Assalamualaikum Wbr.
Lebih kurang 100 Ribu membanjiri Ibu Kota Kuala Lumpur...bagi memohon SPR dan Pilihanraya di Malaysia di bersihkan...mengesahkan lagi mesej bahawa pilihanraya di negara ini berat sebelah dan KOTOR. UMNO BN laa yang mengotorkan. Kalau tak campur tangan POLIS yang digunakan....dah lama dah UMNO Bungkus. Khairy dan Pemuda UMNO yang turut membawa 300 orang berdemontrasi di Bukit Bintang tuu....bagi membantah BERSIH.....cuma berlakon ajer tuu.
Read more...
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Jul 9, 2011
Video BERSIH : Mengesahkan P/Raya, SPR KOTORRRR !!!
Labels:
Politik.
Jul 6, 2011
Anggaplah Kita Berdagang Di Atas Dunia Ini.
Assalamualaikum Wbr.
Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhori)
Panglima7
Read more...
Labels:
Hadis
Jul 5, 2011
Tanda SPR Pencacai UMNOBN Ialah Bila Rally BERSIH Diharamkan
Assalamualaikum Wbr.
Read more...
Polis Kenalah Cerdik. Jangan Buat RoadBlock seperti ini...Kalau boleh elakkan sumpah seranah dari rakyat yang marah dengan sekatan ini.
Inilah tanda bila SPR menjadi boneka, talibarut, pencacai UMNO BN ialah bilamana perhimpunan BERSIH disekat dan diharamkan dan dimomokkkan kononnya akan berlaku kekacauan dan huru hara.
Kalau SPR bukan pencacai dan menjadi talibarut UMNO BN....dah lama dah UMNO BN join perhimpunan BERSIH ni.
Tak perlu tunggu 9hb.......Jumaat Petang 8hb...Polis sendiri dah menghuru harakan jalan-jalan di Malaysia dengan menyekat semua kereta-kereta yang keluar dan masuk ke Kuala Lumpur. Diletakkanya signboard.....kemudian diletaknya satu payung.....untuk Polis duduk dibawahnya memerhatikan kereta terkial-kial nak masuk dari 3 lane ke satu lane. Polis bukannya buat spotcheck pun...tapi duk menyembang...bawah payung. Jadi apakah motifnya....roadblock dilaksanakan oleh Polis pada petang 8hb dan 9hb ini. Tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menyusahkan rakyat atas arahan Parti bengong UMNO BN ini.
Panglima7
Read more...
Labels:
Politik.
Rambutku sudah beruban.
Wahai rambut..., kenapa engkau tak menyempat-nyempat nak memutih. Tidakkah engkau mengetahui... usiaku yang sebenar?. Di usia yang begini....teramat sukar untuk dilihat mereka-mereka yang rambutnya mula putih sepertiku. Kederasan engkau memutih membuatkan aku bingung dan bingung. Adakah aku salah makan.? Bukan faktor sains ini berlaku. Aku redha Allah menarik balik nikmat hitam yang dikurniakan kepadaku lebih awal dari usiaku.
Panglima7
Alangkah beruntungnya orang perempuan dapat menutup ubannya dengan tudung.
Alangkah beruntungnya orang perempuan dapat menutup ubannya dengan tudung.
Teringat suatu petikan hadis : Tanda-tanda hari nak Kiamat ....di akhir zaman, terlalu ramai orang memakai dye (menghitamkan rambutnya).
Terbaca kisah dibawah ini.
_______________
Nabi berkata kepada Malaikat Maut. “Tidakkah Kau memberikan peringatan kepada manusia bahawa kau datang sebagai malaikat Maut sehingga mereka akan lebih hati-hati?”
Malaikat itu menjawab. “Demi Allah, aku sudah memberikan tanda-tanda dan tanda-tandamu yang sangat banyak berupa penyakit, uban, kurang pendengaran, penglihatan mulai tidak jelas (terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang tanda-tanda tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekalan yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya: “Bukan kah aku telah memberimu banyak tanda-tanda dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya “ (HR imam qurthubi)
Cara kerja Malaikat Maut
Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya. “Wahai malaikat Maut, apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada di hujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati?”
Malaikat Maut berkata:” Aku akan panggil roh-roh tersebut, dengan izin Allah, sehingga semuanya berada diantara dua jariku, Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bekas yang besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku “(HR abu Nu’aim)
Read more...
Labels:
Agama
Jun 29, 2011
Lihat Ini..Hukuman Pancung Ke Atas Mereka Yang Membunuh.
Assalamualaikum.
Pembunuh-pembunuh di Malaysia hendaklah dihukum Pancung seperti di dalam Video ini. Biar timbul kegerunan di dalam hati mereka untuk membunuh sesama manusia. Dan semoga Allah mencampakkan rasa gerun di dalam hati manusia yang ada penyakit di dalamnya untuk melakukan pembunuhan. Hukuman Pancung lebih baik dari Hukuman Gantung..sampai mati, kerana hukuman gantung adalah zalim dan menyiksakan pesalah.
Panglima7
********************************
Pembantu Rumah Indonesia yang dihukum Pancung.
Video di bawah ini memaparkan berita dan visual saat Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum mati di Arab Saudi pada Sabtu (18/6). Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur. Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.
Video:
Read more...
Labels:
Berita
Jun 26, 2011
Counter Attack : Video Ini Bakal Memusnahkan UMNO BN Dalam P/Raya Umum Nanti.
Assalamualaikum,
Panglima tak mahu citer banyak....Saksikan video ini. Video ini akan menceritakan segala-galanya dan akan membongkar akan segala Fitnah dari Datuk T dan UMNO dan sekaligus Menghancurkan UMNO dalam Pilihanaraya umum yang akan datang. Sebarkan untuk pengetahuan rakyat.
Wassalam.
Panglima7
Mereka merancang...Allah merancang, perancangan Allah lah yang sebaik-baiknya. Maha Suci Allah dari apa yang mereka perkatakan.
Read more...
Labels:
Politik.
Jun 23, 2011
Tips Apabila Terlihat Perempuan Berpakaian tetapi Telanjang.
Assalamualaikum Wbr.
Read more...
Tak boleh nak tunjukkan gambar seksi seorang perempuan di sini. Haram
Apabila terpandang perempuan berpakaian sungguh seksi, sungguh meruntun perasaan dan amat terseksa jiwa melihatnya. Mungkin perkara biasa bagi lelaki biasa yang melihatnya. tetapi tidak bagi orang-orang yang mempunyai keimanan. Lelaki biasa apabila melihat perempuan yang berpakaian seksi.....walaupun nafsunya terangsang tetapi godaan syaitan terhadapnya adalah minimal.
Lain pula bagi lelaki yang mempunyai keimanan, godaan syaitan pada dirinya sangatlah kuat dan hebat lebih daripada lelaki yang biasa-biasa tadi. Kerana orang yang beriman ini merupakan target-target syaitan bagi menyimpangkan keimannya dari terus mengingati Allah jika dibandingkan dengan lelaki yang biasa-biasa ini.
Untuk mengelakkan dari mata terus memandang buat kali kedua atau ketiga atau terus memandang perempuan seksi berskirt pendek hingga ke pangkal peha dan dah macam berpakaian tetapi telanjang di zaman ini,.....iqtikad lah di dalam hatimu wahai Panglima tatkala terpandang perempuan itu...."Sesungguhnya perempuan ini sedang menarikmu ke dalam Neraka" Sedarlah segera...!!Jika engkau terus memandangnya lagi dan lagi.....nescaya kotor dan hitamlah hatimu dan hilanglah kemanisan dan kenikmatan bagimu dalam beribadah kepada Allah. Dan engkau mengutip dosa-dosa percuma setiap hari dan setipa kali engkau melalui jalan itu setiap pagi dan petang......Dengan dosa yang bertahun-tahun itulah .... yang akan menheretmu ke dalam Neraka Allah. Nauzubillah.
Wahai Panglima7, untuk merasai kemanisan dan kenikmatan beribadah, janganlah engkau memandang benda-benda yang diharamkan oleh Allah SWT. Setiap Raja mempunyai kawasan larangannya. Allah juga mempunyai kawasan laranganNYA. Janganlah engkau Panglima, memasuki kawasan Larangan Allah itu, kelak kamu disambar Api Neraka.
Panglima7
Read more...
Labels:
Agama
Jun 21, 2011
Jangan Lupa...Inilah Alam Kedua Manusia.
Assalamualaikum Wbr..
Cara penguburan mayat: bantal & ketulan tanah penahan
Rasulullah s.a.w.dalam sebuah hadisnya yang lain bermaksud, "Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat. Bila mana sesorang itu telah selamat dalam tahap pertama ini, maka untuk tahap seterusnya akan lebih ringan lagi. Namun jika tidak selamat dalam tahap pertama tersebut maka tahap-tahap seterusnya akan lebih dasyat lagi."
Setiap hari bumi (tanah) akan memanggil manusia dengan 10 panggilan;
1. Wahai anak adam! Kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat kembalimu adalah di dalam perutku.
2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku dan kamu disiksa di dalam perutku.
3. Kamu bergurau di atas punggungku, tetapi kamu menangis di dalam perutku.
4. Kamu makan benda haram di atas punggungku, tetapi seluruh cacing akan makan kamu di dalam perutku.
5. Kamu bergembira di atas punggungku, tetapi kamu akan susah di dalam perutku.
6.Kamu mengumpul harta haram diatas punggungku tapi kamu hancur dalam perutku.
7.Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu menjadi hina di dalam perutku.
8. Kamu berjalan megah dan sukaria di atas punggungku, tetapi kamu jatuh kesedihan di dalam perutku.
9. Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.
10.Kamu berjalan beramai-ramai di atas punggungku, tetapi kamu akan sendirian dalam perutku.
Firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi bermaksud,
"Adakah kamu dapat mengelak dari maut itu?Adakah kamu berkuasa melepaskan diri daripada masuk ke neraka? Adakah kamu sudah wajar menerima balasan syurga? Sudahkah ada hubungan kasih sayang antara kamu dengan Allah? Adakah nikmat dan kesenangan melekakan kamu? Adakah kamu telah binasa kerana kebaikan dan kamu terpedaya oleh dunia dengan panjang angan-angan?
Mengapa kamu tidak mempergunakan kesihatan dan keselamatan? Tempoh kamu sudah ditentukan dan nafas kamu ada batasnya. Berbuatlah sesuatu yg memberi kebaikan bagi kamu selagi kamu mempunyai kesanggupan. Wahai sekalian manusia,sesungguhnya kamu masih leka dalam perbuatamu, sedangkan setiap hari engkau terus menerus menghabiskan umurmu.Semenjak engkau keluar dari perut ibumu,setiap hari engkau semakin dekat menuju kubur dan engkau pasti memasukinya."
Sistem liang lahad
Begitulah dalil yang Allah tunjukkan mengenai adanya alam kubur kepada manusia. Sama seperti adanya mati bagi mengakhiri hayat manusia, begitu juga adanya kubur sebagai tempat menunggu untuk menerima balasan baik dan jahat dari Allah.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Sesungguhnya kubur itu adalah merupakan satu taman dari taman-taman syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka."
Panglima
Credit untuk blog Elias Hj Idris.
Benda yang baik kita kongsikan bersama.
Wahai Panglima....ingatlah inilah alam yang pasti kamu tempuhi.
Read more...
Labels:
Agama
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)






