Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Mar 30, 2011

Saksikan Nyawa Diambil Ketika Sujud. Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Rohnya.

Assalamualaikum Wbr.


Mati Ketika Sujud Kepada Allah


Dikisahkan...
Malaikat Maut telah memberi salam kepada seorang mukmin dan orang mukmin tersebut pun menjawab salamnya. Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku ada hajat hendak disampaikan, tetapi aku akan beritahumu dekat telingamu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Silakan, sebutkan hajatmu itu”

Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku adalah malaikat maut”



Orang mukmin tersebut berkata : “Selamat datang, sudah sekelian lama baru kamu datang kepadaku. Demi Allah ! tidak ada di bumi ini tempat jauh yang hendak aku pergi, melainkan aku hendak berjumpa kamu”

Malaikat Maut berkata : “Kalau kamu ada hajat, sila tunaikan dulu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Aku tidak mempunyai apa-apa hajat yang lebih besar selain cintaku kepada Allah dan aku hendak bertemu denganNya”.

Malaikat Maut berkata : “Pilihlah cara bagaimana engkau kehendaki aku mengambil nyawamu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Sanggupkah engkau melaksanakan kehendakku ?”

Malaikat Maut berkata : “Ya, aku sanggup, katakan saja sebab memang aku diperintahkan begitu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Tinggallah aku sebentar kerana aku hendak berwuduk dan solat, ambillah nyawaku ketika aku sujud”

Akhirnya malaikat maut mengambil nyawa orang mukmin tadi ketika beliau sedang sujud mengadap Allah SWT.

Panglima7
Semoga kita semua dimatikan Allah dalam keadaan yang baik...Husnul Khotimah. aaminn.


Read more...

Mar 28, 2011

Isu Video Seks: Usaha UMNO Lengahkan Kemaraan PR Ke Sarawak

Assalamualaikum.

Perhimpunan di London, Membantah Rasuah Balak Taib Mahmud.

Nampaknya isu Video Seks yang dimainkan UMNO hanyalah untuk mengekang dan melengah-lengahkan kemaraan serta serangan Pakatan Rakyat ke Sarawak.   Oleh yang demikian....Ayuh semua!!!  kita halakan peluru berpandu ke Sarawak.  Pilihanraya Umum Sarawak bakal diadakan pada 16hb April ini.

Jangan kita hanyut dengan permainan politik Video Seks UMNO yang tidak bertepi ini.  Kita akan Counter Attack Video Seks Anwar ini semula secara silih berganti dan berselang seli dengan isu Taib Mahmud.

Klik di Sini untuk melihat Rasuah Taib Mahmud.
Panglima 7


Read more...

Mar 27, 2011

Kalaulah Ust Fadzil Noor Masih Hidup...Nescaya Menggeletar Lutut UMNO.

Assalamualaikum Wbr.

Mengimbas Kembali Demonstrasi Di Masjid Negara Dalam Pemecatan dan Kes Liwat 1 DS Anwar Ibrahim

Teringat kembali Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Kalaulah beliau masih hidup, nescaya ratusan ribu manusia bakal membanjiri setiap lorong dan jalan-jalanraya di ibukota Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan Politik seks dan Fitnah UMNO mutakhir ini.


Allahyarham Fadzil Noor, Presiden Pas, seorang yang sangat digeruni oleh musuh-musuh Politiknya termasuklah Mahathir Mohammad yg mebjadi PM ketika itu. Seorang yang sangat petah berbicara dan dapat memancung segala serangan musuhnya dengan lisannya on the spot. Seorang yang sangat genius dan mastermind di dalam segala perancangan dan merupakan orang yang paling rapat dengan DS Anwar Ibrahim semasa di dalam ABIM.

Ketika DS Anwar dipecat dan dituduh meliwat oleh Mahathir, Fadzil Noor lah orang yang pertama tanpa lengah...yang menggerakkan api perjuangan bagi menyatukan rakyat untuk turun berdemonstrasi di bawah panji-panji GERAK (Gerakkan Rakyat)dan seterusnya di panggil REFORMASI.

Tetapi apabila muncul Kes liwat 2 dan yang terbaru Fitnah 3 ke atas DS Anwar, Tiada sesiapa pun dari Pakatan Rakyat yang bangkit seperti Ust Fadzil Noor bagi menyedarkan Pemimpin-Pemimpin UMNO yang Gila dan Rakus ini. Mana dia pemimpin-pemimpin Pas, mana dia pemimpin Keadilan.....? Kesemuanya lembik dan tidak bermaya untuk membawa rakyat menentang Fitnah yang GILA BABI ini. Mana dia..!!!! Semuanya berperang di atas kertas dan blog-blog sahaja.

Kini...Yang lantang bersuara hanyalah Ustaz Asri, Bekas Mufti Perlis. Aduihhhh !!! tak terasa malukah korang pemimpin PAS, PKR & DAP semua....bilamana ustaz Asri mengajak Rakyat turun berdemonstrasi tidak kira apa latarbelakang dan pegangan politik mereka bagi menyampaikan mesej kepada Pimpinan UMNO....Bahawa rakyat BENCI Politik Fitnah dan JIJIK ini. Politik yang membuka aib dan seluar dalam orang.

Ustaz Asri...Klik di Sini.

Panglima7
Kasihan Melihat DS Anwar Berhadapan dengan Musuh Politiknya Dengan Melawan Seorang Diri.



Read more...

Takuti Fitnah Dari UMNO : Bala Allah Makin Menghampiri

Assalamualaikum Wbr.

Kerana Fitnah yg Korang Suka itu...Allah Boleh Ubah dari Negara Yang selamat kepada Negara Yang Bakal Ditimpa Bala.

Kuburkanlah UMNO pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang bagi menghentikan segala macam bentuk kemungkaran dari Parti Pemfitnah No.1 Malaysia ini . Semua Rakyat bertanggungjawab bagi menolak Parti Pemfitnah ini. Tolaklah parti UMNO ini untuk keselamatan Rakyat dari Bala.



Kalau kita tidak bertindak sekarang, ditakuti Bala Allah akan menimpa pula negara yang kita sayangi ini, setelah Allah memusnahkan Acheh dan Jepun serta Myanmar. Ambillah Pelajaran dari umat-umat terdahulu yang dibala oleh Allah. Nauzubillahminzalik

Sila Klik di Sini


Read more...

Di Mana DS Anwar???: Utusan Meloya Dah Mula Jadi Mahkamah

Assalamualaikum wbr.


Inilah akhbar yang merosakkan fikiran rakyat. Blogger-Blogger UMNO adalah wartawan yang memberikan idea mudah bagi utusan Meloya ini memuatkan berita fitnah mereka.

Memandangkan blog sahabat ini paling lengkap dan kemas laporannya...maka Panglima malas nak tulis panjang-panjanglah kali ini....korang klik sahaja di sini untuk mengetahui kisah selanjutnya.


Read more...

Siapa Kata DNA Tidak Boleh Dipalsukan ???

Assalamualaikum Wbr.




Panglima7
Dalam senario politik semasa negara kini....keberangkalian DNA ini dimanipulasikan oleh instrument-instrument kerajaan demi survival politik UMNO tersangatlah tinggi.

--------

Saintis Sahkan Bukti DNA Mampu Dipalsukan, Palit Pada Lokasi Jenayah
Oleh Suara Keadilan

Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.

Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.

Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga...



mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.

Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.

Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: ‘Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.

Dr. Frumkin -- yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu – menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti.

Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.

Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.

Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.

Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.

Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA - satu 'kod bar' genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.

Ahli sains ini telah membina 'perpustakaan' yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis. Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari 'perpustakaan' untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.

Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.

Mereka memberi amaran: 'Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh. Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.

'DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.'

Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:

'Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.’

'Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.'

Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: 'Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.

'DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.'

(Terjemahan Dr. Afif Bahardin dari artikel berjudul “DNA evidence can be fabricated and planted at crime scenes, scientists warn” tulisan Fiona Macrae yang diterbitkan di laman The Daily Mail UK pada 19 Ogos 2009).

Panglima7


Read more...

Mar 26, 2011

Pemimpin Rogol Jadikan Pemimpin, UMNO..Ko Tunggulah...Rakyat Bangkit.

Assalamualaikum Wbr.

Dengar Apa DS Anwar Katakan..


Ceramah DS Anwar Di Taman melawati Diganggu Polis & FRU


Mediamasa TV dan Radio serta Suratkhabar juga Blogger UMNO siang malam menyerang dan Menfitnah DS Anwar Ibrahim. Tetapi bila DS Anwar mahu memberi penerangan bagi menjawab dan membela diri.....disekat dan dihalang oleh UMNO. Apa ini...!!!!


Sambungan berlaku kekecohan.

Panglima7
Panglima dah mula ber singsing lengan nie... dan memakai tanjak. Tunggu.






Read more...

Voucher Percuma Mc Donald...Dapatkan Di Sini

Assalamualaikum Wbr.

Printkan voucher ini dalam A4 size, hitam putih pun diterima dan dapatkan secara percuma 2 breakfast bersaiz besar dengan setiap satu pembelian RM5.00 ke atas.

Ini bukan nak promo Mc Donald, tapi pada sesiapa yang meminati makanan Mc Donald Malaysia, bolehlah Printkan voucher di atas kemudian pergilah di Restaurant Mc Donald dan buatlah pembelian paling minimum RM5.00. Anda akan diberi 2 sets (2 Big Breakfast) Percuma. Breakfast ini mengandungi scrambled eggs,....



scrambled eggs, juicy chicken sausage, toasted English Muffins dan Golden Hash Browne. Print hitam putih pun diterima. Satu voucher diprintkan penuh di atas kertas A4 size. Waktu untuk mendapatkannya bermula jam 4pagi hingga 11malam Pagi Sahaja. Valid sehingga 31hb March ini sahaja.

Tak percaya....Sila klik facebook MCD

McDonald's Malaysia
Dear fans, you can also download the coupon by clicking on the link here. We do accept black and white print out.

http://bit.ly/euvE2M
bit.ly
March 15 at 11:08am · Share
1,195 people like this.
View all 293 comments

Panglima7
Read more...

Mar 24, 2011

Fitnah 1, 2 dan 3 UMNO Terhadap DS Anwar..KANTOII... !!!

Assalamualaikum Wbr...


Berkaitan dengan isu Fitnah 1,2 dan 3 terhadap DS Anwar Ibrahim ini, dengan rasa pertanggungjawaban, Panglima memetik entry dari blog edyesdotcom ini untuk dikongsi bersama dengan pembaca semua. Semoga rakyat celik mata melihat kemungkaran yang dimainkan oleh UMNO bagi memperbodohkan rakyat. Rakyat yang percaya dan terpedaya akan dihinggapi dosa besar yang dibawa oleh puak2 ini.

Panglima7
Setelah mengetahui kebenaran, Rakyat pasti akan bangkit...teguh berdiri menentang fitnah UMNO ini seperti batu karang di tengah lautan, walau berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan. Silap percaturan...UMNO pasti bungkus dalam pilihanraya umum nanti.

Oleh: edyesdotcom

"
Jam 2.48 am, malam ini walaupun aku belum tidur, jiwa aku rasa tenang. Kalau nak tidur pun bila-bila masa boleh lelap. Tapi sebab nak menulis sikit tentang rentetan peristiwa tiga hari ini, aku mengambil keputusan untuk tidur lewat sikit walaupun esok kerja. Menulis dengan bahasa yang santai.

Aku yakin malam ini tidur aku nyenyak, begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan, blogger, penyokong Pakatan Rakyat dan bakal pengundi baru Pakatan Rakyat (setelah melalui detik dua hari ini semenjek video seks halal ditayangkan di hotel terkemuka negara) dan semua yang berjuang menegakkan keadilan, pasti akan tidur nyenyak.

Tak tau lah pulak apa nasib Najib dan gerombolannya yang sudah terkantoi sepanjang hari ini. Sudah tidur ke belum si Najib? Sudah tidur ke belum wahai datuk-datuk 'T' stooges?

Pertama, aku bersyukur kepada tuhan kerana telah menerbitkan secebis kebenaran. Benarlah bahawa doa orang-orang yang teraniaya akan diangkat tanpa hijab lalu dimakbulkan. Kesempatan ini ingin aku ceritakan detik-detik penting yang aku lalui sejak semalam yang menjadi crucial time kepada perlawanan menentang fitnah demi fitnah. Ia seolah-olah satu kemuncak kepada beberapa siri fitnah yang tiap kalinya menemui kegagalan walaupun dirancang dengan bantuan yahudi lakhnatullah.



Bermula kelmarin (21 Mac 2011), pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan satu BBM yang mengatakan sekumpulan wartawan akan dipanggil untuk sesi tayangan video seks yang membabitkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Aku terus check twitter, memang benar bahawa satu tayangan lucah akan berlangsung di Carcosa Sri Negara.

Bayangkan sekiranya rakyat awam seperti aku telah ketahui lebih awal aktiviti jahat ini, mengapa tidak pihak polis yang punya intel mengambil tindakkan wajar? Contoh tindakkan ialah menahan Datuk T dan merampas klip video yang ditayangkan. Tetapi ia tidak berlaku!

Dalam masa yang sama, aku terfikir di manakah anak muda dari AMK pagi-pagi Isnin itu? Adakah mereka bangun lewat pada hari tersebut? Sepatutnya AMK harus bertindak pantas menghimpit perjumpaan di Carcosa yang menjurus kepada penayangan video lucah kononnya membabitkan Anwar Ibrahim. Mengapa aku katakan membabitkan Anwar ialah kerana Datuk T sendiri mengatakan pemimpin PR terlibat itu harus berundur bersama isterinya! Ini bermakna isteri si tertuduh adalah merupakan seseorang yang mempunyai jawatan dalam parti, yang membolehkan satu ugutan supaya berundur telah berlaku. Polis masih tidak mengambil tindakkan, begitu juga dengan kelembapan AMK.

Ketika itu aku yakin bahawa bukan Anwar Ibrahim yang terlibat. Aku tidak akan mudah terbeli dengan penyebaran berita Anwar Ibrahim melanggan pelacur di spa, begitu juga dengan kepimpinan PR yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Sekiranya Anwar adalah orangnya, maka wajar Anwar Ibrahim berundur. Aku petik quote ini dari che'GuBard. Apa yang salahnya kenyataan ini berbanding dengan kenyataan "Tidak kira walau Anwar dalam video itu ataupun bukan, kita tetap mahukan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Pakatan Rakyat"? Apa yang penting adalah keyakinan kita sejak azali, kerana ini adalah fitnah ke-tiga buat Anwar Ibrahim. Apa yang jauh lebih penting ialah, peranan kita menyampaikan kebenaran kepada pelbagai lapisan masyarakat agar mereka juga yakin seperti apa yang kita yakin - Anwar tidak terlibat dalam Fitnah 1, 2 atau 3! Baca lagi kenyataan che'GuBard dan fahamkan dalam tajuk
"Isu video : awat anak muda kalut ?"


Masuk tarikh 22hb, keadaan tiba-tiba berubah apabila tersebarnya berita yang menyatakan pelakon dalam video seks itu berperut buncit walaupun irasnya seperti DSAI. Ketika ini, blog-blog pro-BN yang berpesta sehari sebelumnya dengan kenyataan Anwar Ibrahim lah lelaki X dalam video tersebut, telah mula bertukar rentak dengan sungguh-sungguh mengatakan video itu direkayasa oleh Anwar Ibrahim.

Blogger murahan Zul Nordin sudah langsung diam seribu bahasa. Aku malas cerita pasal YB binatang nie, kalau nak baca klik di entry "Ahli Parlimen Binatang Punya Teori Bangsat Junjung Pemerintah Zalim". Zul Nordin juga sungguh-sungguh mengatakan video seks itu kerja DSAI untuk mengalih perhatian mengenai penyerahan DNA.



Kemudian datanglah tanggal 23 Mac 2011, tarikh yang harus dikenang sebagai hari pembalasan kecil kepada si pendusta besar. Pagi-pagi lagi Malaysia dikejutkan dengan keputusan mahkamah yang menterbalikkan keputusan awal, apabila dengan dengan tidak semena-mena menerima semula bukti DNA lokap yang telah ditolak sebelum ini. Bayangkanlah jika hakim dah jatuh hukum, tapi menarik balik hukuman tersebut tanpa alasan munasabah. Ini sesuatu yang agak pelik seumpama ada yang tidak kena di sebalik penyebaran betapa Anwar Ibrahim tidak sebuncit si pelakon porno.

Memang masa itu semua syak ada yang tak kena sebab skandal video seks dikatakan sudah gagal, tetapi belum kantoi lagi ketika itu. Rakyat kebanyakkan yang mengikuti skandal video seks ini telah lebih ramai yang meragui daripada mempercayai.

Tiba-tiba seorang sahabat aku yang bernama ephol telah menjumpai satu berita dari MalaysianUnpluge yang mendedahkan siapakah Datuk 'T'. Entry tersebut di sini, dan entry ini meletup kerana belum ada pendedahan lain dalam entry pro-pakatan rakyat yang regular. Sewaktu entry tersebut dipublish, aku dapat beberapa panggilan yang bertanya akan kesahihan maklumat yang aku dapat. Belum sempat aku jawab, kira-kira sejam selepas pendedahan di blog edyesdotcom, maka hadirlah kenyataan akhbar yang merungkai segala persoalan, yang mengsahihkan sebijik-sebijik dengan maklumat awal yang dipapar sebelumnya.

Maka tidak hairanlah mengapa mahkamah menterbalikkan keputusan asalnya apabila tetap menerima DNA yang diperolehi secara tidak sah. Apakah rakyat semua tidak sedar lagi? Adalah menjadi tanggungjawab pembaca blog edyesdotcom untuk sampai menyampaikan kebenaran. Pikullah amanah ini dengan yakin!

Syabas dan tahniah YB Johari Abdul kerana berani dan tidak tumbang dengan umpan yang dilempar. Kenyataan YB Johari kemudiannya dipublish dalam entry "Kenyataan Akhbar Dato Johari Merungkai Segalanya !!!" . Sebuah kenyataan yang mendedahkan modus operandi UMNO memikat ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi melunaskan nafsu mereka dengan cubaan mencukupkan bilangan majoriti dua per tiga Dewan Rakyat.

Sedari tidak, perancangan jahat ini juga merupakan satu cubaan checkmate buat Anwar Ibrahim kerana dengan pelbagai tohmahan termasuk dua siri fitnah, DSAI diyakini tidak akan mampu lagi menahan beban satu lagi fitnah lebih besar dan jahat biarpun ia secalit persepsi, ia akan memusnahkan terus karier DSAI. Ini dinamakan political assasination. Namun, Allah itu maha pengasih dan penyayang, tidak membenarkan negara Malaysia terus hanyut. Justeru itu, kita harus bersyukur kerana kebenaran itu tiba tepat pada masanya.

Najib sudah pening, Muhyidin sudah semak, Datuk 'T' stooges sudah tak tahu mana mau lari, cybertrooper UMNO sudah ontok seontoknya, Zul Kulim dah surrender dek dua kenyataan baghalnya yang tidak menepati sasaran dari awal hingga akhir. Binawe sungguh, aku masih petik namanya. Penyokong tegar UMNO yang tiada kepentingan mulai rasa menyesal dan rasa bersalah, bukan kepada Anwar Ibrahim, tetapi kepada apa yang mereka dukungi selama ini. Penyokong atas pagar sudah mula memilih haluan yang lebih tepat, iaitu menolak regim jahat yang mengotorkan siaran tv dengan aksi berita lucah, lucah dan lucah!

Apa lagi idea yang masih belum digunapakai untuk menyelamatkan maruah UMNO apabila mereka yang terlibat adalah seorang pengerusi RISDA, seorang pembida jambatan bengkok dan seorang lagi adalah bendahari pejuang melayu tulen PERKASA. Ini dah menghampiri check-mate buat BN. Rakyat di bandar dan di kampung harus buka mata luas-luas! Lebih penting, pastikan maklumat ini sampai kepada semua.

Akhir sekali, timbul satu lagi cubaan penghabisan apabila Datuk 'T' stooges tampil dalam satu sidang media. Dengan membuat pengakuan oleh datuk Eskay sendiri berada dalam video seks tersebut, tanpa menyatakan kedudukkannya sebagai pelakon yang mana. Pelakon utama ataupun tambahan. Kegemparan ini dirakam dalam sebuah lagi entry yang bertajuk "Datuk Eskay: Saya Dalam Video Itu"

Kecelaruan tahap maksimum cuba ditimbulkan daripada sidang media ini. Tiba-tiba juga beberapa menteri melenting dengan mengatakan UMNO dan kerajaan BN tidak terlibat. Tetapi persoalan lebih parah yang tertimbul secara automatis;

Mengapa RISDA terlibat sehingga dikatakan membuat tempahan dan membayar kos hotel Carcosa? PERKASA juga terlibat? Mengapa ketiga-tiga stooges ini masih belum ditangkap walaupun pengakuan penglibatan mereka dalam pembikinan dan penayangan video seks itu adalah sangat jelas?

Muka Datuk Eskay agak seiras dengan muka DSAI, mungkin perbezaannya adalah perut siapa yang lebih buncit. Adalah sesuatu yang janggal apabila dikatakan Datuk Eskay adalah teman rapat Anwar sebulan yang lalu, benarkah begitu??

Paling penting, mereka juga telah mengugut Anwar Ibrahim dan Kak Wan pada Isnin lalu supaya berundur dari jawatan dalam parti melalui satu video seks fitnah (yang akhirnya terbongkar dibikin sendiri). Kalau Datuk 'T' stooges menyuruh Anwar dan isterinya berundur, bukankah itu yang UMNO dan Barisan Nasional mahu supaya mereka selamat di PRU ke 13?

Akhir kalam, aku menyeru agar artikel peristiwa yang aku lalui sepanjang tiga hari berturut ini disampaikan kepada semua blog dan facebook. Aku yakin, rakyat hari ini telah terbuntang matanya menyaksikan kejahatan sebenar sebuah kerajaan terdesak yang ingin mempertahankan kuasa dengan slogan;

Biarpun hancur tulang belulang(rakyat), Putrajaya harus dipertahankan.

Hanya satu ayat yang bermain dalam kepalaku di saat ini;

"Wama karu wama karullah.. Allahukhairun makireen.." yang bermaksud "Kita merancang, Allah juga merancang.. Namun perancangan Allah itu lebih baik"


Read more...

Mar 23, 2011

Ya Allah..Percepatkanlah Ajal UMNO. Mereka Dah Melampau.

Assalamualaikum Wbr.

Rupa Syazril...Sebijik Macam muka DS Anwar...

Sekiranya UMNO masih memerintah....maka selagi itulah kemurkaan Allah atas mereka. Kerana merekalah yang menabur benih-benih Fitnah ke atas musuh-musuh politiknya hingga mengheret rakyat mempercayainya dan menambah dosa dan saham ke neraka.

Sebab itulah undi UMNO adalah berdosa kerana secara tidak langsung bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin mereka yang menabur fitnah ini.

Supaya rakyat tidak terpalit dosa....Engkau percepatkanlah Ajal UMNO ini Ya Allah. aamiin.

Panglima7
Read more...

Mar 22, 2011

Kalau Rupa Ghandi &Hitler Boleh Buat, Inikan Pula Rupa Anwar ???

Assalamualaikum Wbr...

Rupa Adolf Hitler Boleh Buat Takkan rupa DS Anwar tak boleh ???

Patutlah banyak beredarnya cerita-cerita seks dan lucah terhadap ADUN-ADUN dan pemimpin Pakatan Rakyat di blog-blog UMNO....Rupa-rupanya ianya adalah introduksi untuk mengiringi fitnah video seks Anwar Ibrahim yang di heboh-hebohkan semalam.

Fitnah ke atas DS Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1997 lagi...semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah Regim Mahathir....bagi menghapuskan karier politik DS Anwar maka direka cipta kononnya DS Anwar Ibrahim melakukan liwat di kondo Tivolli Villa. Tetapi terpaksa dibuang kes, mana tidaknya, tuduhan incident Liwat ini yg didakwa berlaku di Tivolli Villa, sedangkan Tivolli Villa belum wujud lagi ketika itu...hahahaha....kan dah kantoi kat situ. Kemudian...



setelah DS Anwar kembali semula ke persada politik setelah bebas dari dipenjarakan atas tuduhan rasuah...beliau berjaya menghimpun dan menyatukan parti-parti pembangkang sehingga berjaya menawan 5 negeri di dalam pilihanraya umum yang ke 12 dan merampas tongkat sakti dari UMNO BN.

Ini sangat mengusarkan UMNO BN apatah lagi bila kalah besar dalam pilihanraya umum yang lepas dan bila melihat sokongan rakyat yang semakin memuncak di seluruh pelusuk negara. Kerisauan ini ditambahkan lagi dengan diwar-warkan bahawa PR akan menuju ke Putra Jaya.

Maka bermula dari situlah Fitnah liwat ke 2 direkacipta...bagi menyakinkan golongan rakyat yang was-was bahawa DS Anwar Ibrahim memang terlibat dalam isu liwat. Apabila isu liwat seringkali dimainkan dari tahun 1997 lagi hinggalah terbit liwat kedua...maka rakyat yang tadinya was-was akan mula percaya. Itu strategi namanya. Itulah motif sebenar UMNOAPCO. Macam lagu laaa.....lagu yg tak sedap pd awalnya di telinga...jika seringkali didengarkan dan didendangkan di radio...daripada tak sedap..akan jadi sedap. daripada tak hot....akan jadi hit dan tip top. Inilah perancangan mereka.

Setelah Liwat ke2 yg melibatkan pula si Saifol ini kantoi.... disebabkan banyaknya air mani-air mani dari berbagai lelaki lain yang tidak dikenali di dalam duburnya...maka ini mengundang persepsi yang si Saifol ini memang kaki main belakang. Cuma yang ditekankan di sini ialah DNA Y....yg cuba dipadankan dengan DS Anwar Ibrahim. Dalam negara yang mempunyai politik yang kotor dibawah UMNOAPCOBN....memang wajarlah DS Anwar tidak memberikan DNA nya....apahal...ko yg tuduh ako...ko pandai lah carikan buktinya...bukankah bukti air mani dalam kes liwat satu....masih ada, takkan tak simpan dan dah buang.??? Peguam-peguam dan mahkamah yang dikuasai oleh tangan-tangan ghaib dalam negara kita menyebabkan penyerahan DNA ini sangat-sangat diragui.
Disebabkan itu...kes liwat Saipol ini kantoiii ...!!!!

Sebelum kantoinya kes liwat Saipol ini...maka ada pulak Plan C......yang dirancangkan sebelum ini jika kes liwat Saipol gagal. Nampak tak bagaimana mereka counter action fitnah yang Liwat Saipol yg tak berjaya ini dengan mendatangkan pulak video seks Anwar Ibrahim dengan pelacur dari Perempuan Cina.

Rupa Ghandi dalam filem pun org boleh buat...!!!

Apa nak heran......Kalau orang boleh buat filem dengan sebijik muka macam Adolf Hitler dan Mahatma Ghandi tanpa berkurang sedikit pun rupa mereka....inikan pula rupa bentuk DS Anwar Ibrahim. Cari bentuk muka yang mirip dan solekkan jer...senang daa itu. Yang penting Upahkan ajer....bagi membuat muka sebijik Anwar...tetapi sayang....perut pelakon video tersebut tidak sama dengan Perut Anwar Ibrahim....hahahaha...kan dah kantoi...!!!! Ermmm...

Sekiranya Video Seks DS Anwar Ibrahim ini kantoi.....maka disusuli pula video seks DS Anwar bermain dengan pondan atau makyah di Thailand. Sedang dikeluarkan ....nak tahu lebih lanjut boleh ikuti blog "Milosuam". Ermmm...macam macam.

Sekiranya tidak juga berjaya menyakinkan rakyat akan perilaku DS Anwar....pada pandangan Panglima...mereka akan merekacipta video....Anwar melakukan seks dengan Binatang pula.
barulah lengkap nafsu seks Anwar Ibrahim...bermula dengan meliwat Lelaki sejenis....kemudian melakukan seks normal dgn perempuan...dan melakukan seks dgn pondan (dua naluri) dan akhirnya dengan binatang.

Kesemua fitnah ini direkacipta bagi memburukkan mastermind pemimpin PR dan mengelakkan UMNOAPCO terus kalah dalam pilihanraya umum yang akan datang....dan sekaligus menyelamatkan hayat kuasa mereka...lebih2 lagi menjelang pilihanraya umum yang ke 13 nanti yang mungkin diadakan pada tahun ini.

Wallahualam.

Panglima7.


Read more...

Video Seks Anwar Dgn Pompuan Cina Tersebar Dan Mak Nyah Thailand Pula Sedang Dikeluarkan.

Assalamualaikum Wbr.


Firman Allah bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)


Orang yg berperut buncit dan boroi dituduh sebagai Anwar Ibrahim yg melakukan sex dgn pompuan Cina. (gambar hiasan)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan



orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.


Read more...

Mar 20, 2011

Kita Pasti Masuk Ke Lubang Kubur

Assalamualaikum Wbr.


Bila sebut pasal kubur...kebanyakkan dari kita...semuanya akan rasa takut. Jangan nak masuk kubur...melintasinya pun kita tidak mahu. Tetapi perlu diingat...kita pasti masuk kubur akhirnya. Kita pasti ke sini jua akhirnya. Di situlah tempat persinggahan kita sebelum kita menuju alam yang kekal lagi abadi buat selama-lamanya. Ayahanda dan bonda telah mendahului kita...kita bila lagi..??? Kitalah yang orang yang seterusnya. Di kisahkan....

Setelah segala urusan dunia selesai, mayat akan dikebumikankan dan setelah setelah selesai dikebumikan maka rohnya akan dikembalikan ke jasadnya untuk MENJAWAB SOALAN dari malaikat. Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam ra, sebelum malaikat Munkar dan Nakir masuk, ada seorang malaikat lain masuk dahulu yang mukanya bersinar bagai matahari, namanya Roman. Dia masuk kepada mayat dan berkata:



"Tulislah apa yang kamu perbuat dari kebaikan dan keburukan semasa hidup di dunia dahulu." Mayat menjawab: "Dengan apa aku menulis? Mana penaku, mana dakwatku dan kertasku?" Sahut malaikat Roman: "LUDAHmu sebagai DAKWAT, JARImu sebagai PENA."

Mayat bertanya: "Di atas apa aku menulis?" Sabda Rasulullah saw: "Maka malaikat itu memotong tali kapan dan dicarikkan kain kapan dan diberikan kepada mayat dan katanya: inilah bukumu dan tulislah sekarang" Maka MAYAT itu MENULIS apa yang telah dilakukan semasa hidupnya dengan KEBAIKAN.

Maka bila sampai pula untuk menulis kejahatan, mayat itu merasa malu untuk menulisnya. Kata malaikat: "Wahai orang salah, sekarang ENGKAU merasa MALU untuk MENULIS KESALAHAN yang kamu lakukan dahulu. Kenapa kamu tidak malu terhadap Tuhan yang menciptakan akan kamu waktu kamu melakukan kesalahan dahulu, hingga kamu merasa malu kepada aku?" Maka malaikat itu mengangkat tongkat hendak memukulnya. Lalu berkata si hamba tadi: "Angkatlah saya dan saya akan menulisnya." Diapun menulis semua sekali kejahatan hingga habis, lalu malaikat itu memerintahkan supaya dia melipat catitannya itu dan memberinya cop mohor.

Tanya si mayat: "Dengan apa cop?" Jawab malaikat: "Kamu COP dengan KUKUmu itu." Lalu diberikan cop kuku dan DIKALUNG di lehernya HINGGA ke hari QIAMAT. Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 13 bermaksud: "Dan tiap-tiap manusia itu kami telah tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetap kalong) pada lehernya dan kami keluarkan baginya pada hari qiamat sebuah kitab yang dijumpai dalam keadaan terbuka." Lalu masuklah dua malaikat, Munkar dan Nakir.

Jika yang mati ahli maksiat, maka pada hari qiamat diwaktu Allah memerintahkan untuk membaca kitabnya sendiri, maka dia pun membaca sehingga habislah kebaikan yang dilakukan. Tetapi bila sampai kepada keburukan dia pun berhenti.

Maka firman Allah: "Mengapa kamu tidak baca?" Maka jawab si hamba: "Aku malu kepada Mu ya Allah." Firman Tuhan lagi: "Mengapa kamu tidak malu di dunia dahulu? Mengapa sekarang baru malu?" Akhirnya hamba tadi merasa sungguh menyesal tetapi sesalan yang tidak berguna lagi.

Kemudian datang firman Tuhan lagi dalam surah Al-Haqqah ayat 30 dan 31 bermaksud: "Peganglah dia dan belenggulah dia, belenggu tangan ke lehernya. Kemudian masukkan dia ke dalam api neraka yang bernyala-nyala"
Posted by nur ad'din at 3:16:00 AM

Panglima7
Aku lah itu.
Untuk dikongsi bersama. Semoga bermanfaat kepada kita semua.

Read more...

US Bedil Libya Dengan 112 Peluru Berpandu

First wave of allied assault: 112 cruise missiles


This Saturday, March 19, 2011 photo provided by the U.S. Navy shows the Arleigh Burke-class guided-missile destroyer USS Barry (DDG 52) as it launches
AP – This Saturday, March 19, 2011 photo provided by the U.S. Navy shows the Arleigh Burke-class guided-missile …
WASHINGTON – U.S. 
Kapal-kapal perang British dan kapal-kapal selam melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu pada ruang udara Libya semalam dan pegawai pertahanan Amerika berkata dipercayai berlaku kemusnahan dan kerosakan yang banyak akibat dari serangan itu.


Dalam serangan, 112 peluru-peluru berpandu Tomahawk ditembak lebih daripada 20 sasaran di pesisir pantai bagi membersihkan ruang udara dan daratan daripada tentera udara Libya.
Manakala pegawai-pegawai pertahanan U.S. mengingatkan yang ia adalah terlalu awal untuk mengukur kesan seranganpegawai US berkata tenteranya memberi ketepatan mensasarkan peluru-peluru berpandu dan mereka merasakan bahawa tentera udara Libya menderita dan merupakan satu kerosakan baik untuk mereka.
Dalam mengumumkan misi semasa satu lawatan ke BrazilPresiden Barack Obama berkata dia keberatan mengambil jalan keluar dengan paksaan tetapi diyakini ia amat perlu bagi menyelamatkan nyawa orang awam.  Dia mengulangi yang dia tidak akan menghantar askar-askar Amerika ke Libya.

"Kami(US) tidak boleh tahan berdiri kaku sahaja apabila seorang penzalim memberitahu rakyatnya di sana(Libya) tidak akan ada belas kasihan," katanya di Brasilia.
Associated Press writer Lolita C. Baldor contributed to this report.
Untuk Berita lanjut, Sila Klik di SINI
Panglima.
Bila pemimpin Gila Kuasa...inilah jadinya.
Jika Pemimpin UMNO tidak mahu menerima kekalahannya dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti (jika ditakdirkan) dengan mengikuti perangai Gaddafi begini..... maka UMNO pun akan hancur seperti Libya nanti.

Read more...

Mar 19, 2011

Mengimani Kewujudan Titian Shiraath di Hari Pembalasan

Assalamualaikum Wbr.

Gambaran Ustaz Abu Hassan Din


Mengimani Kewujudan Titian Shiraath di Hari Pembalasan

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com


Syaikh Muhammad B. Soleh al’-Utsaimin rahimahullah menyatakan:

الصراط لغة: الطريق. وشرعاً: الجسر الممدود على جهنم ليعبر الناس عليه إلى الجنة. وهو ثابت بالكتاب، والسنة، وقول السلف

“ash-Shiraath secara bahasa adalah jalan, adapun secara istilah adalah jambatan/titian yang terbentang di atas Neraka Jahannam sebagai laluan bagi manusia melintas (menyeberang) menuju Syurga.” (Syarah Lum’atul I’tiqad al-Hadi ila Sabilir rosyad, m/s. 41)

Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 573H) menyatakan:
والصِّراطُ حقٌّ يَجُوزُهُ الأَبْرارُ، ويَزِلُّ عنْهُ الفُجَّارُ

Adanya jambatan (ash-Shirat) di antara Syurga dengan Neraka adalah satu kebenaran yang dapat dilintasi (diseberangi) oleh orang-orang yang baik, manakala orang-orang yang jahat akan tergelincir di ketika menyeberanginya. (Rujuk: Matan Lum’atul I’tiqad)

Perkhabaran tentang kewujudan Shiraath (jambatan) ini adalah sahih berdasarkan dalil-dalil dari al-Qur’an dan as-Sunnah serta disepakati pula oleh para ulama salaf.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَإِنْ مِنْكُمْ إِلا وَارِدُهَا كَانَ عَلَى رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا

“Dan tiada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu...” (Surah Maryam, 19: 71)
‘Abdullah B. Mas’oud, Qotadah dan Zaid B. Aslam radhiyallahu ‘anhum menyatakan bahawa maksudnya melalui jambatan. Manakala sebahagian ulama lainnya seperti Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma menafsirkannya dengan memasuki neraka tetapi mereka selamat darinya. (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
ثُمَّ يُضْرَبُ الْجِسْرُ عَلَى جَهَنَّمَ وَتَحِلُّ الشَّفَاعَةُ وَيَقُولُونَ اللَّهُمَّ سَلِّمْ سَلِّمْ

“Kemudian dibentangkan jambatan di atas Neraka Jahannam dan berlakulah syafa’at dan mereka mengatakan, “Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah...” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, 1/427, no. 269)


Ciri-ciri ash-Shiraath (Jambatan)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah ditanya berkenaan jambatan ini, maka beliau menjawab:

مَدْحَضَةٌ مَزِلَّةٌ عَلَيْهِ خَطَاطِيفُ وَكَلَالِيبُ وَحَسَكَةٌ مُفَلْطَحَةٌ لَهَا شَوْكَةٌ عُقَيْفَاءُ تَكُونُ بِنَجْدٍ يُقَالُ لَهَا السَّعْدَانُ

“Sebuah jambatan/laluan yang menjadikan orang tergelincir, di atasnya terdapat sesuatu yang menyambar-nyambar dan besi yang hujungnya bengkok (pengait) serta besi keras yang lebar dan luas tetapi memiliki duri bengkok yang berada di daerah Nejad yang bernama duri Sa’dan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, 22/448, no. 6886)


وَبِهِ كَلَالِيبُ مِثْلُ شَوْكِ السَّعْدَانِ - غَيْرَ أَنَّهَا لَا يَعْلَمُ قَدْرَ عِظَمِهَا إِلَّا اللَّهُ فَتَخْطَفُ النَّاسَ بِأَعْمَالِهِمْ

“Dan padanya (jambatan) itu memiliki besi yang hujungnya bengkok seperti duri sa’dan - cuma tidak ada yang mengetahui ukuran saiznya melainkan Allah. Ia akan menyambar manusia bersesuaian dengan amal perbuatan mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab ar-Riqaq, 20/238, no. 6088)

جِسْرٌ أَدَقُّ مِنْ الشَّعْرِ وَأَحَدُّ مِنْ السَّيْفِ

“Jambatan tersebut lebih halus dari sehelai rambut dan lebih tajam dari mata pedang.” (Hadis Riwayat Ahmad, 41/303, no. 24793. Dinilai dhaif oleh Syu’aib al-Arnauth)

بلغني أن الجسر أدق من الشعر وأحد من السيف

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, katanya: “Telah sampai kepadaku bahawa jambatan tersebut lebih halus dari sehelai rambut dan lebih tajam dari mata pedang.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, 16/380. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth dan al-Albani, at-Ta’liqat al-Hasan ‘ala Shohih Ibn Hibban, 52/1038)

Cara Melintasi ash-Shiraath (Jambatan)

Tidak akan dapat melintasinya melainkan orang-orang mukmin bersesuaian dengan kadar amal perbuatan mereka, manakala bagi orang-orang kafir, mereka serta-merta dihumban ke neraka sebaik dihisab. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

فَيَمُرُّ الْمُؤْمِنُونَ كَطَرْفِ الْعَيْنِ وَكَالْبَرْقِ وَكَالرِّيحِ وَكَالطَّيْرِ وَكَأَجَاوِيدِ الْخَيْلِ وَالرِّكَابِ فَنَاجٍ مُسَلَّمٌ وَمَخْدُوشٌ مُرْسَلٌ وَمَكْدُوسٌ فِي نَارِ جَهَنَّمَ

“Orang-orang yang beriman akan melaluinya seperti kerdipan mata, dan ada yang seperti kilat, angin, burung, kuda yang baik dan unta. Maka merekalah yang selamat dan diselamatkan. Ada pula yang dicabik-cabik lalu dilepaskan dan ada pula yang masuk ke dalam Neraka Jahannam.” (Muttafaq ‘Alaih: al-Bukhari, 22/448, no. 6886. Muslim, 1/427, no. 269)


Lafaz dalam Shohih Muslim disebutkan:

تَجْرِي بِهِمْ أَعْمَالُهُمْ وَنَبِيُّكُمْ قَائِمٌ عَلَى الصِّرَاطِ يَقُولُ رَبِّ سَلِّمْ سَلِّمْ حَتَّى تَعْجِزَ أَعْمَالُ الْعِبَادِ حَتَّى يَجِيءَ الرَّجُلُ فَلَا يَسْتَطِيعُ السَّيْرَ إِلَّا زَحْفًا

“Mereka berjalan bersesuaian dengan amal perbuatan mereka, dan Nabi kamu berdiri di atas jambatan sambil berdoa, “Ya Tuhan, selamatkanlah, selamatkanlah...” Sehingga amal perbuatan tersebut tidak mampu lagi membawanya sehingga ada yang tidak mampu berjalan melainkan dengan cara merangkak.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/449, no. 288)

Dalam lafaz al-Bukhari:

حَتَّى يَمُرَّ آخِرُهُمْ يُسْحَبُ سَحْبًا

“Sehingga yang terakhir melaluinya dengan menyeret badannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, 22/448, no. 6886)

Yang pertama sekali menyeberangi jambatan ini dari kalangan para Nabi adalah Rasulullah Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan bagi seluruh manusia adalah umat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdasarkan sabdanya,

فَأَكُونُ أَنَا وَأُمَّتِي أَوَّلَ مَنْ يُجِيزُهَا وَلَا يَتَكَلَّمُ يَوْمَئِذٍ إِلَّا الرُّسُلُ وَدَعْوَى الرُّسُلِ يَوْمَئِذٍ اللَّهُمَّ سَلِّمْ سَلِّمْ

“Aku dan umatku adalah yang pertama sekali menyeberanginya, dan ketika itu tiada yang berbicara melainkan para Rasul, dan doa para Rasul pada ketika itu adalah, “Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah...” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, 22/447, no. 6885)


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyimpulkan bahawa:

والصراط منصوب على متن جهنم وهو الجسر الذي بين الجنة والنار يمر الناس على قدر أعمالهم فمنهم من يمر كلمح البصر ومنهم من يمر كالبرق ومنهم من يمر كالريح ومنهم من يمر كالفرس الجواد ومنهم من يمر كركاب الإبل ومنهم من يعدو عدوا ومنهم من يمشي مشيا ومنهم من يزحف زحفا ومنهم من يخطف خطفا ويلقى في جهنم . فإن الجسر عليه كلاليب تخطف الناس بأعمالهم فمن مر على الصراط دخل الجنة فإذا عبروا عليه وقفوا على قنطرة بين الجنة والنار فيقتص لبعضهم من بعض فإذا هذبوا ونقوا أذن لهم في دخول الجنة

Ash-Shiraath dibentangkan di atas neraka jahannam, ia adalah jambatan/titian di antara syurga dan neraka. Manusia melaluinya (meniti di atasnya) bersesuaian dengan kadar amal perbuatan mereka, di antara mereka ada yang melaluiya sepantas kerdipan mata, ada yang melaluinya seperti kilat, ada yang melaluinya selaju angin, ada yang melaluinya seperti larian kuda, ada yang melaluinya seperti menunggang unta, ada yang melaluinya dengan berlari, ada yang melaluinya dengan berjalan, dan ada yang melaluinya dengan merangkak. Di antara mereka ada yang disambar lalu dilemparkan ke dalam jahannam, kerana di jambatan/titian tersebut terdapat besi pengait yang menyambar manusia bersesuaian dengan amalnya. Sesiapa yang berjaya melepasi titian siraath, dia masuk syurga. Apabila mereka telah melaluinya, maka mereka berhenti di jambatan di antara syurga dan neraka, lalu dilaksanakan qishash dari sebahagian untuk sebahagian yang lain. Apabila mereka telah disucikan dan dibersihkan, mereka diizinkan masuk syurga. (al-Aqidah al-Wasithiyah, m/s. 20)

Diambil dan disunting dari Syarah Lum'atul I'tiqad milik Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah

p/s Maka, yang akan meniti titian al-Sirat adalah kaum mukmin sahaja, adapun orang2 kafir, selepas mereka dihisab dgn sekali hisab sekaligus, serta merta mereka akan dilemparkan ke dalam neraka Jahannam -nauzubi wajhillah min ha- adapun kaum munafiqin, mereka tidak diberi cahaya utk melintas al-Sirat, akhirnya mereka akan terhumban ke dalam neraka Jahannam juga -nauzubillah min zalik-. [Syarah Akidah al-Wasitiah, Syeikh Soleh al-'Usoimi hafizahullah-]

Read more...

Mar 17, 2011

Bukti Adanya Titian Siratal Mustaqim..!!!

Assalamualaikum Wbr,

Hanya Illustrasi Titian Sirat 
Kebetulan Panglima masukkkan entry Ketaatan Isteri pada suami semalam....maka Panglima terpandang perkataan Titian Siratalmustaqim yang heboh digembar gemburkan beberapa bulan yang lalu di muka depan sebuah akhbar bahawa titian Sirat tidak wujud.

Hadis ini membuktikan bahawa titian sirat wujud.

Nabi SAW bersabda :   Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)


Kalau nak tahu hadis ini sahih atau tidak......lihatlah siapa perawinya yang Panglima pernah keluarkan entry nya baru2 ini...Klik kisah Muaz Bin Jabal di sini.


Panglima7
Siapa yang boleh menafikan hadis ini?
Read more...

Mar 16, 2011

Isteri Yang Taat Dan Menjaga Kehormatannya

Assalamualaikum Wbr.

Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)

__________________________________

Diriwayatkan ada seorang wanita yang sudah bersuami. Pada suatu hari bapa si wanita ini sakit tenat. Si isteri meminta izin kepada suami untuk keluar menziarahi bapanya, namun tidak diizinkan. 

Si wanita memberitahu hal ini pada Rasulullah dan bertanyakan kepada Rasulullah adakah dia boleh pergi menziarahi bapanya yang sakit sedangkan suaminya tidak mengizinkan. Rasulullah menjawab tidak. 

Kemudian si wanita mendapat tahu bahawa bapanya sakit tenat, lantas dia meminta izin suaminya untuk menziarahi bapanya. Si suami tidak mengizinkannya keluar rumah. 

Si wanita bertanyakan lagi kepada Rasulullah. Jawapan Rasulullah masih sama..tidak boleh. 

Akhirnya si wanita diberitakan bahawa bapanya telahpun meninggal dunia dan dia meminta keizinan suaminya untuk ke majlis solat jenazah dan pengebumian bapanya. Juga si suami tidak mengizinkan. 

Si wanita bertanyakan kepada Rasulullah. Rasulullah juga menjawab dia tidak boleh keluar rumah selagi tidak mendapat keizinan suami.

Keesokan harinya, Rasulullah menyampaikan pesanan kepada wanita itu, bahawa sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya dan dosa bapanya diatas ketaatannya kepada suami. 

Yang perlu difikir:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya bapanya sempat bertemu dengan si wanita ketika dia sakit tenat?:- 

Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada di sisi bapanya di saat menjelang ajal si bapa?:- 

Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada bersama di majlis pengebumian bapanya?

Dosa si wanita dan bapanya diampunkan kerana taatnya si wanita mematuhi perintah suaminya. 

Namun harus diingat juga, perlu ada timbangrasa di kalangan suami. Bukan bermakna si isteri perlu duduk di rumah bagaikan dalam penjara. Perlu diizinkan isteri keluar andainya perlu.   

Yang perting dalam perhubungan suami isteri adalah kepercayaan. Kepercayaan mudah diperoleh, tetapi sekali ianya dirosakkan, amat sukar didapatkan semula.


Read more...

Mar 15, 2011

Jepun Sambut Hari Zxkxr Sedunia...Setiap 15 Mac !!!

Aduihhh....!!!!
Boleh jadi gila...kalau benda ini disambut di Malaysia. heeeee

Sambutan apa ini di Jepun ???........Setiap tahun benda Kxxxk ini disambut di Seluruh Dunia tidak terkecuali oleh Rakyat di Jepun.....Festival ini disambut di Komaki dan Kawasaki 
Sila Klik Di SINI    Di SINI.    dan Di SINI

Aku tak nak cakap banyak...koranglah yang kena cakap...hahahaha
Hari ini...tak tahu laa..Rakyat Jepun sambut ke tidak Perayaan Penis Sedunia ini.....disebabkan bencana Tsunami.

Panglima7.
Mana laa....Tsunami tak melanda di Jepun
Read more...

Mar 14, 2011

MCA Rupanya Yang Membela Loteri & Judi.

Assalamualaikum Wbr.


Apa yang Pemimpin MCA - Chua Soi Lek sibuk-sibuk nak perjuangkan hak kebebasan Kaum minoriti yang nak bermain loteri di Kelantan.   Utamakan dan hormatilah kehendak golongan majoriti Melayu yang rata-ratanya beragama Islam yang menguasai 95% rakyat di Kelantan.  Takkanlah kerana golongan minoriti yang tak sampai beberapa ribu orang ini menyebabkan Loteri tak jadi diharamkan.  Ada akai kaa....???  Apa punya mangkuk rakan pemimpin kepada UMNO ni.

Pemimpin MCA ini dikatakan ingin bertemu dengan Datuk Nik Aziz bagi mengetahui rasional disebalik pengharaman Penjualan Tiket Loteri ini oleh Kerajaan Kelantan.  Dah berpuluh tahun duduk semeja dengan UMNO pun...masih tak tahu lagi tentang ISLAM yang mengharamkan judi.  Ntah-ntah selama ini ...ngko asyik bermain judi dengan orang-orang UMNO, sampai pelik bila Kerajaan Kelantan haramkan perjudian Loteri.

Lu bagi gua nak angin laa Suwei Lek......hormatilah keputusan Kerajaan Negeri.  Hormatilah agama Islam.  Keputusan ini bukan keputusan Nik Aziz seorang.  Yang lagi Lahabaunya ialah UMNO.....sibuk duk cabar Kerajaan Selangor supaya mengharamkan Loteri.  Nanti bila Kerajaan Selangor dah haramkan loteri di Selangor...UMNO lah yang mula-mula sekali menentangnya.  Weiii...Ko Islam ker...Melayu ???

Panglima7
Read more...

Karikatur Berita Hairan Memalukan Rakyat Malaysia

Assalamualaikum Wbr...

Begitulah tidak prihatinnya Media Pro UMNO BN ini dalam membalas kembali berita mengenai Ombak Gergasi Tsunami yang membunuh beribu-ribu rakyat Jepun. Kerana seekor Kerbau membawa lumpur....habis terpalit kepada semua.
Mohon Maaf laa.....Jangan Kasi Malu Seluruh Rakyat Malaysia atas Lawak Bodoh ini.
Pikirlah...Suratkhabar di Malaysia bukan rakyat M'sia sahaja yang baca..tetapi rakyat luar negeri juga 

Panglima7
________________________________

Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters

9 hours ago | Kuala Lumpur, Malaysia | Vetting explained
Click to view dancingtiger's profilePosted by:
dancingtiger
  • Viewed 58,476 times
  • Shared 4,394 times

iReport —
Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor's column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami.

The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being "inconsiderate and distasteful". Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication's Facebook fan page.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara