan menembak orang tanpa ususl periksa.
Read more...

May 5, 2010

UMNO Kaki Ngadu Domba, Punca Pepecahan Umat Melayu

Bukalah mata anda bagaimana Kurang Ajarnya UMNO terhadap Sultan.

Gambar ini sudah cukup menceritakan segala-galanya bahawa UMNO sebesar-besar Penderhaka Kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu.
Salam,

Kalau dilihat politik UMNO, puak-puak ini tidak kira peringkat bawahan mahupun pemimpin, mereka mengamalkan politik melaga-lagakan orang.  Dengan lebih tepat lagi politik mengadu domba. Politik yang TERKEJI.    Mereka menfitnah, mencaci maki dan menghamun dan mencerca musuh politik mereka lebih-lebih lagi yang sebangsa dan seagama dengan mereka.  Sungguh malang bagi orang Melayu yang bernaung dibawah payung UMNO.

Dalam memberi ceramah kepada orang ramai juga pemimpin masyarakat yang mereka temui, mereka berselindung disebalik peribadi yang kononnya bersih tidak mencarut... tetapi jika terbuka peluang pasti mereka memaki hamun dan menghina pemimpin pembangkang seakan-akan pemimpin pembangkang dan penyokongnya sehelai kain buruk yang kotor lagi hina. Mereka sahajalah yang bersih...walaupun ada dikalangan mereka ini sendiri kaki minum dan perempuan. Begitu dahsyatnya jikalau kita singkap peribadi pemimpin-pemimpin UMNO ini.

Mereka boleh diibarat pepat diluar runcing di dalam.  Masyarakat melihat mereka baik sahaja tetapi merekalah pengamal rasuah yang hebat.  Bukan sahaja rasuah wang...tetapi juga rasuah seks.  Di mana Islam yang mereka laung-laungkan ini.   Lihat sahajalah apa yang berlaku kepada DS Nizar.....dilagakan dengan Sultan Perak, seolah-olah beliau menderhaka kepada Raja.
Begitu juga dengan Datuk Dr Hassan Ali...dilagakan juga dengan Sultan Selangor kononnya ingkar dengan arahan Sultan.
Dan yang terbaru...Tuan Guru Nik Abdul Aziz cuba di ngadu domba dengan Sultan Selangor.

Inilah spesis pembesar tinggalan Kesultanan Melaka yang masih ada hingga ke hari ini, yang tugasnya menghasut dan menyebarkan pepecahan dikalangan rakyat demi mengekalkan kuasa mereka.  Runtuhnya kesultanan Melayu Melaka adalah disebabkan sikap seperti ini yang penuh hasad dengki kepada sesama bangsa.

Taatkah UMNO kepada Sultan dan Raja ???  hmmmmm hampeh....Sultan Trengganu dibinatangkan oleh penyokong dan pemimpin UMNO.  Menderhaka Sungguh UMNO kepada Sultan dan juga Raja-Raja Melayu.

Masih ingatkah lagi kita..... Siapakah yang menghapuskan Kuasa Sultan dan juga Raja-Raja Melayu...???  Kalau tak tahu.....sila semak sejarah lampau.   Tidak lain dan tidak bukan adalah UMNO itu sendiri.

UMNOlah Pengkhianat dan Penderhaka Sebenar kepada kedaulatan Sultan dan Raja-Raja Melayu di negara kita.
Oleh itu layakkah UMNO memimpin negara ini...???  Mohon ditukarkan Allah dengan pemimpin PR yang tahu menghormati Raja dan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Written By Panglima7
Read more...

May 1, 2010

Lebih Sudu Dari Kuah

Katak Betong..Bunyi jer lebih...

Salam,

Kalau dah kaki pembodek tetap kaki bodek laa.....Kalau dah barua tetap ianya barua. (Maaf cakap...terpaksa cakap)
Tindakan seekor katak betong nie...yang meng "ong...ong" kepada Sultan Selangor memohon keampunan bagi pihak TG Nik Aziz dilihat seperti lebih sudu dari kuah.

Siapa suruh dia mohon ampun kepada Sultan.  Ada TG Nik Aziz suruh.???  TG Nik Aziz pun tak kata dia(TGNA) bersalah.  Dan Sultan sendiri tidak mengatakan beliau murka. Sultan hanya memberi arahan.

TGNA tetap dengan pendiriannya bahawa memisahkan politik dan agama adalah karut.  Peninggalan penjajah yang dibawa oleh UMNO.  Politik boleh dibicarakan di masjid.  Cuma Sultan tidak mahu ianya menjadi perbalahan dan permusuhan kepada masyarakat. 
Pas tidak berbalah dan bermusuh...yang memanipulasikan kononnya berlaku permusuhan dan perpecahan adalah UMNO.  UMNO lah penyebab pepecahan ini.
Yang jelas Politik dan agama tidak boleh dipisahkan.  Jadi kita hormat pendirian Sultan Selangor ini.

Yang si katak Betong nie....bagai mewakili TGNA nie.....apahal.???  Dah gataiiii...!!!
Angin betul ako..heeeeeeeeeee

Panglima7
Read more...

Mengakulah Kesalahan, Itu Lebih Terhormat.

Salam,

Berlaku banyak kejadian yang mengejutkan rakyat atas tindakan Polis yang kalau difikirkan oleh logik akal perkara ini dapat Pihak Polis elakkan jika anggotanya terlatih dan bijaksana.

Segalanya atas gara-gara menembak orang awam sewenang-wenangnya dan akhirnya tindakan pihak berkuasa dipertikaikan.

Rakyat sedia maklum bahawa untuk MENEMBAK MATI orang yang melakukan kesalahan bukan boleh sesuka hati.......... kesannya sangat besar.  Boleh Memberontak rakyat nanti.   Oleh itu Polis Perlu Bijaksana.  Cekap sahaja tidak mencukupi jika tidak Bijaksana.   ADA PROCEDURE yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh Pihak Polis.  Sebagaimana Rakyat....Polis tidak boleh membuat keputusan dan undang-undang sendiri.  Inilah jadinya.

Tetapi mengapa akhir-akhir ini perkara menembak mati orang awam yang di suspek melakukan kesalahan makin menjadi-jadi.  Lepas satu- satu.  Hamba bukan mempertikaikan tugas polis, tolong faham.....hamba mempertikai perlaksanaan dan cara yang digunakan oleh pihak polis hingga orang awam terbunuh. lagipun masih bersekolah. Kalau beginilah......Polis akan menjadi tempat cacian dan sumpah seranah rakyat.....dan polis tidak akan dihormati seperti dahulu.  

Kalau Polis menembak mati perompak kedai emas ....Yes. itu memang patut dan kena pada tempatnya. Kerana kesalahan tersebut terang-terangan berlaku.

Dahulu di Pulau Pinang kejadian Polis menembak mati remaja yang mengamuk setelah pulang berjalan kami sejauh 50km.   Remaja tersebut ditembak mati kerana menggunakan pisau.   Hamba setuju pandangan orang ramai bahawa polis boleh menembak kakinya kerana beliau tidak menggunakan senjata api yang boleh mengancam polis dan tiada pergelutan besar berlaku pun.  

Dalam kes yang terbaru ini....budak 15 tahun pula menjadi korban.   Weii...siapa tak sayangkan anak weiii...lebih-lebih lagi ditembak mati.   Kita boleh beza muka budak 15 tahun budak sekolah dengan penyangak yang berumur 20 tahun ke atas.  Mereka yang diambil bekerja sebagai anggota Polis mestilah dari mereka yang berilmu bagi memegang jawatan tersebut.
Setakat parang yang ada di dalam bonet kereta selepas pembunuhan tersebut...itu tuduhan.  Perlu disiasat bagaimana parang tersebut berada di situ.  Saya  bukan sokong mangsa, harap paham.......zaman sekarang..........apa pun boleh dilakukan.

Keluarkanlah kenyataan prosedur dan langkah-langkah yang mesti dilakukan oleh Polis Polis sebelum arahan MENEMBAK MATI DILAKUKAN supaya rakyat faham.  Lagipun mereka yang DITEMBAK MATI INI.....tidak mempunyai senjata api yang boleh mengancam nyawa polis.  Kalau suspek dipercayai mempunyai senjata api.....Polis perlu bijaksana dan berhati-hati dalam tindakannya.....keselamatan anggota polis yang menjalankan tugas juga perlu diambil perhatian, tetapi janganlah sampai membunuh orang yang tidak nyata kesalahannya atau hanya kesalahan tidak mempunyai lesen memandu tetapi kerana kecuaian polis beliau di TEMBAK MATI.

Jika polis tahu anggotanya melakukan kesalahan dan kecuaian...mengaku sahaja lah...pohonlah maaf... jangan melindungi anggota yang salah. Seperkara lagi....Polis perlu bebas dan tidak  terlibat dalam Politik Parti Pemerintah.  Itu lebih baik dan Polis akan lebih dihormati.

Pandangan Kebaikan Dari Panglima7
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara