Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Mar 28, 2012

Ayat Bagi Selisihkan Kecelakaan

Bismillahirrahmaanirrohim

Assalamualaikum Wbr.
Panglima nak kongsi surah ini.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


Doa ini dibaca sebelum keluar rumah atau sebelum memulakan perjalanan setiap kali pergi dan tatkala pulang ke rumah.  InsyaAllah, ia dapat menyelisihkan kecelakaan daripada berlaku sebelum kita sampai ke tempat kejadian atau selepas kita melalui tempat yang nak berlaku kecelakaan tersebut.


Ia juga bagi menghindari dari sihir dan mengelakkan makanan daripada basi.  Dibaca ketika memasak atau mengacau lauk tersebut.  Juga dibaca ketika keluar rumah bagi selisihkan kecelakaan yang datang.


Panglima7
Jangan lupa amalkan ayat ini.  




Read more...

Mar 22, 2012

Seorang Isteri Yang Tidak Bekerja

Assalamualaikum Wbr.


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira..

Kiriman Sahabat
Panglima7

Read more...

Mar 19, 2012

Suasana Berbeza

Bismillahirrahmaanirrohimm,

Assalamualaikum Wbr.

Beberapa tahun yang lalu, ketika aku menetap di Bdr Baru Bangi, golongan yang berusia 40-50an ke atas cukup ramai melibatkan dan menawarkan diri secara langsung berjuang menegakkan Parti Islam di sana. Mereka cukup gigih membantu tidak mengira masa dan ketika.  Golongan yang berusia sepertiku sangat kurang melibatkan diri.

Kini setelah aku menetap di mana aku berada sekarang.  Suasananya sangat berbeza. Aku pula menjadi senior manakala golongan muda berusia 20an hingga 30an sangat ramai dan melebihi 90% dari jumlah penduduk yang ada.   Bercakap pasal politik memang berapi.

Tetapi jangan salah anggap, itu cuma suara politik dari mulut sahaja, realitinya mereka tidak mahu menonjolkan diri. .   Lebih-lebih lagi dalam mengisytiharkan ideologi politik mereka.   Mungkin mereka khuatir orang tahu politik mereka, jika ketika membetulkan banner PAS yang tersungkur ditiup angin di tepi jalan bakal menampakkan mereka seorang ahli atau penyokong PAS.

Apatah lagi..kalau diketahui umum akan jawatan yang mereka sandang di dalam parti politik.   Apa yang ditakuti mereka tidaklah aku ketahui.  Kemungkinan mereka kerja kerajaan.  Tapi itu dulu laa.  Sekarang dah berbeza.  Sekarang yang memerintah Selangor adalah Pakatan Rakyat.   

Seperkara lagi....ada yang berpangkat Kawasan beria-ria mahukan usrah dilaksanakan dan mempertikaikan penubuhan cawangan Pas yang ditubuhkan, baginya......tubuh usrah dahulu baru tubuh cawangan Pas, ini terbalik dan menyongsang arus namanya....katanya. ermm entahlah.

Setelah cawangan Pas ditubuhkan.....sampai hari nie pun...Usrah masih tak dapat dilaksanakan.
Perlukan pemimpin yang bijak menangani permasalahan ini....Jangan salah anggap, bukan aku mengejar pangkat dan jawatan di sini, Jangan tersilap wahai sahabat.   Bukan jawatan yang aku kejar di sini.......ini semua amal jariahku di kuburan nanti.  Hanya redha dan rahmat Allah yang aku pohonkan.

Panglima7
Sekurang-kurangnya....terlaksana jua cawangan Pas di sini.
Semoga semua ahli tetap tabah dalam perjuangan dan tetap mengundi Pakatan Rakyat terutamanya PAS dalam pilihanraya nanti sudah memadai bagiku.

Read more...

Mar 15, 2012

Isyarat Dari Pancainderaku

Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.

Gambar Hiasan
Kelopak mata kiriku sebelah atas bergerak-gerak hari ini....mungkin ingin memberi isyarat dan  memberitahu sesuatu kepadaku.  Tapi.....aku tidak mengetahui maksud yang disampaikan oleh pancainderaku itu.

Aku masih mencari-cari jawapan yang relevan akan isyarat ini.

Panglima7
Read more...

Kawan Panglima dan Anaknya Mati Dibunuh.




Pensyarah, bapanya mungkin dibunuh orang dalam
Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.
Terkejut benar Panglima bila membelek akhbar hari ini......bila membaca Omar Peter Abdullah mati dibunuh bersama-sama dengan anaknya Zara Eleena Omar di rumahnya di Taman Kinrara Puchong.  

Allahyarham gambar kecil diatas merupakan ex-officemate Panglima yang dahulu sama-sama bekerja di Sony TV di Bdr Baru Bangi sekitar tahun 1994-1997,  Allahyarham bekerja di Jabatan Finance manakala Panglima di Jabatan GA-(General Affairs - Human Resources) dan office kami hanya bersebelahan cuma dipisahkan dengan deretan kabinet file setinggi pinggang.Innalillahi wa inna ilaihi rojiuunn.

Beliau seorang yang sangat ramah dan baik. Kadang-kadang sarapan semeja. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya dan anaknya. Dan moga Allah membalas kejahatan yang dilakukan oleh pembunuhnya.

Panglima7
Semoga Allahyarham dan juga anaknya mendapat pembelaan.

  Pensyarah, bapanya mungkin dibunuh orang dalam
Wartawan Sinar Harian
12 Mac 2012
KUALA LUMPUR -- Kes pembunuhan dua beranak melibatkan seorang pensyarah dan bapanya yang mayat mereka ditemui di rumah mereka di Taman Kinrara, Puchong, di sini malam tadi, berkemungkinan dilakukan oleh 'orang
dalam'.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias berkata berdasarkan siasatan awal yang dilakukan, polis belum menemui kesan kecederaan seperti kesan tikaman dan kesan pergelutan atau mangsa diserang dengan objek tajam.

Abd Razak berkata mangsa Zara Eleena Omar Peter, 23, yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian swasta di Lembah Klang dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, ditemui mati di bilik berasingan di rumah itu pada 9.50 malam tadi.

Beliau berkata hanya kesan pendarahan dalaman yang dipercayai menyebabkan darah terkeluar daripada mulut pensyarah wanita itu, manakala kesan darah juga ditemui pada bapa wanita itu.

"Kita sudah hantar kedua-dua mayat mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kita masih menunggu laporan forensik untuk mengesahkan sama ada mangsa diracun atau dibunuh dengan cara lain," katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tiada sebarang tanda menunjukkan rumah mangsa disamun dan dipecah masuk.

Kedua-dua mangsa dipercayai mati sejak empat hari lepas di mana mayat Zara Eleena ditemui dalam keadaan terlentang di atas lantai dengan kesan darah di mulut, manakala mayat bapanya ditemui tertiarap di katil dengan beberapa kesan darah ditemui di rumah mereka.

Menurut saudara terdekat mangsa yang enggan dikenali berkata Zara dan bapanya merupakan seorang yang peramah dengan saudara-mara dan tidak mempunyai masalah dengan orang lain.

 "Saya selalu melawat Zara, sebab dia tinggal seorang diri di rumahnya dan saya dapati dia tidak mempunyai sebarang masalah...saya difahamkan sebelum kejadian ini Zara ada menelefon bapanya mengatakan beliau mengalami sakit perut lalu bapanya datang ke rumah untuk melihat keadaan anaknya itu dan dari situ tiada khabar berita mengenai mereka," katanya ketika ditemui di HKL.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -- Bernama
Read more...

Mar 13, 2012

Dirang Mati Dibakar

Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.


Dirang, gambar kecil

Berita sedih, kejadian tragis kehilangan kanak-kanak perempuan bernama Nurul Nadirah Abdullah atau nama manjanya Dirang akhirnya ditemui mati dibakar di Ladang Kelapa Sawit di Nusa Damai, Masai Johor. 5km dari rumahnya. Gambar atas.

Anak kecil ini tidak berdosa.  Bayangkan ini anak anda.  Ajal maut ditangan Allah.  Walaupun begitu, kita sentiasa memohon kematian yang terbaik.  Pesan Panglima, kita belajar dari kesilapan, jangan menyuruh anak-anak kita yang masih kecil.....yang tidak kenal apa-apa itu untuk ke kedai membeli barang keperluan.  Jangan.....tolonglah jangan.  Kita sebagai ibu bapa, pergilah sendiri untuk membelinya. Menyesal kemudian tiada gunanya.   Jangan disuruh si kecil ini. Sangat bahaya dan risikonya sangat tinggi.  Panglima simpati ke atas nasib yang menimpa kedua ibu dan bapa Dirang.  Semoga Allah memberi ketabahan dan kesabaran ke atas mereka.

Panglima7

Read more...

Mar 12, 2012

Apsal Blog Aku jadi Macam Ini

Assalamualaikum Wbr.

Apa dah jadi dengan blog aku ini.....segala yang ada di kiri dan kanan semuanya dah hilang.   Apa puncanya tidaklah aku ketahui.  Bila check design....semuanya ada.  Bila view....di kiri dan kanan semuanya takde.

Ermmm......entahlah labu.
Masih dalam postmortem.

Panglima7

Read more...

Lepas Ni Ada Komplen Lagi Ke Idak.

Assalamualaikum Wbr


Ramai mak bapak komplen pasal pengurusan bas sekolah.  Lihat ini...bas sekolah di India.  Mana lebih selesa di sini atau di India.

Panglima7
Sengaja bikin panas.

Read more...

Mar 11, 2012

Negara Umum Cuti - Memperingati Penternak Lembu

Assalamualaikum Wbr.


Bilamana pembesar negara yang suka lembu dan suka kondo nak resign.

Inilah perangai Pemimpin UMNO BN...bilamana bentara-bentaranya terlibat dengan penyelewengan dan skandal, nak letak jawatan punnnnnnnn.............nak buat tarikh dan disambut secara besar-besaran. Nak sambut secara grand mesti ada makan-makan nyer.  Macam takde rasa nyesal atau bersalah di hati mereka yang menyamun dan merompak duit rakyat yang bekerja keras siang dan malam. Sepatutnya tugas menternak lembu....berilah kepada para penternak lembu.  Ini pembesar negara UMNO pun nak jadi penternak lembu, nak buat part time jugak....kan susah hidup penternak-penternak lembu yang fulltime ini nak cari makan.

Dari pemimpin atasan....hingga lah pemimpin bawahan perangai semua sama ajer.  Penyamun laa katakan.  Memang benarlah......kata alim ulamak...mengundi UMNO berdosa...kerana redha dengan perbuatan mereka yang khianat dan tidak amanah menjadi pemimpin.


Panglima7.
Cuti Umum untuk bentara menteri takde ker?
Kan ker...UMNO nie makin merapu dan mengarut.
Read more...

Semakin Lama UMNO Perintah Negara...Semakin Mengarut Jadinya

Bismillahirrahmaanirrohimm..
Assalamualaikum Wbr.
Janganlah nak free ajer... jika anak bertunang pun nak songlap wang Rakyat.....apatah lagi dengan menteri-menteri UMNO dan Peringkat Tertinggi hingga ke kawasan dan bahagian. Bapak Borek anak rintik.  Bapak kencing berdiri..anak kencing berlari.

Jika dilihat bagaimana Kerajaan UMNO BN di bawah pimpinan Najib Altantuya memerintah negara... semakin hari semakin mengarut tindakan mereka.  Apa yang diminta oleh rakyat tidak ditunaikan.  Apa yang tidak diminta oleh rakyat itu didahulukannya.  Tiada kata yang dapat aku katakan di sini.....Hanya kalian kuburkanlah UMNO secepatnya.  UMNO dah jadi seperti DAJAL dah.  UMNOlah yang merosakkan masyarakat, perosak negara, perosak sistem dan budaya dan ekonomi rakyat..   Sembah UMNO barulah duit berhamburan.  Sembah Dajal barulah.....Hujan diturunkan.

Baru-baru ini....Kerajaan di bawah pimpinan Najib Altantuya mengurniakan BRIM RM500 pada semua rakyat yang berpendapatan dibawah RM3000.  Ermmm...walaupun ada yang bergaji dibawah seribu hengget...namun tak dapat pun duit BRIM RM500 ini. Di mana hak mereka seperti yang dilaung-laungkan.  Macam kucing kurap mereka terpaksa mengisi borang semula dan melutut bagi mendapatkan cop daripada ketua-ketua UMNO Bahagian agar diberi recommendation agar permohonan mereka diluluskan sedangkan tiada cacat cela pun borang permohonan mereka yang terdahulu.   Sedangkan mereka yang menipu status keluarga dan bergaji diatas paras RM3000 hengget dapat pula duit BRIM RM500 hengget ini. Beribu yang layak tak dapat....yang tak layak...dapat. Pelik kan cara UMNO menguruskan !!!


Dan sekarang.....Kerajaan PANDIR BN UMNO ini dibawah pimpinan Perdana Menteri yang tersangat Pandir ini.....memberikan kenaikan gaji sebanyak 7-13% kepada pekerja pekerja kerajaan.   Bukan tak bagus....memang Bagus.....  Cuma nya......kenaikan gaji ini melibatkan pekerja tertinggi kerajaan terutamanya peguam negara hinggalah ke despatch atau drebar...yang mana dengan kenaikan ini gaji peguam yang sememangnya tinggi naik mencanak sebanyak RM80,000. Pinjam kata-kata dari Nurul Izzah. Wow.....banyaknya.  Kaya lah macam nie. 
Sedangkan gaji despatch dan drebar kerajaan....yang gajinya ciput hanya naik beberapa hengget ajer. 

Bukankah ini akan melebarkan jurang di antara orang kaya dengan orang miskin. ???? Bukankah harga barang akan naik mencanak-canak lagi....yanga gaji macam RM80,000 tuu tak heranlah dengan harga barangan....tapi bagaiman dengan mereka yang mendapat kenaikan sebanyak RM1.40 ini.  Tidakkah tindakan Kerajaan UMNO BN ini...mengkayakan orang yang dah memang kaya....dan memiskin rakyat yang dah tentu susah dan Miskin.   TUMBANGKANLAH KERAJAAN UMNO BN YANG BODOH INI

Seperkara lagi......mana kerajaan dapat duit sebanyak itu dalam menaikkan gaji pekerja kerajaan...kalau tidak berhutang. 

Sekiranya PAKATAN RAKYAT....menang dalam pilihan raya umum ini dan memerintah negara....maka akan Suffer laa...Pakatan Rakyat dalam membayar semula hutang piutang yang dibuat oleh UMNO BN yang mangkuk hayun ini yang membuatkan negara kita hampir MUFLIS.  Tetapi sekiranya UMNO BN menang dalam pilihanraya Umum ini....MAKA yang terlebih suffer dan menanggung padah kebrobokan ini adalah rakyat itu sendiri.  Kita laa....sape lagi.

UMNO BN dibawah pimpinan Najib akan menaikkan cukai termasuklah Minyak Petrol, TOL, GST dan apa sahaja yang tak terfikirkan oleh rakyat bagi membiayai semula hutang mereka bagi mengelakkan negara TERUS BANGKRAP.  Silap-silap....Motosikal pun kena bayar Tol. Lepas Pilihanraya ni..Kalau UMNO BN masih lagi perintah Malaysia...ko tengok....Ko beli barang kat kedai runcit pun...ko kena cukai.  6% dari kerajaan UMNO BN Malaysia. Itualh GST Tax...yang sekarang ini hanya dikenakan kepada mereka yang makan di KFC dan MC Donald. Percaya laa....  Nah...sekarang siapa yang menanggung padahnya apabila kita mengundi dan memenangkan BN.   Bukankah rakyat yang akan Suffer...Rakyatlah yang akan MERANA......kerana disogokkan dengan BRIM RM500 dan kenaikan Gaji baru-baru ini bagi UMNO BN memperoleh sokongan yang bakal menjahanamkan rakyat.


Ehhh...kalau Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah Malaysia...jangankan BRIM RM500.....lebih dari itu
Pakatan Rakyat boleh beri tanpa perlu berhutang dengan mana-mana bank dunia.....InsyaAllah.....asalkan rakyat dapat hidup aman dan sejahtera.


Panglima7

Read more...

Mar 7, 2012

Kunjungan Panglima7 di Pulau Bali.

Bismillahirrahmaanirrohimm,

Assalamualaikum Wbr.

Aku menjejakkan kaki di Pulau Bali pada 2hb Mac 2012 dan pulang ke Malaysia pada 4hb Mac 2012.
Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan.  Memang cantik Pulau Bali ini.  Tetapi kasihan kepada penduduknya yang jauh dari cahaya ilahi.

Di sambut dengan kalungan bunga di perkarangan Airport Denpasar, Bali.
Bandar Kuta, Bali.
Tour Guide - Bapak Sawardi - Melayu Hindu
Di sambut oleh Penyambut Tetamu...Melayu Indonesia Bali.
Pemandangan indah di Resort Ayana.
Pemandangan ke Laut Lepas.....menganjur ke Australia.

Sempat ambil gambar di Rock Bar...Jimbaran, Bali.
Hotel penginapan Panglima di Ayana Resort,  Jimbaran, Pulau Bali.


Banyak lagi gambar menarik yang tak sempat nak download.  Nanti berat.

Panglima7
Sungguh indah dan cantik ciptaan Allah untuk manusia.


Read more...

Mar 6, 2012

Mereka Masih Tidak Belajar

Assalamualaikum Wbr.

Sudah banyak kali kemalangan maut Bas Pesiaran yang membawa pelancung luar negara berlaku di Genting Highland.  Tetapi pemandu bas dan pihak berkuasa tidak belajar dan mengambil pelajaran dari kejadian ngeri ini.

Akibat tidak mahu belajar dari kes terdahulu.

Kejadian yang berlaku semalam meragut 2 nyawa dan 22 lagi cedera teruk.

Dulu lepas kemalangan...macam macam nak buat.  Itu ini....semua org bercakap banyak..lepas tu senyap ajer....nak kuat kuasakan itu laa ini  laa.....
Ini haper..?

Panglima7.
Sekarang ini...hari ini...mereka bercakap semula seperti dahulu...dan kejadian ini berulang dan bercakap lagi... berulang lagi, bercakap lagi sehingga ke anak cucu cicit piut.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara