Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Dec 31, 2010

Hari Ini Hatiku Terbakar !!

Assalamualaikum wbr.

Aku telah digoda oleh syaitan pada malam ini dan di saat ini.  Hatiku panas dan rasa kemarahan beitu memuncak. Tak pernah aku rasa se marah ini.   Astagfirullahalazimm !!!!

Istighfar banyak kali ako.

Ada jugak manusia yang berfikiran seperti ini.   Adakah kerana aku berhaluan kiri dan banyak memberikan komen dan pandangan maka segala pandanganku tidak didengari dan ditolak bulat-bulat.   Lantas untuk apa melantik aku.   Jawatan yang telah dilantik...telah aku serahkan kembali.

Panglima7
Ya Allah berilah kesabaran kepadaku
dan supaya aku tidak membenci mereka..
30hb Disember 2010
Read more...

Dec 27, 2010

Inginkan Anak Yang Penyabar & Bersopan Santun.???

Assalamualaikum Wbr.

Buah Kurma Tersirat Kelebihannya.


Firman Allah SWT:
Maksudnya : "Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan."

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.”

Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)

Panglima7
Sekiranya inginkan anak yang bersopan santun dan penyabar....selalulah makan kurma ketika mengandung.
Kalau banyak minum air soya pulak....anak akan putih dan cerah..hahaha

Read more...

Dec 26, 2010

Isu Felda : UMNO Buat Counter Attack.

Assalamualaikum Wbr....

Berikutan isu Peneroka menyaman Felda.....dan isu Felda Bangkrap.  UMNO menerusi PM..mula menyusun strateginya dengan membuat bayaran bonus kepada Peneroka Felda dengan anggaran seorang Peneroka berjumlah RM400 hingga RM1200 hengget.   Alaaa......RM400 hengget apa yang ada....jika nak dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Felda terhadap peneroka.  Bonus beberapa hengget ini...hanyalah buat membeli Undi Peneroka-Peneroka Felda....dalam Pilihanraya di DUN Tenang....hujung Januari ini juga Pilihanraya Umum yang akan datang.

Di harapkan......Peneroka Felda tidak tertipu dengan pemberian bonus Insentif pada awal Januari nanti.  Semuanya ada makna sebenarnya...bukan diberi percuma.  kalau tak ada pilihanraya terdekat ini dah tentu...lenyap dan hilang begitu sahaja bonus ini.

Panglima7

Peneroka Felda dapat bonus

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak :(gambar): berkata, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda. 

Beliau berkata, kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil. 

“Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara. 

“Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Najib berkata, peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober tahun ini. 

“Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 17 tan/hektar ke atas. 

“Bagi peneroka getah, kelayakan minimum ialah 600.01kg/hektar dan ganjaran maksimum diberi kepada yang menghantar hasil melebihi 1,400kg/ hektar,” katanya. 

Beliau berkata, bilangan peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah ini adalah seramai 30,611 orang manakala 61,170 yang sedang menanam semula bersama Felda akan menerima bayaran maksimum RM1,200 seorang. 

“Tahun ini, Felda turut memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula. 

“Ini termasuk juga kawasan kebun peneroka yang diambil bagi tujuan pembangunan. Termasuk juga dalam kategori ini ialah tanaman peneroka yang hasilnya rendah disebabkan serangan musuh penyakit seperti ganoderma, serangan ulat bungkus dan lain-lain,” katanya. 

Kira-kira 2,000 peneroka terlibat dalam kategori pertimbangan khas itu dan kadar yang diberi kepada peneroka terlibat adalah sebanyak RM400 seorang, katanya. 

Najib berkata, seramai 18,354 peneroka atau 16.29 peratus pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang ditetapkan. 

Selain itu, katanya peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil, tidak dibayar bonus insentif ini. 

“Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing. 

“Saya juga ingin mengajak semua peneroka untuk menyertai program bersama dengan Felda selaras usaha berterusan dilaksanakan oleh agensi tersebut bagi meningkatkan pendapatan mereka melalui penyelidikan dan khidmat nasihat yang disediakan,” katanya. - Bernama
Read more...

Dec 25, 2010

Inilah Masanya Peneroka Felda DUN Tenang Mengajar UMNO & BN



Khairil Abdul Rahim
BANDAR JENGKA, 23 Dis: Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.


Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk ‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara’ yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.



Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.

Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.

Aris yang juga Setiausaha Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat mempertikaikan, kenapa baru kini iaitu selepas peneroka menang saman di Felda Kemahang 3 dan Felda Sungai Koyan timbul tawaran menyelesaikan lambakan permasalahan peneroka melalui kaedah Timbang tara.

“Sebelum ini Anak sendiri pernah menghantar memorandum kepada Pengerusi Timbang tara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi jangankan kata penyelesaian, respons pun tidak ada. Bahkan kalau kita dengar baru-baru ini bagaimana PM dengan angkuhnya menempelak siapa kata Felda bankrap adalah pengkhianat. Bolehkah orang seperti ini mahu dirujuk sebagai penimbang tara?

“Bukan itu saja, baru-baru ini Anak telah menyerahkan memorandum 20 perkara berkaitan masalah peneroka kepada Timbalan Menteri yang menjaga Felda Datuk Ahmad Maslan yang konon katanya nak selesaikan dalam tempoh dua minggu. Tapi sekarang dah hampir dua bulan, respons pun tak dengar.

“Di Pahang ini sendiri, Exco yang menjaga Felda Datuk Tan Aminuddin. Apabila peneroka membangkitkan hak mereka yang diceroboh pada satu ketika dulu, beliau bingkas mencabar mana-mana peneroka yang tak setuju dengan Felda boleh keluar dari tanah rancangan. Pada saya ini satu kenyataan angkuh seolah-olah peneroka-peneroka ini menumpang dan mengemis sedangkan mereka tuan tanah,” hujahnya.

Tambah Aris, suasana yang tidak harmoni dicetuskan sendiri oleh pengurusan Felda. Contohnya dalam kes Felda Kemahang apabila Ketua Hakim Negara berkata Felda terbukti menipu peneroka dalam kes kadar perahan gred (KPG) sawit, Felda masih tidak mengaku kesalahan malah enggan membayar ganti rugi kepada peneroka.

“Begitu juga dengan kes peneroka Felda Sungai Koyan yang mana mahkamah telah putuskan peneroka layak menerima wang tabung tanam semula (TTS) tetapi menterinya kata Felda memang nak bayar sedangkan dalam mahkamah peguam mereka bermati-matian berusaha supaya Felda tidak mahu bayar. Pada saya sikap seperti ini semua tidak membawa keharmonian,” katanya.

Mengenai saranan Pengarah Besar Felda agar peneroka mengemukakan sebarang aduan dan permasalahan kepada pengurusan rancangan melalui blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) dan pertubuhan belia, Aris berkata ia hampir mustahil kerana semuanya dilantik oleh Felda dan bukan dipilih oleh peneroka malah dikuasai parti politik kerajaan.

“Barangkali Datuk Dzulkifli tidak turun ke bawah melihat bahawa kebanyakan pemilihan ketua-ketua blok yang mewakili 24 orang ahli dipilih berdasarkan mana yang Felda suka, bukannya pilihan peneroka secara mutlak. Naib Pengerusi JKKR yang sepatutnya dipilih melalui mesyuarat agung, tapi hanya ditentukan oleh Felda. Jadi dia mewakili Felda, bukan suara peneroka. Sebab itu dapat dilihat bagaimana sikap mereka terhadap peneroka tanam sendiri iaitu seperti anak tiri yang melakukan satu kesalahan besar.

“Pertubuhan belia pula hanya ada pada nama saja. Mesyuarat agung pun tak pernah sehingga tak tahu siapa AJK. Mana perginya peruntukan kewangan? Sama jugalah dengan AJK masjid, bukan dilantik melalui mesyuarat agung,” jelasnya.

Panglima7
Credit kpd bungamuslim (Menhuju Keredhaan Allah)
Diharapkan Peneroka Felda di DUN Tenang Buka mata dan mengajar UMNO & BN dlam P/Raya akhir Januari ini.

Read more...

Dec 23, 2010

Iklan 1 Malaysia Memang Wajar Diharamkan Di Selangor

Assalamualaikum wbr.



Isu satu Malaysia yang diharamkan iklannya di Negeri Selangor adalah suatu tindakan yang wajar.  Kenapa dan apa salahnya 1 Malaysia.?

Begini......1 Malaysia tak salah pun.  Yang salahnya UMNO dan BN.  Mereka mempolitikkan 1 Malaysia ini demi kepentingan politik mereka.  Sedangkan slogan 1 Malaysia ini seperti cakap tak serupa bikin.  Cakap 1 Malaysia...tapi UMNO sibuk dengan semangat Rasisnya....Perkauman....Sibuk duk citer Ketuanan Melayu. Dan dalam masa yang sama kondem bangsa lain. Dan ini sangattttt bertentangan dengan konsep satu Malaysia yang dilaung-laungkan.  Sila rujuk balik entry hamba yang lepas-lepas pasal ketuanan Melayu.

Adakah sejak wujudnya satu malaysia ini.....rakyat yang berbilang bangsa di sini bertambah akrab.???  makin huru hara jadinya.  Tak perlulah laungkan Satu Malaysia semata-mata demi keuntungan pilihanraya umum yang akan datang.  Samalah macam konsep Islam hadhari dulu.

Panglima7
Read more...

Dec 22, 2010

Bas Bukan lagi Suatu Pengangkutan Yang Selamat...Setuju !!

Assalamualaikum Wbr…


Nak citer sikit pasal bas di negara kita.


Kemalangan ngeri lagi sadis.

Sejak dua tiga tahun ini, kemalangan yang melibatkan bas…tidak kira bas ekspress, bas awam, bas henti-henti kerap berlaku.   Ratusan nyawa telah melayang. 

Macam-macam kaedah dan saranan dikemukakan tidak kira orang awam atau politik, namun.... satu pun tidak menemui jalan penyudahnya.  Belum pun reda kemalangan bas di Simpang Empat AlorGajah, kini berlaku pula di Tanah Tinggi Cameron.

Kata nak pasang lampu laaa......sekiranya bas membawa laju maka akan menyala laa bunyi siren dan lampu yang seakan bomba itu akan menyala.....Kononnya laa tapi sampai sekarang pun tak ada.

Kata akan letak mata-mata dalam bas ekspress bagi mengawal pemandu bas...tetapi sampai sekarang pun tiada juga.....

Kata mesti ada seorang lagi drebar gantian bagi menggantikan drebar yang memandu itu jika mengantuk.....tapi bukan semua pengusaha yang mengamalkan kaedah ini.

Ermmm.....entahlah.
Daripada kemalangan melibatkan rakyat di negara ini.......kini telah melibatkan pula pelancong-pelancong dari luar negeri....Thailand

Bas Pelanconglah bas yang paling selamat...tetapi bila ajal dah menjemput.....yang selamat pun dah jadi tak selamat.

Panglima 7.
Senang, naik kereta jer....mati pun....sendiri yang bawak.

Read more...

Dec 20, 2010

Bagaimana Menghadapi Kematian Ahli Keluarga, Sahabat DLL

Assalamualaikum Wbr.

Ceramah Dari Ustaz Abdullah Mahmud

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah  dalam 'membantu'
seseorang mengahdapi sakaratul  maut. Menjadi kebiasaan, kita akan
mengelilingi orang yang  tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan  tartil,
setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan
menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut  (kerana
menurut ustaz sebelum datangnya kematian,  kita 'disibukkan' dengan segala
gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik  (dari segi tajwid) untuk
membaca  surah Yasin- yang lain2 boleh bersama2 semak.

ii. Sebaik2  orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat
yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin  dibaca untuk
menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an  surah yang dibaca boleh
membantu  pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah  Surah Yasin, berhenti, dan menolong
menuntun) beliau  untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian  menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti
lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa
ila ha illallah"lagi.

vi.  Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu'
saudara mara atau mak  ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut.Dan smoga
kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan
dengan cara yang  betul bukan semata2 melalui
ikutan adat. amiin.



Panglima7
Kiriman Sahabat
Read more...

Dec 18, 2010

Kelebihan Berselawat


Assalamualaikum Wbr.

Ucapkanlah Selawat yang dengan sempurna

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”.

Sesetengah sahabat bertanya kpd Rasulullah saw: “Adakah yg demikian itu dgn kehadiran hati?” Baginda saw menjawab dgn sabdanya : “Tidak. Tetapi org yg berselawat dgn hati yg lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dgn kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt shj yg mengetahuinya” .

Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dgn disertai dgn kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yg mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yg berselawat ke atasku seribu(1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga utknya”.

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”.

Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya manusia yg paling utama bersama-samaku pd hari Kiamat (iaitu yg paling hampir kpdku dan yg lebih berhak dgn syafaatku pd hari Kiamat) ialah yg paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.

Sabda Nabi saw : “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa-dosa kamu spt air menghapuskan api”.

Sabda Nabi saw : “Tiada satu doa seseorg itu melainkan antaranya dan langit terdapat hijab sbg pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku.Apabila ia telah berselawat, maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan” .

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari, maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat utk akhiratnya dan 30 hajat utk dunianya”.

Nabi Muhammad saw bersabda : “Jibril telah dtg kpdku dgn berkata : “Wahai Rasulullah, tiada siapa yg berselawat ke atasmu melainkan 70 ribu Malaikat berselawat ke atasnya”.

Sabda Baginda saw : “Malaikat yg berjalan di muka bumi menyampaikan salam drpd umatku”.

Hasan berkata : “Aku dengar Abu Hurairah berkata : “Tiada seorg pun yg berselawat ke atas Nabi saw satu kali melainkan Allah menyuruh Malaikat menyampaikan selawat itu kpd Nabi saw lebih cepat drpd sekelip mata. Para Malaikat berkata : “Wahai Muhammad! Anak si folan itu…anak si folan itu…memberi salam ke atasmu.” Nabi saw dgn gembiranya menjawab : “Sampaikan pdnya drpdku sepuluh kali dan katakan kpdnya jika engkau termasuk salah seorg drpd yg sepuluh ini, nescaya akan masuk Syurga menyertaiku spt jari telunjuk dan jari tengah ini dan engkau wajib menerima syafaatku.”

Kemudian Malaikat naik kpd Tuhan dan berkata : “Si Anu anak si Anu berselawat ke atas NabiMu Muhammad saw satu kali.” Lalu Tuhan Jalla Jalaaluhu berfirman : “Sampaikan kpdnya drpdKu sepuluh kali dan katakan kpdnya,sekiranya engkau mempunyai satu drpd sepuluh ini,nescaya engkau tidak disentuh api neraka selamanya.” Kemudian Allah Ta’ala berfirman : “Perbesarkanlah engkau selawat hambaKu ke atas NabiKu itu dan jadikanlah ia termasuk di dlm golongan ‘Illiyiin.” Kemudian Allah menjadikan drpd setiap huruf selawat itu Malaikat yg mempunyai 360 kepala, pd setiap kepala ada 360 muka, pd setiap muka ada 360 lidah,kemudian berkatalah setiap lidah dan memuji Allah Ta’ala dgn 360 pujian. Pahala yg demikian itu dituliskan semuanya utk org yg berselawat ke atas Nabi Muhammad saw hingga ke hari Kiamat.

Sabda Nabi saw : “Tiada seorg hamba yg mengucap selawat ke atasku melainkan selawat itu dgn segera keluar dan lalu di darat dan di laut,di masyriq dan maghrib serta berkata : “Aku selawat si Anu anak si Anu yg berselawat ke atas Muhammad Al-Mukhtar sebaik-baik makhluk Allah.” Maka segala-galanya pun berselawat ke atasnya dan dr selawat itu dijadikan seekor burung yg mempunyai 70 ribu sayap,pd setiap satu sayap terdapat 70 ribu helai bulu,pd setiap bulu ada 70 ribu muka, pd setiap muka 70 ribu mulut,pd setiap mulut 70 ribu lidah,pd setiap lidah itu mengucapkan tasbih kpd Allah ‘azzawajalla dgn 70 ribu bahasa dan dituliskan baginya iaitu bg org yg berselawat pahala semuanya itu.

Sufyan As Sauri menceritakan :

Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.

Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesuatu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.
Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia dating tadi.

Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi.
"Muhhamad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.
"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.
Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.

Panglima7
Marilah kita berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan jangan kita tinggalkan berselawat walaupun sehari dalam hidup kita.

Credit: Seribu Warna Pelangi.

Read more...

Dec 17, 2010

Kerajaan UMNO BN Tak Hargai Nyawa Tentera & Polis.

Assalamualaikum Wbr.

Helikopter Robinson 44 (R44) Sebelum Terhempas telah mengalami kerosakan sebelum ini


Terhempas Jua Akhirnya.....Sia-sia lah tubuhkan "NIOSH"  

Walaupun berkali-kali dimaklumkan oleh Pegawai Polis berpangkat Inspektor, Mohd Shukri Othman (Al-Fatihah) akan kerosakan Helikopter Robinson 44 (R44), tetapi tiada tindakan susulan dari pihak atasan untuk memperbaiki atau memeriksa helipkopter tersebut sehinggalah nyawa beliau menjadi galang gantinya apabila helikopter itu terhempas di Malim Nawar semalam.

Sakit hati..... bila aku baca berita dari suratkhabar yang melaporkan kejadian tersebut.  Walaupun aku orang luar yang tiada hubungan kekeluargaan dengan si mati tetapi sikap "buat tidak tahu dan tak apa" tentang masalah kerosakkan teknikal helikopter yang diambil mudah dan sambil lewa oleh pihak berwajib sangat sangat dikesali.

Cuba anak dia yang mati terhempass helikopter...apa yang korang rasa pihak kerajaan atau atasan akan buat pada waktu itu juga ??? Saman kerajaan !!!  saman ATM...Saman Polis ???

Sungguh memalukan bila cerita helikopter terhempas...kapal terbang terhempas, MIG 29 terhempas, F15 terhempas, Hornett terhempas, Nuri terhempas.....berpuluh kali dan beratus-ratus kali terhempas tetapi kerajaan UMNO & BN boleh tak buat apa-apa.  Kerajaan Apa ini.  Apa guna jadi Menteri Pertahanan..kalau asyik menghabiskan boras ajer.    Ilmu dan kepakaran yang ada pada Tentera dan Polis yang mati.....nak cari dimana !!!  Heii...kita kehilangan "Talent" dari mereka-mereka yang pakar ini laaa.....

Dah terhempas baru laa nak kelam kabut nak check sana dan check sini.  Pergi jalan laaa !!!  Berlakon ajer lebih....dari dulu sampai sekarang asyik sandiwara ajer..

Kalau akulah. Pemimpin tertinggi...walaupun ini sudah suratan dan ajal...dah lama aku pecat mereka- mereka ini yang tidak mahu mendengar rintihan dan suara hati anggota tentera dan polis yang banyak jasanya kepada negara.  

Panglima7
Yang UMNO & BN pandang dan mahu hanyalah UNDI POS Tentera dan Polis sahaja.  tetapi kebajikan mereka dan keselamatan mereka langsung tidak terjaga.


Untuk berita selanjutnya Sila Klik SINI
Read more...

Dec 16, 2010

Pandikar Amin Gantung AP PR Untuk Dapat Majoriti 2/3 di Parlimen.

Assalmualaikum Wbr...

Pandikar Amin

Suatu permainan UMNO dan BN yang sangat jahat dan tidak bertamadun HANYA bagi mendapatkan 2/3 majoriti UMNO & BN di Parlimen, maka Pandikar Amin dan Nazri Aziz menjalakan usaha terancang, menyalahgunakan kuasanya dengan sewenang-wenangnya menggantung 3 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi menghidupkan peluang dan talian nyawa kepada  UMNO BN mengubah sebarang bentuk akta atau Persempadanan semula kawasan pilihanraya  sebelum Pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Penyalahgunaan Kuasa di Parlimen perlu dibantah dan di protes oleh rakyat.........Kalau dirasakan perlu...Rakyat Perlu Berarak di Jalan-Jalanraya Seluruh Negara bagi membantah penyalahgunaan kuasa oleh Speaker Dewan UMNO BN ini.


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) semalam membantah tindakan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bersetuju dengan keputusan majoriti untuk menggantung tiga ahli Parlimennya selama enam bulan. 

PR mendakwa tindakan untuk gantung tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang boleh memberi Barisan Nasional (BN) majoriti dua pertiga untuk sesi akan datang. 

Dewan Rakyat gempar apabila tiga lagi Ahli Parlimen PR diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan. 

Usul tersebut diputuskan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa. 

Azmin berkata, keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung Ahli Parlimen PR. 

Menurut Azmin, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27, dewan perlu memberi notis tujuh hari sebelum tindakan menggantung mana-mana ahli dewan. 

”Semalam mereka mahu menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Karpal Singh, tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok (hari ini). 

”Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam. 

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, jika Speaker menggantung empat Ahli Parlimen selama enam bulan, bermakna Barisan Nasional (BN) seolah-olah mendapat semula kuasa majoriti dalam dewan. 

Katanya, secara automatik empat Ahli Parlimen berkenaan terlepas peluang untuk menghadiri sidang Parlimen selama dua penggal. 

”Peluang ini boleh digunakan oleh BN untuk buat apa-apa pindaan, termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, semalam. 

Sementara itu, Mohd Nazri menyifatkan dakwaan ahli Parlimen PR bahawa penggantungan itu untuk memberi BN peluang meminta perlembagaan sebagai tidak berasas. 

Karpal Singh dan Sivarasa adalah ahli Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Mereka didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar Parlimen berhubung prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu.
Read more...

TG Nik Aziz Bersih Dari Rasuah.

Assalamualaikum Wbr....

Dengan terkeluarnya hasil siasatan ini dari sekutu-sekutu UMNO (SPRM) dengan sendirinya mulut-mulut busuk UMNO telah di spray dengan pewangi pewangi Febrezee di mulut masing-masing....hahaha !!!

Nik Aziz bebas rasuah
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup dua kes berprofil tinggi membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dakwaan menerima tajaan sebanyak RM65,000 oleh sebuah syarikat swasta untuk mengerjakan haji pada awal tahun lalu. 

Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil berkata, SPRM turut mendapati Nik Abdul Aziz bebas daripada tuduhan salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). 

“Hasil siasatan SPRM dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail mendapati tiada sebarang tuduhan boleh dibuat kerana Nik Abdul Aziz tidak pernah meminta pembiayaan kos tersebut malah tidak melaksanakan haji pada hujung tahun lalu. 

“Manakala pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi lebih kepada pertukaran nama jawatan iaitu daripada Ketua Pegawai Operasi kepada CEO PMBK,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat PPO bersama SPRM semalam. 

Menurutnya, dalam enakmen PMBK Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa penuh untuk melantik pegawai dan kakitangan PMBK. 

“Bagaimanapun, SPRM mendapati wujud kelemahan dalam sistem pentadbiran berhubung pelantikan pegawai kerajaan negeri yang menyebabkan tatacara pelantikan boleh disalahgunakan oleh pihak tertentu. 

“PPO meminta SPRM menasihatkan semua Kerajaan Negeri supaya membuat penambahbaikan dalam sistem pentadbiran yang telus untuk mengelak konflik berkepentingan berlaku,” katanya. 

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz didakwa menerima pakej mengerjakan haji sebanyak RM65,000 oleh pemilik sebuah syarikat pada 2009. 

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan terdapat bukti baru dalam siasatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan bekas Pengerusi Eksekutif Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli. 

“Memang terdapat bukti baru dan dakwaan mengatakan SPRM tidak membuat siasatan terhadap Tajuddin adalah tidak benar kerana ia masih dalam siasatan. 

“Kita tidak boleh dedahkan apa-apa kerana ia masih dalam siasatan kerana terdapat saksi-saksi baru dan berharap mereka dapat tampil ke hadapan supaya kes ini dapat diselesaikan,” katanya. 

Tajuddin didakwa menyebabkan kerugian MAS sebanyak RM8 bilion semasa menerajuinya pada tahun 1994 hingga 2001. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, SPRM turut tidak meneruskan pendakwaan terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong kerana didakwa tidak mengisytiharkan dirinya sebagai Pengarah dan mempunyai pegangan saham dalam sebuah syarikat.


Panglima7
Alhamdulillah...Tok Guru Nik Aziz Bersih dari segala bentuk macam rasuah dan penipuan.  Takbirrr...!!! Hidup Islam..Hidup TG.
Read more...

Dec 15, 2010

Langit Dan Bumi

Assalamualaikum Wbr..


Langit & Bumi

                            Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah s.w.t. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

                            Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah s.w.t. seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku." Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah s.w.t. dengan berkata, "Ya AllahEngkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

                        Lalu Allah s.w.t. mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail a.s.bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." Kemudian Jibrail a.s. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s.terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail a.s. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

                           Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail a.s., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail a.s.memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Panglima7 
Credit - Kisah & Teladan.

Read more...

Dec 14, 2010

JAWATAN KOSONG : Pelbagai Jawatan di Kemajuan Pekebun Perusahaan Kecil (RISDA) - Dec 2010

Assalamualaikum Wbr....
Sekadar berkongsi informasi

__________________
http://www.ziddu.com/download/12840845/IklanJawatanRISDADec2010.pdf.html



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Kemajuan Pekebun Perusahaan Kecil (RISDA) :-


1. PEGAWAI TADBIR (N41)
2. PEGAWAI PERTANIAN (G41)
3. PENOLONG. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F29)
4. PENOLONG. PEGAWAI TADBIR (N27)
5. PENOLONG. PEGAWAI PERTANIAN (G27)
6. PENOLONG. AKAUNTAN (W27)
7. PEM. SETIAUSAHA PEJ./SETIAUSAHA PEJABAT (N17)/(N27)
8. PEMBANTU. TADBIR (KEWANGAN) (N17)
9. PEMBANTU. TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N17)
10. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (N17)
11. PEMBANTU. PERTANIAN (G17)
12. PEMANDU KENDERAAN (R13)
13. PEMBANTU AM PEJABAT (N1)

Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui www.jobsmalaysia.gov.my


Untuk melihat Jawatan dan "requirement" Sila klik url di bawah dan download.
http://www.ziddu.com/download/12840845/IklanJawatanRISDADec2010.pdf.html

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 18 DISEMBER 2010

Panglima7
Kiriman sahabat.

Read more...

Dec 13, 2010

Seorang Ahli Ibadah Bernama Isam Bin Yusuf

Assalamualaikum Wbr..

Dalam suasana hidup dan mati juga kecemasan akibat perang....solat tidak ditinggalkan.  Bagaimana dengan kita yang aman....hanya syaitan yang perlu dilawan. (gambar hiasan)


"Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

> * Bertaubat

> * Menyesali dosa yang telah dilakukan

> * Tidak tergila-gilakan dunia

> * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

> * Tinggalkan sifat berbangga

> * Tinggalkan sifat khianat dan menipu

> * Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

> 1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

> 2..Syurga di sebelah kananku,

> 3.Neraka di sebelah kiriku,

> 4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

> 5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Panglima7
Kiriman Sahabat.

Read more...

Dec 12, 2010

”Ketuanan” Apa Ke Benda…Jika Melayu Masih Hidup Susah dan Merempat

Assalamualaikum wbr.....

Sekarang ini sibuk dengan citer pasal Ketuanan Melayu oleh pemimpin-pemimpin UMNO.   Kalau hidup jadi Tuan yang kaya, hidup mewah dan Rumah Besar macam Khir Toyo...takpe laa jugak.   Tengok rumah Khir Toyo kat bawah nie....baru layak panggil tuan.

 Istana Khir...

Ini hidup macam dalam gambar bawah ini....nak jadi tuan apa ke jadah nyer...!!!

Rumah Flat Kg Kerinchi....yang banyak rosak dan masalahnya

Rumah Flat- Siling pecah dipukul angin...

Kononnya kita jadi Tuan di negara ini.....tetapi rata-rata orang Melayu hidup susah....  Orang UMNO buat orang Melayu lagi Hidup Susah....Nak berniaga..di kaki lima asyik kena peras dengan Pihak Berkuasa Tempatan....kena kejar dengan Majlis Perbandaran...kena rampas barang2 perniagaan.   Kasihan orang Melayu.  Orang Cina yang tak jadi Tuan duk senang lenang berniaga di Rumah-rumah kedai.  Tak jadi tuan pun dia orang dah macam Tuan.

Tak dapat berniaga....ramai orang Melayu beralih pula kepada kerja makan gaji.   Kerja pulak jadi kuli dengan orang India dan Cina.....Bila nak cari kerja.." bahasa Mandarin is an advantage"...camner !!!  Tapi orang UMNO kata kita jadi Tuan....!!!.  Ape citer UMNO nie...!!!   Tuan hanya di bibir pemimpin UMNO sahaja.  Mereka yang hidup senang.  Bergelumang dengan wang...wang...wang....wang...sampai dapat beli rumah dan Istana macam Khir Toyo di atas tuu...

Tapi yang realitinya.....Tuan yang tak serupa Tuan.....ramai Melayu duduk flat, rumah kecik, sempitlah pulak.....gaji kecik, paling ramai naik motor....bangsa lain naik kereta,
Bila eksiden...yang ramai mati adalah Melayu....tiap-tiap bulan asyik kena kejar dgn org Cina...Ah long untuk bayar hutang..... minyak naik 5 sen pun orang Melayu dah susah dan duk bising......tapi masih lagi duk sokong UMNO.  Dah separuh abad UMNO perintah Malaysia...orang melayu tak senang-senang hidupnya juga...Mana taknya... rasuah sana sini.

Tengok rumah bangsa yang bukan Tuan di negara ini....yang bukan pegang kuasa di negara ini....paling koman pun rumah teres dan rumah banglo dia orang duduk...siap ada tanah lagi.

Dan tengok pula rumah orang Melayu yang menggelarkan diri mereka tuan....Jadi ...Apa ada pada nama dan perkataan Tuan!!!  Ada make sense ke ???

Yang sebenar-benarnya tuan adalah untuk Sultan dan Raja-Raja Melayu......
Nak lagi benar lagi ialah.... Tuan adalah untuk  ”Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan”.   Itu baru lah Tuan....hehehehe.

Panglima7
Hamba bukan Rasis...cuma nak compare ajer....Tapi UMNO cakap...memang tak serupa bikin.
Kalau takde rasuah, penyelewengan dan ketirisan dalam pentadbiran dan parti....Orang Melayu dah lama hidup senang dan tak dibebani dengan Tol, Cukai, Kenaikan harga barang-barang keperluan, minyak, gas, rumah dan beribu-ribu macam lagi.   Pegang Kuasa pun Orang Melayu...masih hidup susah dan lagi susah jugak.

Read more...

Dec 11, 2010

Rebutlah Kelebihan Bulan Asyura (10 Muharram) dan Fadhilatnya


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum buat sahabat-sahabatku sekalian....5 hari lagi..InsyaAllah kita akan bertemu dengan 10 Muharram.  Banyak fadhilat dan juga kelebihannya di dalam kehidupan kita sebagai umat islam.Cuma diri kita sajalah yang mampu untuk melakukannya ataupun tidak.Umat akhir zaman yang banyak mengejar Duniawi dari Ukhrawi.Bulan Muharram adalah di antara bulan-bulan yang terdapat di dalam kalendar Hijrah.Setiap bulan dalam Islam mempunyai kelebihan-kelebihan bulan Islam, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud:



"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) di dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)..." ( Surah At-Taubah :36)

Empat bulan yang dihormati "arba'ty haram" yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah bulan Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Oleh itu, bulan Muharam ini adalah bulan untuk kita berlumba-lumba meraih kebajikan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya menenam azam, memperbaharui tekad, dan menambahkan bekalan sebagi persediaan mereka untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang abadi untuk bertemu Allah SWT. Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia juga yang menyemptkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki." (Surah Saba':39)


Dalam bulan yang mulia ini terdapat satu hari yang amat bersejarah dalam kamus Islam, iaiatu Hari 'Asyura'.Oleh kerana itu, Rasulullah S.A.W menganjurkan umatnya supaya berpuasa, bersedekah dan melakukan pelbagai jenis kebajikan pada hari ini, sbagaimana yang tersebut dalam hadith baginda S.A.W yang bermaksud:

"Sekiranya aku masih hidup sehingga tahun hadapan nescaya aku akan puasa pada hari kesembilan (Tasu'a') dan hari kesepuluh (Asyura'). (Hadith Riwayat Muslim).

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda,

"Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". - (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya 
"Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, 
ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)
Rasulullah S.A.W juga bersabda;
"Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - (Riwayat Al Baihaqi)
Pada hari ini juga Allah SWT telah membentangkan segala nikmat dan kelebihan kepada rasul-rasul-Nya Antara peristiwa yang berlaku pada hari ini ialah:
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
  • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
  • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
  • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
  • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
  • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
  • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
  • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
Selain daripada peristiwa-peristiwa yang telah disebutkan di atas, terdapat banyak lagi peristiwa-peristiwa dan kelebihan-kelebihan yang ada pada 'Asyura' ini dalam sejarah Islam. Para pembaca boleh merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar seperti Tanbih al-Ghafilin karangan Abi al-Laith Nasr bin Muhammad bin Ahmad ibn Ibrahim as-Samarqandi, Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan banyak lagi.



Di sana terdapat banyak hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W yang menyebut tentang kelebihan-kelebihan hari 'Asyura'.Di antaranya;

Daripada Hafsah R.A berkata: "Empat jenis ibadat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W: Puasa Hari 'Asyura', sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah, tiga hari pada setiap bulan dan sembahyang dua rakaat sebelum fajar." (Hadith Riwayat an-Nasai.)

Daripada Ibn 'Abbas R.A. berkata: "Aku tidak pernah melihat Nabi Muhammad S.A.W mengutamakan puasa pada satu hari melebihi hari-hari lain melainkan hari ini iaitu Hari 'Asyura', dan bulan ini yakni bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Berkata para ulama' salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:
  • - Malam Awal Muharram
  • - Malam 10 Muharram
  • - Malam Awal Rejab
  • - Malam 15 Rejab
  • - Malam 27 Rejab
  • - Malam 15 Sya'ban
  • - Malam Arafah
  • - Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan Malam 10 Zulhijjah)
  • - Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a) Qiamullail - Solat Tahajjud - Solat Hajat - Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran c) Zikir


Dengan kedatangan hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada untuk menambahkan lagi amal kebajikan yang telah kita lakukan selama ini.Dan janganlah kita mensia-siakan peluang yang terbentang di hadapan mata kita demi untuk kebahagian dan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.


Panglima7
Kiriman Sahabat


Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara