Bismillahirrahmaanirrohim.
Amal
Jariyah adalah sebutan bagi amalan yang terus mengalir pahalanya, walaupun
orang yang melakukan amalan tersebut sudah meninggal dunia. Amalan tersebut
terus menghasilkan pahala yang terus mengalir kepadanya.
Hadis
tentang amal jariyah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka
terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan,
iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya
“(HR. Muslim).
Selain
dari ketiga jenis perbuatan di atas, ada lagi beberapa macam perbuatan yang
tergolong dalam amal jariah.
Dalam
riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya diantara amal kebaikan
yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya wafat ialah ilmu yang
disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab
keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk
penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk
kepentingan orang banyak, dan harta yang disedekahkannya “(HR. Ibnu Majah).
Di
dalam hadis ini disebut tujuh macam amal yang tergolong amal jariah sebagai
berikut.
1.
Menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan formal
dan nonformal, seperti perbincangan, ceramah, dakwah, dan sebagainya. Termasuk
dalam kategori ini adalah menulis buku yang berguna dan mempublikasikannya.
2.
Mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat
kebaikan di dunia. Menurut keterangan hadis ini, kebaikan yang dipeibuat oleh
anak soleh pahalanya sampai kepada orang tua yang mendidiknya yang telah
meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai / pahala yang diterima oleh
kanak-kanak tadi.
3.
Mewariskan mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya
untuk kebaikan diri dan masyarakatnya.
4.
Membangun masjid. Hal ini selaras dengan sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang
membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan
membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga” (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Orang
yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang
beribadah di masjid itu.
5.
Membangun rumah atau pondok bagi orang-orang yang bepergian untuk kebaikan.
Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun untuk
bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan mengalirkan pahala
kepada orang yang membinanya.
6.
Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tampat-tempat orang yang
memerlukannya atau menggali sumur di tempat yang sering dilalui atau didiami
orang ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu wafat dan air itu tetap
mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup
maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.
Semakin
banyak orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat.
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh
jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari
kiamat.” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).
7.
Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan
mendatangkan pahala yang berlipat ganda.
MARI KITA LIHAT BEBERAPA AYAT
QURAN DAN HADIS BERKAITAN DENGAN KEMULIAN AMALAN SEDEKAH JERIAH:-Dari Ibnu
‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia
berkata,كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ ،
وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ،
وَكَانَ جِبْرِيلُ – عَلَيْهِ السَّلاَمُ – يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِى
رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ ، يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم
– الْقُرْآنَ ، فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ – عَلَيْهِ السَّلاَمُ – كَانَ
أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling gemar
melakukan kebaikan. Kedermawanan (kebaikan) yang beliau lakukan lebih lagi di
bulan Ramadhan yaitu ketika Jibril ‘alaihis salam menemui beliau. Jibril
‘alaihis salam datang menemui beliau pada setiap malam di bulan Ramadhan (untuk
membacakan Al Qur’an) hingga Al Qur’an selesai dibacakan untuk Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam. Apabila Jibril ‘alaihi salam datang menemuinya, beliau
adalah orang yang lebih cepat dalam kebaikan dari angin yang berhembus.”(Riyadhus
Shalihin:Jld 2 :MS 1173).
لَّا
خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ
مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاس
…….(Surah An Nisa’:Ayat 114)
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali
(bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau
mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud
mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat
besar.
كَيْ
لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar
di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
(Surah Al Hashr :Ayat 7 –
sebahagian).
BEBERAPA AYAT AYAT QURAN DI
BAWAH INI:-
Al-Quran > Surah Al-
Baqarah> Ayat 195
Dan
belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan
(dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan)
perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya.
Al-Quran > Surah Al-
Baqarah> Ayat 215
Mereka
bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan
kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu
belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan
anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam
perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan,
maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan
sebaik-baiknya).
Al-Quran > Surah Al-
Baqarah> Ayat 245
Siapakah
orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang
baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan
berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang
meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Al-Quran > Surah Al-
Baqarah> Ayat 254
Wahai
orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami
berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli
padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula
pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang
zalim.
Al-Quran > Surah Al-
Baqarah> Ayat 261
Bandingan
(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama
seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai
itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan
pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya,
lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Al-Quran > Surah Al-
Baqarah> Ayat 262
Orang-orang
yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak
mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit
(pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi),
mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan
berdukacita.
Al-Quran > Surah Al-
Baqarah> Ayat 263
(Menolak
peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan
mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan
perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha
Kaya, lagi Maha Penyabar.
Al-Quran > Surah Al-
Baqarah> Ayat 264
Wahai
orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan
perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya
pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak
menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah
dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada
tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya
bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang
kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa
yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada
kaum yang kafir.
Sumber: Sahabat
Panglima7
Read more...