Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 14, 2010

Kalau Takde Apa-Apa, BN Tak Hingin Bantu Penduduk Kg. Sentosa

Di mana bumbungnya..Dah 10 tahun hilang???
Salam,

Penduduk dan rakyat Kg Bukit Sentosa di Bukit Beruntung merasa terharu di atas bantuan dan keperihatinan Kerajaan PersekutuanUMNO dan BN baru baru ini dalam membantu menyelesaikan masalah perumahan yang hampir mencecah 10 tahun lamanya.  Lamanya ..kalau ada anak dah darjah 4 tuu.

Bumbung rumah Flat yang hancur dan seperti rumah hantu itu telah dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan bagi membina semula bumbungnya yang rosak dan pecah.  Pelik juga..kenapa baru sekarang bantuan tiba.???

Rakyat Kg Sentosa perlu tahu, kemanakah perginya Kerajaan Selangor pimpinan Khir Toyo dahulu dalam membantu rakyat hinggalah kerajaan UMNO & BN juga beliau sekali turut tumbang pada pilihanraya umum 2 tahun lepas.???

Kenapa tiada bantuan oleh Kerajaan UMNO & BN ketika mereka berada di puncak kuasa.???  Kenapa bila dah TUMBANG Kerajaan UMNO Selangor baru sekarang nak membantu.   Nampak Tak???  Pada masa pemerintahan UMNO dan BN di Selangor...jangan haraplah mereka nak membantu...menjenguk pun JAUH SEKALI.
menjenguk rumah Flat....mana mereka mahu..mereka hanya menjenguk kondo-kondo merah, rumah banglo yang ada keuntungan ke atas mereka.

Kenapa dah tumbang kerajaan UMNO Negeri Selangor baru mereka nak jenguk dan taburkan bakti???  Kerana mereka inginkan undian anda dan mereka tahu umur Allahyarham Dato Zainal Adun Parlimen Hulu Selangor tidak lama disebabkan penyakit barah di kepalanya yang semakin kritikal ketika itu.  lalu mereka mengelar diri mereka Juara Rakyat.  Ha ha...angkat bakul di tangan sendiri.

Rakyat dan penduduk Kg Bukit Sentosa Bukit Beruntung, jangan terlalu gembira sangat.  Bantuan yang disalurkan ambli dan terima sahaja.  Baik mereka kepada anda ada sebabnya. Undian andalah yang mereka hendak raih. 

Perlu diingat... Itu memang tugas kerajaan negeri atau persekutuan bagi membantu rakyat dan anda.

Kalau tidak ada pilihanraya ...jangan haraplah bantuan dari langit ini akan sampai.  Menangis air mata darah sekalipun anda tidak akan dibantu.  kalau boleh mereka nak robohkan rumah Flat yang rosak teruk itu bagi mendirikan projek yang baru.  tetapi disebabkan kehilangan kuasa....di Selangor.  Perkara ini didiamkan sahaja.

Panglima7

1 comment:

auction said...

thanks for sharing...nice entry....

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara