Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Mar 19, 2012

Suasana Berbeza

Bismillahirrahmaanirrohimm,


Assalamualaikum Wbr.

Beberapa tahun yang lalu, ketika aku menetap di Bdr Baru Bangi, golongan yang berusia 40-50an ke atas cukup ramai melibatkan dan menawarkan diri secara langsung berjuang menegakkan Parti Islam di sana. Mereka cukup gigih membantu tidak mengira masa dan ketika.  Golongan yang berusia sepertiku sangat kurang melibatkan diri.

Kini setelah aku menetap di mana aku berada sekarang.  Suasananya sangat berbeza. Aku pula menjadi senior manakala golongan muda berusia 20an hingga 30an sangat ramai dan melebihi 90% dari jumlah penduduk yang ada.   Bercakap pasal politik memang berapi.

Tetapi jangan salah anggap, itu cuma suara politik dari mulut sahaja, realitinya mereka tidak mahu menonjolkan diri. .   Lebih-lebih lagi dalam mengisytiharkan ideologi politik mereka.   Mungkin mereka khuatir orang tahu politik mereka, jika ketika membetulkan banner PAS yang tersungkur ditiup angin di tepi jalan bakal menampakkan mereka seorang ahli atau penyokong PAS.

Apatah lagi..kalau diketahui umum akan jawatan yang mereka sandang di dalam parti politik.   Apa yang ditakuti mereka tidaklah aku ketahui.  Kemungkinan mereka kerja kerajaan.  Tapi itu dulu laa.  Sekarang dah berbeza.  Sekarang yang memerintah Selangor adalah Pakatan Rakyat.   

Seperkara lagi....ada yang berpangkat Kawasan beria-ria mahukan usrah dilaksanakan dan mempertikaikan penubuhan cawangan Pas yang ditubuhkan, baginya......tubuh usrah dahulu baru tubuh cawangan Pas, ini terbalik dan menyongsang arus namanya....katanya. ermm entahlah.

Setelah cawangan Pas ditubuhkan.....sampai hari nie pun...Usrah masih tak dapat dilaksanakan.
Perlukan pemimpin yang bijak menangani permasalahan ini....Jangan salah anggap, bukan aku mengejar pangkat dan jawatan di sini, Jangan tersilap wahai sahabat.   Bukan jawatan yang aku kejar di sini.......ini semua amal jariahku di kuburan nanti.  Hanya redha dan rahmat Allah yang aku pohonkan.

Panglima7
Sekurang-kurangnya....terlaksana jua cawangan Pas di sini.
Semoga semua ahli tetap tabah dalam perjuangan dan tetap mengundi Pakatan Rakyat terutamanya PAS dalam pilihanraya nanti sudah memadai bagiku.

3 comments:

Kak Amy said...

assalammualaikum panglima...

moga panglima sihat2 saja..lame x singgah sini..mood berbelog dah jauh di tengah laut huhuhu! now gah cari semangat untuk berbelog semula..

Kak Amy said...

Orang kita selalunya begitu la cakap pang pung pang tapi hakikatnya x berani..setakat kat belakang je yang kencang hebat..

Panglima7 said...

Waalaikumsalam wbr.
Memang begitulah amy....dilema sungguh Panglima. Dah la ahli-ahli begini... Gerak Kerja Panglima pula sangat terbatas dan tidak di "support" kerana kekangan org kawasan yang merasa dia lebih berpengaruh dan layak berada ditempat panglima. Semoga Allah bersama dgn Panglima.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara