Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Oct 27, 2011

Renungi Kata-Kata Nik Aziz

Bismillahirrahmaanirrohimmm.

Assalamualaikum Wbr.


Nik Abdul Aziz Nik Mat

Renungi Kata-Kata Nik Aziz Selaku Menteri Besar Kelantan.
"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."

Panglima7
Islam itu Cantik....begitu juga Hudud.
Tak Kenal maka tak cinta.
Read more...

Oct 25, 2011

Tidurnya Seorang Pemimpin PAS....

 Bismillahirrahmaanirrohimm.


Tidurnya seorang pemimpin PAS.  Macamana pula dengan tidurnya pemimpin UMNO? Tidur dikatil berharga sepuluh ribu...20 ribu hinggit.???  Kalau cincin pun sudah US24 Juta dollar...belum tahu lagi harga tilam dan katilnya.


Renung-renungkan.


Panglima7.

Read more...

Oct 21, 2011

Pesanan Dari Mimpi Rasulullah SAW


Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.
Gambar hiasan

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.
2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga dia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.
Panglima7
Panglima sharekan atas kiriman email dari sahabat.  Semoga bermanfaat untuk kita semua di alam yang pasti kita temui.

Read more...

Video : Muammar Gaddafi Terbunuh.



Al Jazeera has acquired exclusive footage of the body of Muammar Gaddafi after he was killed in his hometown, Sirte.

Abdul Hafiz Ghoga, vice chairman of Libya's National Transitional Council, confirmed that the ousted leader had been killed on October 20, 2011 near Sirte.

"We announce to the world that Muammar Gaddafi has been killed at the hands of the revolutionaries," Ghoga told a news conference in Benghazi.

The news came shortly after the NTC captured Sirte after weeks of fightin



Assalammualaikum Wbr.
Akhirnya Muammar Gaddafi terbunuh dalam usaha melarikan diri dari serangan Nato .
Innalillahi wa inna ilaihirojiuunn.

Panglima7

Read more...

Oct 20, 2011

PanaSsS !!....UMNO Dah Mula Rasa Takut....


Assalamualaikum Wbr....

Berikutan isu panas terhadap anak lelaki Lim Guan Eng yang difitnah meramas-ramas buah kelapa...hehehe, menyebabkan rakyat semakin meluap-luap kemarahannya kepada Parti UMNO yang dipimpin Najib dan blogger-blogger pencacai UMNO walaupun selepas mendapat Budget gula-gula pilihanraya dari Kerajaan.    

Kemarahan rakyat terhadap UMNO BN terutamanya orang Cina semakin tinggi grafnya...di mana-mana sahaja....orang cina bercerita tentang SIAL nya UMNO.....sebagai tanda simpati terhadap  Lim Guan Eng dan menyelar UMNO dan blogger pencacai yang suka menfitnah Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat dan kini melarat kepada anak pula dengan cerita Seks yang diada-adakan..     

Nama UMNO bertambah busuk dengan isu ini......UMNO yang menjadi master mindnya dan sekarang dah tak mengaku...yang blogger pencacai UMNO sebagai kawankaribnya....hahaha.....makan diri laa ko UMNO BN.
Bungkus laa ko dalam pilihanraya umum nanti.....aminn....
Cerita lanjut klik sini.....

Sila Klik Di SINI

Panglima7
Takde citer lain dalam hotak kepala blogger2 pencacai dan penfitnah UMNO....Citer seks...citer seks...Citer Seks.
khak..ptuihh !!

Read more...

Sia-Sia laa…Segala Amalanmu Di Dunia Ini Jika ko....Tak Solat


Bismillahirrahmaanirrohimm

Assalamualaikum Wbr...


Kenapa orang ini sembahyang di sini....Riak ker dia...??
Orang Ameno ..tak suka melihat orang solat di kawasan "Public" bagi mereka...ada unsur "Riak".  Mak bapak ako....arwah dah....solat di tengah sawah.....masa ako kecik2 dulu.  Tak riak pun !!  Solat tuu wajib....seorang pun tiada alasan boleh tinggal kecuali yang dibenarkan syarak....dah tu nape nak riak.??  Aku kena buat solat...kau pun kena buat juga...cuma tempat ajer yg membezakan.    PAS Kelantan...solat hajat di Stadium Kelantan, tak riak pun..!!!  Sebenarnya...benda-benda dalam hati nie...hanya Allah yang mengetahui.  Hanya Allah yang mengetahui perkara2 ghaib..Ikhlas dan tak ikhlas.  Ko pulak nak jadi tuhan.

Panglima7.
Bersangka baik laa...
Ada orang suruh kita berprasangka baik....tapi dituduhnya kita macam-macam.
Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.  hampas.!!
_________________________________________
Kiriman dari email sahabat...untuk dikongsi bersama.

Ibadah solat merupakan satu bentuk ibadah yang paling utama di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ianya merupakan rukun Islam yang kedua setelah mengucap dua kalimah syahadah. Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya tentang apakah Islam, lantas baginda menjawab:

Islam itu dibangunkan atas lima perkara, Syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan haji ke rumah Allah (Baitullah). (Hadis riwayat Imam al-Bukhari no: 8)
Tidak seperti ibadah lain, kewajipan ibadah solat diwahyukan terus kepada Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam pada malam berlakunya peristiwa Isra’ Mi’raj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin Anas radhiallahu’anh:

Pada malam Isra’ difardhukan kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam solat sebanyak lima puluh kali, kemudian dikurangkan hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh Allah), Wahai Muhammad! Sesungguhnya ketetapan-Ku tidak akan diubah. Dan bagimu dengan solat lima kali (sehari) akan mendapatkan pahala sebanyak solat lima puluh kali. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi no: 197)

Ini menunjukkan keagungan dan keistimewaan ibadah solat yang melebihi ibadah-ibadah lain. Ibadah solat juga merupakan tiang yang asas bagi agama Islam dan sekiranya tiang ini runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan dengan agama. Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, dan puncak tertingginya adalah jihad. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi no: 2541)

Beginilah tingginya martabat ibadah solat di sisi Islam. Maka tidaklah menghairankan sekiranya perkara yang mula-mula dihisab ketika di hari akhirat nanti adalah ibadah solat. Jika seseorang itu tidak bersolat maka sia-sialah segala amal ibadahnya yang lain. Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

Sesungguhnya yang pertama kali di hisab bagi seseorang hamba di hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jikalau solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jikalau amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung... (Hadith riwayat Imam al-Tirmidzi no: 378)

Oleh itu seharusnya seluruh umat Islam memberi perhatian yang tinggi terhadap kesempurnaan ibadah solat ini kerana implikasi ibadah solat terhadap diri kita semua sebagaimana yang telah saya paparkan di atas adalah begitu besar. Namun sayang seribu kali sayang kerana masih ramai dari kalangan umat Islam yang melalaikan ibadah solat. Semoga risalah ini akan dapat membuka hati mereka yang selama ini mengambil sikap acuh tak acuh dalam melakukan solat untuk bertaubat dan kembali semula kepada jalan yang haq (benar).

Panglima7.


Read more...

Oct 19, 2011

Mengapa Kamu Diheret ke dalam Neraka Saqar???

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.
Illustrasi Sahaja.

Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah SOLAT, jikalau solatnya baik maka dia termasuk orang yang bahagia lagi beruntung dan jikalau solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung... (HR Imam al-Tirmidzi)

Nabi bersabda: “Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR Imam Ahmad)

Ayat 42 & 43 di dalam surah Al-Muddaththir, مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab, “Kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang mendirikan solat”.

Abu Qatadah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu barang siapa mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini". (Riwayat Abi Daud dan Ibnu Majah)

Panglima7.

Read more...

Oct 18, 2011

Kalau Agama Letak Dipunggung : AMENO Kaki Fitnah....

Bismillahirrahmaanirrohimmm.

Assalamualaikum Wbr.

Kalau agama letak dipunggung....macam itulah jadinya.  Kalau Politik tidak boleh dimasukkan agama di dalamnya...memang itulah jadinya.  Kalau Surau dan Masjid tidak boleh dijadikan medan menasihati ahli-ahli Politik yang kononnya beragama Islam...memang itulah jadinya.  Kau nak tahu......sape letak agama dipunggung.....Klik Sini.

Panglima7
Macam mana lah...org bukan Islam nak masuk Islam kalau macam nie punya perangai.

Read more...

Kalau UMNO Laksana Hudud, Tak Jadi Macam Nie....

Bismillahirrahmaanirrohimmm.
Assalamualaikum Wbr..

Ketika ramai orang bersolat Jumaat, ada yang mengambil kesempatan mencuri kenderaan para jemaah terutamanya motor dan memecah kenderaan 4 pintu bagi mencuri barang berharga seperti Laptop dan juga CD juga wang.  Dan ada di kalangan yang gemar mencuri kasut-kasut mahal dan juga yang murah harganya.... yang boleh dibeli dengan harga RM7.00

Gambar Ihsan dari blog http://silampuneon.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss

Tanpa tertegaknya hukum Hudud...selipar murah seperti ini pun orang sanggup curi.   Selipar ini mampu dibeli oleh sesiapa sahaja tetapi mengapa ia dicuri juga???  Mungkin pengalaman yang lepas memungkinkan pemiliknya memanggakannya.  Apalah guna solat di masjid jika ada di dalam hati untuk mencuri.    ermmm....itulah manusia.....hanya hukum ini sahaja dapat mencegah manusia mencuri harta orang lain dan supaya semua jemaah dapat bersolat dengan aman dan tenteram tanpa teringat barangnya di luar masjid.


Panglima7. 


Read more...

Oct 17, 2011

Jadikan Jumaat dan Sabtu Sebagai Hari Cuti Umum & Mingguan


Bismillahirahmaanirrohimmm.

Assalamualaikum Wbr.
UMNO BN sepatutnya mencontohi PAS yang memerintah Kelantan, yang menjadikan Hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti kelepasan am dan cuti hujung minggu.  Cuti pada Hari Jumaat banyak kelebihannya kepada umat Islam dalam memuliakan Penghulu segala hari.  Tetapi UMNO yang meletakkan agama dipunggungnya...menjadikan hari Jumaat sebagai hari bekerja..menyebabkan umat Islam terlepas ganjaran yang besar seperti mana hadis Nabi Muhammad SAW di bawah.
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. (Al-Jumaat: 9)
Rasulullah bersabda maksudnya : “Solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali empat iaitu hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”. (HR Abu Daud dan Al-Hakim)

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah bersabda maksudnya : “ Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (HR Muslim)

“Apabila datang hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi, kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam, kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telur”. (HR Muslim)
Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (HR Muslim)

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat." (HR Muslim & Abu Daud)

Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi, maka adalah lebih baik." (HR Abu Daud)

Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (HR Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani)

Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (HR Ahmad, dinilai Hasan oleh al-Albani)

Nabi bersabda,"Sesiapa yang meninggalkan 3 kali solat Jumaat, Allah akan menguncikan hati mereka" (HR Abu Daud, disahihkan oleh Al-Albani)

Panglima7

Read more...

Oct 11, 2011

Memang Sesuai la Dengan Namamu...


Bismillahirrahmaanirrohimm...

Assalamualakaikum Wbr...
Sekejap cakap tak dijajah....sekejap kata dijajah.  Mana satu nie.....tak tetap pendirian.
Tak boleh pakai punya Professor.     Berita lanjut  Klik Di Sini

Sumber dari Blog Professor Hamirdin.
Panglima7.

Read more...

Oct 10, 2011

Ahad, 9hb Okt 2011 : Hari Yang Diingati


Bismillahirrahmaanirrohimmm.

Assalamualaikum Wbr....

Semalam adalah hari yang tak dapat Panglima lupakan.   Panglima pergi memancing di Kolam Sg Bakau di Rawang.  Duduk bersebelahan dengan seorang brother otai yang kerap memancing di situ dan semalam dia semakin galak menaikkan Ikan Rohu seberat 1-2kg.   Umpan apa yang dia pakai...tiadalah Panglima ketahui. 

Tetapi semalam.....ketika Panglima sedang asyik memerhatikan otai ini menaikkan ikan Rohunya yang ke 4 .....tiba-tiba bahu Panglima dicuit oleh anak panglima yg mengikuti bersama ...."ayah...ayah....Ikan"  Secepat kilat Panglima menoleh ke Rel Panglima..... secepat kilat itu juga.....Rel Panglima melayang disentap Ikan terus tenggelam ditarik ikan jauh ke dasar tengah kolam.   Terpinga-pinga Panglima dan agak kebingungan......rasa macam Panglima nak terjun ke dalam kolam tersebut bagi mendapatkan joran/rel tersebut dan sekaligus mendapatkan ikan yang sudah tentunya besar.....menarik bebanan rel panglima.  Panglima menung sekejap.....bagi memikirkan bagaimana mendapatakan kembali rel panglima yang dah tenggelam jauh ke dalam kolam.

Akhirnya Panglima mendapatkan kail mata tiga bagi menarik kembali rel panglima di dasar kolam.  Selang 15-20 minit....Alhamdulillah , Rel panglima berjaya panglima naikkan.  Tetapi ikan sudah tiada.....dan dari 6 mata kail rambai...satu tali merah telah putus. Itu menandakan ikan yang makan umpan panglima tadi cukup besar. Setelah dibuang air yang bertakung di dalam kekili, rel itu Panglima gunakan semula.

Panglima tidak pernah berjaya menaikkan ikan Rohu dengan rel dan umpan yang diadun oleh Panglima sendiri.  Sekejap-sekejap.....brother otai disebelah panglima menaikkan lagi ikan Rohu nya....uihh...kasau-kasau sisik rohu...Rohu jenis kulit putih.

Setelah menunggu dalam 2 jam.........maka berdoalah Panglima dengan rendah hati kepada Allah......

Ya Allah........selama aku memancing...tiada pernah ako mendapat Ikan Rohu.
Ya Allah......aku tidak pernah berputus asa dalam berdoa dan memohon rezeki serta rahmat darimu
Kurniakan aku Ya Allah dari sisimu Ikan Rohu ya Allah.....supaya aku bersyukur kepadamu. 
Berkat Nabi Khidir yang menjaga Air, berkat nabi Muhammad SAW....Nabi kepada segala Rasul
Perkenankanlah doaku ini Ya Allah.  Sesungguhnya engkau sebaik-baik pemberi rezeki.

Tidak lama selepas panglima berdoa.....joran panglima disambar Ikan.......Panglima pun sentap.....berbunyi kekili Panglima.....akkk..!!  akkk....!!  tanda ikan melawan tarikan.  Wow sudah lama bebenor...kekili Panglima tidak berbunyi....  Akhirnya dari pandangan atas panglima dapat melihat Rohu mengocakkan dirinya di permukaan air.  Alhamdulillah doa Panglima diperkenankan Allah dan Panglima berjaya menaikkan ikan Rohu buat pertama kalinya.

Setelah.....membaling umpan yang baru.....dan bertukar umpan sebaik 4 kali.......maka berdoalah Panglima lagi kepada Allah.....

Ya Allah......Maha Suci Engkau
Jadikanlah hari ini adalah hari yang dapat aku ingati.........
Engkau murah dan Engkau tambahkanlah rezeki ku Ya Allah....
Sepertimana hamba-hambamu yang lain yang engkau berikan nikmat.

Kepunyaanmu lah Langit dan Bumi, Kepunyaanmu jualah apa yang ada di air dan di udara.
Ya Allah....jika benarlah rezekiku ada di Air...maka engkau sentapkanlah joran ini dengan sebenar-benar sentap...supaya ako tidak teragak-agak menyentapnya kembali.
Sesungguhnya rezekimu sungguh luas dan tidak berkurang walau sedikit pun....
apalah sudi kiranya engkau kurniakan kepadaku Ikan yang Besar yang dapat aku ingati.....

Sekonyong konyong.....Panglima hendak menghabiskan doa Panglima......MasyaAllah.......Joran Panglima direntap hebat oleh Ikan...Lantas Panglima berdiri dan menyentapnya kembali...maka bergemalah kolam tersebut dengan bunyi joran Panglima....aakkk,...!!!   Aaakk..!!!  Bengkok joran panglima....kali ini terasa seperti besarnya ikan yang terkena umpan......Subhanallah....Lihat gambar bawah



Patin seberat 5.5kg berjaya dinaikkan.
Yang ini gambar hiasan...Ikan Rohu sebenar lupa nak ambil gambarnya.

Sesungguhnya Ya Allah...Engkau telah memakbulkan doa ku......Inilah hari yang Panglima akan Ingati, ingati bagi mensyukuri nikmatmu ......Ahad, 9hb Okt 2011....dan Panglima titipkan di blog panglima ini supaya dapat panglima kongsi dan ingati.

Panglima7
Alhamdulillah Allah perkenankan doa..On The Spot.

Read more...

Oct 7, 2011

Laksanakan Hukum HUDUD....


Bismillahirrahmaanirrohim…..
Assalamualaikum Wbr.

Khutbah Jumaat pada hari ini di Masjid Hj Kamaruddin membicarakan hukum hudud.  Ako tunggu ajer kalau ada mana-mana qariah yang melenting dan menyerang khatib yang membacakan Teks Hukum Hudud.  Samada itu Teks dari Jakim atau pun tidak…tiadalah aku ketahui.  Tetapi jika beliau diserang atas dasar kononnya membicarakan isu politik di masjid…..memang bengong laa orang itu.   Memang ako lepuk dia kat situ juga kalau dia berani sentuh khatib selepas solat.   

Dalam Islam memang ada bab perundangan Islam iaitu hudud..ini bukan Politik Melayu..inilah Politik Islam.  Dah Parti Islam..menyeru pada Islam laa.  

Islam itu cukup syumul dan lengkap.    Yang mengkucar-kacirkannya adalah orang-orang kafir yang tidak mengetahui dan juga orang-orang UMNO yan memang berdolak dalih dalam perlaksanaan hudud terutama pemimpin-pemimpin mereka.  Dalam Islam…..cukup lengkap. Islam ada Sosio Ekonominya, Islam dah ada cara perbankkannya..Muamalat, Islam ada cara dan bab undang-undang dan politiknya, Islam ada bab halal dan haram.

Islam dah lengkap dah…yang dok pi cari hukum kafir buat aper…..ko cari hukum kafir…maka jadi la ngko orang kafir.   Mengambil hukum yang selain dari hukum Allah untuk dilaksanakan di dalam kehidupan adalah salah satu daripada perbuatan Syirik iaitu menyengutukan Allah dengan sesuatu.  

Tang ini…engkau menyengutukan Allah dengan hukum yang selain dengannya.   Mengatakan panadol ini menyembuhkan pening kepala ngko juga…..SYIRIK.
Bersambung……

Panglima7
ada hal sikit...

Read more...

Oct 6, 2011

Satu Rahmat: Azan Berkumandang di Gereja


Assalamualaikum Wbr...

Azan di gereja di Manhattan, New York.
Panglima7.
Semoga mereka yang mendengarnya pada hari itu terbuka hati untuk memeluk Islam.
Sumber...
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=j_O2J3rNTRY#!

Read more...

Fuhyooo....Hotel Disebalik Air Terjun...


Assalamualaikum Wbr...

Juga daripada email kengkawan....Panglima kongsikan bersama.
_________________
  
China ingin memberikan sesuatu yang tidak boleh diberikan hotel lain di dunia. Sudah banyak pilihan jika anda ingin tidur di hotel mewah, atau di puncak-puncak gedung tertinggi, atau bahkan di bawah laut. Namun tidur di hotel yang berada di sebalik air terjun seperti ini hanya ada di china.

Hotel ini dibangunkan di daerah Songjiang yang terletak berhampiran Shanghai, China . Pada perancangannya, hotel ini akan memiliki 400 bilik hotel dan ruang seminar yang mampu menampung 1000 orang. Selain itu, di dalam hotel ini juga terdapat beberapa restoran, cafe, kemudahan sukan dan juga ruang orang ramai yang berada di bawah permukaan air.







Panglima7
Macam-Macam China nie...

Read more...

Oct 4, 2011

MasyaAllah: Rezeki Melimpah Ruah Sampai Ke Jiran Tetangga

Bismillahirrohmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Pada Ahad lepas 2hb Oktober 2011....Panglima pergi memancing di sebuah alur sungai menghala ke tasik di sekitar perumahan Panglima selepas Solat Asar.  

Sekonyong-konyong.....dengan takdir Allah SWT....Ikan memakan umpan Panglima tanpa henti.  Panglima memperolehi ikan yang tidak pernah seumur hidup Panglima dapat sebanyak ini.  MasyaAllah !!...Maha Suci Allah, Segala puji hanya untukmu Ya Allah.  Subhanallahi Wabihamdih, Subhanallahil Azimm.  Hanya 1 jam 30 minit.....Panglima memancing....Panglima mendapat ikan sebanyak lebih 60 ekor Ikan Talapia Merah sebesar tapak tangan Panglima, 2 ekor Ikan Haruan dan 2 ekor Ikan Puyu.  Allahu Akbar.  Subhanallahi Wabihamdih, Subhanallahil Azimm.   Tak putus-putus Panglima bertasbih memuji Allah.

Tak menang tangan Panglima menaikkan ikan yang kadang-kadang naik sekali 2 ekor.  Menitik peluh membasahi muka, sehingga Panglima keletihan.  Tak sampai 1 jam 30 minit...dah lebih 60 ekor.  Panglima tak dapat bayangkan ....dan tak boleh nak fikir, bagaimana lubuk yang sekecil itu....boleh mengandungi ikan sebanyak ini dengan izin Allah...atau mungkin lebih dengan izin Allah Taala.   

Jika Panglima meneruskan pancingan Panglima hingga masuk waktu Maghrib....InsyaAllah..ratusan ekor ikan Panglima akan dapat.  Ikan itu seolah-olah tidak pernah melihat umpan cacing. cecah aje umpan di air..terus disambarnya....Subhanallah. Tapi cukuplah sebanyak ini Panglima dapat.  Panglima tak mahu lagi. Cukup la setakat hari tuu.    Hari dah nak masuk waktu Maghrib. Masuk jam 7.00ptg...Panglima pun pulang.    

Ikan sebanyak ini....banyak mana Panglima sekeluarga dapat memakannya.  justeru itu bagi mensyukuri nikmat Allah, maka Panglima bahagi-bahagikan kepada abang Panglima dan jiran tetangga.

Sujud syukur Panglima ke hadrat Allah pada malam itu.

Inilah dia ikannya....Maaf camera gambar agak kabur.

Panglima7  
Sebuah catatan kenangan untuk diari Panglima7

Read more...

Umat Islam Terus Dirundung MALANG......

Assalamualaikum Wbr...

Bismillahirrahmanirrohimm.

Panglima ingin kongsikan bersama sebuah kiriman sahabat melalui email Panglima, untuk pengetahuan umat Islam semua.  Samada entry ini diambil dari blog lain tiadalah Panglima ketahui.  Mohon maaf jika entry ini datangnya dari blog yang lain.
Panglima7
______________________


Mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.


Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.  Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.   Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.  Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..



Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!


Sebuah catatan pengalaman RUDY















Read more...

Oct 3, 2011

Mohon Maaf Bukan Bermaksud Bersalah

Assalamualaikum Wbr.


Apabila media-media pro Ameno menyerang bertubi-tubi KM Pulau Pinang Lim Guan Eng berkenaan isu pelabur di negeri Johor.  Lim Guan Eng segera memohon maaf kepada Sultan Johor setelah media dan juak-juak Ameno mengekplotasikan isu ini.
Setelah Lim Guan Eng memohon maaf.......terkedu laa...juak-juak dan media Ameno ini..maka diciptalah senjata baru...kononnya permohonan maaf Lim Guan Eng tak ikhlas...hahaha...

Kalau mentaliti masih anak-anak....macam itulah.  Permohonan maaf yang dibuat seseorang...belum tentu orang yang memohon maaf itu bersalah.  Permohonan maaf hanyalah bagi menjernihkan keadaan...tetapi Ameno berusaha untuk mengeruhkan suasana yang ada.  Permohonan maaf hanyalah sekadar "ambik bahasa" kata orang Melaka.  Tak tahulah kata orang Johor pulak....hehehe...Beria-ria nak suruh orang minta maaf...dah minta maaf..kata tak ikhlas la pulak........  Hangpa tuhan ker..tahu keikhlasan hati seseorang. 

Panglima7
Ameno memang putar alam.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara