Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jul 10, 2010

Pemimpin Diingatkan... Rawang Perlukan HOSPITAL

Hospital Selayang dan Kuala Kubu boleh dibina, mengapa tidak Hospital Rawang ???

Menteri kesihatan - Datuk Liow Tiong Lai.
Please Take Action.
Salam,

Bandar Rawang memerlukan Hospital untuk penduduknya.  Memandangkan jumlah penduduk Rawang melebihi penduduk Shah Alam, pemimpin diingatkan, dan akan terus diingatkan lagi dan lagi.... agar membina Hospital untuk keperluan masyarakat di Rawang.

Hospital yang sedia ada sekarang ini, jaraknya begitu jauh.   Hospital yang terdekat adalah Hospital Selayang yang terpaksa dilalui melalui Jalan lama...iaitu jalan dari batu 16 Rawang melalui Hutan Simpan Templer ke Selayang.  Mungkin lebih dari 30km.    Jalan yang penuh sesak lebih-lebih lagi sejak terbinanya banyak rumah kedai disekelilingya dan yang terbaru dengan terbinanya TESCO di sana.  Bayangkanlah kesesakan di daerah tersebut.

Hospital kedua yang terdekat adalah Hospital di Sg Buloh, yang boleh dilalui melalui Highway PLUS Utara Selatan yang jauh.  Jika penduduk di Pekan Rawang, mereka terpaksa melalui jambatan lama Rawang di Sri Garing menuju ke arah Country Homes sebelum masuk ke Tol Rawang.  Begitu merumitkan di saat-saat kecemasan apatah lagi jika jalan jammed.

Hospital ketiga yang berhampiran adalah Hospital Kuala Kubu, yang penduduk Rawang terpaksa melepasi Pekan Rawang yang penuh sesak sebelum dapat melalui jalan lama Rawang ke Serendah, Rasa, Batang Kali, Kuala Kubu dan Tanjung Malim.

Aduhai.... sungguh memerit dan menyiksakan.  Sudah tiba masanya...rakyat dan panduduk Rawang mempunyai Hospitalnya yang tersendiri yang boleh didirikan di belakang tapak Rancangan Carefour di Sg Bakau, Country Homes atau Tasik Puteri.  Tanah yang luas menganjur di sana dengan kepadatan penduduk yang tinggi memerlukan adanya hospital di sana.  ADUN RAWANG....Gan Pei Ni...Please Take Note.!!


ADUN Rawang - Gan Pei Ni. Please Take Action


Jangan Tunggu Sehingga PilihanRaya Kecil baru kita hendak tubuhkan.   Sekiranya penubuhan Hospital di bawah Kerajaan Persekutuan, maka UMNO & BN perlu didesak bagi mempercepatkan penubuhannya.   Sekiranya dibawah Kerajaan Negeri Selangor, maka Pakatan Rakyat perlu memperuntukkan budget tahun depan untuk hospital ini.  jangan tunggu rakyat bising baru nak fikirkan.

Rawang telah membangun dengan terdirinya beribu-ribu rumah baru untuk kediaman penduduk menyebabkan Rawang sungguh padat dengan penduduk ditambah dengan penduduk disekitarnya.

Sekiranya hospital ini dapat dibina dan direalisasikan tentunya memberi manfaat yang sangat besar nilainya kepada rakyat di Rawang dan seluruh penduduk disekitarnya.  Fikirkan ini.

Daripada diluluskan Carrefour atau Tesco.....alangkah baiknya jika diluluskan Hospital!!!

Sekiranya UMNO dan Kerajaan Persekutuan berdegil untuk membina Hospital maka Pilihanraya kali ini Penduduk Rawang dan sekitarnya yang jumlahnya hampir mencecah  100,000 perlu mengajar mereka yang tidak sensitif dengan kehendak rakyat.

Mana-mana pemimpin yang membaca artikel ini...bawalah ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri untuk diusul dan diluluskan pembinaanya.

Written by Panglima 7.

3 comments:

Anonymous said...

saya sangat2 bersetuju...

Man Asal Kulim (MAK) said...

Assalam semua dan panglima, sy sgt bersetuju dgn tajuk ini..kenapa Rawang dilupakan dalam byk perkara??
mungkin Rawang dikira wilayah mundur dicomparekan dgn daerah lain??
Klinik bersalinnya setaraf zaman perang Jepun yg terlalu ketinggalan. Dalam hal ini contohilah Kedah, klinik ibu dan anak ada dimama-mana, cantik dan kemas walaupun hanya didalam sesuatu taman perumahan sahaja.
Location hospital Rawang di sekitar Jusco Bdr Country Homes adalah amat tepat sekali.

Man Asal Kulim (MAK) said...

Assalam semua dan panglima, sy sgt bersetuju dgn tajuk ini..kenapa Rawang dilupakan dalam byk perkara??
mungkin Rawang dikira wilayah mundur dicomparekan dgn daerah lain??
Klinik bersalinnya setaraf zaman perang Jepun yg terlalu ketinggalan. Dalam hal ini contohilah Kedah, klinik ibu dan anak ada dimama-mana, cantik dan kemas walaupun hanya didalam sesuatu taman perumahan sahaja.
Location hospital Rawang di sekitar Jusco Bdr Country Homes adalah amat tepat sekali.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara