Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Aug 31, 2011

Ratusan Jin Dan Iblis Halangi Perobohan Kota Kerajaan Langit Ayah Pin.


Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Terlebih dahulu ribuan terima kasih Panglima ucapkan kepada Tuan Mountdweller yang sudi berkongsi entry ini. Semoga beliau dan keluarga dirahmati Allah hendaknya.  Kerana kisah ini kisah benar dan mistik..panglima suka untuk kongsikan bersama tuan-tuan semua. 

Ayah Pin Dan 'Jinnya'

Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin

Ramai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti pengelibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin
Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut
kerajaan langit ayah pin
Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.
Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.
Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.
Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.
Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.
Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.
Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.
Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.
Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.
Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.
Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.
kerajaan langit ayah pin
kerajaan langit ayah pin dirobohkan
Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
Hj. Lokman
19 November 2010
Panglima7.
Hanya mereka yang kasab dan dipilih Allah sahaja yang tembus pandangannya di alam ghaib.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Taqabbalullah minna waminka.

Read more...

Aug 29, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2011, 1432 Hijrah

Bismillahirrahmaanirohimm.

Assalamualaikum Wbr.


Kepada Sahabat-sahabat semua, walaupun pilu  meninggalkan Ramadhan, di kesempatan ini, Panglima ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin, semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT dan dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa kita yang telah lalu dan kita dibebaskan dari azab Api Neraka Jahanam. Taqaballullah minna waminka.

Bertakbirlah kita memuji Allah dan bergembiralah meraikan Hari Raya tetapi janganlah sampai melampaui batas yang ditetapkan Islam.  Dikhuatiri jika kita melampaui batas dan melanggar segala larangan, kita khuatir yang kita meraikan hari pembebasan Iblis dan juga Syaitan yang juga gembira dibebaskan.

Mohon Ampun dan Maaf jika ada terkasar bahasa dan tersinggung dengan penulisan hamba.
Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan dan kesilapan Panglima sendiri.

Panglima7.

Read more...

Aug 25, 2011

Seluruh Alam Menangisi Pemergianmu....


Assalamualaikum Wbr.

Bismillahirrahmanirrohimm.



Seluruh alam menangisi pemergianmu wahai  Ramadhan yang bakal pergi beberapa hari sahaja lagi…, Seluruh alam ketika ini sedang bersedih menangisimu… termasuklah bukit, bukau, gunung ganang, Ikan di laut dan sungai, pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan segala macam binatang dan juga hidupan di atas dunia ini………..hanya,  ya hanya….hanya  kita manusia sahaja yang gembira dan ketawa kerana bakal mengakhiri Ramadhan dan menyambut SYAWAL.


Kegembiraan kita menyambut Syawal lebih daripada kegembiraan kita menyambut kedatangan Ramadhan. 

Menangisi kerana ditinggalkan Ramadhan, bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan…dimana Segala Doa tidak ditolak, Segala dosa diampunkan, diawalnya rahmat, dipertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan dari Azab Api Neraka.  Tiada suatu bulan pun yang setara denganmu wahai Ramadhan….bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang sama dengan seribu bulan amalan.  Kurniaan Allah dan Rahmat Allah pada kita Umat Nabi Muhammad SAW bagi menyaingi kehebatan amalan  Umat Nabi Musa dan umat-umat terdahulu yang umur mereka ribuan tahun dipenuhi amalan

Bulan yang di mana seluruh penghuni Kubur dari zaman Nabi Allah Adam hingga sekarang direhatkan dari siksaan Azab Kubur….dan disambung seksaan semula pabila berkumandangnya Takbir Pertama Aidil Fitri di malam Hari Raya Aidil Fitri.   Pada masa itu berdoalah kedua Ayahanda dan Bonda yang telah pergi meninggalkan kita…….

” Wahai anak-anakku……Di manakah kalian, di manakah hadiah………di manakah doa buat ayah…..buat ibumu ini?
Di manakah…..hadiah bacaan Al-Quran untuk kami..?
Di manakah….hadiah zikirullah untuk kami…?
Di manakah….hadiah sedekah jariah untuk kami….wahai anak-anakku?

Di manakah …..TAHLIL untuk kami wahai  anak-anakku…apakah engkau sudah melupakan kami…..wahai penyambung zuriatku.  (Tidakkah menitis airmata kita wahai sahabat, jangan lupakan ayah dan bonda yang telah melahir dan membesarkan kita dengan susah payah..jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat kita balas….berdoalah agar mereka diampunkan Allah dan Allah membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita dan adik beradik kita dengan syurga.).  Tiada gunalah engkau menjadi seorang Engineer, Lawyer, Magistrate, Doctor atau whatever laa yang hebat di dunia ini......jika tiada engkau menjadi soleh dengan pangkatmu itu bagi mendoakan keampunan dan Rahmat Allah ke atas ayah dan ibumu yang diseksa di dalam kubur. 

Begitulah rintihan pilu Arwah Ayahanda dan Bonda……tatkala Malaikat Munkar dan Nakir menjenguk mereka bagi meneruskan nyalaan Api dikuburan….Tetapi kita di atas dunia ini….gembira dan bersuka ria dengan pemergian Ramadhan dan cukup gembira dengan kehadiran Syawal.  Boleh gembira….bukan tidak boleh gembira….tetapi gembira sekadar yang digariskan oleh Nabi SAW, kerana umat di atas bergembira..umat dibawah(dikuburan) berdukacita.

Wahai sahabat sekalian….Ramadhan cuma tinggal beberapa hari lagi…….belum lewat lagi, ayuh marilah kita berhabis-habisan lawanlah nafsu malasmu.  Menangislah kita di malam hari di hadapan Allah. Mohonlah keampunan dan kebebasan dari Api Neraka. Berdoalah untuk keampunan dan kebaikan dan kerahmatan kedua ibu bapa kita samaada yang hidup mahupun yang telah pun pergi meninggalkan kalian….huhuhu….

Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata: “Orang yang benar-benar celaka adalah orang yang keluar dari bulan ini, tetapi dosa-dosanya tidak diampuni. Ketika itulah ia menjadi orang yang rugi saat orang-orang yang baik memperoleh keuntungan dari Tuhan Yang Maha Mulia.” (Fadhail Al-Asyhur Ats-Tsalatsah: 74)


Allah cukup kasih dan saying kepada kita wahai sahabat…..punya sayang Allah pada kita hambanya.  Setiap malam Allah memanggil hambanya.  Di manakah kita pada waktu itu….di manakah kita tuan…???

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: 
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

Apakah kita akan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang ???

Panglima7
Peringatan ini untuk diriku sebenarnya… dan juga buat anak-anakku membacanya bila mereka sudah mengerti dan bila aku dan ibunya sudah tiada lagi….dan juga untuk sahabat-sahabat sekalian. Jika ianya baik dan bermanfaat ambillah ia.

Read more...

Aug 24, 2011

Melayu Tinggal Di Gereja !!! Mana PERKASA ???


Bismillahirrahmanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Apa nak jadi dengan negara kita ini.  Asal ada isu agama dan melayu timbul.....muncullah Pejuang Agama & Bangsa yang Palsu.... , yg macam ulat nangka atau cempedak yang mengeletik-ngeletik kononnya mempertahankan apa yang dipanggilnya Melayu dan ISLAM.  

Tetapi bila Melayu bernaung di Gereja....mereka senyap..sesenyap-senyapnya..macam takde apa-apa pun yang berlaku.  Negara kita dilabelkan sebagai Agama Persekutuan.   Justeru itu..mana dia pihak berkuasa yang mempunyai kuasa dan Authoriti bagi merubah keadaan ini...?? takkan sibuk beli Cincin RM70 juta sampai dah lupa nak bebaskan bangsamu di gereja.  .Mana dia NGO-NGO PERKASA yang melaung-laung dan menghayun keris...??  Mana dia mereka yang menggelarkan diri sebagai Pembela Islam dan MELAYU...?? .Mana dia yang kata langkah mayat kami dulu......ermm...semuanya hampeh !!!

Panglima7
______________________________
Dari Kiriman Sahabat.

Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. 

Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif.  Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.  Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV.  Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja.
Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.   Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.

Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.   Saya malu pada diri saya saat ini.

Seolah-olah, saya diberi tahu,  "Apa-lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara se-Islam yang sakit pun tidak dihiraukan".

Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,

"Imam masjid sebelah selalu datang"

Hati saya menyapa:-  Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah..."

"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah."

Hati saya menyapa:-  "Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."

Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.

Tajuk apa yang saya nak sampaikan?

Tajuk Ukhuwah?  Tajuk berkasih sayang sesama Islam?   Tajuk "semua perkara ada hikmah"? 
 Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?

"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.."  rintih hati saya atau lebih tepat:-

"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."

Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit.  Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia.  Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-

"Ah... pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah..."

Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.  Majlis berakhir dengan bersalaman.

Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-

"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.." 
Nak menitik air mata saya melihat mereka.

Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya,

"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"  Saya melangkah keluar dari dewan kuliah.

Di sebelahnya terdapat salib.

Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.  Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-

"Nanti datang lagi ye.."

Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja.  Hati saya tak putus-putus berdoa:-

"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah."

Kami meninggalkan tempat ini.   InsyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.

Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat.

Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam.

Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan.   Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.  InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan.

InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini.

InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam.

Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin...

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights


Read more...

Aug 21, 2011

Wajib Baca: UMNOAPCO Bukan Pembela Islam...Tapi Pengacau, Perosak Agama.

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.
Demonstrasi di Pulau Pinang.
Inilah dia Islam daripada mereka yang mendakwa penyokong kuat UMNOAPCO yang kononnya menjadi barisan hadapan dalam membela Islam. Sungguh jauh bezanya dikau dengan ISLAM yang sebenar. Mengapa terjadi begini.??  

Apakah dgn duit seratus dua engkau lupa diri.?  Sanggup engkau mencacai Agama Islammu.  Solat belum tentu kau kerjakan...tetapi membawa onar kepada perjuangan Islam.  Menjadi pengacau dalam penyebaran dan kefahaman Islam kepada orang bukan Islam dan mengacau bilaukan serta mengelirukan kefahaman umat Islam.

Panglima7
Credit Kepada MountDweller.
Rosmah yg tak tutup aurat dan bersentuh pipi dgn Artis Lelaki Hindustani tak nak pulak ko bantah dan berdemonstrasi.  Oh...lupo....itu wife pada ketua engko..
___________________________________________
Kenali pejuang Islam palsu di Bumi Malaysia!!!

Akhir-akhir ini muncul ramai yang begitu bersemangat di hadapan media massa arus perdana. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan kesucian Islam. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan aqidah umat Islam.

Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan institusi Islam. Bersemangat seolah-olah mereka menentang segala-gala yang mencemarkan nama baik Islam.

Syukurlah, sekiranya mereka benar-benar ikhlas tapi malanglah jika mereka hanya berlakon di hadapan media arus perdana sedangkan sebaliknya kehidupan mereka sendiri tidak menurut perintah Allah. Mereka yang berlakon ini bolehlah dikategorikan sebagai pejuang Islam palsu. Berikut disenaraikan ciri-ciri pejuang Islam palsu di Malaysia :

1. Membantah arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh .


Arahan ini selari dengan syarak kerana Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah arahan berkenaan sedangkan mereka sendiri tidak berjamaah di masjid apabila kedengaran azan.

MALAH ada diantara mereka yang hanya ke masjid untuk sembahyang Jumaat sahaja.Itupun kadang-kadang tunggu 3 kali Jumaat baru sembahyang Jumaat takut dicop munafik.

LEBIH TERUK lagi, ada di antara mereka yang tidak bersolat lima waktu pun.

2. Membantah wakil rakyat bukan Islam memasuki masjid dan surau di Selangor untuk memberi sumbangan dan menyampaikan ucapan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa orang bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri tidak mengimarahkan masjid dan surau.

MALAH ada diantara mereka tidak pernah menjejak kaki ke program - program agama yang diadakan di masjid dan surau.

LEBIH TERUK lagi, ada di antara mereka bertindak menghalang kuliah-kuliah agama yang diadakan di masjid dan surau.

3. Membantah wakil rakyat perempuan bukan Islam mengadakan aktiviti senamrobik di perkarangan masjid di Selangor

Program senamrobik tidak mencemarkan kesucian masjid memandangkan diadakan di luar masjid. Orang bukan Islam dikehendaki memakai selendang atau tudung kepala semasa berada di dalam masjid bukan di luar masjid.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan isteri dan anak mereka berpakaian tidak menutup aurat, tidak bertudung dan berpakaian ketat dan sendat.

MALAH ada di antara isteri dan anak mereka yang tidak menutup aurat semasa memasuki masjid.

LEBIH TERUK lagi, ada diantara mereka menganjurkan program di dalam masjid dengan orang perempuan tidak menutup aurat dan berpakaian ketat serta berlaku pergaualan bebas lelaki dan perempuan.

4. Membantah wakil rakyat bukan Islam di Selangor dan Perak membaca al-Quran dan terjemahan al-Quran

Banyak dalil jelas menunjukkan bukan Islam turut membaca sama ada secara tertutup atau terbuka ayat-ayat al-quran di zaman Nabi sa.w. Malah ayat-ayat al-Quran digelar mu'jizat (sesuatu yang mencarik adat dan luar biasa serta melemahkan musuh), apabila ayat-ayatnya diteliti oleh ahli sastera kafir quraisy, tatkala itulah baru mereka mendapati Al-Quran adalah sebuah kalam Allah dan bukan hasil pemikiran manusia.
Nabi s.a.w turut menghantar surat yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran kepada pemimpin bukan Islam di zamannya. Tentunya ia dibaca dan sememangnya untuk diwarwarkan.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri tidak membaca ayat suci al-Quran.

MALAH ada diantara mereka yang tidak mahu mempelajari kandungan ayat-ayat suci al-Quran melalui kuliah-kuliah yang diadakan di masjid dan surau.

LEBIH TERUK lagi, mereka sanggup mempersendakan hukum-hukum dalam al-Quran contohnya, hukum potong tangan menyebabkan ramai orang Islam tidak tangan, ikut hukum Islam negara tidak maju dan banyak penghinaan lagi.

5. Membantah tindakan kerajaan Kedah membenarkan pusat hiburan dibuka kepada bukan Islam di bulan Ramadhan

Kerajaan Kedah hanya melaksanakan enakmen yang telah diwartakan pada 12 Februari 1998. Namun sehingga pada 8 Mac 2008, tidak ada satu hari pun dalam bulan Ramadhan mampu laksanakan.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri adalah pengunjung pusat-pusat hiburan selain dari orang bukan Islam.
MALAH ada diantara mereka menjadi pengunjung tetap yang berpoya-poya dan minum arak dalam pusat hiburan. 
LEBIH TERUK lagi, ada diantara mereka sanggup ke Danok dan Hadyai serta Genting Highlands untuk berjudi , melanggan pelacur dan minum arak. 

Tulahan: Pejuang Islam ini hanya muncul di negeri diperintah bukan BN. Jika Islam dicemar, dihina, dimurtad di negeri BN . Pejuang Islam palsu ini tidak pun muncul.

Read more...

Aug 20, 2011

Sungguh Keji...Wang Negara Berkisar/Diagih Di Kalangan Org UMNO SHJ.


Bismillahirrahmaanirrohimm.


Apabila wang negara/rakyat berkisar atau diagih-agihkan di kalangan puak-puak mereka sahaja yakni orang-orang UMNO, bukan kpd orang lain...maka UMNO....Kau tunggu lah saat KEBINASAAN.

Tindakan keji UMNO ini sangat menepati hadis akhir zaman dari Nabi SAW..

    Sabda RasuluLlah SAW :
      "Apabila umatku melakukan lima belas perkara luluslah untuk mereka azab ALlah". Lalu ditanya : "Apakah ia wahai RasuluLlah?"; Sabda RasuluLlah SAW "Apabila harta negara berkisar di kalangan orang-orang yang tertentu, amanah dijadikan peluang untuk mendapat harta, zakat dianggap cukai, orang lelaki mentaati isteri dan mendurhakai ibunya, berlaku baik terhadap rakan dan berkasar terhadap bapanya, hingar bingar di dalam masjid, orang yang menjadi pemimpin di kalangan kaum ialah orang yang paling hina, dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya, diminum arak, dipakai sutera oleh kaum lelaki, diambil penyanyi wanita, disanjung alat-alat muzik, dan orang yang kemudian di kalangan umat ini melaknat orang yang terdahulu. Di kala itu tunggulah angin yang membinasakan dan bumi yang menghapuskan."
      Riwayat At-Tirmidzi
Cerita lanjut...Sila Klik Di Sini

Read more...

Aug 18, 2011

Apsal Suka Sangat Nak Bogelkan Orang ..???


Assalamualaikum Wbr,


Tak paham laa ako........asal masuk lokap ajer.....nak bogelkan orang.   asal masuk lokap ajer.....orang ko bogelkan.     Orang yang ko tahan nie...bukannya melakukan jenayah ataupun crime yang suka-suka ko nak bogelkan.   Ini adalah tahanan politik.  Takkan itu pun ko tak tahu nak beza.   Asal ada arahan bogel.....semua tahanan tak kira kelas apa ataupun atas kesalahan apa...semuanya kalau boleh ko nak bogelkan.  Terliur sangat ke ko nie.  

Cuba engko aku bogelkan di hadapan lelaki dan wanita yang ko tak kenal atau kenal sekalipun.... yang tak habis-habis menjeling-jeling dan merenung tajam kat alat sulit ko.....ermmm.!!!  Siap amik gambar lagi....hahaha

Selanjutnya......Sila Klik Di Sini

Panglima7
Lepas nie....mesti ada mana-mana yg punya suami atau yg isteri yg kerja lagu nie....dok serang ako pasal nak membenarkan perbuatan yang tak beretika ini.
Kalau salah...mengakulah salah.  Kang ako sembur ko kang.  Org mcm nie...pii bo layan la.


Read more...

Aug 17, 2011

Hari Ini.... Hari UlangTahun Kelahiranku...

Assalamualaikum Wbr.
Happy Birthday Panglima7

Hari ini..... tanggal 17hb Ogos adalah hari Kemerdekaan Indonesia menentang penjajahan Belanda dan bersamaan dengan hari ulangtahun kelahiran Panglima7.

Dilahirkan pada hari Selasa, jam 3:15petang.  Disebabkan ada dua huruf "i" pada nama sebenarku maka cuping telingaku cepat berdesing ditambah lagi dilahirkan diwaktu petang.....panas.  Seorang yang berani lebih-lebih lagi dalam menegur seseorang dalam mempertahankan hak.

Ya Allah, aku bersyukur kepadamu kerana masih diberi kesempatan hidup di mukabumi mu ini.  Walaupun pernah suatu ketika dahulu, ketika usiaku 12 tahun.....aku masih ingat lagi di mana...ketika aku solat terawih.....aku memohon kepadamu agar engkau matikan aku tatkala umurku 30 tahun. Beria-ria benar aku memohon kepadamu ketika itu ya Allah....... tetapi kini ianya sudah melepasi 11 tahun.

Aku pun tidak tahu dan tidak ingat lagi....mengapa aku berdoa begitu.

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk berzikir dan beribadah kepadamu serta berilah aku ingatan yang kuat untuk menghafal ayat-ayatmu.  aaminn.

Panglima7.
.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara