Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Showing posts with label Kiriman. Show all posts
Showing posts with label Kiriman. Show all posts

Oct 6, 2011

Fuhyooo....Hotel Disebalik Air Terjun...


Assalamualaikum Wbr...

Juga daripada email kengkawan....Panglima kongsikan bersama.
_________________
  
China ingin memberikan sesuatu yang tidak boleh diberikan hotel lain di dunia. Sudah banyak pilihan jika anda ingin tidur di hotel mewah, atau di puncak-puncak gedung tertinggi, atau bahkan di bawah laut. Namun tidur di hotel yang berada di sebalik air terjun seperti ini hanya ada di china.

Hotel ini dibangunkan di daerah Songjiang yang terletak berhampiran Shanghai, China . Pada perancangannya, hotel ini akan memiliki 400 bilik hotel dan ruang seminar yang mampu menampung 1000 orang. Selain itu, di dalam hotel ini juga terdapat beberapa restoran, cafe, kemudahan sukan dan juga ruang orang ramai yang berada di bawah permukaan air.







Panglima7
Macam-Macam China nie...

Read more...

Oct 4, 2011

Umat Islam Terus Dirundung MALANG......

Assalamualaikum Wbr...

Bismillahirrahmanirrohimm.

Panglima ingin kongsikan bersama sebuah kiriman sahabat melalui email Panglima, untuk pengetahuan umat Islam semua.  Samada entry ini diambil dari blog lain tiadalah Panglima ketahui.  Mohon maaf jika entry ini datangnya dari blog yang lain.
Panglima7
______________________


Mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.


Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.  Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.   Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.  Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..



Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!


Sebuah catatan pengalaman RUDY















Read more...

Sep 20, 2010

Pernikahan Terbodoh Di Dunia....

Salam...

Pernikahan merupakan penyatuan dua insan dengan satu ikatan. Kenyataannya pernikahan manusia dengan benda juga terjadi. Pernikahan ini boleh disebut pernikahan ajaib dan pernikahan aneh. Namun ia lebih sesuai dengan Rekod Pernikahan Aneh Lagi Terbodoh Dunia.


Pernikahan Dengan Menara Eiffel



Erika, 39, seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco . Perasaan pelik yang tertanam sejak lama dengan mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda.


Akhirnya dia menikahi Menara Eiffel dengan dengan majlis sederhana yang dihadiri saudara terdekat pada 4 Jun 2008.


Pernikahan Dengan Diri Sendiri
 
Liu Ye, 42, pemuda yang berasal Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri. Akhirnya menikahi dirinya sendiri dengan majlis pernikahan pernikahan tradisional di hadapan lebih 100 tetamu undangan.   Dia mengabadikan model dirinya dan didandan seperti pengantin perempuan dengan bergaun merah.

Pernikahan Dengan Bantal

Cinta sejati yang pelik timbul dalam perbagai ragam. Ini yang dialami oleh Lee Jin-gyu. Pemuda yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal 'dakimakura' kesayangannya yang tertampal gambar karakter kartun.


Bantal tercinta Lee menampilkan karakter 'Fate Testarossa', yang diambil dari siri kartun 'gadis ajaib' iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.

Panglima7.
Dunia oh dunia...



Read more...

Aug 7, 2010

Ibu....Tetap Ibu Jua

Salam.

Untuk dikongsi bersama. Kiriman dari sahabat.

Ibu tetap Ibu!
Kepada yang bermasalah dengan ibu, baca pula cerita saya ini dan bandingkan penderitaan kita serta layanan kita terhadap ibu kita. Saya dilahirkan sebagai anak kedua dalam tiga orang cahaya mata sepasang suami isteri ber'jenama'.  Dilahirkan pada tahun 1968. Berkulit hitam (ala anak mamak gitu). Berbetulan adikku juga perempuan yang mempunyai kulit putih melepak. Seawal usia aku mengenal tanah, aku telah dibiarkan bermain di panas dan bertambah hitamlah kulitku dan bertambahlah kebencian ibu.

Aku dibiarkan bermain dengan abang bersama kawan kawan lelakinya yang lain sedangkan adikku duduk di rumah. Apabila bergaduh akulah yang akan dibelasah teruk, tak cukup dengan caci maki. Hingga kini bekas torehan pembaris yang patah di pipi kananku masih berparut. Ketika tu aku pernah terfikir untuk
lari kerana mengikut penilaian ku sendiri aku ni anak pungut kerana perbezaan warna kulit membuatkan aku dibenci oleh ibu.

Sedih rasanya. Ketika makan, aku hanya mendapat kulit ayam, daging yang sipi sipi terlupa di kikis dari tulang, dan dicampakkan saja pinggan ketika menjamu selera. Ketika mengadap rezeki hatiku sentiasa sebak. Hanya hatiku menangis. Ada juga ketikanya aku menjamah nasi dengan berkuahkan air mata.
Tak payahlah diceritakan di sini kelak aku sendiri tidak tidur lena apabila mengenangkan. Semasa peperiksaan penilaian aku pergi tanpa menjamah apa apa makanan dan aku hanya diberikan pensil dua batang, pemadam dan pembaris, pun begitu sebaris gigiku yang cantik ku hadiahkan untuk ibu demi mencium
tangannya sebelum menduduki peperiksaan.

Aku berjaya menjadi antara 10 terbaik di sekolah. Aku berjaya ditempatkan di asrama penuh. Tetapi disebabkan kenakalanku, aku dibuang. Menyesal betul aku ketika tu. Aku kembali semula tinggal bersama ibu dan ayah. Semasa tingkatan 3, aku hanya diberi tuisyen Matematik sahaja sedangkan adikku (tingkatan
satu) di beri kesemua matapelajaran dan berhantar berjemput. Sedangkan aku kena tukar dua kali bas baru sampai tempat dituju. Ketika ayah memasuki dewan mengambil keputusan percubaan SRP ayahku di berikan standing ovation kerana anaknya bakal menggegarkan nama sekolah. Ayahku terpanar sehingga
menitiskan air mata semasa menungguku pulang dari sekolah. Ibuku membungkam kerana adik dan abangku tidak setanding. Tetapi aku tidak pernah mendabik dada. Sekali lagi aku berjaya memasuki asrama penuh. Kali ini aku bertekad untuk menjaga tatasusila.

Alhamdulillah aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Seperti biasa aku tetap inginkan bau ibu. Akan ku telefon ibu setiap kali menjelang peperiksaan, minta halalkan makan minum, minta dia menyayangiku walaupun jauuuh di sudut hatinya. Aku menangis. Aku tahu dia pun begitu.

Sekembaliku dari luar negeri aku berkahwin. Bencinya padaku masih belum pudar. Aku ingat lagi kata katanya semasa menghantar ku ke rumah besan, yang tidak terungkap di sini. Biarlah ia reput bersama kain kafanku namun tidak tergamak ku ceritakan disini. Semasa ibu nak ke Mekah aku berjengket jengket
dari jauh menghantar ibu dengan linangan air mata kerana ibu tidak mahu mendakapku, di dalam hati, biarlah ibu selamat, jangan sampai ibuku terjatuh atau dipijak oleh jemaah lain (ibu pergi ke sana dengan muhrim lain kerana ayahku telah tiada). Semasa ibu memasuki ruang legar, ibu terjatuh kerana orang terlalu ramai berebut rebut sehinggalah aku mengangkat tangan di tengah tengah orang ramai sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redho ibuku disakiti oleh umat lain semasa dia hilang dari pandanganku hinggalah ibuku selamat pulang". "Ya Allah yang Tuhanku, aku gadaikan segala penderitaanku semasa di dalam jagaan ibu dengan kesenangannya menunaikan segala ibadah tanpa ada cacat cela, Aku serahkan ibuku dalam jagaanMu . . .
panjang lagi doaku. Kalau tidak kerana anakanakku menangis mau rasanya aku solat sunat di lapangan terbang itu bermunajat. Alhamdulillah, sekembalinya ibu dari Mekah, aku yang ditujunya. Diciumnya pipiku ibarat selapang padang pasir pipiku di cium dan dicium. Katanya beliau hanya teringatkan aku di
setiap tempat suci. ALHAMDULILLAH.

Hingga kini hubunganku dengan ibu tidak pernah terjejas. Kadangkala itu terlepas jua namun tidak pernah aku kecil hati. Ku jaga dengan penuh hati hati. Ditambah lagi aku sudah punya anak, ku jaga dan semai mereka dengan penuh kasih sayang, yang tiada berbelah bagi. Kalau tajuk asalnya ibu pening dengan perangai anak, kini aku nak menyeru anak yang berpandangan demikian terhadap ibu yang mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan kita dengan seribu satu penyiksaan yang bersengkang mata ketika kita demam.

Alahai, walau didukung ibu dari sini ke kota Mekahpun belum tentu kita dapat membalas jasa ibu . . . Bertaubatlah. Apa yang ingin ku kongsi bersama, setiap kali lepas solat berdoalah agar kita dikurniakan hati yang bersih walaupun warna kulit kita lebih gelap dari malam. Hati yang bersih akan terpancar di wajah. Doa juga agar kita disayangi oleh semua orang terutama ibu @ suami.


Panglima7

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara