Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Aug 17, 2012

Kullu am wa antum bi-kheir


Bismillahirrahmaanirrohim....
Assalamualaikum Wbr,





Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Minal Aidil Wal Faizin
Semoga amalan kita diterima Allah.
 
Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum,
Minna Wa Minkum Taqabbal Ya Karim.

Kullu am wa antum bi-khair

Read more...

Aug 14, 2012

Menjadi Khalifah Allah Atau Menjadi Melayu???

Bismillahirrahmaanirrohimm.



Ingin Perjuangkan Melayu semasa engkau hidup di dunia ini.......atau    Perjuangan Islam yang engkau perjuangkan?.

Adakah Perjuangan Melayu menepati kehendak Allah yang berfirman kepada para Malaikat NYA....bahawa AKU ingin menjadikan Khalifah di muka bumi ini..????.........dimana, semua binatang dan Gunung Ganang pun tidak sanggup memikulnya.
Panglima7


Read more...

Aug 9, 2012

Nak Tahu...Siapa Kafir Harbi ??

Bismillahirrahmaanirrohimm.


Yang kafir (MCA)......tidak mengetahui, sebab tuu dia menentang.  Itu aku tak heran.

Yang herannya....yang Islam tuu ...dan sorang lagi, siap digelar ulama tuu.....menolak Hukum Islam dan bersekongkol dengan Kafir Harbi ini dalam menentang sebarang pelaksanaan Hukum Allah di bumi Malaysia

Sesungguhnya...mereka hanya Islam di kulit sahaja, sedang mereka tidak beriman kepada Hari Akhirat.

Panglima7
Ko ingat hidup ini main-main. ...???
Read more...

Aug 8, 2012

Hidup Melayu Vs Allahu Akbar

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr,

UMNO melalui slogan partinya menyeru kepada "Hidup Melayu" manakala PAS melalui perlembagaannya menyeru kepada Allahu Akbar.

Apabila bertemu laungan di antara Hidup Melayu dan Allahu Akbar......siapakah yang Hidup dan lebih  besar ???  Tentulah.....Allah yang menciptakan Bangsa Melayu itu yang Maha Hidup dan Tidak Mati lebih dan Maha Besar dari segala apa yang besar-besar.  

Yang mana mengikut perintah Allah.....? Menyeru manusia kepada hidupnya Melayu...atau.... menyeru manusia kepada kebesaran Allah SWT??
Jadi....siapakah yang zalim di sini...?   Siapakah yang terpijak garisan kesyirikan di sini.

Maka sangatlah tidak wajar.....Hidup Melayu ini ..........dijadikan perjuangan hidup di atas dunia ini.  Sesuatu yang tinggi itu hendaklah.......meletakkan Allah dan Rasul di atasnya, bukannya bangsa.  Baharulah kamu berada di landasan yang benar.

Renung-renungkan lah.


Bangsa Melayu tidak ada disebut pun dalam Al-Quran.
Hanya bangsa Rom sahaja Allah pahatkan di dalam Al-Quran melalui surah Ar-Rom.
Itu menunjukkan hebatnya bangsa Rom...hingga Allah nukilkan dalam Al-Quran.
Bangsa Melayu.........takde.  Yang hebat...itulah Islam yang mendaulatkan Allahu Akbar.

Panglima7
Read more...

Aug 7, 2012

Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa..!!

Bismillahirrahmaanirrohimm.
Tak mampu saya  nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya  tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi  yang ketika itu bertugas sebagai  pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
 
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
 
Pemuda berhenti bercerita kepada  ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?",Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu."Daging apa?" tanya ustaz kembali."Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz"jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata.”Masya Allah”hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
 
Lelaki 30 an meneruskan cerita.”Pernah satu hari  dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa”ceritanya lagi.”Saya bagi tau ibu,saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor”.”Ya Allah besarnya dosa saya ustaz”.
 
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz  itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular.Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya  kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
 
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri  seperti dilakukan pemuda tadi.
 
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.Dua orang ibu bapa boleh  pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
 
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.
 
Dipetik dari :  tukulbesi.blogspot.
Posted by Kalam Nadi Kota
Panglima7
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara