Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jan 11, 2012

Dr. Juanda Mufti Perlis ....akan Ikut Cara Dr. Hasan Ali.??

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Kenyataan Mufti Perlis Dr. Juanda Jaya semalam mengatakan bahawa tindakan drastik PAS yang memecat Dr. Hasan Ali membuktikan PAS bersikap Autokratik (kuku besi) dan tidak matang.  Menurutnya lagi, Pas perlu lebih bersifat terbuka di dalam menerima kritikan daripada ahlinya dan menjunjung demokrasi. 

Bagi Panglima7, buat lah kerja sebagai Mufti…jangan sibuk mencampuri hal-hal politik.  Kalau nak berpolitik…letak jawatan dan masuk politiklah.  UMNO yang banyak melakukan penyelewengan dalam Islam kenapa tak tegur dan kritik.  Masa Dr. Mahathir pecat DS Anwar Ibrahim nape tak sanggah. 

Setiap Parti ada peraturan dan perlembagaannya.  Pas menjunjung demokrasi dan sangat terbuka dalam menerima kritikan….. lebih dari UMNO itu sendiri.

Kalau hendak kritik parti pun ikutlah peraturan dan saluran yang betul.  Kalau beliau (Dr. Juanda) masuk PAS atau UMNO….adakah beliau akan ikut cara Datuk Hasan Ali.??  Bercakap tanpa menghiraukan peraturan parti walaupun beberapa amaran diberikan.   Kenapa perlu DHA bersekongkol dengan media musuh bagi menyerang Parti sendiri.  Yang patut diserang ialah UMNO, bukan menghalakan bazooka  ke parti sendiri.  Tidakkah tindakan sepert ini memang berniat jahat dan seperti mengebom saudara sendiri.  Islam kan ada Musyawarah.

Panglima7                                                                                                                                                                     

3 comments:

Man Taji said...

Utk Dr Juanda,
Kalau dah masuk Jamaah, kena lah ikut aturan Jamaah. Ni nak ikut kepala sendiri lepas tu hentam Jamaah pulak. Apa barang cam ni???

Mungkin agaknya lepas ni, jika anak buah Pak Mufti ikut perangai DHA atau berperangai seperti mana yg disarankan Pak Mufti, maka, jangan lah Pak Mufti mare pulak ye?

Kalau anak buah Pak MUfti menentang pendapat dan mengutuk Pak Mufti maka janganlah pulak Pak Mufti ni bersifat Autokrasi pulak ye???

al-brangi Online said...

masa almarhum mufti selangor ishak barum dipecat, ada sapa berani kata terlalu drastik?

ketika itu semua menikus

ana yang empunya said...

Tok MUfti

Contoh mudah jer...

1. Tok mufti orang Islamkan... agak2nya boleh kritik (mengutuk)Islam tu ke?

2. Tok kawin ngan bini yang dok ada tu, buleh tak agak2nyer kritik ( mengutuk ) pak mentua dalam sorat kabar atau media?

3. Tok mufti jadai mufti perlis tu, ngapa tak komen terbuka pada kerajaan perlis?

kalau politik sempoi gini pun tak faham, balik sarawak je le, bela ayam ke.. tanam ubi ke, jadi nelayan ke... pe pe je lah drp bercakap yang sendiri pun tak faham

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara