Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

May 30, 2011

Penyokong UMNO Menyangka Dirinya Berada Di Jalan Yg Lurus.


Assalamualaikum wbr...
Alat Perkakas UMNO.  Perjuangan Islam atau Perjuangan Bangsa ???  Apakah perjuangan bangsa ...suatu perjuangan yang lurus yang diperjuangkan oleh Muhammad Rasulullah.  Kalau ini pun ko tak boleh nak jawab....ko boleh ciao laa.

Sudah agak lama...Panglima tidak membicarakan hal-hal politik.  Tetapi....harus diingatkan. !! Sarang tebuan jangan dijolok.
Ada anonymous yang berfahaman UMNO menghantar ayat di bawah ini kepada Panglima7.  Dengan kata-kata "Kalau budak tadika boleh laa engkau putarbelitkan."

MasyaAllah !!!....Wahai Anonymous yang menyanjungi UMNO......Tang ayat ini....ko dah betul dah.  Memang ko dah betul dah...bila ko jumpa dan baca ayat ini.  Tapi malangnya....semalang-malangnya engkau....engkau berada di dalam Parti yang Bathil, Parti yang Taghut.  Kalau tak tahu makna taghut...ko pergi cari maknanya.  Parti yang mendirikan berhala.....Parti yang berkiblatkan Hukum yang selain dari agamanya sendiri......Parti yang menghukum tidak mengikut ajaran Rasulullah SAW dan Al-Quran....Parti yang tidak menyeru manusia kepada menyembah Allah yang Maha Esa tetapi menyembah bangsa.  Parti yang menyemarakkan Fitnah di kalangan rakyat.  Parti yang zalimmm dan meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya.   Parti yang mengaku Islam tetapi hanya dikulit-kulit pungungnya sahaja.

Kelak di akhirat nanti......engkau akan menyesal dengan sesesal sesal penyesalan kerana mengikuti mereka dengan hawa nafsumu tanpa menggunakan akal fikiran dan keimanan.  Jika dah berpuluh tahun engkau berada di dalam UMNO....tetapi tidak menjadikan engkau seorang yang baik lagi dekat dan tawadhuk dengan Allah.....maka periksalah kembali jalanmu kiranya Parti UMNO yang engkau pilih ini..benar2 TIDAK mendekatkan dirimu kepada Sang Pencipta Alam ini. Bahkan makin jauh dan makin dekat dengan maksiat dan rasuah.   Semoga suatu hari ...engkau diberi hidayah oleh Allah SWT.....

Ini dia ayat itu.

 Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: “Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)”. (Al Hijr 14-15) 
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al Araf 179) 
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!(Al Ahzab 66-68) 

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.. Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya.(Surat al-Qasas, 41-42) 

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): “Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman”. 
(Lalu dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab”. (Surat az-Zukhruf, 36-39)

Panglima7
Panglima tidak heran...engkau menghantar mesej ini terhadap Panglima....kerana, Sami Hindu itu juga mengatakan....dia dijalan yag benar.

Read more...

May 29, 2011

P.Ramlee - Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke atas Rohmu. Aameen.

Assalamualaikum Wbr...

P.Ramlee Dalam Kenangan
Sungguh belas Panglima, menyaksikan kisah hidup P.Ramlee yang ditayangkan di dalam Astro tadi.  Kisah sedih P.Ramlee di akhir hidupnya, yang dibenci dan diboikot wartawan, serta disisihkan oleh teman-teman, dan media di Malaysia ketika itu.  Hingga P.Ramlee hidup dalam kemiskinan.  Segala jasa dan pengorbanannya tidak dihargai oleh mereka yang hidup di akhir 60an dan awal 70an menyebabkan beliau hilang punca pendapatannya. Segala filem-filemnya tidak disiarkan di media, akhbar dan TV-TV ketika itu malah diboikot..seperti ada dendam kesumat dengan beliau walaupun beliau memenangi Festival Filem Asia di Jepun.

Sahabatnya mula lari meninggalkannya yang hidup susah seorang diri.  Perfileman Tempatan dan Show Brother tidak lagi mahu mengambilnya berlakon menyebabkan P.Ramlee hanya makan nasi putih dengan telur sahaja dan kadangkala tiada beras pun di rumahnya.

Satu yang Panglma cukup-cukup "respect" kepada P. Ramlee.  Walaupun beliau tengah kesempitan wang yang amat, jikalau ada yang dalam kesusahan.....datang memohon pertolongan dan bantuan kewangan darinya...apa yang ada dipoketnya....kalau ada RM200.....RM200 itu lah juga yang akan diberikan kepada orang tersebut. Meskipun tiada sesen pun wang di dalam simpanannya lagi. Begitu pemurah dan mulianya hati P. Ramlee seperti dermawannya sifat sahabat Nabi SAW.  Semoga dengan sifat beliau ini ketika hidupnya......terbentang luas pintu rahmat Allah SWT kepada beliau dan mengampunkan serta memadamkan dosa-dosa beliau yang telah lalu. aameen.

Panglima7
P.Ramlee...Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas Rohmu. aamen.

Read more...

May 27, 2011

Mesti Percaya: Siapakah Orangnya Yang Menemani Anda Di Dalam Kubur.


Assalamualaikum Wbr.

Jika kamu ada lebihan harta...gunakanlah hartamu ke jalan ketakwaan.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'  (Jaminan daripada Al-Quran kepada Sesiapa Yang membacanya)


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' 

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana 
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) berkata: 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' 

Panglima7
Jaminan yang tak mungkin anda semua mahu lepaskan.  Atas alasan apa anda semua mahu lepaskan peluang ini.  Siapakah penolong anda di dalam kubur nanti.? Jawapannya ada di atas. Rebutlah peluang ini. Dunia hanya sementara...Akhirat jua kekal abadi.
Jangan bergantung harap pada anakmu....anakmu berdoa semasa umurnya sahaja...(itu pun jika ianya soleh) selepas itu....cucu ???....nama kita tiada akan disebut lagi di dalam doa-doa mereka ketika generasi cucu. (kerana cucu akan menyebut nama ibu bapanya bukan datuknya)  Siapakah yang akan membantu kita selepas waktu itu sehingga sampai ke hari kiamat...?

Semoga Allah memberi hidayah kepada diriku dan dirimu.  aameen.

Read more...

May 26, 2011

Tetamu Tidak Diundang Berkunjung Di Rumah Panglima7

Assalamualaikum Wbr....

Semalam...Tanggal 25hb Mei 2011, lebih kurang pukul 4:00 petang, rumah Panglima di kunjungi tetamu.  tetamu yang tidak diundang ini...menakutkan seluruh isi rumah. Aksinya bermula dengan bermain-main di langsir hadapan sliding door. Kemudian terjatuh di ruang tamu.....Dia terkejut....semua yang ada dalam rumah pun terkejut.  Panglima tiada di rumah....Panglima sedang bekerja.  Akhirnya Jabatan Pertahanan Awam dipanggil untuk membawanya pulang.
Ini dia....tetamu itu.

Ular Senduk....."King Cobra" yang sederhana besarnya.  Sekali patukan membawa maut.  Mujur kehadiranmu disedari.  Dan mujur kau datang di siang hari.

Di laman hadapan rumah Panglima. Walaupun melawan...JPA berjaya memberkasnya.

Selepas dari itu...Panglima termenung sejenak......tentu ada yang tersilap di sini.......  oh...!!! dalam membaca doa-doa.....Panglima telah meninggalkan doa ini.....Ini suatu peringatan.

Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib, bahwa seseorang pernah menemui dan memberitahu Abu Ad-Darda' dengan berkata, "Wahai Abu Ad-Darda', rumahmu terbakar." Mendengar pemberitahuan ini, dengan penuh keyakinan Abu Darda' menjawab, "Rumahku tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan itu. Karena kudengar dari Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca kalimat (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga sore. Dan barangsiapa membacanya di sore hari, maka ia tidak akan tertimpa musibah hingga pagi". Dan setelah didatangi bersama, ternyata di kawasan tersebut memang terjadi kebakaran, namun rumah Abu Darda' selamat. Doa itu adalah :

Allaahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta 'alaika tawakkaltu wa anta robbul 'arsyil 'adhiim. Maa syaa allaahu kaana wamaa lam yasya' lam yakun walaa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil 'adhiim. A'lamu annallaaha 'alaa kulli syain qadiir, wa annallaaha qad ahaatha bikulli syain 'ilmaa. Allaahumma innii a'uudzu bika min syarri nafsii wa min syarri kulli daabbatin anta aakhidzun binaashiyatihaa inna robbii 'alaa shiroothin mustaqiim.

Artinya: "Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Kepada-Mu aku berserah diri, dan Engkaulah Tuhan (pemilik) arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan terjadi, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Saya mengetahui (mengimani dan meyakini), bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan makhluk melata yang ubun-ubunya (nasibnya) ada di genggaman-Mu, sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus". (H. R. Ibnu Sunni)

Panglima7


Read more...

May 25, 2011

Kata-Kata / Zikir / Amalan Yang Disukai Allah SWT


Assalamualaikum wbr,


عن سمرة بن جندب قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أحب الكلام إلى الله أربع: سبحان الله, والحمد لله, ولا إله إلا الله, والله أكبر, لا يضرك بأيهن بدأت)) [رواه مسلم]
Artinya: “Samurah bin Jundub berkata, Rasulullah saw bersabda: “Ada empat kalimat yang paling disukai Allah: ’subhanallah, wal hamdulillaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar’ (mahasuci Allah, dan segala puji bagi Allah, serta tidak ada tuhan selain Allah, dan Allah Maha Agung), maka kamu tidak akan diganggu apapun, dengan kalimat mana saja kamu memulainya” (HR. Muslim).
عن أبي ذر قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أحب الكلام إلى الله سبحان الله وبحمده)) .وفى رواية: سئل: أي الكلام أفضل؟ قال: ((ما اصطفى الله لملائكته أو لعباده سبحان الله وبحمده)) [رواه مسلم]
Artinya: “Abu Dzar berkata, Rasulullah saw bersabda: “Kalimat yang paling disukai oleh Allah adalah: ’subhaanallaah wabihamdih’ (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya)”. Dalam riwayat lain dikatakan: Rasulullah saw ditanya: “Kalimat apa yang paling baik?” Rasulullah saw bersabda: “Kalimat yang Allah pilihkan untuk para malaikat dan hambaNya, yaitu ’subhaanallaah wabihamdih’ (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya)” (HR. Muslim).
عن جابر بن عبد الله قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (( أفضل الذكر: لا إله إلا الله, وأفضل الدعاء: الحمد لله)) [رواه الترمذى وقال: حديث حسن غريب].
Artinya: “Jabir bin Abdullah berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik bacaan dzikir adalah: Laa ilaaha illallaah (tidak ada Tuhan selain Allah). Dan sebaik-baik dua adalah: alhamdulillaah (segala puji bagi Allah)” (HR. Turmudzi dan Imam Turmudzi berkata: “Haditsnya Hasan Gharib”).
عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (( من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيئ قدير, فى يوم مائة مرة, كانت له عدل عشر رقاب, وكتبت له مائة حسنة, ومحيت عنه مائة سيئة, وكانت له حرزا من الشيطان يومه ذلك حتى يمسى, ولم يأت أحد أفضل مما جاء به, إلا أحد عمل أكثر من ذلك. ومن قال: سبحان الله وبحمده فى يوم مائة مرة, حطت خطاياه, ولو كانت مثل زبد البحر)) [رواه البخارى ومسلم]
Artinya: “Dari Abu Hurairah, bahwasannya Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mengatakan (berdzikir): ‘Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiing qadiir’ (tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang satu, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya seluruh kekuasaan, dan bagiNya juga seluruh pujian, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu), setiap harinya seratus kali, maka pahalanya sama dengan membebaskan sepuluh orang budak belian, serta akan dicatat seratus kebaikan, dihapuskan seratus kesalahan, serta akan terjaga dari gangguang setan pada hari itu sampai waktu sore tiba. Tidak ada satu orang pun yang dapat melebihi pahala dan kebaikannya, kecuali orang yang membacanya lebih dari itu (lebih dari seratus). Barangsiapa yang membaca ’subhaanallaah wabihamdih’ (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya), setiap hari seratus kali, maka kesalahan-kesalahannya akan dihapuskan sekalipun kesalahan-kesalahannya itu sebanyak buih lautan” (HR. Bukhari Muslim).
عن أبي أيوب الأنصارى عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (( من قال: لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيئ قدير, عشر مرات كان كمن أعتق أربعة أنفس من ولد إسماعيل)) [رواه البخارى ومسلم]
Artinya: “Dari Abu Ayyub al-Anshari, Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca: ‘Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiing qadiir’ (tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang satu, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya seluruh kekuasaan, dan bagiNya juga seluruh pujian, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu), sebanyak sepuluh kali, maka pahalanya sama dengan orang yang membebaskan empat orang dari keturunan Isma’il” (HR. Bukhari Muslim).
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كلمتان خفيفتان على اللسان, ثقيلتان فى الميزان, حبيبتان إلى الرحمن: سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم)) [رواه البخارى ومسلم]
Artinya: “Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Ada dua kalimat yang ringan apabila diucapkan, akan tetapi sangat berat timbangan kebaikannya dan sangat disukai oleh Allah yang Maha Pengasih: ’subhaanallaah wabihamdihi subhaanallaahil azhiim, (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya, maha suci Allah yang Maha Agung,)” (HR. Bukhari Muslim).
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قال حين يصبح وحين يمسي: سبحان الله وبحمده, مائة مرة, جاء يوم القيامة بأفضل ما جاء به أحد, إلا أحد قال مثل ما قال, أو زاد عليه)) [رواه مسلم]
Artinya: “Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa yang membaca (berdzikir) ketika pagi dan sore hari: ‘Subhaanallaah wa bihamdih’ (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya) sebanyak seratus kali, ia akan datang pada hari kiamat dengan membawa (pahala kebaikan) yang melebihi apa yang dibawa orang lain. Kecuali apabila orang lain tersebut juga mengatakan sebanyak itu, atau lebih banyak lagi dari itu” (HR. Muslim).
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لأن أقول: سبحان الله, والحمد لله, ولا إله إلا الله, والله أكبر, أحب إلي مما طلعت عليه الشمس)) [رواه مسلم]
Artinya: “Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Aku berdzikir dengan membaca: ’subhanallah, wal hamdulillaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar’ (mahasuci Allah, dan segala puji bagi Allah, serta tidak ada tuhan selain Allah, dan Allah Maha Agung), lebih aku sukai dari pada terbitnya matahari” (HR. Muslim).
عن سعد بن أبي وقاص قال: كان عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: ((أيعجز أحدكم أن يكسب كل يوم ألف حسنة؟)) فسأله سائل من جلسائه: كيف أحدنا ألف حسنة؟ قال: ((يسبح مائة تسبيحة, فيكتب له ألف حسنة, أو يحط عنه ألف خطيئة)) [رواه مسلم].
Artinya: “Sa’ad bin Abi Waqash berkata: ‘Suatu hari ia berada di samping Rasulullah saw yang sedang bersabda: “Apakah kalian merasa berat untuk melakukan seribu kebaikan setiap hari?” Salah seorang sahabat bertanya: “Bagaimana caranya kami dapat melakukan seribu kebaikan tersebut?” Rasulullah saw bersabda: “Membaca tasbih (bacaan subhaanallaah, mahasuci Allah) sebanyak seratus kali, maka pahalanya sama dengan melakukan seribu kebaikan, atau Allah akan menghapuskan seribu kesalahannya” (HR. Muslim).
 Panglima7
Semoga Bermanfaat kepada pembaca sekalian.

Read more...

May 24, 2011

Inilah Dia Gambar Anak-Anak Yatim Itu.

Assalamualaikum Wbr.

Inilah Dia Gambar Anak-Anak Yatim itu.  
Inilah dia gambar anak-anak yatim sebelum kejadian tanah runtuh tempohari.  Semoga mereka yang terkorban di tempatkan Allah di dalam taman-taman Syurga.  Aaminn.

Panglima7
Ini hari hari mereka....hari kita akan tiba.

Read more...

May 23, 2011

Bila Izrail Datang Memanggil


Assalamualaikum Wbr.

Apa nak direbut harta dunia wahai sahabat....Kerana di sinilah tempat kita disemadikan. Pejam celik-..pejam celik...aku sudah mati rupanya.
Insaflah wahai manusia....tika dirimu bernoda...
dunia hanya naungan...untuk makhluk ciptaan tuhan......

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnyamelalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. 


Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh daridadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."Sambung 


Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yangberiman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat teruspandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. 


Dari sebuah hadis bahawa apabila ALLAH S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikanlidahnya berzikir kepada ALLAH S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada ALLAH S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untukmencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." 


Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH." 


Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada ALLAH S.W.T. Kemudian ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma ALLAH S.W.T. Sebaik saja melihat Asma ALLAH dan cintanya kepada ALLAH S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergisetelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:- 

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompokmanusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. 


Wassallam.
Panglima
Sekadar Perkongsian.

Read more...

May 22, 2011

Amal Baik Dan Amal Yang Buruk


Assalamualaikum Wbr.


Diceritakan bahwa seorang sholeh duduk sendirian di suatu kuburan. Saat sedang duduk, dia melihat jenazah yang diusung para pengantarnya untuk dikuburkan. Setelah menguburkan jenazah tersebut, para pengantar itu kembali dan meninggalkannya. Setelah itu, dia melihat seekor anjing berwarna hitam yang nampak buas berjalan ke arah tempat jenazah itu dikuburkan. 
Tidak berapa lama kemudian, pandangannya tertuju kepada seorang pemuda yang tampan, mengenakan pakaian berwarna putih. Pemuda itu juga menuju kuburan jenazah tersebut. Selang berapa waktu, orang sholeh itu melihat pemuda tampan itu kembali dengan pakaian yang terkoyak-koyak dan badan yang berlumuran darah. Orang sholeh itu pun segera bangkit dari tempatnya, dan bertanya penuh keheranan kepada si pemuda, 'Apakah Anda perlu sesuatu? Apakah disana ada seseorang?
Pemuda tampan itu pun berkata dengan berlinang air mata mengucur dari kedua matanya, 'Sungguh mengherankan, Anda melihat akhirat, dan hijab telah tersingkap dari pandangan Anda’.
Pemuda itu menambahkan, 'Apakah Anda melihat jenazah tadi?
Orang sholeh itu menjawab, "Ya’’.
Pemuda Tampan : 'Apakah Anda juga melihat anjing hitam yang buas?
Orang Sholeh :'Benar’’
Pemuda itu berkata, 'Aku adalah amal shaleh jenazah tadi, dan anjing hitam buas itu adalah dosanya. Ketika jenazah itu diletakkan di dalam kubur, kami berdua ditugaskan untuk menemuinya dan menjadi teman yang menemaninya hingga hari kiamat. Akan tetapi, dosanya lebih banyak dari ketaatannya, sehingga dosanya dapat melukai dan mengusirku. Dan sekarang anjing buas itu akan menemaninya hingga hari kiamat’’.
Nah...Sekarang, apakah kita telah berfikir tentang diri kita secara baik-baik? Apakah kita telah mempertimbangkan hisab akhirat?’
Semoga tulisan ini bermanfaat.. Aamiin
Panglima7: Sekadar Perkongsian.

Read more...

May 20, 2011

Pada Yang Belum Memiliki Zuriat....Berhati-Hatilah Dalam Berdoa

Assalamualaikum Wbr.

Sudah lama Panglima tidak menonton TV di malam hari.  Tetapi baru kejap tadi.....selepas kebasahan pulang dari surau, Panglima tertarik dan berpeluang untuk menonton TV yang ada di ruang tamu,...melihat Cerekarama Astro bertajuk "Berpaling dari Jannahmu"....lakonan hebat Datuk Fauziah Ahmad Daud dan Nasir Bilal Khan.  Dalam slot itu...Fauziah Ahmad Daud seorang yang sangat pembersih......pantang kotor dan berhabuk sikit.....satu rumah di mob nya....malangnya setelah sepuluh tahun berkahwin mereka belum dikurniakan zuriat.
Inilah dia..gambar Mia Sara Nasuha.....yang melakonkan anak kepada Fauziah Ahmad Daud.

Sehinggalah pada suatu malam....Fauziah Ahmad Daud bermunajat di tengah malam yang hening, memohon ke hadrat Allah agar dikurniakannya seorang zuriat......beliau memohon dengan linangan air mata.

Beginilah lebih kurang doa beliau mengikut apa yang panglima dengar dan masih ingat ingat......Ya Allah Ya Tuhanku....telah 10 tahun aku berumahtangga tetapi belum dikurniakan zuriat.  Aku bermohon kepadamu ya Allah agar engkau mengurniakan aku seorang zuriat.  Aku berjanji akan menjaganya dengan penuh kasih sayang dan aku akan sabar dengan segala ujianmu Ya Allah.  Kurniakanlah kepadaku seorang zuriat ya Allah.

Dipendekkan cerita....Allah memakbulkan dan memperkenankan doa Fauziah Ahmad Daud dengan mengurniakannya seorang anak perempuan yang bernama Mia Sara.  Memang comel sungguh anak itu......aku melihatnya pun merasa sangat kasih akan budak itu.  Setelah anak itu berumur dalam 4-5 tahun.....sikap pembersih Fauziah Ahmad Daud semakin menjadi-jadi...pantang kotor sedikit anaknya itu dimarahi serta diherdiknya. Berkali-kali anak itu memohon ampun dan maaf pada ibunya Fauziah Ahmad Daud.    Kasihan ...sampai takut budak itu........sehingga terkeluarlah kata " ada anak pun salah...takde anak pun salah"  

Walaupun Nasir Bilal Khan sebagai suami ...sering menasihati dan mempertahankan sikap anaknya yang masih kecil..tetapi Fauziah Ahmad Daud tetap tidak mengendahkannya......sehinggalah suatu hari.........Mia Sara didatangi kawan-kawan di rumahnya dan habis bersepah dengan barang permainan dan lukisan di ruang tamu.  Fauziah Ahmad Daud yang berang melihat rumah bersepah terus...mengherdik anaknya dan menggasak sisi kepala anaknya dengan bebelan dan amarah yang amat sangat. Anak kecil yang ketakutan itu.....lari keluar rumah.....lalu dilanggar oleh kereta yang datang.  Mia Sarah di ambil kembali oleh Allah SWT.   Besar sungguh penyesalan dari Fauziah Ahmad Daud atas sikapnya terhadap anaknya.  Fullstop.

Apa yang Panglima hendak ceritakan di sini.....pada mereka-mereka yang Allah belum kurniakan zuriat, bersabarlah atas ujian Allah ini.  Ada hikmahnya...kenapa dapat anak lambat dan cepat.  Bermohon dan bermunajatlah kepada Allah sebagaimana Nabi Zakaria a.s memohon dan bermunajat kepada Allah agar dikurniakan seorang zuriat.

Cukuplah memohon kepada Allah agar dikurniakan seorang zuriat yang soleh.  Fullstop. Jjanganlah ditambah doa itu.....dengan "Aku berjanji itu dan ini.......aku berjanji walau apa ujian dan dugaan yang datang..."  Kenapa nak doa "aku berjanji...?"  Kenapa nak doa ..."walau apa dugaan dan ujian yang datang.."? Adakah kita sudah cukup hebat dan bersedia untuk diuji oleh Allah dengan doa yang sedemikian..?
Jangan diminta ujian dan dugaan yang sebegini...tak tertanggung kita nanti, bilamana Allah mengurniakan kita anak yang cukup nakal dan tak dengar kata...sehingga pusing dan rungsing kepala kita dibuatnya.

Panglima7
Berhati-hatilah dalam berdoa...dan kalau nak jadi pembersih pun...berpada-padalah 
Sekadar berkongsi cerita.


Read more...

May 19, 2011

Andai Kamu Tahu Hebatnya Fadhilat Azan.


Assalamualaikum Wbr.

Dipetik dari kitab lama Kitab : Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Minbihatil Qulub
 
Bab: Fadhilat Bang (Azan)
(Ditukar ke tulisan rumi dengan sedikit pengubahsuaian ejaan dan susunan agar pembaca mudah faham, kesalahan tatabahasa tidak dibaiki untuk memperlihatkan gaya Bahasa Melayu lama)

Dan sabda Nabi SAW : Barangsiapa mendengar ia akan bang maka mengucup ia akan dua ibu tangannya maka menghantar ia yakni akan keduanya atas 2 matanya dan berkata ia ‘‘Marhaban bizikrillahi ta’alaa qurrotu aq’yuninaa bikayaa Rosulallah’’ maka akulah yang mensyafa’atkan akan dia pada Hari Qiamat dan yang menolong akan dia kepada syurga.

Riwayat Bukhori daripada Nabi SAW Bahawasanya bersabda ia Barangsiapa mendengar namaku pada bang dan menghantar ia akan dua ibu tangannya atas 2 matanya dan membaca ia akan doa ini akulah yang menuntut akan dia pada padang Qiamat yaitu ‘‘ Yaa Basiiron bilaa hadaqotin ihfaz‘ainai yawanaw war humaa’’ 

dan tersebut dalam qososul anbiya’ bahawasanya Nabi Adam a.s. rindu hendak berjumpa dengan Nabi Muhammad alaihis solatu wassalam pada ketika ia di dalam syurga maka mewahyu Allah Ta’ala kepadanya yaitu pada sulbi engkau dan zohir ia pada akhir zaman maka memohon ia akan Allah Ta’ala bahawa (mahu) berjumpa ia dengan Muhammad alaihis solatu wasssalam di dalam syurga maka menjadi Allah Ta’ala akan nur Muhammad itu pada kuku dua ibu tangannya seperti cermin maka mengucup Adam akan kuku dua ibu tangannya dan sapu ia atas 2 matanya maka tatkala mengkhabar Jibril dengan demikian itu akan Nabi alaihis solatu wassalam sabdanya Barangsiapa mendengar namaku di dalam bang maka mengucup ia akan kuku dua ibu tangannya dan sapu ia atas 2 matanya nescaya tiada buta selama-lamanya (mata hati)

(Dan riwayat) daripada Syeikh Fariduddin Barangsiapa membaca atas dua kuku ibu tangannya “Fakasyafna ‘anka ghito aka fabasorukal yauma hadidun” 7 kali 

dan menselawat ia atas Nabi alaihis solatu wassalam pada tiap-tiap kalinya kemudian mengucup ia akan dua ibu tangannya dan disapu dengan keduanya atas dua matanya nescaya memberi manfa’at bagi cahaya matanya dan hilang mudorat daripada dua matanya insyaAllah Ta’ala (atau) dibacanya “Marhaban bika ya habibi qurrota’yuni ya Rosulallah” 

seperti riwayat daripada Nabi Khidir a.s. (dan datang pada khabar) bahawasanya segala orang bang datang mereka itu akan sirotol mustaqim mendapat mereka itu atas sirot itu beberapa unta daripada nur yang berpelana daripada yaqut dan zabarjad maka terbang unta itu dengan mereka itu di atas sirot dan syafa’at oleh tiap-tiap daripada mereka itu 40 000 dan lalu di dalam nur ayat seribu laki-laki dan seribu perempuan.
Panglima7.
Jangan dipersiakan....kehebatan Azan ini....Ini bonus untuk umat Nabi Muhammad SAW
Semoga bermanfaat.

Read more...

May 17, 2011

Biru Mata Hitamku.

Assalamualaikum Wbr.

Ketahuilah olehmu Sahabat.....Kita pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini.
Sesungguhnya....suatu hari nanti....kita pasti, dan pasti dan pasti... masuk ke dalam kubur.
Setelah merasai sakitnya mati.....kini kita merasai pula akan dahsyatnya....alam kubur.
Kita sendirian dan keseorangan di dalam liang kubur yang sempit.  Itulah dia... Alam Barzah.
Itulah alam yang selalu kita melupakan.

Tiada lagi tilam yang empuk lagi enak......Tiada lagi bantal peluk untuk didakap.
Tiada lagi isteri atau suami untuk menghangatkan malam....yang kedinginan.
Segalanya panas di sini......segalanya gelap....segalanya tanah.

Nunnn...jauh di sana ku dengar derap-derap kaki menghampiri....
Siapakah itu....Cemas betul aku.
Terlihat olehku.....kilauan cahaya.....semakin lama semakin besar.
Bagaikan halilintar membelah bumi.....bahkan jauh lebih hebat lagi.....

Biru Mata Hitamku....belum sempat ku berpaling......muncul Munkar dan Nakir di sisi.
Seorang di kepala......seorang di kaki.
Lantas aku didudukkan mereka seperti dalam tahiyat solat.....di dalam lahad kuburku.

AllahuAkbar.....Sudah Mati rupanya aku.

Panglima7.
Kita akan didudukkan di dalam liang lahad yang kita baring....seperti dalam keadaan Tahiyat (Solat) bagi menjawab soalan Munkar dan Nakir.  Memang biru mata hitam kita pada waktu itu dek kerana gerunnya akan soal jawab kubur.
Kalau ikut logik akal...mana mungkin kita dapat didudukkan di dalam liang yang setinggi 1 1/2 kaki dalam keadan tahiyat.  Itulah Islam.....tidak dapat difikirkan dengan logik akal semata-mata.  Kita perlu beriman dengan Hari Kemudian dan perkara yang ghaib.  Seperti Nabi Isa....yang dijadikan oleh Allah dari lebihan tanah dari penciptaan Nabi Adam a.s.

Persiapkan oleh diriku dan dirimu sahabat....
Jangan cepat dan sibuk mempercayai fitnah seks DS Anwar....Tiada 4 saksi yang dapat kamu bawakan di Mahkamah dunia dan di hadapan Mahkamah Allah nanti.
Kelak dirimu Bangkrap / Muflis di akhirat.  Takutilah akan Azab Allah yang tak terperi sakitnya.

Dari Abu Hurairah RA, Sabda Nabi saw yang bermaksud: "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi. Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;
Ertinya : Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekod kau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.
Wallahualam.

Read more...

May 15, 2011

Kan Aku Dah Kata Dulu - Skim Rumah Pertamaku Menipu Orang Muda

Assalamualaikum wbr..
Kerana UMNO Menipu..Semua Terbabit Sama
UMNO kalau tak menipu rakyat.....bukanlah UMNO namanya.
Panglima7
__________________
Skim Rumah Pertamaku yang dijaja oleh Perdana Menteri hakikatnya memperdaya dan menipu golongan muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. “Kononnya pembiayaan 100 peratus, sedangkan hakikatnya pembiayaan tidak dapat diperolehi. Ini ternyata memperdaya dan menipu golongan muda,” katanya.

Menurut Salahuddin, untuk menarik sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN), kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan skim tersebut yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

“Skim yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada boleh dilaksanakan atau tidak itu hakikatnya hanya memberikan harapan palsu kepada golongan muda apabila diwar-warkan oleh Perdana Menteri,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Beliau kesal kerana sokongan golongan muda kepada BN diumpan dengan harapan palsu dan


pembohongan yang akhirnya memperdayakan mereka.

Skim Rumah Pertamaku diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu dan dilancarkan Mac kononnya untuk membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus.

Semalam, sebuah akhbar harian pro Umno melaporkan bahawa skim itu “tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya” oleh kebanyakan golongan muda.

Menurut akhbar itu, walaupun memenuhi kriteria asas ditetapkan termasuk pendapatan di bawah RM3,000, golongan muda yang mahu memanfaatkan skim itu akan menghadapi masalah sebaik ‘dinilai’ institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam menawarkan pembiayaan bagi kediaman bernilai antara RM100,000 hingga RM220,000, seperti dikehendaki skim berkenaan.

Akhbar itu melaporkan, seorang eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Nur Syafinas Zamri, 26, yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu.

Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, akhbar itu Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga.

“Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu,” akhbar itu memetik beliau berkata.

Akhbar itu juga melaporkan, seorang kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu.

Beliau berhasrat membeli kediaman di ibu kota supaya dapat menetap berhampiran ibu bapanya selain memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

“Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika adapun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong.

“Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota,” katanya kepada akhbar itu.

Sumber : Dari Blog Bujang Susah


Read more...

May 11, 2011

Ini Dia... Gambar Misteri Di Gua Sanding.

Assalamualaikum Wbr,
Alhamdulillah, pemergian Panglima Ke Gua Angin dan Gua Sanding pada 1hb Mei 2011 bersama sahabat yang lain berjalan lancar. Untuk sampai ke Gua Sanding...perlu meredah hutan sepanjang 400 meter dari jalan utama.  Gua yang dikelilingi hutan ini sangat menyeramkan jika anda berseorangan. Apabila pulang ke tempat penginapan, masing-masing terkejut melihat imej sebuah gambar yang di dalamnya terdapat gambar orang yang tidak diundang. Sedangkan semasa mengambil gambar tersebut...imej tersebut tiada. Sila lihat gambar di bawah ini.



Tidaklah diketahui siapa lelaki misteri ini.......kebarangkalian bahawa lelaki ini adalah makhluk halus adalah sangat tinggi.  Boleh jadi penunggu di kaki gua ini......kalau dilihat gambar ini...kelihatan dia sedang bertahiyat dalam solat.  Solat apa yer..pagi-pagi begini.....ya, tentunya Solat Dhuha....ketika gambar ini diambil.....jam menunjukkan pukul 11.30 pagi.


Apa pun ....inilah bukti kekuasaan Allah SWT.  Di dalam alam nyata...ada alam ghaib.
Panglima akan siarkan banyak lagi gambar-gambar yang di ambil di sana.  Gambar2 ini hanya diluar gua shj. Belum lagi gambar di dalam gua yang sebesar Stadium.  Tak boleh letak banyak-banyak.  nanti server jadi slow.

Jumpa lagi.
Wassalam.


Read more...

May 10, 2011

Susu Terakhir Buat Si Kecil

Assalamualaikum Wbr.

Gambar Sekadar Hiasan
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. 
Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi pada fikiran, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga



akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. 

 Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. 

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. 

Subhanallah... **Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".


Kiriman dari Sahabat Panglima7.


Panglima7
Sebab itulah jangan derhaka kepada kedua ibu dan bapa.
Ibu telah melahir dan membesarkan kita dengan susah payah
Ayah telah berkorban segalanya untuk anak-anaknya...


Walau nyawaku ditukar ganti...tiadalah Panglima bisa membalas pengorbanan Ibu dan Ayah.
Selamat Hari Ibu untuk semua.



Read more...

May 7, 2011

Jeritan Sayu Ibu Sebelum Rentung

Assalamualaikum....

Kasihnya ibu...
membawa ke syurga...
kasihnya ayahanda...
berkorban nyawa...
biar derita....asal kasih...
berkorban nyawa...asalkan bahagia.

Terharu membaca kisah kematian begini. Begitu besar ujian dibakar Api. Manusia mana yang sanggup dibakar hidup-hidup.  Untukmu ibu...Balasannya SYURGA yang kekal abadi.
Semoga Rohnya....Rafidah bt. Ismail di tempat Allah di kalangan mereka yang mati syahid. aaminn ya rabbal alamin..

Sesungguhnya kita semua juga pasti akan mati...kita harus sentiasa diingatkan pasal kematian.  Kematian tidak melupai kita...kita yang selalu melupai kematian.  Apabila ia sampai tiada ruang untuk negotiation.
Panglima7 (Selamat Hari Ibu)
___________
berita@kosmo.com.my
KUALA KRAI - Sambutan Hari Ibu pada Ahad ini tidak bermakna buat tiga beradik apabila ibu yang disayangi rentung selepas rumah teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai di sini terbakar semalam.

Kejadian menyayat hati pukul 1.30 petang itu menyebabkan seorang jururawat, Rafidah Ismail, 36, menemui ajal dalam keadaan tragis apabila ditemui rentung dekat pintu utama rumahnya selepas gagal menyelamatkan diri sebaik dapat mengeluarkan tiga anaknya melalui tingkap.




Tiga anaknya yang terselamat ialah Rashidah Illyana Zamri, 7; Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal, 2. Mereka dapat dikeluarkan selepas Rafidah bertindak nekad memecahkan cermin sebelum membengkokkan besi tingkap lalu menyerahkan kanak-kanak itu kepada jiran yang datang membantu.

Difahamkan, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu. Mereka panik apabila api besar tiba-tiba menyambar dari arah dapur menyebabkan Rafidah gagal mencari kunci pintu jeriji.

Rafidah kemudian menjerit meminta tolong dalam keadaan api marak dan asap tebal sebelum jeritannya didengari oleh jiran.

Suami Rafidah, Zamri Ahmad, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah semasa kejadian kerana bertugas menghantar bekalan makanan di Perak. Rafidah pula bekerja di Hospital Kuala Krai di sini.

Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa memberitahu, dia terkilan kerana hanya sempat mendengar teriakan sayu anaknya meminta tolong tanpa dapat membantu.

Katanya, dia cuba berjalan laju tetapi gagal ekoran masalah kesihatan yang dialaminya dan dalam keadaan termengah-mengah dan semput, dia gagahkan juga ke rumah anaknya.

"Ketika saya sampai, saya lihat api sudah marak dan jeritan anak saya sudah tiada lagi. Namun, tiga cucu saya dapat diselamatkan.

"Memang sedih apabila mengenangkan keadaan itu apatah lagi teriakan sayu Rafidah masih terngiang-ngiang di telinga saya," ceritanya sambil menangis semalam.

Bapa saudara mangsa, Abdullah Mohamed, 58, pula berkata, daripada cerita jiran yang didengarinya, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu manakala pintu jeriji berkenaan berkunci.

"Api itu datang dari arah dapur dan terus menyambar ruang tamu. Rafidah yang panik gagal mencari kunci menyebabkan dia memecahkan cermin dan membengkok besi tingkap untuk mengeluarkan anak-anaknya," ceritanya yang tidak mengetahui bagaimana mangsa membengkokkan besi tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Azhar Abdul Rahman memberitahu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira 20 minit kemudian namun gagal menyelamatkan mangsa kerana api marak.

Selepas memadamkan api dan memotong besi jeriji, pasukannya menemui mayat Rafidah dalam keadaan rentung lebih 50 peratus dekat pintu tersebut.

"Pada tingkap itu terdapat kesan dipecah manakala besinya pula telah dibengkokkan dipercayai dilakukan oleh mangsa untuk mengeluarkan anak-anaknya," katanya yang memberitahu pihaknya masih menyiasat jumlah kerugian dan punca kejadian.




Read more...

May 6, 2011

Allah menyayangi orang yang sentiasa mengingatinya.

Assalamualaikum Wbr.


Allah menyayangi orang yang sentiasa mengingatinya.

Rasulullah s.a.w bersabda, siapa yang banyak mengingati Allah (zikir), Allah sayangkannya. Riwayat Dailami dari Aisyah r.a.

Mengingati Allah dalam bentuk zikir ada 3 cara iaitu zikir mulut, zikir hati dan zikir nafas.
Siapa yang menyayangi sesuatu, dia akan sentiasa menyebutnya (mulut) atau mengingatinya (hati).

Ada zikir yang malaikat tidak dapat kesan, iaitu zikir nafas.
Ulama membahaskan tentang yang mana lebih afdal diantara zikir mulut dan zikir hati, masing-masing membawa hujah dan hadis berkaitan.
Contohnya hadis qudsi yang lebih kurang berbunyi ” siapa yang mengingatiku bila bibir mulutnya bergerak, aku bersamanya.
“Wahuwa Maakum Aynama Kuntum”.

Hadid [4] …..dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Sumber : http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/07/30/allah-menyayangi-orang-banyak-mengingatinya/


Read more...

May 4, 2011

Bukti UMNO Gagal Perintah M'sia. Gagal Kekalkan Subsidi Minyak

Assalamualaikum Wbr....

Malu mempunyai Kerajaan yang begini.
Kerajaan yang gagal dalam pemerintahan nya haruskah dikekalkan dalam pilihanraya yang akan datang ????????..... Gagal mengekalkan harga subsidi minyak sangat besar impaknya pada semua kelas dan darjat rakyat. Dari sekaya-kaya rakyat hinggalah semiskin-miskin rakyat...semua terasa kesannya....yang paling terasa adalah si miskin, yang paling tak terasa apa-apa adalah Menteri-Menteri dan Pemimpin UMNO yang memakan hasil dari keringat rakyat melalui cukai. Merekalah yang memiskin dan mempapakedanakan rakyat dengan kenaikan minyak, harga barang, berpuluh-puluh cukai GILA dan entah apa-apa lagi.  Negara Malaysia inilah negara yang mempunyai cukai yang paling BANYAK dalam Dunia jika dibanding dengan negara-negara dalam dunia yang lain.  Tapi Malaysia tak kaya-kaya juga...yang kaya adalah mereka.   Kalau dah tak tahu memerintah...WAJIB digulingkan sahaja mereka ini dalam pilihanraya yang akan datang.

Panglima7
Negara Malaysia bakal bangkrap jika lama diperintah oleh UMNO.
___________________

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1LObftgri


Read more...

Panglima Menghilang 3 hari ini..Kerana Menjelajah Gua Sanding

Assalamualaikum Wbr.

Ahli-Ahli rombongan Panglima di Luar Gua Angin.

Maafkan Panglima.....kerana tidak memaklumkan kepada sahabat semua bahawa kehilangan Panglima beberapa hari ini kerana Panglima bersama beberapa sahabat yang lain....pergi menjelajah Gua Angin, Gua Gajah dan Gua Sanding di Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.

Letih betul rasanya seluruh badan Panglima. Sebuah gua yang gelap, sejuk, keras dan mistik.  Penuh dengan Kebesaran Allah taala di sana.  Maha Suci Allah dari apa yang dipersekutukan.

Alhamdulillah....
Berkat Bismillah Enam dan ayat-ayat Al-Quran....sepanjang ekpedisi di sana, tiada apa-apa yang berlaku...cuma salah seorang ahli rombongan berjaya merakamkan gambar yang memang gambar kosong pada awalnya...tetapi bila dilihat kembali..terdapat sesusuk tubuh manusia yang sedang bersolat di atas batu pelantar gua dalam keadaan tahiyat akhir.

Entah bagaimana....Anehnya....gambar yang diambil tadi tidak dapat di bluetooth untuk dikongsi bersama rakan yang lain walaupun dicuba beberapa kali.

Panglima akan berkongsi dengan sahabat semua...hasil penjelajahan Panglima di Gua Sanding. Gua yang penuh Mistik dan keras bila dah bersedia nanti.

Panglima7.


Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara