Assalamualaikum Wbr.
Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu'
seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan
mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil,
setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan
menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana
menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala
gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk
membaca surah Yasin- yang lain2 boleh bersama2 semak.
ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat
yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk
menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh
membantu pencabutan nyawa beliau.
iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong
menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti
lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa
ila ha illallah"lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu'
saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut.Dan smoga
kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan
dengan cara yang betul bukan semata2 melalui
ikutan adat. amiin.
Panglima7
Kiriman Sahabat
5 comments:
ALLAHU AKBAR !
Saam Tuan Panglima,
sangat berkesan..Mohon share ya
Waalaikumsalam Wbr...Sila-silakan Melur.
As'salam..
info yang sangat berguna terima kasih amy minta share juga ye..
p/s : jom tinggalkan detail diri di sini
http://sinarraudah.blogspot.com/2010/12/jomm-kongsi-detail-tentang-diri-anda.html
Salam Amy....
InsyaAllah malam ini hamba akan masukkan my details. Thanks. Sekarang takleh ....jenguk2 sepintas lalu.
Post a Comment