Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

May 30, 2011

Penyokong UMNO Menyangka Dirinya Berada Di Jalan Yg Lurus.


Assalamualaikum wbr...
Alat Perkakas UMNO.  Perjuangan Islam atau Perjuangan Bangsa ???  Apakah perjuangan bangsa ...suatu perjuangan yang lurus yang diperjuangkan oleh Muhammad Rasulullah.  Kalau ini pun ko tak boleh nak jawab....ko boleh ciao laa.

Sudah agak lama...Panglima tidak membicarakan hal-hal politik.  Tetapi....harus diingatkan. !! Sarang tebuan jangan dijolok.
Ada anonymous yang berfahaman UMNO menghantar ayat di bawah ini kepada Panglima7.  Dengan kata-kata "Kalau budak tadika boleh laa engkau putarbelitkan."

MasyaAllah !!!....Wahai Anonymous yang menyanjungi UMNO......Tang ayat ini....ko dah betul dah.  Memang ko dah betul dah...bila ko jumpa dan baca ayat ini.  Tapi malangnya....semalang-malangnya engkau....engkau berada di dalam Parti yang Bathil, Parti yang Taghut.  Kalau tak tahu makna taghut...ko pergi cari maknanya.  Parti yang mendirikan berhala.....Parti yang berkiblatkan Hukum yang selain dari agamanya sendiri......Parti yang menghukum tidak mengikut ajaran Rasulullah SAW dan Al-Quran....Parti yang tidak menyeru manusia kepada menyembah Allah yang Maha Esa tetapi menyembah bangsa.  Parti yang menyemarakkan Fitnah di kalangan rakyat.  Parti yang zalimmm dan meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya.   Parti yang mengaku Islam tetapi hanya dikulit-kulit pungungnya sahaja.

Kelak di akhirat nanti......engkau akan menyesal dengan sesesal sesal penyesalan kerana mengikuti mereka dengan hawa nafsumu tanpa menggunakan akal fikiran dan keimanan.  Jika dah berpuluh tahun engkau berada di dalam UMNO....tetapi tidak menjadikan engkau seorang yang baik lagi dekat dan tawadhuk dengan Allah.....maka periksalah kembali jalanmu kiranya Parti UMNO yang engkau pilih ini..benar2 TIDAK mendekatkan dirimu kepada Sang Pencipta Alam ini. Bahkan makin jauh dan makin dekat dengan maksiat dan rasuah.   Semoga suatu hari ...engkau diberi hidayah oleh Allah SWT.....

Ini dia ayat itu.

 Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: “Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)”. (Al Hijr 14-15) 
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al Araf 179) 
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!(Al Ahzab 66-68) 

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.. Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya.(Surat al-Qasas, 41-42) 

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): “Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman”. 
(Lalu dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab”. (Surat az-Zukhruf, 36-39)

Panglima7
Panglima tidak heran...engkau menghantar mesej ini terhadap Panglima....kerana, Sami Hindu itu juga mengatakan....dia dijalan yag benar.

Read more...

May 29, 2011

P.Ramlee - Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke atas Rohmu. Aameen.

Assalamualaikum Wbr...

P.Ramlee Dalam Kenangan
Sungguh belas Panglima, menyaksikan kisah hidup P.Ramlee yang ditayangkan di dalam Astro tadi.  Kisah sedih P.Ramlee di akhir hidupnya, yang dibenci dan diboikot wartawan, serta disisihkan oleh teman-teman, dan media di Malaysia ketika itu.  Hingga P.Ramlee hidup dalam kemiskinan.  Segala jasa dan pengorbanannya tidak dihargai oleh mereka yang hidup di akhir 60an dan awal 70an menyebabkan beliau hilang punca pendapatannya. Segala filem-filemnya tidak disiarkan di media, akhbar dan TV-TV ketika itu malah diboikot..seperti ada dendam kesumat dengan beliau walaupun beliau memenangi Festival Filem Asia di Jepun.

Sahabatnya mula lari meninggalkannya yang hidup susah seorang diri.  Perfileman Tempatan dan Show Brother tidak lagi mahu mengambilnya berlakon menyebabkan P.Ramlee hanya makan nasi putih dengan telur sahaja dan kadangkala tiada beras pun di rumahnya.

Satu yang Panglma cukup-cukup "respect" kepada P. Ramlee.  Walaupun beliau tengah kesempitan wang yang amat, jikalau ada yang dalam kesusahan.....datang memohon pertolongan dan bantuan kewangan darinya...apa yang ada dipoketnya....kalau ada RM200.....RM200 itu lah juga yang akan diberikan kepada orang tersebut. Meskipun tiada sesen pun wang di dalam simpanannya lagi. Begitu pemurah dan mulianya hati P. Ramlee seperti dermawannya sifat sahabat Nabi SAW.  Semoga dengan sifat beliau ini ketika hidupnya......terbentang luas pintu rahmat Allah SWT kepada beliau dan mengampunkan serta memadamkan dosa-dosa beliau yang telah lalu. aameen.

Panglima7
P.Ramlee...Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas Rohmu. aamen.

Read more...

May 27, 2011

Mesti Percaya: Siapakah Orangnya Yang Menemani Anda Di Dalam Kubur.


Assalamualaikum Wbr.

Jika kamu ada lebihan harta...gunakanlah hartamu ke jalan ketakwaan.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'  (Jaminan daripada Al-Quran kepada Sesiapa Yang membacanya)


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' 

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana 
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) berkata: 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' 

Panglima7
Jaminan yang tak mungkin anda semua mahu lepaskan.  Atas alasan apa anda semua mahu lepaskan peluang ini.  Siapakah penolong anda di dalam kubur nanti.? Jawapannya ada di atas. Rebutlah peluang ini. Dunia hanya sementara...Akhirat jua kekal abadi.
Jangan bergantung harap pada anakmu....anakmu berdoa semasa umurnya sahaja...(itu pun jika ianya soleh) selepas itu....cucu ???....nama kita tiada akan disebut lagi di dalam doa-doa mereka ketika generasi cucu. (kerana cucu akan menyebut nama ibu bapanya bukan datuknya)  Siapakah yang akan membantu kita selepas waktu itu sehingga sampai ke hari kiamat...?

Semoga Allah memberi hidayah kepada diriku dan dirimu.  aameen.

Read more...

May 26, 2011

Tetamu Tidak Diundang Berkunjung Di Rumah Panglima7

Assalamualaikum Wbr....

Semalam...Tanggal 25hb Mei 2011, lebih kurang pukul 4:00 petang, rumah Panglima di kunjungi tetamu.  tetamu yang tidak diundang ini...menakutkan seluruh isi rumah. Aksinya bermula dengan bermain-main di langsir hadapan sliding door. Kemudian terjatuh di ruang tamu.....Dia terkejut....semua yang ada dalam rumah pun terkejut.  Panglima tiada di rumah....Panglima sedang bekerja.  Akhirnya Jabatan Pertahanan Awam dipanggil untuk membawanya pulang.
Ini dia....tetamu itu.

Ular Senduk....."King Cobra" yang sederhana besarnya.  Sekali patukan membawa maut.  Mujur kehadiranmu disedari.  Dan mujur kau datang di siang hari.

Di laman hadapan rumah Panglima. Walaupun melawan...JPA berjaya memberkasnya.

Selepas dari itu...Panglima termenung sejenak......tentu ada yang tersilap di sini.......  oh...!!! dalam membaca doa-doa.....Panglima telah meninggalkan doa ini.....Ini suatu peringatan.

Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib, bahwa seseorang pernah menemui dan memberitahu Abu Ad-Darda' dengan berkata, "Wahai Abu Ad-Darda', rumahmu terbakar." Mendengar pemberitahuan ini, dengan penuh keyakinan Abu Darda' menjawab, "Rumahku tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan itu. Karena kudengar dari Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca kalimat (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga sore. Dan barangsiapa membacanya di sore hari, maka ia tidak akan tertimpa musibah hingga pagi". Dan setelah didatangi bersama, ternyata di kawasan tersebut memang terjadi kebakaran, namun rumah Abu Darda' selamat. Doa itu adalah :

Allaahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta 'alaika tawakkaltu wa anta robbul 'arsyil 'adhiim. Maa syaa allaahu kaana wamaa lam yasya' lam yakun walaa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil 'adhiim. A'lamu annallaaha 'alaa kulli syain qadiir, wa annallaaha qad ahaatha bikulli syain 'ilmaa. Allaahumma innii a'uudzu bika min syarri nafsii wa min syarri kulli daabbatin anta aakhidzun binaashiyatihaa inna robbii 'alaa shiroothin mustaqiim.

Artinya: "Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Kepada-Mu aku berserah diri, dan Engkaulah Tuhan (pemilik) arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan terjadi, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Saya mengetahui (mengimani dan meyakini), bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan makhluk melata yang ubun-ubunya (nasibnya) ada di genggaman-Mu, sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus". (H. R. Ibnu Sunni)

Panglima7


Read more...

May 25, 2011

Kata-Kata / Zikir / Amalan Yang Disukai Allah SWT


Assalamualaikum wbr,


عن سمرة بن جندب قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أحب الكلام إلى الله أربع: سبحان الله, والحمد لله, ولا إله إلا الله, والله أكبر, لا يضرك بأيهن بدأت)) [رواه مسلم]
Artinya: “Samurah bin Jundub berkata, Rasulullah saw bersabda: “Ada empat kalimat yang paling disukai Allah: ’subhanallah, wal hamdulillaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar’ (mahasuci Allah, dan segala puji bagi Allah, serta tidak ada tuhan selain Allah, dan Allah Maha Agung), maka kamu tidak akan diganggu apapun, dengan kalimat mana saja kamu memulainya” (HR. Muslim).
عن أبي ذر قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أحب الكلام إلى الله سبحان الله وبحمده)) .وفى رواية: سئل: أي الكلام أفضل؟ قال: ((ما اصطفى الله لملائكته أو لعباده سبحان الله وبحمده)) [رواه مسلم]
Artinya: “Abu Dzar berkata, Rasulullah saw bersabda: “Kalimat yang paling disukai oleh Allah adalah: ’subhaanallaah wabihamdih’ (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya)”. Dalam riwayat lain dikatakan: Rasulullah saw ditanya: “Kalimat apa yang paling baik?” Rasulullah saw bersabda: “Kalimat yang Allah pilihkan untuk para malaikat dan hambaNya, yaitu ’subhaanallaah wabihamdih’ (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya)” (HR. Muslim).
عن جابر بن عبد الله قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (( أفضل الذكر: لا إله إلا الله, وأفضل الدعاء: الحمد لله)) [رواه الترمذى وقال: حديث حسن غريب].
Artinya: “Jabir bin Abdullah berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik bacaan dzikir adalah: Laa ilaaha illallaah (tidak ada Tuhan selain Allah). Dan sebaik-baik dua adalah: alhamdulillaah (segala puji bagi Allah)” (HR. Turmudzi dan Imam Turmudzi berkata: “Haditsnya Hasan Gharib”).
عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (( من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيئ قدير, فى يوم مائة مرة, كانت له عدل عشر رقاب, وكتبت له مائة حسنة, ومحيت عنه مائة سيئة, وكانت له حرزا من الشيطان يومه ذلك حتى يمسى, ولم يأت أحد أفضل مما جاء به, إلا أحد عمل أكثر من ذلك. ومن قال: سبحان الله وبحمده فى يوم مائة مرة, حطت خطاياه, ولو كانت مثل زبد البحر)) [رواه البخارى ومسلم]
Artinya: “Dari Abu Hurairah, bahwasannya Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mengatakan (berdzikir): ‘Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiing qadiir’ (tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang satu, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya seluruh kekuasaan, dan bagiNya juga seluruh pujian, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu), setiap harinya seratus kali, maka pahalanya sama dengan membebaskan sepuluh orang budak belian, serta akan dicatat seratus kebaikan, dihapuskan seratus kesalahan, serta akan terjaga dari gangguang setan pada hari itu sampai waktu sore tiba. Tidak ada satu orang pun yang dapat melebihi pahala dan kebaikannya, kecuali orang yang membacanya lebih dari itu (lebih dari seratus). Barangsiapa yang membaca ’subhaanallaah wabihamdih’ (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya), setiap hari seratus kali, maka kesalahan-kesalahannya akan dihapuskan sekalipun kesalahan-kesalahannya itu sebanyak buih lautan” (HR. Bukhari Muslim).
عن أبي أيوب الأنصارى عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (( من قال: لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيئ قدير, عشر مرات كان كمن أعتق أربعة أنفس من ولد إسماعيل)) [رواه البخارى ومسلم]
Artinya: “Dari Abu Ayyub al-Anshari, Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca: ‘Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiing qadiir’ (tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang satu, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya seluruh kekuasaan, dan bagiNya juga seluruh pujian, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu), sebanyak sepuluh kali, maka pahalanya sama dengan orang yang membebaskan empat orang dari keturunan Isma’il” (HR. Bukhari Muslim).
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كلمتان خفيفتان على اللسان, ثقيلتان فى الميزان, حبيبتان إلى الرحمن: سبحان الله وبحمده, سبحان الله العظيم)) [رواه البخارى ومسلم]
Artinya: “Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Ada dua kalimat yang ringan apabila diucapkan, akan tetapi sangat berat timbangan kebaikannya dan sangat disukai oleh Allah yang Maha Pengasih: ’subhaanallaah wabihamdihi subhaanallaahil azhiim, (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya, maha suci Allah yang Maha Agung,)” (HR. Bukhari Muslim).
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قال حين يصبح وحين يمسي: سبحان الله وبحمده, مائة مرة, جاء يوم القيامة بأفضل ما جاء به أحد, إلا أحد قال مثل ما قال, أو زاد عليه)) [رواه مسلم]
Artinya: “Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa yang membaca (berdzikir) ketika pagi dan sore hari: ‘Subhaanallaah wa bihamdih’ (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya) sebanyak seratus kali, ia akan datang pada hari kiamat dengan membawa (pahala kebaikan) yang melebihi apa yang dibawa orang lain. Kecuali apabila orang lain tersebut juga mengatakan sebanyak itu, atau lebih banyak lagi dari itu” (HR. Muslim).
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لأن أقول: سبحان الله, والحمد لله, ولا إله إلا الله, والله أكبر, أحب إلي مما طلعت عليه الشمس)) [رواه مسلم]
Artinya: “Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Aku berdzikir dengan membaca: ’subhanallah, wal hamdulillaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar’ (mahasuci Allah, dan segala puji bagi Allah, serta tidak ada tuhan selain Allah, dan Allah Maha Agung), lebih aku sukai dari pada terbitnya matahari” (HR. Muslim).
عن سعد بن أبي وقاص قال: كان عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: ((أيعجز أحدكم أن يكسب كل يوم ألف حسنة؟)) فسأله سائل من جلسائه: كيف أحدنا ألف حسنة؟ قال: ((يسبح مائة تسبيحة, فيكتب له ألف حسنة, أو يحط عنه ألف خطيئة)) [رواه مسلم].
Artinya: “Sa’ad bin Abi Waqash berkata: ‘Suatu hari ia berada di samping Rasulullah saw yang sedang bersabda: “Apakah kalian merasa berat untuk melakukan seribu kebaikan setiap hari?” Salah seorang sahabat bertanya: “Bagaimana caranya kami dapat melakukan seribu kebaikan tersebut?” Rasulullah saw bersabda: “Membaca tasbih (bacaan subhaanallaah, mahasuci Allah) sebanyak seratus kali, maka pahalanya sama dengan melakukan seribu kebaikan, atau Allah akan menghapuskan seribu kesalahannya” (HR. Muslim).
 Panglima7
Semoga Bermanfaat kepada pembaca sekalian.

Read more...

May 24, 2011

Inilah Dia Gambar Anak-Anak Yatim Itu.

Assalamualaikum Wbr.

Inilah Dia Gambar Anak-Anak Yatim itu.  
Inilah dia gambar anak-anak yatim sebelum kejadian tanah runtuh tempohari.  Semoga mereka yang terkorban di tempatkan Allah di dalam taman-taman Syurga.  Aaminn.

Panglima7
Ini hari hari mereka....hari kita akan tiba.

Read more...

May 23, 2011

Bila Izrail Datang Memanggil


Assalamualaikum Wbr.

Apa nak direbut harta dunia wahai sahabat....Kerana di sinilah tempat kita disemadikan. Pejam celik-..pejam celik...aku sudah mati rupanya.
Insaflah wahai manusia....tika dirimu bernoda...
dunia hanya naungan...untuk makhluk ciptaan tuhan......

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnyamelalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. 


Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh daridadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."Sambung 


Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yangberiman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat teruspandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. 


Dari sebuah hadis bahawa apabila ALLAH S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikanlidahnya berzikir kepada ALLAH S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada ALLAH S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untukmencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." 


Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH." 


Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada ALLAH S.W.T. Kemudian ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma ALLAH S.W.T. Sebaik saja melihat Asma ALLAH dan cintanya kepada ALLAH S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergisetelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:- 

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompokmanusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. 


Wassallam.
Panglima
Sekadar Perkongsian.

Read more...

May 22, 2011

Amal Baik Dan Amal Yang Buruk


Assalamualaikum Wbr.


Diceritakan bahwa seorang sholeh duduk sendirian di suatu kuburan. Saat sedang duduk, dia melihat jenazah yang diusung para pengantarnya untuk dikuburkan. Setelah menguburkan jenazah tersebut, para pengantar itu kembali dan meninggalkannya. Setelah itu, dia melihat seekor anjing berwarna hitam yang nampak buas berjalan ke arah tempat jenazah itu dikuburkan. 
Tidak berapa lama kemudian, pandangannya tertuju kepada seorang pemuda yang tampan, mengenakan pakaian berwarna putih. Pemuda itu juga menuju kuburan jenazah tersebut. Selang berapa waktu, orang sholeh itu melihat pemuda tampan itu kembali dengan pakaian yang terkoyak-koyak dan badan yang berlumuran darah. Orang sholeh itu pun segera bangkit dari tempatnya, dan bertanya penuh keheranan kepada si pemuda, 'Apakah Anda perlu sesuatu? Apakah disana ada seseorang?
Pemuda tampan itu pun berkata dengan berlinang air mata mengucur dari kedua matanya, 'Sungguh mengherankan, Anda melihat akhirat, dan hijab telah tersingkap dari pandangan Anda’.
Pemuda itu menambahkan, 'Apakah Anda melihat jenazah tadi?
Orang sholeh itu menjawab, "Ya’’.
Pemuda Tampan : 'Apakah Anda juga melihat anjing hitam yang buas?
Orang Sholeh :'Benar’’
Pemuda itu berkata, 'Aku adalah amal shaleh jenazah tadi, dan anjing hitam buas itu adalah dosanya. Ketika jenazah itu diletakkan di dalam kubur, kami berdua ditugaskan untuk menemuinya dan menjadi teman yang menemaninya hingga hari kiamat. Akan tetapi, dosanya lebih banyak dari ketaatannya, sehingga dosanya dapat melukai dan mengusirku. Dan sekarang anjing buas itu akan menemaninya hingga hari kiamat’’.
Nah...Sekarang, apakah kita telah berfikir tentang diri kita secara baik-baik? Apakah kita telah mempertimbangkan hisab akhirat?’
Semoga tulisan ini bermanfaat.. Aamiin
Panglima7: Sekadar Perkongsian.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara