Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Jan 13, 2014

Panglima Dah Kembali.......:)))

Bismillahirrahmaanirrohimm

Pulang.....Gambar di Gunung Berapi Kintamani, Bali, Indonesia

Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan limpah dan kurnianya, saya dapat kembali semula di blog yang saya sayangi ini.  Sudah lama saya tidak mengemaskinikannya.   Sampai password pun lupa dah..huhuhu.   Puas cari sana sini…aduhaiii..!!  akhirnya ketemu. 


Dalam Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk yang diadakan pada 12hb Januari 2014 semalam, saya telah menarik diri dari dicalonkan semula sebagai Pengerusi oleh penduduk bagi memberi laluan kepada orang lain dalam mengemukakan idea-idea yang baru bagi keselamatan, pembangunan dan kesejahteraan penduduk taman.

Ramai di kalangan penduduk memujuk agar meneruskan kecemerlangan......khidmat masih diperlukan, namun pucuk pangkal hati kita.  Semalam saya pegang 3 jawatan.  Sekarang, tinggal 2.  Cukuplah saya pegang amanah sebagai Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga dan juga parti.  Cukuplah tu.  Saya tidak mahu dibebani dengan tugas yang akhirnya kita tidak mampu untuk memikulnya.

Selamat bertemu kembali tuan puan.......

Jazakallahu Khairan Kathira.
Panglima7

Read more...

Sep 11, 2013

Yang Benar Tetap Benar Walaupun Ku Telan Pahit.

Bismillahirrahmaanirrohim.


Sejak Panglima di amanahkan sebagai Pengerusi / YDP Persatuan Penduduk dan terbaru dipilih menjadi Pengerusi KRT (Kawasan Rukun Tetangga), masa Panglima untuk diri sendiri dan keluarga semakin terhad.  Hingga terpaksa melupakan blog kesayangan ini dari tahun lepas.  Keaktifan boleh dibilang.

Memang mencabar menjadi Ketua Masyarakat, lebih2 lagi memegang dua portfolio.  Itu tak termasuk lagi portfolio politik.  Fikiran sentiasa berjalan dan bergerak aktif agar program-program dapat diatur seperti dirancang.  Kadang-kadang program yang dirancang disabotaj musuh.  Ada juga musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan.

Apabila dah masuk dalam masyarakat.........bermacam-macam orang yang kita jumpa dan bermacam-macam perangai yang kita lihat.  Ada yang pijak semut pun tak mati.  Kadangkala Panglima terusik dengan lagu Ramli Sarip " Aku menulis Bukan Kerna Nama"  punya "dalam" maksud lirik yang tersirat.

Tahun depan genaplah dua tahun Panglima memegang jawatan ini.  Ya Allah, ko uji hambamu ini dengan jawatan, kuasa dan manusia-manusia yang mengelilingiku. Aku tak minta, tapi ko beri Ya Allah.  Aku sedar Ya Allah, tindakanku terhadap manusia-manusia yang bermacam ragam dan peel inilah penentu hidupku di alam kubur nanti.  Mereka-mereka inilah menjadi pemain-pemain utama soalan-soalan Munkar Nakir di kuburan.  Tentang keadilanku...tentang tindakanku, tentang keikhlasanku, tentang duit.  Tentang tanggungjawabku.   Yang benar tetap benar...walaupun terpaksa ku telan Pahit.

Panglima7
Read more...

Apr 10, 2012

Asal Aku Punya KasihMU

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Ya Allah, Engkaulah yang mengarakkan awan,

Engkaulah yang mengapungkan burung dilangit,
Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya selain Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah). Sesungguhnya Dia (Allah) terhadap segala sesuatu adalah al-Basir (Maha Melihat). Surah Al-Mulk ;19

Engkaulah yang menurunkan hujan.
30:  Katakanlah: "Adakah kamu perhatikan, jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir kepada kamu?” Surah Al-Mulk ;30

Maha Suci Engkau Ya Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Maha Suci Engkau Ya Allah dengan segala Kepujian, Maha Suci Engkau Ya Allah Tuhan yang Maha Agung.

Di usiaku ini.....
baru aku mengerti sebuah kehidupan, kejadian,
sikap manusia yang gila dan aneh
hingga aku merafak sujud kepadaMu.

Bilamana sahabat menjadi kawan,
dengki dan khianat jadi sarapan,
teguran dianggap kritikan,
ikhlas disangka bermotifkan.

Ya Allah ku kejar akan Engkau,
Moga Engkau mengurniakan KasihMu kepadaku,
Ku seru namaMu, ku sebut namaMu sehabis lembut...Yaa Latiffam bikalqihi, Yaa Alimam bikalqihi, Yaa Khobiram bikalqihi.
Biarlah mereka tidak kasih padaku asal aku punya kasihMu.
Kurniakanlah Rinduku padaMu.
Mohon keredhaanMu Ya Allah....dan Aku Redha kepadaMu.

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.

Panglima7
Read more...

Mar 15, 2012

Isyarat Dari Pancainderaku

Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.

Gambar Hiasan
Kelopak mata kiriku sebelah atas bergerak-gerak hari ini....mungkin ingin memberi isyarat dan  memberitahu sesuatu kepadaku.  Tapi.....aku tidak mengetahui maksud yang disampaikan oleh pancainderaku itu.

Aku masih mencari-cari jawapan yang relevan akan isyarat ini.

Panglima7
Read more...

Kawan Panglima dan Anaknya Mati Dibunuh.




Pensyarah, bapanya mungkin dibunuh orang dalam
Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.
Terkejut benar Panglima bila membelek akhbar hari ini......bila membaca Omar Peter Abdullah mati dibunuh bersama-sama dengan anaknya Zara Eleena Omar di rumahnya di Taman Kinrara Puchong.  

Allahyarham gambar kecil diatas merupakan ex-officemate Panglima yang dahulu sama-sama bekerja di Sony TV di Bdr Baru Bangi sekitar tahun 1994-1997,  Allahyarham bekerja di Jabatan Finance manakala Panglima di Jabatan GA-(General Affairs - Human Resources) dan office kami hanya bersebelahan cuma dipisahkan dengan deretan kabinet file setinggi pinggang.Innalillahi wa inna ilaihi rojiuunn.

Beliau seorang yang sangat ramah dan baik. Kadang-kadang sarapan semeja. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya dan anaknya. Dan moga Allah membalas kejahatan yang dilakukan oleh pembunuhnya.

Panglima7
Semoga Allahyarham dan juga anaknya mendapat pembelaan.

  Pensyarah, bapanya mungkin dibunuh orang dalam
Wartawan Sinar Harian
12 Mac 2012
KUALA LUMPUR -- Kes pembunuhan dua beranak melibatkan seorang pensyarah dan bapanya yang mayat mereka ditemui di rumah mereka di Taman Kinrara, Puchong, di sini malam tadi, berkemungkinan dilakukan oleh 'orang
dalam'.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias berkata berdasarkan siasatan awal yang dilakukan, polis belum menemui kesan kecederaan seperti kesan tikaman dan kesan pergelutan atau mangsa diserang dengan objek tajam.

Abd Razak berkata mangsa Zara Eleena Omar Peter, 23, yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian swasta di Lembah Klang dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, ditemui mati di bilik berasingan di rumah itu pada 9.50 malam tadi.

Beliau berkata hanya kesan pendarahan dalaman yang dipercayai menyebabkan darah terkeluar daripada mulut pensyarah wanita itu, manakala kesan darah juga ditemui pada bapa wanita itu.

"Kita sudah hantar kedua-dua mayat mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kita masih menunggu laporan forensik untuk mengesahkan sama ada mangsa diracun atau dibunuh dengan cara lain," katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tiada sebarang tanda menunjukkan rumah mangsa disamun dan dipecah masuk.

Kedua-dua mangsa dipercayai mati sejak empat hari lepas di mana mayat Zara Eleena ditemui dalam keadaan terlentang di atas lantai dengan kesan darah di mulut, manakala mayat bapanya ditemui tertiarap di katil dengan beberapa kesan darah ditemui di rumah mereka.

Menurut saudara terdekat mangsa yang enggan dikenali berkata Zara dan bapanya merupakan seorang yang peramah dengan saudara-mara dan tidak mempunyai masalah dengan orang lain.

 "Saya selalu melawat Zara, sebab dia tinggal seorang diri di rumahnya dan saya dapati dia tidak mempunyai sebarang masalah...saya difahamkan sebelum kejadian ini Zara ada menelefon bapanya mengatakan beliau mengalami sakit perut lalu bapanya datang ke rumah untuk melihat keadaan anaknya itu dan dari situ tiada khabar berita mengenai mereka," katanya ketika ditemui di HKL.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -- Bernama
Read more...

Mar 12, 2012

Apsal Blog Aku jadi Macam Ini

Assalamualaikum Wbr.

Apa dah jadi dengan blog aku ini.....segala yang ada di kiri dan kanan semuanya dah hilang.   Apa puncanya tidaklah aku ketahui.  Bila check design....semuanya ada.  Bila view....di kiri dan kanan semuanya takde.

Ermmm......entahlah labu.
Masih dalam postmortem.

Panglima7

Read more...

Mar 7, 2012

Kunjungan Panglima7 di Pulau Bali.

Bismillahirrahmaanirrohimm,

Assalamualaikum Wbr.

Aku menjejakkan kaki di Pulau Bali pada 2hb Mac 2012 dan pulang ke Malaysia pada 4hb Mac 2012.
Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan.  Memang cantik Pulau Bali ini.  Tetapi kasihan kepada penduduknya yang jauh dari cahaya ilahi.

Di sambut dengan kalungan bunga di perkarangan Airport Denpasar, Bali.
Bandar Kuta, Bali.
Tour Guide - Bapak Sawardi - Melayu Hindu
Di sambut oleh Penyambut Tetamu...Melayu Indonesia Bali.
Pemandangan indah di Resort Ayana.
Pemandangan ke Laut Lepas.....menganjur ke Australia.

Sempat ambil gambar di Rock Bar...Jimbaran, Bali.
Hotel penginapan Panglima di Ayana Resort,  Jimbaran, Pulau Bali.


Banyak lagi gambar menarik yang tak sempat nak download.  Nanti berat.

Panglima7
Sungguh indah dan cantik ciptaan Allah untuk manusia.


Read more...

Dec 8, 2011

Semalam....Berlaku Pertengkaran Besar Di Surau

Bismillahirrahmaanirrohim.

Assalamualaikum Wbr.

Usia surau di kawasan perumahan ku....tak sampai setahun jagung.  Surau yang dibina atas keringat penduduk dengan penuh semangat ukhuwah dan kasih sayang itu siap dalam masa 3 bulan.  Hanya hari kelepasan am dan hujung minggu sahaja keringat ditagih bagi menyempurnakan misi menyiapkan rumah Allah ini.  Yang merupakan Fardhu Kifayah kepada seluruh penduduk.

Tetapi malangnya.  Ku sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan ditengah hari..........Setelah siap surau yang kesayangan ramai itu...... bermula laa bibit-bibit pepecahan.  Qariah mula berbeza pandangan dan membentuk kelompok sendiri dan saling kecam mengecam di antara satu dengan yang lain samada dari depan mahu pun belakang.  Segala pandangan orang lain ditolak mentah mentah. Segala perlantikan dan pemilihan dipersoalkan.  Dan segala kerja-kerja dan aktiviti surau ada sahaja yang tak kena dan tak betulnya pada pandangan mata mereka dan lebih memburukkan keadaan..... campurtangan orang-orang yang bukan ahli jawatankuasa surau terhadap segala keputusan mesyuarat dicabar dan disebarkan melalui bisikan bisikan telinga ke penduduk taman.

Seumurku...tak pernah Pang5 jumpa...sifat-sifat demikian di taman yang lain.  tak tahulah kalau ada di tempat lain.  Sungguh pelik sifat qariah di kawasan panglima.  memang pelik.  Itulah yang Panglima ucapkan semalam pada semua ajk surau.   Mereka mahukan Surau Beramal kepada Penduduk....Bukan Penduduk memberi sumbangan bagi membangunkan Surau.    Setelah lama terbuku di hati...maka semalam terlerailah rasa amarah Panglima ketika sidang mesyuarat berlangsung.  Saling tuduh menuduh keikhlasan ahli qariah  membuat kerja dan masing-masing mempertahankan pandangan masing-masing merosakkan perbincangan dalam mesyuarat. 

Hinggalah amarah Panglima terpancut keluar memeranjatkan semua yang ada dan tikam menikam lidah berlaku.  Panglima lantas bangun menuju keluar surau bagi menenangkan perasaan yang berapi.

Pengerusi Surau secara sinis berkata Teringat akan kisah Masjid Dhirar...yang dibakar oleh Nabi SAW.  "Elok kita bakar sahaja surau ini....Surau ini bukan lagi menyatupadukan penduduk tetapi menambahkan penduduk berpecahbelah".

Astagfirullahalazimm......!!!  Sepanjang melelapkan mata semalam Panglima berfikir....Punca apakah ini menyebabkan penduduk berpuak-puak, menjadi talam dua muka, menjadi lalang dan perebutan kuasa.
Ermm...   Tak lain dan tak bukan...... mungkin puncanya adalah Khemah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah di surau itu. 

Kerana khemah itulah menjadikan penduduk bersengketa.....khemah itulah yang disewakan pihak AJK berserta kerusi mejanya dgn harga RM180 sehari kepada penduduk taman...RM50 dari pendapatan sewa khemah itu disedekahkan kepada anak2 qariah yang memasang khemah tersebut.  Baki RM130 di digunakan untuk membangunkan surau dan aktivitinya.
Tetapi sekumpulan penduduk pula mahukan ianya diberi FREE kepada penduduk.....termasuk upah RM50 kepada  anak2 qariah yang seramai 5-6 org itu dimansuhkan.

Siapa yang hendak turun pasang khemah...bila semuanya FREE.......???  Qariah sendiri tiada masa untuk memasangnya...dan seorang pun tiada yg nak volunteer memasangnya disebabkan kerja.

Panglima7
Ya Allah ako hilang sabar semalam di rumahmu.  Mohon keampunanmu Ya Allah.

Read more...

Nov 14, 2011

Kalau Ko Jumpa Pompuan Mcm Ni Malam2 Ko Lari Tak???

Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr....

"Cik Pon"....Bukan Pondan laa....Tapi Pontianak.  Gmbr Hiasan shj.

Kalau korang jumpa perempuan macam ini, di tempat sunyi, ditengah-tengah malam buta...tak perlu ramai laa...seorang ajer perempuan seperti ini berambut panjang.....mengurai seperti dalam gambar di atas, berdiri di tepi jalan menahan kenderaanmu....KORANG LARI TAK ???....hahaha.....baru ko tahu langit nie tinggi rendah.  Ayat Qursi yang korang baca pun...ntah mana pangkal ntah mana hujungnya....ntah ingat atau tidak pun ayat Qursi waktu tu.

Makhluk yang di panggil Pontianak atau dengan singkatan "Cik Pon" ini memang susah nak ditemui melainkan anda keluar malam selepas waktu dinihari. (12tghmalam ke atas).  Justeru nabi SAW pernah menasihatkan jangan keluar malam....dikhuatiri kita akan diganggu dengan gangguan dari Iblis dan Syaitan.

Panglima tak pernah laa lagi jumpa ...tapi Panglima pernah diganggu oleh makhluk ini di rumah Panglima tahun ini juga, waktu itu dalam pukul 12 malam ke atas. Pukul 10 mlm ajer...dah sunyi sangat dah kat rumah Panglima. Panglima terdengar..suara perempuan menangis teresak-esak.  Bukan suara budak perempuan yang menangis ...tetapi suara anak dara yang berumur dalam lingkungan 20an.   Bila Panglima bukak ajer pintu rumah...bagi memastikan dari mana datangnya suara itu....ia terus lenyap.  

Baru-baru ini....Panglima dikejutkan lagi dengan suara perempuan menyanyi nyanyi dengan mendayu-dayu lewat tengah malam. Yang peliknya..kali nie...Panglima sorang ajer yg dengar.   Panglima dah agak dah...itulah suara Pontianak...cuba menganggu Panglima ketika berblogging di tengah malam.  Panglima belum lagi berjumpa dengan Cik Pon ini...tetapi beberapa jiran Panglima sudah pun terserempak dengan mereka di simpang jalan menuju ke rumah.  Mungkin sahabat sekalian ada Pangalaman bertemu dengan Cik Pon ini..(bahasa berlapik bagi tidak menyebut Pontianak bila bercerita dengan orang) boleh menceritakan secoret dua di sini.

Wassalam
Panglima7





Read more...

Oct 10, 2011

Ahad, 9hb Okt 2011 : Hari Yang Diingati


Bismillahirrahmaanirrohimmm.

Assalamualaikum Wbr....

Semalam adalah hari yang tak dapat Panglima lupakan.   Panglima pergi memancing di Kolam Sg Bakau di Rawang.  Duduk bersebelahan dengan seorang brother otai yang kerap memancing di situ dan semalam dia semakin galak menaikkan Ikan Rohu seberat 1-2kg.   Umpan apa yang dia pakai...tiadalah Panglima ketahui. 

Tetapi semalam.....ketika Panglima sedang asyik memerhatikan otai ini menaikkan ikan Rohunya yang ke 4 .....tiba-tiba bahu Panglima dicuit oleh anak panglima yg mengikuti bersama ...."ayah...ayah....Ikan"  Secepat kilat Panglima menoleh ke Rel Panglima..... secepat kilat itu juga.....Rel Panglima melayang disentap Ikan terus tenggelam ditarik ikan jauh ke dasar tengah kolam.   Terpinga-pinga Panglima dan agak kebingungan......rasa macam Panglima nak terjun ke dalam kolam tersebut bagi mendapatkan joran/rel tersebut dan sekaligus mendapatkan ikan yang sudah tentunya besar.....menarik bebanan rel panglima.  Panglima menung sekejap.....bagi memikirkan bagaimana mendapatakan kembali rel panglima yang dah tenggelam jauh ke dalam kolam.

Akhirnya Panglima mendapatkan kail mata tiga bagi menarik kembali rel panglima di dasar kolam.  Selang 15-20 minit....Alhamdulillah , Rel panglima berjaya panglima naikkan.  Tetapi ikan sudah tiada.....dan dari 6 mata kail rambai...satu tali merah telah putus. Itu menandakan ikan yang makan umpan panglima tadi cukup besar. Setelah dibuang air yang bertakung di dalam kekili, rel itu Panglima gunakan semula.

Panglima tidak pernah berjaya menaikkan ikan Rohu dengan rel dan umpan yang diadun oleh Panglima sendiri.  Sekejap-sekejap.....brother otai disebelah panglima menaikkan lagi ikan Rohu nya....uihh...kasau-kasau sisik rohu...Rohu jenis kulit putih.

Setelah menunggu dalam 2 jam.........maka berdoalah Panglima dengan rendah hati kepada Allah......

Ya Allah........selama aku memancing...tiada pernah ako mendapat Ikan Rohu.
Ya Allah......aku tidak pernah berputus asa dalam berdoa dan memohon rezeki serta rahmat darimu
Kurniakan aku Ya Allah dari sisimu Ikan Rohu ya Allah.....supaya aku bersyukur kepadamu. 
Berkat Nabi Khidir yang menjaga Air, berkat nabi Muhammad SAW....Nabi kepada segala Rasul
Perkenankanlah doaku ini Ya Allah.  Sesungguhnya engkau sebaik-baik pemberi rezeki.

Tidak lama selepas panglima berdoa.....joran panglima disambar Ikan.......Panglima pun sentap.....berbunyi kekili Panglima.....akkk..!!  akkk....!!  tanda ikan melawan tarikan.  Wow sudah lama bebenor...kekili Panglima tidak berbunyi....  Akhirnya dari pandangan atas panglima dapat melihat Rohu mengocakkan dirinya di permukaan air.  Alhamdulillah doa Panglima diperkenankan Allah dan Panglima berjaya menaikkan ikan Rohu buat pertama kalinya.

Setelah.....membaling umpan yang baru.....dan bertukar umpan sebaik 4 kali.......maka berdoalah Panglima lagi kepada Allah.....

Ya Allah......Maha Suci Engkau
Jadikanlah hari ini adalah hari yang dapat aku ingati.........
Engkau murah dan Engkau tambahkanlah rezeki ku Ya Allah....
Sepertimana hamba-hambamu yang lain yang engkau berikan nikmat.

Kepunyaanmu lah Langit dan Bumi, Kepunyaanmu jualah apa yang ada di air dan di udara.
Ya Allah....jika benarlah rezekiku ada di Air...maka engkau sentapkanlah joran ini dengan sebenar-benar sentap...supaya ako tidak teragak-agak menyentapnya kembali.
Sesungguhnya rezekimu sungguh luas dan tidak berkurang walau sedikit pun....
apalah sudi kiranya engkau kurniakan kepadaku Ikan yang Besar yang dapat aku ingati.....

Sekonyong konyong.....Panglima hendak menghabiskan doa Panglima......MasyaAllah.......Joran Panglima direntap hebat oleh Ikan...Lantas Panglima berdiri dan menyentapnya kembali...maka bergemalah kolam tersebut dengan bunyi joran Panglima....aakkk,...!!!   Aaakk..!!!  Bengkok joran panglima....kali ini terasa seperti besarnya ikan yang terkena umpan......Subhanallah....Lihat gambar bawah



Patin seberat 5.5kg berjaya dinaikkan.
Yang ini gambar hiasan...Ikan Rohu sebenar lupa nak ambil gambarnya.

Sesungguhnya Ya Allah...Engkau telah memakbulkan doa ku......Inilah hari yang Panglima akan Ingati, ingati bagi mensyukuri nikmatmu ......Ahad, 9hb Okt 2011....dan Panglima titipkan di blog panglima ini supaya dapat panglima kongsi dan ingati.

Panglima7
Alhamdulillah Allah perkenankan doa..On The Spot.

Read more...

Oct 4, 2011

MasyaAllah: Rezeki Melimpah Ruah Sampai Ke Jiran Tetangga

Bismillahirrohmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Pada Ahad lepas 2hb Oktober 2011....Panglima pergi memancing di sebuah alur sungai menghala ke tasik di sekitar perumahan Panglima selepas Solat Asar.  

Sekonyong-konyong.....dengan takdir Allah SWT....Ikan memakan umpan Panglima tanpa henti.  Panglima memperolehi ikan yang tidak pernah seumur hidup Panglima dapat sebanyak ini.  MasyaAllah !!...Maha Suci Allah, Segala puji hanya untukmu Ya Allah.  Subhanallahi Wabihamdih, Subhanallahil Azimm.  Hanya 1 jam 30 minit.....Panglima memancing....Panglima mendapat ikan sebanyak lebih 60 ekor Ikan Talapia Merah sebesar tapak tangan Panglima, 2 ekor Ikan Haruan dan 2 ekor Ikan Puyu.  Allahu Akbar.  Subhanallahi Wabihamdih, Subhanallahil Azimm.   Tak putus-putus Panglima bertasbih memuji Allah.

Tak menang tangan Panglima menaikkan ikan yang kadang-kadang naik sekali 2 ekor.  Menitik peluh membasahi muka, sehingga Panglima keletihan.  Tak sampai 1 jam 30 minit...dah lebih 60 ekor.  Panglima tak dapat bayangkan ....dan tak boleh nak fikir, bagaimana lubuk yang sekecil itu....boleh mengandungi ikan sebanyak ini dengan izin Allah...atau mungkin lebih dengan izin Allah Taala.   

Jika Panglima meneruskan pancingan Panglima hingga masuk waktu Maghrib....InsyaAllah..ratusan ekor ikan Panglima akan dapat.  Ikan itu seolah-olah tidak pernah melihat umpan cacing. cecah aje umpan di air..terus disambarnya....Subhanallah. Tapi cukuplah sebanyak ini Panglima dapat.  Panglima tak mahu lagi. Cukup la setakat hari tuu.    Hari dah nak masuk waktu Maghrib. Masuk jam 7.00ptg...Panglima pun pulang.    

Ikan sebanyak ini....banyak mana Panglima sekeluarga dapat memakannya.  justeru itu bagi mensyukuri nikmat Allah, maka Panglima bahagi-bahagikan kepada abang Panglima dan jiran tetangga.

Sujud syukur Panglima ke hadrat Allah pada malam itu.

Inilah dia ikannya....Maaf camera gambar agak kabur.

Panglima7  
Sebuah catatan kenangan untuk diari Panglima7

Read more...

Sep 11, 2011

Yahoooo...Ako Berjaya Juga Menganyam Ketupat.

Assalamualaikum Wbr.

Ini dia ketupat yang berjaya ku anyam mengunakan riben plastik.

Ini adalah kali kedua, semalam merupakan yg pertama Panglima berjaya membuat ketupat yang diajarkan oleh sahabatku....Maproom Bin Jais.  Thank you SeeFoo.  Alhamdulillah setelah mencuba beberapa kali tanpa berputus asa....akhirnya ako berjaya juga menganyam ketupat.......Senyum sokmo aku setelah dok pikir camne lah nak melembutkan jari-jari tangan yang keras ini bagi menganyam ketupat menggunakan riben plastik yang licin..  Lepas nie...bolehlah....Panglima masak ketupat pakai daun kelapa, selamat daripada hazard plastik yang direbus. ;))

Panglima7

Read more...

Aug 17, 2011

Hari Ini.... Hari UlangTahun Kelahiranku...

Assalamualaikum Wbr.
Happy Birthday Panglima7

Hari ini..... tanggal 17hb Ogos adalah hari Kemerdekaan Indonesia menentang penjajahan Belanda dan bersamaan dengan hari ulangtahun kelahiran Panglima7.

Dilahirkan pada hari Selasa, jam 3:15petang.  Disebabkan ada dua huruf "i" pada nama sebenarku maka cuping telingaku cepat berdesing ditambah lagi dilahirkan diwaktu petang.....panas.  Seorang yang berani lebih-lebih lagi dalam menegur seseorang dalam mempertahankan hak.

Ya Allah, aku bersyukur kepadamu kerana masih diberi kesempatan hidup di mukabumi mu ini.  Walaupun pernah suatu ketika dahulu, ketika usiaku 12 tahun.....aku masih ingat lagi di mana...ketika aku solat terawih.....aku memohon kepadamu agar engkau matikan aku tatkala umurku 30 tahun. Beria-ria benar aku memohon kepadamu ketika itu ya Allah....... tetapi kini ianya sudah melepasi 11 tahun.

Aku pun tidak tahu dan tidak ingat lagi....mengapa aku berdoa begitu.

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk berzikir dan beribadah kepadamu serta berilah aku ingatan yang kuat untuk menghafal ayat-ayatmu.  aaminn.

Panglima7.
.

Read more...

Jul 17, 2011

Akhirnya Panglima Dapat Juga Ikan

Assalamualaikum Wbr.

Berkat doa.....akhirnya Panglima dapat juga ikan. Ikan Pacu yang Panglima inginkan.  Alhamdulillah.  Walaupun tak sebesar mana, tapi Panglima dapat juga ikan tersebut.   Kalau diikutkan Panglima perolehi 2 ekor ikan Pacu tetapi......kalau bukan rezeki kita...tetap bukan rezeki kita.

Ikan tersebut.....memang dah kena mata kail Panglima....tapi dia duk diam ajer tanpa Panglima sedari.....disebabkan angin kencang ketika itu.....joran Panglima bergoyang-goyang.  Di sangkakan tiupan angin tetapi ikan rupanya.  Setelah diangkat baru perasan...ada ikan dah lama mengena.  Setelah ditarik ke tepi...dan sewaktu hendak mengambil tangguk, ikan tersebut terlepas.   huhuhu....... agak ralat juga..pasal ikan sudah berada ditepi tebing, tapi apakan daya bukan rezeki Panglima.


Tapi Allah ganti dengan ikan ini....walaupun lebih kecil dari yang mula2 tadi, tapi....Alhamdulillah.

Panglima7.

Read more...

Jun 1, 2011

Bertahun Sudah....

Assalamualaikum Wbr...

Sudah bertahun-tahun ako tak kena demam.  Mahu rasanya lebih dari 10 tahun.....Alhamdulillah !!  Segala Puji pada yang Esa..  Bertahun kerja...bertahun juga tak pernah ambil MC.  Memang rekod la.   Tapi hari ini....badan ako rasa lain sedikit. Tanda-tanda demam dah mula kelihatan.  Moga ako tak demam.  Air dah mula menitis-nitis dari hidung....kepala dah mula pusinggg....arghh...buat ako rasa cukup tak selesa.  Tekak terasa perit.  Bertahun-tahun tak demam...kalau demam mungkin teruk.   Ermm...Malam nie tidur awal nampaknya.

Panglima7.

Read more...

May 26, 2011

Tetamu Tidak Diundang Berkunjung Di Rumah Panglima7

Assalamualaikum Wbr....

Semalam...Tanggal 25hb Mei 2011, lebih kurang pukul 4:00 petang, rumah Panglima di kunjungi tetamu.  tetamu yang tidak diundang ini...menakutkan seluruh isi rumah. Aksinya bermula dengan bermain-main di langsir hadapan sliding door. Kemudian terjatuh di ruang tamu.....Dia terkejut....semua yang ada dalam rumah pun terkejut.  Panglima tiada di rumah....Panglima sedang bekerja.  Akhirnya Jabatan Pertahanan Awam dipanggil untuk membawanya pulang.
Ini dia....tetamu itu.

Ular Senduk....."King Cobra" yang sederhana besarnya.  Sekali patukan membawa maut.  Mujur kehadiranmu disedari.  Dan mujur kau datang di siang hari.

Di laman hadapan rumah Panglima. Walaupun melawan...JPA berjaya memberkasnya.

Selepas dari itu...Panglima termenung sejenak......tentu ada yang tersilap di sini.......  oh...!!! dalam membaca doa-doa.....Panglima telah meninggalkan doa ini.....Ini suatu peringatan.

Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib, bahwa seseorang pernah menemui dan memberitahu Abu Ad-Darda' dengan berkata, "Wahai Abu Ad-Darda', rumahmu terbakar." Mendengar pemberitahuan ini, dengan penuh keyakinan Abu Darda' menjawab, "Rumahku tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan itu. Karena kudengar dari Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca kalimat (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga sore. Dan barangsiapa membacanya di sore hari, maka ia tidak akan tertimpa musibah hingga pagi". Dan setelah didatangi bersama, ternyata di kawasan tersebut memang terjadi kebakaran, namun rumah Abu Darda' selamat. Doa itu adalah :

Allaahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta 'alaika tawakkaltu wa anta robbul 'arsyil 'adhiim. Maa syaa allaahu kaana wamaa lam yasya' lam yakun walaa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil 'adhiim. A'lamu annallaaha 'alaa kulli syain qadiir, wa annallaaha qad ahaatha bikulli syain 'ilmaa. Allaahumma innii a'uudzu bika min syarri nafsii wa min syarri kulli daabbatin anta aakhidzun binaashiyatihaa inna robbii 'alaa shiroothin mustaqiim.

Artinya: "Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Kepada-Mu aku berserah diri, dan Engkaulah Tuhan (pemilik) arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan terjadi, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Saya mengetahui (mengimani dan meyakini), bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan makhluk melata yang ubun-ubunya (nasibnya) ada di genggaman-Mu, sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus". (H. R. Ibnu Sunni)

Panglima7


Read more...

May 4, 2011

Panglima Menghilang 3 hari ini..Kerana Menjelajah Gua Sanding

Assalamualaikum Wbr.

Ahli-Ahli rombongan Panglima di Luar Gua Angin.

Maafkan Panglima.....kerana tidak memaklumkan kepada sahabat semua bahawa kehilangan Panglima beberapa hari ini kerana Panglima bersama beberapa sahabat yang lain....pergi menjelajah Gua Angin, Gua Gajah dan Gua Sanding di Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.

Letih betul rasanya seluruh badan Panglima. Sebuah gua yang gelap, sejuk, keras dan mistik.  Penuh dengan Kebesaran Allah taala di sana.  Maha Suci Allah dari apa yang dipersekutukan.

Alhamdulillah....
Berkat Bismillah Enam dan ayat-ayat Al-Quran....sepanjang ekpedisi di sana, tiada apa-apa yang berlaku...cuma salah seorang ahli rombongan berjaya merakamkan gambar yang memang gambar kosong pada awalnya...tetapi bila dilihat kembali..terdapat sesusuk tubuh manusia yang sedang bersolat di atas batu pelantar gua dalam keadaan tahiyat akhir.

Entah bagaimana....Anehnya....gambar yang diambil tadi tidak dapat di bluetooth untuk dikongsi bersama rakan yang lain walaupun dicuba beberapa kali.

Panglima akan berkongsi dengan sahabat semua...hasil penjelajahan Panglima di Gua Sanding. Gua yang penuh Mistik dan keras bila dah bersedia nanti.

Panglima7.


Read more...

Oct 4, 2010

Aku Dicabar Semalam

Salam.


Gambar hiasan

Semalam, aku telah dicabar oleh rakan-rakanku yang juga merupakan jiran-jiran sekeliling rumahku untuk beradu kekuatan dan kejantanan bermain bowling.  Weiii..!!!  aku hanya pandai berpencak ajer....ala tari silat pendekar...hehehe...tiba-tiba ajer diajaknya bermain bowling.

So semalam gi laa main bowling.....5 frame tapi yang dikira hanya 3 frame (standard). Frame kedua, ketiga dan keempat sahaja yang dikira.  Sebab frame 1 hanya untuk warm up dan game terakhir...game 5 bagi melepaskan geram bagi yang kalah dan untuk training lagi.

main punya main.......inilah keputusannya.

Nama           Game 1       Game 2   Game 3    Grand Total (Jatuhan Pin)
Alwi                146               114          145           = 405
Calok               97                  93          x catat
Salleh              142                151           98           = 383
Panglima7      160                124         179           = 463
Zul                  103                123           99           = 325
Aidil                136                151         145           = 432
Nuar              163                132         174           = 469.  


 Nampaknya aku tewas 6 jatuhan pin ajer kepada saudara Nuar. Ermmm...!!!  walaupun hanya enam pin, kalah tetap kalah walaupun satu undi dalam pilihanraya.   Oklatu...jadilah...dapat sandang Naib Juara.
Takpe laa... boleh jumpa lagi di lain perlawanan.

Panglima7
Read more...

Oct 3, 2010

Semalam Hari Yang Tak dapat Ku Lupakan.

Assalamualaikum.


Semalam aku cuba mencoretkan hari yang tak dapat ku lupakan diruangan ini. Tapi disebatkan coretan yang terlalu panjang dan tidak tersusun dan fikiranku yang kusut masai, menyebabkan aku sukar nak meringkaskan tulisanku sendiri. Akhirnya coretan tersebut terpaksa aku lupakan dan deletekan.

Kali ini aku cuba mencoretkan kembali seringkas yang mungkin.

Semalam aku ada membuat open house-jamuan hari raya. Takdelah besar cuma ala kadar ajer. Cukup untuk jamuan 70 orang punya makan. Itu pun hanya menjemput jiran-jiran terdekat dan mereka yang tinggal dalam lingkungan perumahanku serta sahabat-sahabat sepermainan semasa menjadi bujang senang dahulu. Majlis bermula jam 12tgh - 4ptg. Menunya..Nasi Lemak, rendang ayam, Sambal ikan bilis, Lauk sambal paru, Bee Hoon Goreng, telur, agar-agar lengkung, Karipap, kuih buah melaka, Bubur kacang merah, buah dukung dan air orange.

Masak memasak telah siap jam 10 pagi lagi. Tapi hari tuu.....rumahku dipenuhi orang disetiap ruang, ramainya jiran yang datang. Akhirnya makanan yang disediakan tidak mencukupi. Jam baru pukul 2ptg. Ku suruh isteriku masak lagi sementara habis. Maka beliau pun masak nasi lemak lagi sebagai tambahan....pun habis. Alhamdulillah. Biasanya....banyak yang extra tapi kali nie....tak cukup. Biasanyanya kalau aku tolong memasak.....aku akan bacakan petua dan doa berikut..."yang masak Siti Aishah, yang makan Rasulullah" InsyaAllah....lauk tak pernah tak cukup dan ada lebih. tapi kali ini aku tak tolong masak pasal jiran-jiran pompuan ramai yang datang menolong masak.

Tiba-tiba sahabat lama 25tahun tak ketemu...call kata nak datang tapi tak tahu jalan. Aku bawa kereta isteriku dan terus turutkan dia di kilang Palm Oil di Kuang....dalam perjalanan balik...kereta isteriku terkentut-kentut dan tersenggut senggut sampai mengeluarkan asap hitam diekzosnya. dah macam bunyi orang menembak la pulak. Dah...!!! apahal pulak dengan kereta nie. sampi dipersipangan jalan ke Kuang tiba2 enjinnya mati dan tak boleh di start. Pulak...Puaslah ako dok nak start...tapi tak mahu mahu jugak. Akhirnya ku tinggalkan kereta isteri ku di sana tersadai. Aku tumpang kereta sahabat lama ku itu beserta familynya ke rumahku.

Sampai di rumah...jiran dan sahabat handai makin ramai yang datang. Isteriku masak kuew tiau pula bagi menampung tetamu yang datang... pun habis. Masak lagi Mee Goreng 3-4 bungkus...pun habis. Alhamdulillah.

Tiba-tiba Pak Mentua yang datang awal pagi tadi...minta diri nak pulang!!!. Jam dah kul 4ptg. Tapi jiran-jiran masih lagi berkunjung. Anak lelakinya yang turut hadir tak mahu menghantarnya pulang. Atas alasan not the same route...sebab dia dan keluarganya nak pergi open house di rumah rakan di tempat lain. Laaa !!!. Boleh ke buat macam tuu" Kasihan dengan Pak Mentua..aku gunakan kereta aku untuk menghantarnya ke bandar rawang bagi menaiki bus atas alasan...takpe sekejap ajer.

Dalam perjalanan pergi ke Bdr rawang...kelihatan jalan menuju ke Country Homes....bersusun kereta...jem giler. Aduhhh...mana ada jalan short cut untuk ako nak balik nanti. Sure sangkut. Tapi aku tak endahkan semua tuu. Akhirnya bila aku nak balik.....perghhh !!! jem bertambah buruk...aku tersangkut di sana.

Kawan dan sahabat opis call kata "on the way nak sampai rumah"...mereka lambat sampai pasal jalan jem. Jam dah pukul 5.00 lebih. Open house sampai kul 4ptg.

Minyak kereta dah menadakan "E"....dalam hati masih berdetik.. takpe.....500meter depan ada Stesen Minyak....tiba-tiba isteri call suruh masuk ke Kota Emerald, katanya ada jalan Short cut ke Country Homes. Memandang stesen minyak betul2 bertentangan dengan jalan masuk ke Kota Emerald stesen minyak di kiri kota emerald di kanan maka tak dapatlah aku mengisi minyak disebabkan nak masuk ke situ. Tetapi malangnya......satu jalan pintas pun takde di Kota Emerald. Kota emerald dikelilingi bukit....tak boleh nak tembus. Isteriku telah salah memberikan informasi kat aku. Dia cuma mendengar cakap-cakap orang ajer..kononnya ada jalan pintas (hearsay).

Keluar semula kota emerald dengan rasa kecewa untuk ke jalan yang jem tadi. stesen minyak pertama tuu...betul-betul dipersimpangan keluar kota emerald dan berada di seberang jalan..camne nak isi minyak. Sampai di depan NSK....dengan jalan yang hampir tidak bergerak.....kereta aku pun mati enjinnya di tengah-tengah jem tersebut.....aduihhhhhhhhhhhhh. Telefon pulak berdering-dering...sahabat dan kawan dah sampai kat rumah dan ada yg solat dulu di Masjid sebelum sampai ke rumah aku. Aku pulak tengah mengelabah....kereta dah mati enjin akibat kehabisan minyak di tengah jalan di depan NSK Rawang. Dengan kereta aku yang mati ditengah jalan...menambahkan lagi Jem.

Ditakdirkan Allah, kereta aku itu.....berada dikedudukan sedikit cerun...membolehkan aku menekan klass dan mengelungsurkan keretaku ke kiri dan terus aku keluar dan menolak kereta aku masuk di perkarangan NSK. Fuihhhh lega nye aku.

Tapi yang ralat dan terkilannya aku ialah.....sahabat -sahabat lama dari ex-company yang telah lama tak jumpa hanya dapat tengok rumah dan makan di rumahku sahaja...tetapi tak dapat jumpa aku. Mereka dah tunggu sejam kat rumah aku dan aku masih terperangkap dalam jem. Sampai dirumah...dah pukul 7mlm...semuanya dah balik.

Ermmmm.....kereta isteriku dah tersadai...dan aku pula terperangkap dalam jem sampai enjin kereta mati ditengah jalan dan tak sempat pula ketemu jiran dan sahabat yang berkunjung. Itulah nasib ku semalam.

Panglima7
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara