Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Mar 15, 2013

UMNoBN Pengkhianat Bangsa dan Negara.

Bismillahirrahmaanirrohim

Assalamualaikum Wbr.

UMNoBN Pengkhianat Bangsa dan Negara, kempenkan di blog-blog anda semua.


Pemberian IC yang berleluasa kepada Warga Negara asing untuk menjadi warga Negara Malaysia sah oleh UMNO bagi mengundi BN adalah merupakan suatu kesalahan yang sangat besar dan berat kepada bangsa dan juga Negara.  Negara boleh tergadai…..Tengok apa yang dah terjadi pada SABAH !!!!! 

Ini merupakan pengkhianatan kepada Bangsa Melayu dan Rakyat serta Yang DiPertuan Agong.  Amanah dan kepercayaan yang diberikan untuk mentadbir negara digadai demi kuasa politik sempit mereka.  Mereka menggadai kedaulatan Tanah Tumpah Darahku ini.

Lihat apa yang berlaku di Sabah sekarang.  Pihak Polis dan tentera terpaksa bersabung nyawa bagi menghapuskan mereka-mereka yang Kerajaan UMNO berikan ic ini.

Memberi IC atau kewarganegaraan adalah  suatu yang SANGAT MAHAL harganya.   Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh Rakyat dengan terkorbannya Perwira-Perwira Negara akibat kesalahan UMNoBN ini.     Apa yang UMNO dah lakukan ini.  Bukalah mata wahai Rakyat.   Tumbangkan UMNO pada Pilihanraya PRU13 ini supaya rakyat lebih aman dan sejahtera.

Panglima7

Read more...

Mar 13, 2013

Serangan di Sabah Telah Terbongkar???

Bismillahirrahmaanirrohimm.



Betulkah ada satu Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?
Posted by Kedah Lanie
Topeng Perak Unmasked
 
Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?


“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.

Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 20113.
Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

*Baca & cuba fahamkan. 1 pihak "salah perhitungan", 1 pihak "ambik kesempatan" & 1 pihak lagi "jadi kambing hitam".

1 Undi Untuk Barisan Nasional adalah 1 Persetujuan Menggadai Keselamatan Negara pada Rakyat Negara Asing..!

Read more...

Jangan Tiru UMNoBN, Media Sumber Fitnah

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Pastikan Media cetak dan media elektronik lebih adil, dan tidak berat sebelah selepas Pakatan Rakyat berkuasa di Malaysia.  Jangan jadi seperti UMNo BN sekarang ini yang suka menabur fitnah.

Panglima7


OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
MARCH 10, 2013

Pemimpin Pakatan melafazkan ikrar semasa konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. — Gambar failKUALA LUMPUR, 10 Mac —Media akan lebih adil, diyakini dan lebih tersusun di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), menurut janji pembangkang dalam komitmen meluaskan kebebasan awam apabila menang dalam pilihan raya 2013.

Dalam ucapan tentang manifesto pakatan tersebut di Konvensyen PR di Pulau Pinang semalam, pemimpin PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini adalah janji yang akan dilaksanakan selepas pilihan raya.

"Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berkuasa nanti langkah pertama yang saya akan pastikan ialah sistem medianya mesti telus dan dan mempunyai kredibiliti yang tinggi tidak seperti sekarang tidak amanah, menurunnya etika kewartawanan dan sukakan penyebaran fitnah," katanya yang dipetik dariHarakah Daily hari ini.

Ahli parlimen Kuala Selangor menambah PR tidak seharusnya mengekalkan sistem media yang ada, yang kini dikawal oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), jika tidak rakyat akan menghukum pakatan tersebut kerana gagal dalam melaksanakan janjinya.
.
Beliau berkata sudah menjadi tuga parti-parti PR seperti PAS, PKR dan DAP memastikan kebebasan media, yang selama ini diingini kerana mendakwa selama 50 tahun dihentam oleh media dengan "penipuan".


Ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat itu berkata "penipuan" mestilah dihentikan kerana kebanyakan orang Melayu mudah percaya apa yang dibawa mereka, sehingga yakin menjadi kewajipan untuk mengundi BN.

"Umno dan BN bukan parti yang kuat sebenarnya. Parti itu lemah, cuma kerana mereka menguasai media arus perdana apa yang ada dicakapkan itulah diulang tayang agar rakyat tetap dengan BN walaupun ianya karam di lautan," katanya yang dipetik dari Harakah Daily.

PR yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS, dilihat mampu menumbangkan BN dari pemerintahan setengah abad di Malaysia yang akan melangsungkan pilihan raya 2013 selewat-lewatnya Jun ini.

Pakatan tersebut percaya sokongan bertambah berbanding pilihan raya 2008, di mana BN mengalami kekalahan teruk.

Dalam melancarkan manifesto bulan lalu, PR menjanjikan kepada pengundi dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM4,000 pada akhir pemerintahan pertamanya.
Pakatan tersebut berjanji akan menurunkan harga minyak dan tarif elektrik, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, pendidikan percuma, dan meningkatkan kadar kepada mereka yang dikenakan cukai dari mereka yang memperoleh RM250,000 setahun kepada RM400,000.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, yang mengumumkan manifesto tersebut berkata, PR fokus dalam meningkatkan pendapatan dengan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita mahu membaiki dan mengurangkan jurang pendapatan, bukan seperti di bawah Umno-Barisan Nasional (BN), yang miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya.
"Kerana cara mereka menguruskan ekonomi berdasarkan kaum, dengan cuba menyasarkan pendapatan ekuiti 30 peratus Bumiputera, sementara kita cuba membaiki pendapatan tidak mengira kaum," katanya lagi.

Rafizi juga menggariskan empat cara PR dalam menguruskan ekonomi, termasuk mencipta satu juta peluang pekerjaan dengan mengurangkan pergantungan tenaga asing secara berperingkat-peringkat, dan mencipta peluang ekonomi berlandaskan prinsip keadilan, melihat semula konsesi awam dan mengakhiri monopoli kerajaan, disamping mengubah sistem pendidikan.
Read more...

Mar 12, 2013

Apa Masalah Jika Melayu Tukar Kerajaan ????

Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.



Apabila Melayu dimomok-momokkan oleh UMNO.....inilah yang berlaku.  Takut menukar kerajaan.

Marilah kita sama-sama menjadi suatu bangsa Melayu yang hebat......berani menukar kerajaan yang zalim dan salah.   Dan kita berubah menjadi Melayu yang mengamalkan ciri-ciri keislaman yang dibawa Rasulullah SAW.

Panglima7.
Read more...

Feb 15, 2013

Harga Minyak Melambong Naik Jika UMNo BN Menang PRU13 ini

Bismillahirrahmaanirrohimm.


Setelah banyak wang yang UMNoBN dan Najib hamburkan untuk mendapatkan hati rakyat.....Tetapi WAJIB diingatkan....segala apa yang diberi oleh UMNo BN (apa yg rakyat mintak tak dapat, yang tak dimintak dapat...pulokk??) pasti akan diminta balas balik oleh UMNoBN selepas PRU13 ini melalui

1.  Kenaikan harga Minyak Petrol selepas Pilihanraya PRU13 ini
2.  Harga Tol akan naik mendadak.
3.  Cukai GST akan dikenakan di seluruh negara.
4.  Bil Elektrik / TNB naik 2 kali ganda.
5.  Bil Air terutamanya di Selangor akan naik berganda bagi menampung kehilangan wang semasa pemberian  air percuma kepada rakyat Selangor.
6.  Subsidi barang dihapuskan berperingkat bagi menutup kebodohan UMNO BN di dalam perjanjian yang berat sebelah ini.
7. Harga Rumah beratus ribu...harga tak mampu dimiliki oleh anak cucu kita yang berpendapatan sederhana.

Ini bagi menampong kembali wang yang hangus diberikan kepada rakyat.....Lepas nie..suffer dan meranalah rakyat menanggung harga barang yang melambong mahal dan harga-harga di atas HANYA KERANA MENGUNDI UMNo BN.

Panglima7.
Read more...

Feb 14, 2013

Dimalukan Dalam Konsert RM2 Juta tanda Besar Hilangnya Kuasa UMNo BN.

Bismillahirrahmaanirrohimm.


Dimalukan dalam konsert RM2juta........oleh rakyat di Penang.   Apakah ini tandanya kejatuhan dan hilangnya cengkaman kuasa UMNo BN di Malaysia bakal berakhir?

Kerana apa Panglima cakap begitu.....kerana orang yang dah nak sampai ajalnya pun....ada tanda-tandanya.
Orang yang makan...untuk dia dan kita tahu dia kenyang pun ada tanda-tandanya.  Orang nak berak pun ada tanda-tandanya...hehehehe.


Panglima7
Read more...

Feb 13, 2013

Gempar !! Ayam Sebut Nama ALLAH Ketika Hendak Disembelih


Seorang wanita Mesir cuba untuk menyembelih seekor ayam, tiba-tiba ayam itu meminta pertolongan dari Allah dengan menyebut nama Allah yang mulia... Kita banyak mendengar cerita-cerita tentang binatang-binatang yang menyebut nama Allah seperti burung kakak tua, singa dan lain-lain lagi... Bukti kekuasaan Allah terhadap makhluk-makhluknya di dunia ini... Jika sesuatu itu Allah kehendaki untuk ia berlaku, pasti ia akan berlaku... Tiada yang mustahil bagi-Nya... Ya Allah kuatkanlah iman kami dengan tanda-tanda kekuasaan dan keEsaan-Mu dan masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu.. Amin...

(An Egyptian woman trying to slaughter a chicken, the chicken suddenly asking for help from God by saying the name of Allah ... We have heard a lot of stories about animals that the name of God as parrots, lions and others ... Proof of Allah's power of creation creature in this world ... If something is God's wish for it to happen, for sure it will happen ... Nothing is impossible for Him ... O Allah strengthen our faith with signs and Thy Oneness and admit us to the heaven .. Amen ...)

Panglima7

Read more...

Feb 8, 2013

Allah Maha Hebat.

Bismillahirrahmaanirrohim.

Dalam gambar adalah Orang yang sama - Gambar masa tua (atas) Vs Gambar masa muda (bawah)

Bila gambar berbicara
Apa yang dapat anda katakan melalui gambar ini...???   Di masa muda......kitalah yang paling cantik, handsome, kuat dan sebagainya.  Semua yang melihat menoleh pada kita.  tetapi di usia sebegini........di mana perginya semua itu..???
Bukankah Allah Maha Hebat.....memberi kecantikan, seri wajah dan segalanya pada kita dan Dia jugalah yang menariknya kembali secara beransur-ansur.

Takbirrr...... Allahu Akbar. !!!
Kepada orang muda.....ingatlah anda juga akan tua dan akan melaluinya.  Oleh itu hormatilah orang tua...kerana dia mungkin lebih cantik dan handsome dari anda pada zaman mudanya.  Kerana setiap perkara ada tarikh luputnya.  

Panglima7
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara