Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Jul 29, 2011

Selepas Gagal Piala Dunia, Anjurkan Pula Pestabola Merdeka

Assalamualaikum Wbr.
Mokhtar Dahari - Harimau Malaya dalam Pestabola Merdeka.

Adat perlawanan...ada kalah dan menang.  Janganlah berhati rawan.  Mantapkan lagi skill pemain-pemain kita dari sekarang dengan menganjurkan Pestabola Merdeka supaya skill mereka sentiasa diasah dan digilap agar tidak terperuk selama 4-5 tahun ini dalam menunggu Kejohanan kejohanan besar di rantau Asia, Asia Tenggara dan dunia.  Supaya Harimau Malaya terdedah dengan skill pemain-pemain luar negara.

Mula lah dari sekarang wahai Datuk K Rajagopal dan FAM.  Ubah permainan bolasepak kita ke arah "Play Smart".  Kaji corak dan skill permain import Singapura yang lebih advance dari kita.  Barulah kita boleh mengekori Korea Selatan dalam kejohanan yang besar-besar.  Jangan sia-siakan Stadium besar yang kita bina.
Mokhtar Dahari dalam kenangan. Pestabola Merdeka tahun 1979, melawan negara-negara Asian dan Asia Barat.  Kembalikan memori ini.
Panglima7
Berakhirnya Kelayakan Piala Dunia bukan bermakna berakhirnya skuad bolasepak Piala Dunia Negara.  Kami sentiasa menyokongmu.

Read more...

Jul 28, 2011

Walaupun Tewas Malaysia Berjaya Mengangkat Memori Bolasepak yang Lalu..

Assalamualaikum Wbr.

We LOVE you all.  Kekalkan jurulatih K. Rajagopal.
Walaupun Pasukan Malaysia kecundang ditangan Singapura, TAHNIAH harus diberikan kepada Skuad Bolasepak Piala Dunia bimbingan Rajagopal yang membangkit semula fenomena yang tinggi terhadap bolasepak yang telah lama mati.

Perlawanan tadi yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 menyaksikan kehebatan Fahmi menangkis rembatan dari penyerang-penyerang Singapura. Jikalau Fahmi bermain di Singapura tempohari sudah tentu kita layak ke pusingan yang ke 3.  Apa pun Fahmi telah berjaya menyelamat pintu gol dari dibolosi sebanyak 6 kali.  Tahniah kepada Tangan Emas Negara iaitu fahmi Che Mat.

Tidak menghampakan negara juga rakyat dan peminat bolasepak tanahair....Safee Sali yang berjaya menjaringkan gol tiapkali rakyat mengharapkannya.

Cuma....apa yang perlu dikaji di sini ialah teknik pengawalan bola oleh pemain-pemain Malaysia jika dibandingkan dengan Singapura.  Kitaharus banyak belajar dari perlawanan ini. Singapura hanya menyentuh bola untuk dihantar ke rakannya yang menunggu.  Mereka tidak perlu mengelecek seperti pemain Malaysia.  Mereka rebut dan passing dengan cepat kepada pemain mereka yang menunggu.  Malaysia harus belajar teknik ini.......kita harus tinggalkan teknik mengelecek dan mengelecek dan akhirnya bola tidak sampai ke kaki pemain kita yang menunggu di hadapan.  Akhirnya kita juga yang kepenatan.

Sekian dulu komentar dari Panglima7
Tahniah Pasukan Malaysia...walaupun sampai di sini sahaja...WE LOVE U ALL.
Kalian telah mengharumkan nama negara di Asia Tenggara dan menghiburkan kami semua. Kami tetap teguh menyokong Pasukan Bolasepak bimbingan Datuk K. Rajagopal.  hidup Bolasepak Malaysia.

Read more...

Jul 27, 2011

Kalau Tak Mahu Kalah...Sharbinee Perlu Direhatkan

Assalamualaikum Wbr..

 Fahmi dan Sharbinee begitu besar "gap" di antara mereka.

Perlawanan di antara Malaysia Vs Singapura di kota singa tempohari banyak menampakkan kelemahan ketara pertahanan Pasukan Piala Dunia Malaysia dan yang terlebih lemah lagi ialah Penjaga Gol Malaysia iaitu Sharbinee.  

Jika Sharbinee diturunkan juga pada perlawanan Khamis ini di Bukit Jalil, aku confirm Malaysia akan tumbang seperti Kerbau, hanya tunggu disembelih oleh Singapura.  Elakkan menggunakan khidmat penjaga gol yang suka berangan dan lopong ketika beraksi sehingga bola masuk ke gawang pun tak perasan dan macam terpegun. Padahal bola yang masuk tak laju sangat pun.  Disebabkan itu..aku kansel pegi menonton bola kat stadium Bukit Jalil..huhuhu

Fahmi patut digandingkan dengan penjaga gol Harimau Muda yang bermain ketika Malaysia bertemu Chelsea tempohari.  Barulah mantap gandingan Fahmi dan penjaga gol itu (maaf tak tahu namanya)

Panglima7.
Maafkan Panglima dengan luahan ini. Tapi Singapura harus ditundukkan ego mereka yang dah macam kaduk naik junjung.

Read more...

Jun 12, 2011

Tanduk atau Tidak Menanduk, Bola Tetap Akan Masuk Pintu Gol Kelantan.

Assalamualaikum Wbr..

Piala FA - Kelantan Menentang Terengganu.
Mohd Daudsu berjersi No. 15

Aku menyokong Pasukan Kelantan tadi malam.
Kelantan kalah 2-1 dalam menentang Terengganu sekejap tadi.  Lebih malang, tinggal kurang dari 1 minit masa penamat + masa kecederaan untuk Kelantan meraikan Kemenangan bergaya, Terengganu menyamakan kedudukkannya hasil tandukkan sendiri pemain Kelantan, yang bernama Daudsu. (Maaf jika salah ejaan)  

Ramai pihak menuding kesalahan ke atas Daudsu sebagai punca Kelantan kalah.  Kasihan Daudsu, kerana beliau berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah dan membuat tindakan yang menampakkan beliau bersalah.

Tak perlu lah rasa bersalah sangat wahai Daudsu, kerana ...jika sekalipun engkau tidak sengaja atau sengaja menanduk bola tersebut........(tindakan luar kawal atau spontan) Bola itu tetap akan masuk Gawang Gol Pasukan Kelantan.  Gol tetap Gol.  Tak percaya...!!! tonton semula ulang tayang bagaimana gol itu dijaringkan.

Kepada peminat Kelantan...jangan salahkan Daihatsu kerana bola itu tetap masuk juga walaupun tanpa tandukan Daihatsu.

Panglima7.
Banyak kali dah Kelantan mencuba....cuba lagi di tahun hadapan wahai Kelantan.



Read more...

Jul 11, 2010

Holland Vs Spanyol... Holland laa Menang !!!


Pasukan Holland akan Menang.
Barisan pemain Pasukan Holland.  Sila Klik Di SINI

Salam,

Bolasepak dunia telah sampai ke kemuncaknya.  Pagi ini, Isnin jam 2.30pagi sebentar lagi, perlawanan akhir diantara dua pasukan hebat ini pasti ditunggu tunggu oleh semua peminat bolasepak di seluruh dunia.

Ramai yang memilih Spanyol berbanding Belanda. Macam-macam cara dan ragam manusia membuat andaian.  Di negara barat...tidak hairanlah jika mereka menggunakan haiwan untuk menilik nasib pasukan mereka itu.  Dan mereka sangat meyakini pilihan seekor sotong yang diletakkan di dalam aquarium besar di Jerman.  Disebabkan percayalah...maka Jerman bermain takut-takut ajer apabila bertemu dengan Spanyol di pusingan separuh akhir hingga menyebabkan pasukan Jerman seperti mengesahkan ramalan seekor sotong yang tidak tahu apa-apa itu...hahahaha........Poor Jerman !!!

Tidak ketinggalan... ada yang menggunakan burung kakatua atau nuri unuk menilik nasib pasukan mereka agar menang dalam perjudian.  Sesungguhnya..... arak, judi dan bertenung nasib itu adalah pekerjaan syaitan.  Dalam Usrah bab Tafsir Al-Quran di B.B Bangi ada sentuh bab ini dulu.

Bagi orang non muslim.....itu adalah kegemaran mereka..tetapi bagi umat Islam.......perbuatan ini adalah terlarang dan ditegah dari mengikutinya.  Tetapi Pemimpin UMNO & BN merestuinya...malah suka dan sampai sanggup bagi lesen penajaan judi.    Dah bepuluh-puluh kali demonstrasi dibuat oleh rakyat  (Kasihan Rakyat) dan bila sukan bolasepak dunia dah sampai ke penghujungnya.... baru Najib nak cakap.....Kerajaan UMNO & BN tidak memberi lesen judi kepada perlawanan sukan. 

Sukan apa ni yang UMNO tak nak bagi lesen judi ??? Spesifik laa sikit bila cakap.  Jadi selama ini...UMNO & BN nak beri lesen perjudian bukan hanya kepada sukan Bolasepak tetapi juga kepada semua acara sukan ke?????   Macam tak ada agama Parti UMNO nie.... 

Apa pun ako malas nak citer.....lagi.  Malam ni...Holland akan menang dan Spanyol akan Kalah, InsyaAllah.  Jangan Marah...!!!   Sebabnya....??

Spanyol dah terlalu konfiden mereka akan menang dan menjuarai Piala Dunia....lebih-lebih lagi bila ramai peminat dari seluruh dunia menyokong mereka kerana Spanyol mempunyai ramai bintang ditambah lagi dengan ramalan sotong.  Hehehe   Lagi pun permainan terhebat Spanyol adalah ketika mereka menentang Jerman tempohari.....  Itulah permainan terhebat dan klimaks permainan Spanyol sebelum ini. 

Apabila seseorang individu / pasukan/ kumpulan/ organisasi itu telah mencapai titik kemuncak atau terhebat dalam arena atau bidang atau permainan mereka......maka selepas itu adalah masa kejatuhan.  Dan Final ini adalah saat kejatuhan permainan Spanyol.  Spanyol tidak akan dapat menentang Holland sehabis baik sebagaimana mereka menentang Jerman.  Peminat Spanyol tidak akan dapat menyaksikan dan mengidamkan perlawanan akhir ini sepertimana mereka menyaksikan Spanyol menentang Jerman.  Permainan Spanyol telah mencapai kemuncak ketika menentang Jerman...kini tibalah saat kejatuhan.  Begitu juga dengan Jerman....Permainan Jerman sampai di kemuncaknya ketika mereka menewaskan Argentina 4-0

Ini adalah analisis ako.    Itulah sebabnya ako memilih Holland.  Holland belum lagi sampai kepada kemuncak permainan mereka.  Final inilah..... kemuncak permainan mereka.

Kalau anda memilih Spanyol.....Selamat berjaya.

Written by Panglima7.
Read more...

Jul 4, 2010

Uruguay Merosakkan Sukan Bola Sepak Piala Dunia

Salam,

Tindakan pemain Pasukan Uruguay menahan dan menampan bola dengan menggunakan tangan hasil tandukkan pemain Ghana betul-betul ke gawang Gol ketika masa tambahan setelah terikat 1-1 menyebabkan KONTROVERSI yang cukup besar dan hebat di seluruh dunia. 

Yang akhirnya mengheret kedua-dua pasukan ke sepakan penalti yang memunculkan kemenangan kepada pasukan Uruguay.

Pemain Uruguay yang menahan bola dari masuk ke gawang gol telah diberikan kad merah dan dibuang padang. 

Tetapi saya melihat, tindakan memberikan kad merah dan dibuang padang oleh pengadil FIFA tidak mencukupi dan memadai.  Sepatutnya pasukan Ghana harus diberikan kemenangan pada masa incident itu juga dengan mengisytiharkan kemenangan dan seterusnya layak ke Separuh Akhir menentang Pasukan Belanda.  Itulah yang sebaik-baiknya daripada mengheret pasukan ke sepakkan penalti.

Tindakan pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukan Ghana adalh tidak wajar.  Kerana tandukkan bola yang ditahan dengan tangan oleh pemain Uruguay -benar-benar tidak dapat diselamatkan lagi dari memasuki gawang Gol.  Mana mungkin sepakan penalti harus diganti dengan tindakan tidak beretika pemain Uruguay.

Mana mungkin sebuah pasukan seperti Uruguay boleh melayakkan diri ke Separuh Akhir jika pemain pasukkan ini  bermain kotor dengan penipuan yang terang lagi nyata di hadapan ratusan juta penonton seluruh dunia yang menyaksikannya.  " Damn u."

Kemenangan Pasukan Uruguay menentang Ghana 4-2 hasil sepakakan penalti setelah Seri 1-1 adalah kemenangan yang sungguh tidak bermaruah, penuh penipuan, mencalarkan imej pasukan Uruguay dan negaranya, merosakkan mutu bolasepak seluruh dunia dan pengadilan dan menunjukkan kelemahan FIFA.

Apa gunanya kemenangan jika maruah dan integriti pasukan Uruguay dipersoalkan.  Sungguh memalukan !!!

Written by Panglima 7.
UMNO dan BN pun sama.... perosak Sistem Demokrasi di negara Malaysia.
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara