Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Dec 31, 2011

PAS & UMNO....ISLAMmu atau Melayumu ???

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Apakah yang ditanya sesudah matimu.."Islammu atau Melayumu"

PAS menyeru kepada ISLAM yang syumul, UMNO menyeru kepada MELAYU.
Berlaku konflik di sini....konflik perjuangan.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT mengajak semua umat Islam agar kembali kepada kepada Kitabullah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya jika terdapat perselisihan pendapat di dalam sesuatu urusan kehidupan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembali- kanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibat- nya."(Surah an-Nisaa' ayat 59)


Mari kita rujuk dan lihat apa kata Allah di dalam Al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud "Serulah (manusia) kepada (agama) Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbantahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan (jalan) yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk." (Surah an-Nahl, ay  at 125)

Wahai bangsaku.....kamu dah tentu Melayu.....takkan hilang Melayumu itu....sampai ke mati pun kamu tetap Melayu.  Tapi belum tentu kamu mati dalam ISLAM.   


 Allah berpesan kepada Nabi SAW untuk menyeru manusia kepada agama Allah (ISLAM), bukannya menyeru kepada MELAYU.   Melayu bukannya agama.  Tiada disebut di dalam Al-Quran pun menyuruh kita menyeru kepada Melayu.


Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, berpuluh ribu para sahabat bertebaran menyeru manusia ke jalan Allah yakni ISLAM....sehinggalah ke negeri Cina dan Tanah Melayu..... tidak pula mereka menyeru manusia kepada perpaduan bangsa.

Panglima7

Read more...

Dec 28, 2011

Satu Lagi Cawangan PAS Tertegak Di Saujana Rawang.

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Segala puji bagi Allah yang dengan limpah dan kurniaNYA, satu lagi cawangan PAS ditubuhkan di Saujana Rawang pada 27hb Disember 2011.  Semalam Majlis Penubuhan Penaja PAS ditubuhkan dengan disaksikan oleh Timbalan YDP PAS Kawasan Selayang Sdr Shafie Othman.   Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dengan kehadiran yang menggalakkan dari penduduk Saujana Rawang.  Ini merupakan Cawangan PAS yang keempat di Rawang.   Turut hadir Ketua Cawangan PAS dan Ketua Pemuda PAS Desa Mas Rawang dan Ketua PAS Cawangan PAS Country Homes.


 Kata-kata Aluan Pembuka Bicara dari Timb YDP PAS Selayang Shafie Othman
 Di antara penduduk yang hadir di rumah Panglima.
 
 Penerangan dari Timb YDP Selayang
 Pemilihan Ketua dan AJK Cawangan berlangsung.
 Borang keahlian penduduk untuk menyertai PAS diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Selayang

 Signboard PAS dipacakkan malam tadi secara beramai-ramai.
 Sesi fotografi Signboard PAS oleh penduduk

 Akhirnya Bendera PAS berkibar Megah di Saujana Rawang.

 ZOOM in...Signboard PAS.

Selepas selesai majlis penubuhan.....Signboard PAS dinaikkan di Saujana Rawang.  Takbirrr....  AllahuAkbar.  !!!!! 

Pada hemat Panglima,  PAS Kawasan Selayang perlu mencontohi Bangi yang mempunyai cawangan hampir atau lebih drp 80 cawangan yang sedia ada kini. Galak dan tubuhkan lagi sebanyak mungkin cawangan di Rawang bagi PAS menyuarakan pandangan dan mempunyai kerusinya di sini.

Panglima7
Read more...

Dec 27, 2011

Signboard PAS B.B Bangi Diadaptasikan di Rawang..

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Selama dua hari ako menyiapkan signboard(papantanda) PAS, akhirnya...... siap juga.   Alhamdulillah.
Sebelum ini....puas aku me round sekitar CH.....untuk aku mengilhamkan signboard yang macamamana yang aku nak buat......namun hanya satu sahaja signboard PAS yang aku jumpa.  Lihat di bawah.





Kalau di BBBangi....bersepah signboard PAS di setiap lorong dan jalan.  Signboard Pas CH ini memang cantik dan unik....siap ada address lagi...tapi tidak menarik semangatku.


Tetapi signboard Pas di BB Bangi.....pabila aku melihatnya.....semangatku akan naik berapi-rapi   Lantas aku membuatnya.  Inilah signboardnya yang aku buat hasil nukilan BB Bangi untuk diadaptasikan di Saujana Rawang.  Signboard ini diambil dari hasil kerja pejuang dan petugas-petugas PAS yang gigih di sana semasa aku tinggal di BB Bangi 2 sekitar tahun 1997 sehingga Disember 2008  Kenapa aku pilih signboard ini...kerana signboard sangat penting bagi menaikkan semangat sesiapa sahaja yang melihatnya.
Tahniah B.B Bangi 1,2, 3 dan 4, Jalan 6 dan Seksyen 5.

Inilah signboardnya yang bakal aku pacakkan di bumi Rawang esok.  Takbirrrrrrr......Allahuakbar !!!


Signboard Pas yang masih belum siap lagi.


Dah Siap..!!!
Inilah signboard yang bakal ku pacakkan ...dibumi Rawang selepas penubuhan cawangan Pas di sini esok.


Panglima7


Read more...

Dec 22, 2011

Pernah Ke... Nabi SAW Melaung-Laungkan Hidup Quraisy..!!!

Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.

Bukti UMNO Menolak ISLAM

Adakah Nabi Muhammad SAW pernah melaung-laungkan Hidup Bangsa Quraisy !!  Hidup Quraisy !!... ???
Seperti mana yang dilaung-laungkan oleh UMNO..."Hidup Melayu".  Sampai masanya semua bangsa akan mati...Tiada yang hidup walaupun Melayu.  Walaupun beribu-ribu kali engkau laungkan.  Yang kekal hanyalah ALLAHUAKBAR dan  Islam yang dipelihara dan diberi kemenangan oleh Allah Azzawaljalla.

Nabi SAW tidak memperjuangkan bangsa...tetapi ISLAM.   Firman Allah SWT.  "Tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaku."......Apakah dengan Melayu.....ibadahmu diterima Allah.  Apakah dengan Melayu....Kamu dimuliakan oleh Allah dimuka buminya ini.???

Hanya kerana Islam...kamu dimuliakan oleh Allah SWT.   Sepertimana kata Syaidina Umar Al Khattab.


Kalau bangsa Arab takde nilainya di sisi Allah tanpa Islam...kata Saiyyidan Umar,  bagaimana pula dengan UMNO yang memperjuangkan Melayu.???

Panglima7
Kalau ini pun korang tak boleh terima juga...memang dah terbaliklah hati-hati kamu sekalian..



Read more...

Dec 21, 2011

Jangan Pandang Ringan Solat Jumaat.


Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 31
Maksudnya : " Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ketempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)".'

Nyatalah disini bahawa kita perlu membersihkan diri dan berpakaian yang bersih dan pakaian yang terbaik ketika menghadiri rumah Allah. Malangnya bila kita ke majlis keramaian, ke jamuan makan malam, bekerja, kita berpakaian khas, tetapi untuk solat tidak pula begitu.

Realiti hari ini kita sedar, kita kebanyakannya bekerja, oleh itu semestilah kita bersedia lebih awal, sebelum keluar bekerja, mandilah sunat jumaat dan mengenakan pakaian yang terbaik dan dan bersih.

Bersegeralah untuk menghadiri jumaat adalah tuntutan Allah, firman Allah dalam surah Al-Jumaat ayat 9 yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang berfirman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu).''

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya manusia akan duduk disisi Allah azzawajalla pada hari qiamat mengikut qadar (cepat dan lambatnya mereka) pergi menghadiri jumaat "

Sepatutnya pada hari jumaat ini, kita mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum datang ke masjid supaya bersedia dan bersegera untuk mendengar khutbah, apa yang berlaku sebaliknya menjadikan waktu khutbah sebagai waktu tidur, malah berdengkur yang lazat. Sedangkan firman Allah dalam surah Al-Jumaat ayat 9 :

Yang bermaksud : ".Maka hendaklah kamu segera mengingati Allah (zikir Allah)"zikir Allah disini bermaksud khutbah – bersegeralah mendengar khutbah, kerana nabi s.a.w. tidak pernah meninggalkan khutbah jumaat, baginda bersabda : yang bemaksud ; sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku bersembahyang. Umar r.a. berkata, maksudnya pendekkanlah solat jumaat kerana azan khutbah. Begitu juga Aisyah r.a. juga berpendapat demikian. Saad bin Jabar berkata yang bermaksud adalah jumaat itu empat rakaat, maka jadikanlah khutbah ditempat dua rakaat.''

Kita menggalakkan peniaga-peniaga warung makanan membantu jemaah untuk makan, minum dan sebagainya, tetapi diharapkan apabila masuk waktu jumaat, hentikanlah perniagaan buat sementara waktu dan beruntung serta berkatalah perniagaan mereka jika mereka menjaga adab-adab ini.

Adalah sangat mendukacitakan dan sangat memalukan dikalangan umat Islam masih berada diwarung-warung dan di restoran-restoran makanan ketika khutbah disampaikan, berdosalah mereka yang tidak mendengar khutbah, apatahlagi tidak menunaikan jumaat, pemilik-pemilik warung juga berdosa, kerana membuka kedai ketika azan jumaat telah dikumandangkan. Khatib mengingatkan kepada pengusaha-pengusaha kedai makanan yang Islam agar menutup perniagaan mereka beberapa minit sebelum azan dikumandangkan. Bukankah Allah berfirman dalam surah Al-Jumaat ayat 9 yang bermaksud

" Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) ".

Dalam satu riwayat, ketika Rasulullah berkhutbah pada hari jumaat, datanglah khafilah membawa dagangan dari Syam, orang yang sedang mendengar khutbah keluar menyambut rombongan khafilah itu sehingga tinggalkanlah 12 orang sahaja yang mendengar khutbah Rasulullah, lalu Allah turunkan surah Al-Jumaat ayat 11 

Maksudnya : " Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai, (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas minbar berkhutbah), katakanlah (wahai Muhammad – pahala – balasan ) yang ada disisi Allah, lebih dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki "

Ayat ini menegaskan apa yang ada disisi Allah jauh lebih baik dari apa yang ada dalam perniagaan, apa gunanya untung sedikit di dunia – rugi besar di akhirat.

Ada sebahagian daripada umat Islam yang telah diberikan kebenaran oleh majikan mereka untuk menunaikan solat jumaat tetapi sayangnya masa itu digunakan untuk tugas-tugas yang lain seperti membeli-belah, berehat di rumah atau tidur. Hal seperti ini adalah sangat merugikan, kerana dia telah membohongi diri sendiri.

Apabila solat jumaat selesai ditunaikan, para jemaah hendaklah bersabar sebentar untuk meaminkan doa-doa yang dibaca oleh imam. Sering berlaku jemaah tidak sabar, meninggalkan masjid sebelum berdoa, mereka sanggup melintasi jemaah yang masih sembahyang sunat. Sesungguhnya melintasi di hadapan orang yang sedang sembahyang adalah haram dan berdosa.

 Marilah kita tunaikan solat jumaat itu dengan sebaik-baiknya serta hayatilah khutbah yang diberikan sekurang-kurangnya ia akan memberikan suatu keinsafan dan kesedaran kepada kita dalam mengharungi kehidupan yang masih jauh penghujungnya.



Panglima7
Kiriman sahabat

Bagaimana pula...mereka yang tidak solat Jumaat dan berada dipusat-pusat permainan snooker??  Kembalilah kalian kepada Allah.

Read more...

Dec 15, 2011

Cakaplah Apa Pun....Pas Tetap Akan Ditubuhkan.

Assalamualaikum Wbr.
 Bulan...lambang Islam

Berbagai-bagai ragam dan perangai orang yang aku temui sepanjang penubuhan Pas Cawangan di kawasan aku.  Ada yang dahulunya condong kepada Pakatan Rakyat....mula 'playsafe" dengan berkata" aku tak sokong mana-mana".  Takut hilang kawan ke....atau kena ugut nie.??

Ada yang menuduh aku pemecah belah masyarakat.  Adakah Islam itu...pemecah belah masyarakat??......sedangkan UMNO yang sedang melobi habis-habisan masyarakat di sini dengan wang dan laptop dan tanah tidak pula digelar pemecahbelah dan perosak masyarakat.  Cakaplah apa sahaja pun......Pas tetap akan ditubuhkan.

Ada yang bagi nama..tetapi tidak mahu memasukkan nama isterinya.  Ermm….mungkin isterinya bukan satu bendera dengan beliau kot.  atau memang sokong UMNO ikut keluarganya sebelum berkahwin lagi.

Ada suami yang macam takut-takut nak isi borang…takut isterinya nampak atau mengetahui dia sokong PAS.  Ermm….ini bukannya 15 tahun yang lalu Cik abang ooi!!….di mana, orang dulu-dulu menyokong Pas secara sembunyi-sembunyi.  Tetapi sekarang ramai yang dah terbuka mengisytiharkan dirinya ahli dan penyokong PAS.

Di sinilah letaknya peranan suami dalam mentarbiahkan isterinya..mengapa dan kenapa kita menyokong PAS.  Mengapa kita perlu jadikan PAS suatu wadah dalam perjuangan menegakkan ISLAM.?  Ini perlu diterangkan kepada isteri kita.  Kita sebagai suami yang dah tahu kebenaran...kenapa tak habaq pada life partner kita itu.?

Dahulu..... umat ISLAM menegakkan Islam melalui mata pedang, darah dan peperangan, ……sekarang tidak lagi.  Sekarang, di negara-negara yang aman tetapi bergolak, Islam ditegakkan melalui politik dan kepartian.
Melalui parti, hukum Islam dapat ditegakkan..Melalui hukum Allah ini segala kemaslahan rakyat dapat diuruskan.  Melalui hukum Islam ini juga.....gejala murtad dapat dibenteras.

Umat Islam di negara sekular tak ubah seperti anak ayam kehilangan ibu.  Bermacam-macam gejala sosial.dan pembunuhan berlaku.  Kita seakan tercari-cari formula bagi mengatasi masalah ini.  Sedangkan formula itu telah ada 1400 tahun yang lalu.  Formula tinggalan Rasulullah SAW.  Kita kata kita cinta Rasullullah SAW.....tiap-tiap tahun kita sambut Maulidurasul.  Berpeluh-peluh ketiak berarak dan berselawat, memuji-muji rasulullah, cinta dan kasih kepada baginda......tetapi hukum, kita ambil hukum yang lain.  Kata cintakan Allah dan Rasul.!!!  Tetapi hukumnya, kita kata tak sesuai di zaman ini. Astagfirullahalazimm.

Menegakkan hukum Allah tadi samalah seperti kita menangkap ibu ayam.  Bila tertangkapnya ibu ayam...maka segala anak-anak ayam tadi akan terbela dan kembali kepada ibunya secara otomatik.

Panglima7
Sekadar perkongsian.





Read more...

Dec 12, 2011

Berjihad Untuk Melayu ....masuk Syurga Ke???


Bismillahirrahmaanirrohimm,

Assalamualaikum Wbr....
Memanglah balasan Syurga dan Neraka itu milik Allah yang Maha Pemurah untuk menentukan. Sepertimana kisah Pelacur yang masuk Syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.  Tetapi Pelacur itu hanya satu yang masuk syurga daripada ratusan ribu Pelacur yang ada atau lebih di dunia ini sejak dari zaman Nabi-Nabi dahulu hingga lah kini.  Takkan semua Pelacur masuk syurga hanya kerana mengikuti Pelacur tadi memberi minum anjing yang kehausan. Ini semua bergantung kepada amalan baik pelacur tersebut hingga mengundang dan membuka Pintu Rahmat dan sifat RAHIM Allah SWT ke atasnya untuk memasuki Syurga Allah Taala. 

Pelacur  tersebut telah melakukan satu dosa besar....tetapi dia tidak pula menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain.  Sepertimana UMNO yang menyengutukan hukum Allah dengan mengambil hukum yang selain dari hukum Allah dalam memerintah negara.  

Harus diingat....Menyengutukan Allah ini...bukan sahaja terhad kepada menyembah selain Allah....malah bagi sesiapa yang menyokong dan mengambil hukum yang selain dari Allah.   

Bukan itu sahaja ..malah UMNO memperlecehkan sesiapa sahaja yang menyarankan agar Hukum Allah ini didaulatkan.  Bukankah menyengutukan Allah itu suatu dosa yang besar yang tidak diampunkan Allah.   Nik Aziz pernah berkata...PAS akan dibubarkan jika UMNO mengambil Hukum Allah yakni ISLAM sebagai perlembagaan negara.   Jika benar UMNO inginkan ISLAM..mengapa UMNO tidak melaksanakannya selagi ada kuasa memerintah Negara.

Tetapi jika jalan menuju ke syurga itu awal-awal lagi sudah "FAIL" seperti kata-kata UMNO di atas "Berjihad Untuk Melayu"  dan tentangan serta berbagai alasan untuk UMNO tidak melaksanakan hudud  setelah memerintah hampir separuh abad, malah memperlecehkannya sepertimana Chua Soi Lek....boleh sampai ke syurga ke agak-agaknya ?  Sebab itu...undi anda penentu jalan anda ke syurga atau ke neraka.

Buat pembaca sekalian....renungi kata-kata dari TG Nik Aziz ini.
Panglima7
__________________________________

Ingatt..Umno "Tersekat" Untuk Sampai Ke Syurga..??

 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyelar penggunaan istilah jihad oleh Umno, dalam perhimpunan agungnya minggu lalu, bagi mengajak lebih tiga juta ahlinya menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Menurut Nik Aziz (gambar), istilah jihad itu berasal daripada al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.

Cerita lanjut Klik SINI

Panglima7

Read more...

Dec 8, 2011

Berakhlaknya UMNO : Hadiah Harijadi Kek Najis Manusia Kepada Lim Guan Eng...

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Hadiah 'Kek Tahi' UMNO Kepada Lim Guan Eng

Inilah dia akhlak sebenar UMNO apabila menghadiahkan Kek berupa tahi manusia kepada Ketua Menteri  Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena harijadinya.  Tak pernah dalam sejarah.....akhlak Melayu...UMNO rendahkan serendah-rendahnya begitu.

Sila Klik di SINI

Panglima7
Orang Melayu kaya dengan sopan santun, budi bahasa dan adab.  Tapi UMNO yang merosakkannya.
Ko ingat dengan adab ko begini...ko boleh dapat semula Pulau Pinang.  Kalau UMNO dapat juga Pulau Pinang... ke Cina juga Ketua Menterinya.  Daripada GERAKAN...Baiklah DAP yang memerintah.

Read more...

Semalam....Berlaku Pertengkaran Besar Di Surau

Bismillahirrahmaanirrohim.

Assalamualaikum Wbr.

Usia surau di kawasan perumahan ku....tak sampai setahun jagung.  Surau yang dibina atas keringat penduduk dengan penuh semangat ukhuwah dan kasih sayang itu siap dalam masa 3 bulan.  Hanya hari kelepasan am dan hujung minggu sahaja keringat ditagih bagi menyempurnakan misi menyiapkan rumah Allah ini.  Yang merupakan Fardhu Kifayah kepada seluruh penduduk.

Tetapi malangnya.  Ku sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan ditengah hari..........Setelah siap surau yang kesayangan ramai itu...... bermula laa bibit-bibit pepecahan.  Qariah mula berbeza pandangan dan membentuk kelompok sendiri dan saling kecam mengecam di antara satu dengan yang lain samada dari depan mahu pun belakang.  Segala pandangan orang lain ditolak mentah mentah. Segala perlantikan dan pemilihan dipersoalkan.  Dan segala kerja-kerja dan aktiviti surau ada sahaja yang tak kena dan tak betulnya pada pandangan mata mereka dan lebih memburukkan keadaan..... campurtangan orang-orang yang bukan ahli jawatankuasa surau terhadap segala keputusan mesyuarat dicabar dan disebarkan melalui bisikan bisikan telinga ke penduduk taman.

Seumurku...tak pernah Pang5 jumpa...sifat-sifat demikian di taman yang lain.  tak tahulah kalau ada di tempat lain.  Sungguh pelik sifat qariah di kawasan panglima.  memang pelik.  Itulah yang Panglima ucapkan semalam pada semua ajk surau.   Mereka mahukan Surau Beramal kepada Penduduk....Bukan Penduduk memberi sumbangan bagi membangunkan Surau.    Setelah lama terbuku di hati...maka semalam terlerailah rasa amarah Panglima ketika sidang mesyuarat berlangsung.  Saling tuduh menuduh keikhlasan ahli qariah  membuat kerja dan masing-masing mempertahankan pandangan masing-masing merosakkan perbincangan dalam mesyuarat. 

Hinggalah amarah Panglima terpancut keluar memeranjatkan semua yang ada dan tikam menikam lidah berlaku.  Panglima lantas bangun menuju keluar surau bagi menenangkan perasaan yang berapi.

Pengerusi Surau secara sinis berkata Teringat akan kisah Masjid Dhirar...yang dibakar oleh Nabi SAW.  "Elok kita bakar sahaja surau ini....Surau ini bukan lagi menyatupadukan penduduk tetapi menambahkan penduduk berpecahbelah".

Astagfirullahalazimm......!!!  Sepanjang melelapkan mata semalam Panglima berfikir....Punca apakah ini menyebabkan penduduk berpuak-puak, menjadi talam dua muka, menjadi lalang dan perebutan kuasa.
Ermm...   Tak lain dan tak bukan...... mungkin puncanya adalah Khemah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah di surau itu. 

Kerana khemah itulah menjadikan penduduk bersengketa.....khemah itulah yang disewakan pihak AJK berserta kerusi mejanya dgn harga RM180 sehari kepada penduduk taman...RM50 dari pendapatan sewa khemah itu disedekahkan kepada anak2 qariah yang memasang khemah tersebut.  Baki RM130 di digunakan untuk membangunkan surau dan aktivitinya.
Tetapi sekumpulan penduduk pula mahukan ianya diberi FREE kepada penduduk.....termasuk upah RM50 kepada  anak2 qariah yang seramai 5-6 org itu dimansuhkan.

Siapa yang hendak turun pasang khemah...bila semuanya FREE.......???  Qariah sendiri tiada masa untuk memasangnya...dan seorang pun tiada yg nak volunteer memasangnya disebabkan kerja.

Panglima7
Ya Allah ako hilang sabar semalam di rumahmu.  Mohon keampunanmu Ya Allah.

Read more...

Dec 7, 2011

Perhimpunan Agung UMNO Menjadi Tempat Mencaci Maki.


Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Perhimpunan Agung UMNO yang lalu menyaksikan tiada kurangnya UMNO dalam Mencerca, MengHamun dan Mencaci Maki  Parti Islam PAS dan Parti-Parti lain di dalam Pakatan Rakyat.

Medan Mencaci Maki
Kalau nak mesyuarat, mesyuarat laa……kalau nak berhimpun pun, berhimpunlah secara terhormat dan baik.  Seperti mana yang dibuat oleh Parti-Parti Pakatan Rakyat dan juga PAS dalam Muktamar Agung mereka setiap tahun.  Tiada keluar pun caci maki dari mulut pemimpin PAS ke atas pemimpin mahupun Parti UMNO. 

Kalau dah tahu Parti anda (UMNO) bermasalah dan lemah……tumpukanlah pada gerak kerja dan pengukuhan Parti.   Bukannya mencaci maki Parti Lawan saban tahun sejak dari kepimpinan TUN Mahathir lagi hinggalah ke Najib.  

Tapi kalau dah MEMANG TABIAT UMNO sejak zaman Patih Karma Wijaya lagi atau dah memang jadi MAKANAN tiap kali berhimpun untuk caci maki pihak lawan.  Tak maki maka tak sah perhimpunan  dan tak hilang gatal di mulut, maka perhimpunan agung umno ini sudah boleh dikira sebagai medan meluahkan perasaan dendam kesumat UMNO dan para pemimpin mereka.

Mereka-mereka yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO itu semuanya terpalit dengan dosa –dosa telinga dan dosa mengata oleh para pemimpin mereka yang terlebih pandai bab bab agama.

Paku Dulang Paku Serpih…….Mengata orang, awak yang lebih. 

Panglima7
Kalau tak tahu bab-bab agama…tanyalah Tuan Guru Nik Aziz…Tuan Guru Haji Hadi Awang, Tuan Guru Dato Harun Din.  Mereka semuanya ulamak dan lulusan Universiti Al-Azhar Mesir lagi.  Kalau agama pun kau rujuk kat kepala hotak…..memang terpesong laa ko.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara