Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Showing posts with label Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri. Show all posts
Showing posts with label Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri. Show all posts

Aug 31, 2011

Ratusan Jin Dan Iblis Halangi Perobohan Kota Kerajaan Langit Ayah Pin.


Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Terlebih dahulu ribuan terima kasih Panglima ucapkan kepada Tuan Mountdweller yang sudi berkongsi entry ini. Semoga beliau dan keluarga dirahmati Allah hendaknya.  Kerana kisah ini kisah benar dan mistik..panglima suka untuk kongsikan bersama tuan-tuan semua. 

Ayah Pin Dan 'Jinnya'

Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin

Ramai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti pengelibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin
Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut
kerajaan langit ayah pin
Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.
Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.
Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.
Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.
Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.
Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.
Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.
Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.
Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.
Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.
Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.
kerajaan langit ayah pin
kerajaan langit ayah pin dirobohkan
Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
Hj. Lokman
19 November 2010
Panglima7.
Hanya mereka yang kasab dan dipilih Allah sahaja yang tembus pandangannya di alam ghaib.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Taqabbalullah minna waminka.

Read more...

Apr 20, 2011

KHURAFAT,MISTIK DAN KEBATINAN VIRUS AJARAN SESAT - Siri 2

Assalamualaikum Wbr...

Sambungan dari siri 1.
Bila bertemu yang ganjil....dan pelik.....benda itu menjadi alat pemujaan sesetengah manusia.

Batu-Batu Cincin juga dikatakan punyai kuasa pada Pemakainya.   Yang Maha Berkuasa hanyalah Allah SWT

4. PUNCA TERJADINYA AMALAN-AMALAN KHURAFAT

1- KEJAHILAN: Inilah faktor utama kenapa manusia sanggup melakukan amalan-amalan khurafat dan syirik, sebab itulah Islam amat menitik beratkan umatnya agar sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu bahkan menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan keatas setiap individu muslim Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:
Yang bermaksud: Katakan wahai Muhammad; adakah sama mereka yang mengetahui sesuatu dengan mereka yang tidak mengetahui

2- KEPENTINGAN PERIBADI: Bagi mendapatkan sesuatu dari kepentingan duniawi manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa menggadaikan akidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:


إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh .

3- NIAT YANG JAHAT: Sesungguhnya diantara hikmah kenapa adanya syurga dan neraka ialah kerana adanya manusia yang baik dan ada yang jahat yang saban hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan amalannya itu sepertimana Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّتُنذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ
Yang bermaksud: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur'an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada umulqura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga dan segolongan masuk neraka .


4- PERGAULAN: Faktor ini juga terkadang menjadi sumbangan penting kearah terjebaknya seseorang dengan amalan khurafat seperti ikut kawan pergi menurun nombor ekor, ajaran Black Metal dan sebagainya. Sepertiman firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:


ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Yang bermaksud: Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) .

5- KEADAAN SEKELILING: Suasana masyarakat yang tidak diikat dengan undang-undang agama juga adalah faktor berleluasanya ajaran khurafat, oleh itu faktor ini juga penting untuk diberikan perhatian serius oleh mesyarakat muslim atau mana-mana organisasi agama agar tidak wujud masyarakat yang mendorong kearah berlakunya ajaran khurafat seperti dizaman jahiliyyah

6- ADAT KEBIASAAN: faktor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama kearah berterusannya amalan khurafat dalam kehidupan manusia dengan slogan “Biar mati anak jangan mati adat” seterusnya menjadikan mereka begitu bersemangat mengadakan amalan khurafat secara berterusan seumpama mengadakan upacara bersemah atau menjamu hantu, hulubalang, roh semangat dan sebagainya. Al-Quran menyatakan hal ini dengan firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ آبَاءكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاء إَنِ اسْتَحَبُّواْ الْكُفْرَ عَلَى الإِيمَانِ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. .

FirmanNya lagi :

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْاْ إِلَى مَا أَنزَلَ اللّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُواْ حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلاَ يَهْتَدُونَ

Yang bermaksud: Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk? .

7- KEPERCAYAAN KARUT: Sebelum kedatangan Islam masyarakat kita telah lama menganuti ajaran agama hindu dengan kepelbagaian fahaman dan upacara yang karut-marut,sehinggakan apabila datangnya Islam menghapus sedikit demi sedikit amalan tersebut, walaupun begitu sebahagiannya masih segar bak jambangan dipagi hari disebabkan penyesat manusia yang pertama masih berleluasa hidup dan menyesatkan manusia dan menagih janjinya pada Allah untuk menyesatkan manusia sekeliannya, sepertimana Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

# قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ # قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ # إِلَى يَومِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ # قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ # إِلاَّ عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

Yang bermaksud: Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan". Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh. Sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan" . Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka" .
8- PENGARUH POLITIK: Demi mendapatkan kuasa dan kedudukan duniawi yang sementara manusia sanggup untuk terlibat dengan gejala khurafat seperti mendapatkan bantuan bomoh-bomoh upahan atau bomoh VIP seperti yang banyak terbentang didada-dada akhbar (kes Mona Fendy) dan sebagainya, begitu juga mereka yang terlibat dengan ajaran-ajaran khurafat dan ajaran sesat menyelamatkan diri melalui saluran politik (kes ajaran Taslim, Kg Seronok, Bayan Lepas, PulauPinang / kes Ayah Pin di Terengganu)]


Bersambung ke siri yang ke 3.

Panglima7.



Read more...

Apr 9, 2011

KHURAFAT,MISTIK DAN KEBATINAN VIRUS AJARAN SESAT - Siri 1

Assalamualaikum Wbr,
Gambar Hiasan
Panglima akan menyiarkan entry mengenai "Khurafat, Mistik Dan Kebatinan Virus Ajaran Sesat" yang dipetik melalui penulisnya seperti berikut.

Biodata Penulis.

YANG MULIA USTAZ HAJI SHAHUL HAMID BIN M.P.H.SEENI MOHAMAD
PENGAJIAN ISLAM DARUL TAHZIB , TELUK KUMBAR,
PULAU PINANG,MALAYSIA



Pendidikan

Yang Mulia Ustaz Haji sahul menerima pendidikan dari Madarasah Al-Masriyyah Bukit Mertajam Pulau Pinang (1988-1990) dan Madrasah Misbah al-Falah (Pondok Lanai) ,Parit Panjang Baling, Kedah (1990-1999).Tidak cukup dengan itu beliau mengikuti pengajian dari guru-guru terkemuka seperti Tuan Guru Haji Ismail sepanjang, Tuan Guru Haji Abdullah Sara dan Tuan Guru Haji Abdullah Kedi di selatan Thailand pada musim cuti di antara tahun 1996-1998.
Yang Mulia Ustaz adalah merupakan pemegang Syahadah Thanawiyyah Madrasah Misbah al-Falah (1993); Diploma Thanawiyyah dari madrasah al-Tahzib Titi Serong,Parit Buntar,Perak (1998); Diploma Syariah Islamiah dari Ma’ahad ‘Ali (2000); Ijazah Sarjana muda (Kepujian) Syariah Islamiah,Universiti al-Azhar (2005); Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Dakwah dan Kaunseling Islam,Unive Sultan Syarif Qosim,Riau,Indonesia (2006). Buat masa ini beliau sedang mengikuti Pengajian Sarjana dalam bidang hadis di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kerjaya

Ustaz Haji Sahul pernah berkhidmat di Madrasah Misbah al-Falah (1994-1997); Yayasan al-Khairiah,Kg Pisang,Kupang,Baling (1998); Sekolah asrama Paya Terubong Pulau Pinang (sekolah kanak-kanak kes juvana) selama 4 tahun (1996-1999) dan Pengetua Sekolah Agama Rakyat Kg Rawa, Pulau Pinang (1999 ).
Beliau kemudiannya mengasaskan Ma’had Tahfiz al-Quran dan pengajian Islam Darul Tahzib,Teluk Kumbar,Pulau Pinang pada tahun 1999.

Sumbangan

Yang Mulia Ustaz Haji Shahul juga aktif dalam memberikan ceramah-ceramah keugamaan dan kuliah-kuliah di masjid-masjid dan surau-surau. Sebahagian dari kuliah beliau telah dimuatkan dalam VCD-VCD dengan tajuk-tajuk yang menarik seperti Hukum Bermazhab dan Adab Berpindah Mazhab, Bidaah dan Masalah Khilafiah, Gerakan Memurtadkan Umat Islam di malaysia dan sebagainya.

________________________________________

KHURAFAT,MISTIK DAN KEBATINAN VIRUS AJARAN SESAT


1. MUQADDIMAH

إن الحمد لله ، نحمده ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ با الله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهده الله فلا مضل له و من يضلله فلا هادي له.وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله. أما بعد


Segala pujian kita panjatkan kepada Allah Subhanu wa Ta‘ala yang telah menyempurnakan kehidupan manusia dengan pemberian al-Quran sebagai kitab panduan yang tidak ada kekurangan sepertimana firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا

Yang bermaksud: Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu .

Islam adalah undang-undang kearah menjadikan kehidupan manusia lebih berkualiti kerana datangnya dari pencipta alam itu sendiri, sebab itu ia sesuai disetiap zaman dan tempat bahkan tidak akan sesat selamamana kita berpegang dengan dua panduan Islam yang utama, seperti sabdaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Yang bermaksud: Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamamana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah Subhanu wa Ta‘ala dan sunnah Nabinya

Walaupun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah wafat dan membawakan Islam kepada seluruh manusia dan jin sejak 1400 tahun lebih yang lalu, namun masih lagi wujud golongan yang mengamalkan dengan amalan khurafat,mistik kebatinan yang akhirnya menyimpang dari ajaran Islam yang syumul ini

Walaupun manusia pada hakikatnya sudah bijak sehinggakan ramai yang sudah kemenara gading bahkan ada yang sudah kebulan tetapi tidak kurang juga dikalangan mereka yang terpedaya dengan ajaran-ajaran khurafat yang diamalkan didalam kehidupannya bahkan sudah sebati sehinggakan susah untuk dipulihkan

Amalan-amalan khurafat pada hakikatnya merupakan virus kearah merosakkan akidah dan pegangan hidup seseorang dan umat Islam yang lain .

Bagi membendung gejala ini, Alhamdulillah, satu seminar yang seumpama ini diadakan bagi memperjelaskan kepada masyarakat Islam terhadap amalan-amalan yang bercanggah dengan ajar Islam beserta dalil dari al-Quran,al-Sunnah dan kitab-kitab ulama muktabar

Terima kasih diucapkan kepada pihak Darul Ifta’ Kerajaan Negara Brunei yang sudi menjemput al-faqir sebagai pembentang kertas kerja yang berjodol: KHURAFAT,MISTIK DAN KEBATINAN VIRUS AJARAN SESAT, yang al-faqir susun dalam jangka waktu yang begitu singkat dan kekurangan waktu serta kurang rujukannya.

Mudah-mudahan coretan yang tak seberapa ini akan dapat memberikan manfaat dan panduan pada diri al-faqir serta sahabat handai dalam memahami dengan lebih mendalam tentang ajaran yang bercanggah dengan Islam khususnya amalan-amalan khurafat

Al-Faqir Abu Muhammad Al-Naqsyabandiy Al-Filfilani
Jumaat 13 July 2007 bersamaan 28 Jumada al-Akhir 1428


2. DEFINISI KHURAFAT,MISTIK DAN KEBATINAN VIRUS AJARAN SESAT
Sebelum tirai ini dibuka dengan lebih luas marilah kita selidiki tentang maksud tajuk yang akan dibincangkan menurut kacamata etimologi (segi bahasa) dan kemudian-nya dengan definisi menurut terminologi (istilah)

Menurut Kamus Dewan perkataan-perkataan dibawah ini diertikan dengan :

a- Khurafat: Kepercayaan yang karut,dongeng,tahyul .

b- Mistik: Suluk,tasawuf,keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia; keanehan, keajaiban .

c- Kebatinan: Perihal batin iaitu hati,perasaan dalam hati :tersembunyi; ghaib,tidak kelihatan .

d- Virus: Kuman yang lebih halus dari bakteria yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia,haiwan atau tumbuhan .

e- Ajaran: Segala sesuatu yang diajarkan,nasihat,petunjuk, teori dan hukuman .


f-          Sesat: Tidak mengikut jalan yang betul,tersalah,terkeliru,menyimpang dari jalan yang sebenar[1].


Khurafat menurut definisi yang dipakai oleh JAKIM ialah: Cerita-cerita yang memepesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta, khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan pemujaan atau kepercayaan yang amat bertentangan dengan ajaran Islam. Semua perkara yang berkaitan perlu dijauhi oleh semua orang Islam, kerana ia merupakan dosa [2].

Ajaran Sesat seperti yang tersebut didalam Kamus Dewan ialah: Ajaran yang terpesong daripada akidah atau syariat agama Islam[3].

Menurut BAHEIS JPM terdapat 6 kriteria yang boleh dijadikan garis panduan bagi menentukan sesuatu ajaran itu sesat ataupun tidak yang akan disebutkan pada bahagian yang keenem nanti.

Menurut pembahas, khurafat,mistik,kebatinan adalah perkara yang berlainan dari segi sebutan dan lafaz tetapi sama pada maknanya yang merujuk kepada persoalan amalan-amalan dan tingkah laku yang bercanggah dengan ajaran Islam dan adat kebiasaan manusia yang sejahtera akal pemikirannya yang dapat diketegorikan sebagai ajaran sesat


3.         HADITH KHURAFAT

Yang dimaksudkan dengan hadith khurafat iaitu hadith yang merujuk kepada asal usul perkataan khurafat dan kaitan alam jin (kebatinan) dengan manusia, seperti yang disabdakan oleh Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ حَدَّثَنَا أَبُو عَقِيلٍ يَعْنِي الثَّقَفِيَّ حَدَّثَنَا مُجَالِدُ بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عَامِرٍ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : حَدَّثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِسَاءَهُ ذَاتَ لَيْلَةٍ حَدِيثًا فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَانَ الْحَدِيثُ حَدِيثَ خُرَافَةَ فَقَالَ أَتَدْرُونَ مَا خُرَافَةُ إِنَّ خُرَافَةَ كَانَ رَجُلًا مِنْ عُذْرَةَ أَسَرَتْهُ الْجِنُّ فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَمَكَثَ فِيهِنَّ دَهْرًا طَوِيلًا ثُمَّ رَدُّوهُ إِلَى الْإِنْسِ فَكَانَ يُحَدِّثُ النَّاسَ بِمَا رَأَى فِيهِمْ مِنْ الْأَعَاجِيبِ فَقَالَ النَّاسُ حَدِيثُ خُرَافَةَ ، قَالَ أَبِي أَبُو عَقِيلٍ هَذَا ثِقَةٌ اسْمُهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَقِيلٍ الثَّقَفِيُّ

Maksudnya: Pada suatu malam Rasulullah saw bersembang-sembang dengan para isterinya tentang suatu perkara, lalu salah seorang dikalangan mereka berkata: perkara ini seperti cerita khurafat. Baginda seraya bersabda :Adakah kalian tahu apa itu khurafat ? Sesungguhnya khurafat itu ialah seorang lelaki dari bani ‘Uzhrah (kabilah Yaman) yang telah disembunyikan oleh jin pada zaman jahiliyyah, lalu dia tinggal bersama golongan jin beberapa ketika kemudian golongan jin itu menghantarnya pulang kembali ke alam manusia lalu dia menceritakan kepada manusia tentang apa yang telah dilihatnya pada mereka (golongan jin) daripada perkara ajaib. Maka sebab itulah manusia berkata (tentang perkara-perkara pelik sebagai) cerita khurafat [4]

حدثنا محمد بن يونس العصفري قال : ثنا يزيد بن عمرو بن البراء الغنوي قال : نا سعيد بن عبد الله السلمي قال : نا علي بن أبي سارة ، عن ثابت البناني ، عن أنس بن مالك ، عن عائشة ،  أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حدثها بحديث وهو معها في لحاف ، فقالت : بأبي ، وأمي يا رسول الله ، لولا تحدثني هذا الحديث لظننت أنه خرافة ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « وما حديث خرافة يا عائشة ؟ » قالت : الشيء إذا لم يكن قيل حديث خرافة  ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « إن أصدق الحديث حديث خرافة ، رجل من بني عذرة ، سبته الجن ، وكان يكون معهم ، فإذا استرقوا السمع أخبروه ، فيخبر به الناس ، فيجدونه كما قال »

 Maksudnya: Pada suatu malam Rasulullah saw bersembang-sembang dengan ‘Aisyah tentang suatu perkara, sedangkan Baginda ketika itu bersamanya didalam satu selimut lalu ‘Aisyah berkata :Demi engkau sebagai ibu dan bapaku Wahai Rasulallah, jika engkau tidak ceritakan padaku cerita ini nescaya aku masih menganggap cerita itu adalah cerita khurafat. Rasulullah saw seraya bersabda :Adakah kamu tahu apa itu cerita khurafat wahai ‘Aisyah ?’Aisyah lantas menjawab :Sesuatu yang (pelik dan)tidak berlaku dikatakan cerita khurafat. Baginda saw bersabda:Sesungguhnya sebenar-benar cerita ialah cerita khurafat iaitu seorang lelaki dari bani ‘Uzhrah (kabilah Yaman) yang telah disembunyikan oleh jin lalu dia tinggal bersama golongan jin, kemudian golongan jin itu menghantarnya pulang kembali ke alam manusia lalu dia menceritakan kepada manusia tentang apa yang telah dilihatnya pada mereka (golongan jin) Maka sebab itulah manusia berkata (tentang perkara-perkara pelik sebagai) cerita khurafat[5]

Berdasarkan beberapa riwayat diatas ini jelas menunjukkan bahawa perkataan khurafat digunakan oleh Baginda saw dan para sahabat yang merujuk kepada perkara-perkara pelik dan sesuatu cerita yang menyalahi adat kehidupan atau tidak dapat diterima oleh akal manusia seperti mempercayai bahawa sesuatu objek ditakuti oleh golongan jin dan hantu atau objek tertentu boleh mendatangkan keuntungan serta menyelamatkan seseorang dan sebagainya

Berlainan pula sesuatu yang pelik dan tidak lojik oleh akal manusia tetapi jelas dikhabarkan didalam Al-Quran dan Al-Sunnah maka ia wajib diterima dan diimani yang dinamakan dengan Al-Sam’iyyat  seperti persoalan azab kubur, hari kebangkitan, mizan, syurga, neraka dan sebagainya[6].

Juga terdapat beberapa perkara pelik yang menyalahi adat yang berlaku kepada para Ambiya’ yang dinamakan sebagai Mukjizat dan Irhash, yang berlaku kepada para Auliya’ dinamakan sebagai Karamah,yang berlaku kepada golongan awam yang soleh dinamakan sebagai Ma’unah,yang berlaku kepada orang fasik dinamakan sebagai Istidraj ,yang berlaku kepada seorang yang mendakwa sebagai seorang rasul Ihanah dan yang berlaku kepada orang kafir dinamakan sebagai Sihir[7].




[1] Ibid halaman 1478
[2] Lihat “Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan Aqidah” terbitan JAKIM  2006, halaman 16.
[3] Kamus Dewan,op.cit; halaman 20
[4] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad didalam Musnadnya juz 51 halaman 242 hadith no 24085 daripada Abu Al-Nadhr daripada Abu ‘Aqil Al-Thaqafi daripada Mujalid ibn Sa’ad daripada ‘Amir daripada Masruq daripada ‘Aisyah R.A. .Hadith ini Shahih dan hadith ini juga telah dikeluarkan oleh Al-Tirmizi didalam Al-Syamail Al-Muhammadiyyah, dengan matan yang sama tetapi sedikit perubahan pada isnadnya bab 38 hadith no 242 halaman 173 daripada Al-Hasan ibn Shabbah Al-Bazzar daripada Abu Al-Nadhr daripada Abu ‘Aqil Al-Thaqafi daripada Mujalid ibn Sa’ad daripada Al-Sya’abi daripada Masruq daripada ‘Aisyah R.A. Menurut sanad yang kedua hadith ini Dhaif .
[5] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam al-Thabarani didalam Mu’jam al-Ausath juz 13 halaman 325 hadith no 6247 daripada Muhammad ibn Yunus al-‘Ashfari daripada Yazid ibn ‘Amru ibn al-Barra; al-Ghanawi daripada Sa’id ibn Abdillah al-Sulami daripada ‘Ali ibn Abi Sarah daripada Thabit al-Bannani daripada Anas ibn Malik daripada ‘Aisyah r.a..
[6] Lihat kitab Dirasah Fi al-Sam’iyyat oleh Prof.Dr. al-Sayyid Muhammad ‘Aqil ibn ‘Ali al-Mahdali.
[7] Sila rujuk perbincangan ini didalam kitab al-Mukhtasar al-Mufid Fi Syarh Jauharah al-Tauhid oleh Syeikh Nuh ‘Ali Sulaiman al-Qudhoh (Mufti Jordan) halaman 155,lihat juga didalam Lihat “Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan Aqidah” terbitan JAKIM  2006, halaman 16.

Akan Bersambung ke Siri yang Ke 2....



Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara