Salam,
Hamba nak kongsi bersama sebuah doa yang apabila diamalkan....InsyaAllah semua perkara yang dilakukan akan menjadi mudah dengan izin Allah Swt. Bacalah doa ini sebelum kita melakukan sesuatu pekerjaan.
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا
شِئْتَ سَهْلاً.
Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.” (HR. Ibnu Hibban dalam kitab Shahihnya no. 2427 (Mawaarid), Ibnus Sunni no. 351. Al-Hafizh berkata: Hadits di atas sahih, dan dinyatakan shahih pula oleh Abdul Qadir Al-Arnauth dalam Takhrij Al-Adzkar oleh Imam An-Nawawi, h. 106)
Doa di atas agak kecil untuk di baca...dalam ruminya berbunyi begini
Allahumma laa sahla illaa maa jaaltahuu sahlau wa ank tataj alul hazna izaa shikta sahlaa.
Panglima7
Moga dapat kita amalkan bersama.
Read more...
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Oct 9, 2010
Doa Semua Perkara yang Dilakukan Menjadi Mudah.
Labels:
Agama
Oct 6, 2010
Kepada Penggemar Kerang.....
Salam,
KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.
KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.
Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.
Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.
Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.
Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.
“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.
“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.
Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.
Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.
Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.
Read more...
Kerang di lantai....di atas pula babi. .

Berita
Kaabah Enggan Bergerak
Salam,
Kiriman dari sahabat dan dikongsi bersama
Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.
Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....
How nice kan .... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....
Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..sila2kanlah menjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah swt...Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingati Allah swt dalam setiap urusan dunia kita?
Panglima7
Read more...
Panggilan Haji.....telah tiba lagi....
menunaikan ibadah ...panggilan Baitullah.
Tanah Suci Mekah.

Oct 5, 2010
Siapa Penceramah UMNO Yang Tersangat Kurang Ajar itu !!!
Assalamualaikum wbr....
UMNO Bahagian Besut menganjurkan Ceramah dengan menjemput seorang Penceramah Luar bagi memberikan ceramahnya kepada orang ramai baru-baru ini.
Ini kerana penceramah jemputan Umno bahagian berkenaan dalam dalam ceramahnya bertajuk ‘DAP Anti Islam’ di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh pada 1 Oktober lalu menggelarkan Mursyidul Am PAS itu ‘gilo’ berulang kali.
PAS Kawasan Besut memberikan tempoh 24 jam kepada Umno bahagian memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila).
Jikalau tidak.....PAS Kawasan Besut tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Penceramah dan UMNO Bahagain Besut.
Penceramah jemputan tersebut, Abdullah Sa’amah yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.
“Beliau (Abdullah) menggelarkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nk Mat sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila) dan diulang berkali-kali,” katanya.
Panglima7
Siapa yang biadap dan kurang ajar sekarang ??? Nampakkan..!!! UMNO laa yang biadap dan tersangat kurang ajar. Ajaran Islam kah itu ???? Penceramah ini bawak-bawaklah mengucap banyak2. Macam orang bukan Islam jer bila bercakap. Mubaligh Kristian tuu lebih elok cakap dan bahasanya dari ngko nie.
Selama ini mereka (UMNO) baling batu dan sembunyi tangan. Mereka rupanya yang biadap, celupar dan caci maki orang serta membinatangkan Sultan.....kemudian dituduhnya khatib dan penceramah bebas dari PAS yang celupar dan caci maki kerajaan. Di editnya di TV dan media secara cut and paste supaya nampak bahawa TG atau penceramah PAS yang celupar dan suka maki hamun kerajaan UMNO.
Kalau kita sorot sejarah islam yang lalu....Kalaulah ini dizaman para sahabat dan Nabi.....dah lama dah... orang yang sebut perkataan begitu dipenggal kepalanya oleh orang-orang seperti Syaidina Umar Al-Khattab.
Read more...
Inlah orangnya...Juga sering menjadi rujukan Utusan Meloya

Politik.
Oct 4, 2010
Aku Dicabar Semalam
Salam.
Semalam, aku telah dicabar oleh rakan-rakanku yang juga merupakan jiran-jiran sekeliling rumahku untuk beradu kekuatan dan kejantanan bermain bowling. Weiii..!!! aku hanya pandai berpencak ajer....ala tari silat pendekar...hehehe...tiba-tiba ajer diajaknya bermain bowling.
So semalam gi laa main bowling.....5 frame tapi yang dikira hanya 3 frame (standard). Frame kedua, ketiga dan keempat sahaja yang dikira. Sebab frame 1 hanya untuk warm up dan game terakhir...game 5 bagi melepaskan geram bagi yang kalah dan untuk training lagi.
main punya main.......inilah keputusannya.
Nama Game 1 Game 2 Game 3 Grand Total (Jatuhan Pin)
Alwi 146 114 145 = 405
Calok 97 93 x catat
Salleh 142 151 98 = 383
Panglima7 160 124 179 = 463
Zul 103 123 99 = 325
Aidil 136 151 145 = 432
Nuar 163 132 174 = 469.
Nampaknya aku tewas 6 jatuhan pin ajer kepada saudara Nuar. Ermmm...!!! walaupun hanya enam pin, kalah tetap kalah walaupun satu undi dalam pilihanraya. Oklatu...jadilah...dapat sandang Naib Juara.
Takpe laa... boleh jumpa lagi di lain perlawanan.
Panglima7
Read more...
Gambar hiasan

Aku
Oct 3, 2010
Semalam Hari Yang Tak dapat Ku Lupakan.
Assalamualaikum.
Semalam aku cuba mencoretkan hari yang tak dapat ku lupakan diruangan ini. Tapi disebatkan coretan yang terlalu panjang dan tidak tersusun dan fikiranku yang kusut masai, menyebabkan aku sukar nak meringkaskan tulisanku sendiri. Akhirnya coretan tersebut terpaksa aku lupakan dan deletekan.
Kali ini aku cuba mencoretkan kembali seringkas yang mungkin.
Semalam aku ada membuat open house-jamuan hari raya. Takdelah besar cuma ala kadar ajer. Cukup untuk jamuan 70 orang punya makan. Itu pun hanya menjemput jiran-jiran terdekat dan mereka yang tinggal dalam lingkungan perumahanku serta sahabat-sahabat sepermainan semasa menjadi bujang senang dahulu. Majlis bermula jam 12tgh - 4ptg. Menunya..Nasi Lemak, rendang ayam, Sambal ikan bilis, Lauk sambal paru, Bee Hoon Goreng, telur, agar-agar lengkung, Karipap, kuih buah melaka, Bubur kacang merah, buah dukung dan air orange.
Masak memasak telah siap jam 10 pagi lagi. Tapi hari tuu.....rumahku dipenuhi orang disetiap ruang, ramainya jiran yang datang. Akhirnya makanan yang disediakan tidak mencukupi. Jam baru pukul 2ptg. Ku suruh isteriku masak lagi sementara habis. Maka beliau pun masak nasi lemak lagi sebagai tambahan....pun habis. Alhamdulillah. Biasanya....banyak yang extra tapi kali nie....tak cukup. Biasanyanya kalau aku tolong memasak.....aku akan bacakan petua dan doa berikut..."yang masak Siti Aishah, yang makan Rasulullah" InsyaAllah....lauk tak pernah tak cukup dan ada lebih. tapi kali ini aku tak tolong masak pasal jiran-jiran pompuan ramai yang datang menolong masak.
Tiba-tiba sahabat lama 25tahun tak ketemu...call kata nak datang tapi tak tahu jalan. Aku bawa kereta isteriku dan terus turutkan dia di kilang Palm Oil di Kuang....dalam perjalanan balik...kereta isteriku terkentut-kentut dan tersenggut senggut sampai mengeluarkan asap hitam diekzosnya. dah macam bunyi orang menembak la pulak. Dah...!!! apahal pulak dengan kereta nie. sampi dipersipangan jalan ke Kuang tiba2 enjinnya mati dan tak boleh di start. Pulak...Puaslah ako dok nak start...tapi tak mahu mahu jugak. Akhirnya ku tinggalkan kereta isteri ku di sana tersadai. Aku tumpang kereta sahabat lama ku itu beserta familynya ke rumahku.
Sampai di rumah...jiran dan sahabat handai makin ramai yang datang. Isteriku masak kuew tiau pula bagi menampung tetamu yang datang... pun habis. Masak lagi Mee Goreng 3-4 bungkus...pun habis. Alhamdulillah.
Tiba-tiba Pak Mentua yang datang awal pagi tadi...minta diri nak pulang!!!. Jam dah kul 4ptg. Tapi jiran-jiran masih lagi berkunjung. Anak lelakinya yang turut hadir tak mahu menghantarnya pulang. Atas alasan not the same route...sebab dia dan keluarganya nak pergi open house di rumah rakan di tempat lain. Laaa !!!. Boleh ke buat macam tuu" Kasihan dengan Pak Mentua..aku gunakan kereta aku untuk menghantarnya ke bandar rawang bagi menaiki bus atas alasan...takpe sekejap ajer.
Dalam perjalanan pergi ke Bdr rawang...kelihatan jalan menuju ke Country Homes....bersusun kereta...jem giler. Aduhhh...mana ada jalan short cut untuk ako nak balik nanti. Sure sangkut. Tapi aku tak endahkan semua tuu. Akhirnya bila aku nak balik.....perghhh !!! jem bertambah buruk...aku tersangkut di sana.
Kawan dan sahabat opis call kata "on the way nak sampai rumah"...mereka lambat sampai pasal jalan jem. Jam dah pukul 5.00 lebih. Open house sampai kul 4ptg.
Minyak kereta dah menadakan "E"....dalam hati masih berdetik.. takpe.....500meter depan ada Stesen Minyak....tiba-tiba isteri call suruh masuk ke Kota Emerald, katanya ada jalan Short cut ke Country Homes. Memandang stesen minyak betul2 bertentangan dengan jalan masuk ke Kota Emerald stesen minyak di kiri kota emerald di kanan maka tak dapatlah aku mengisi minyak disebabkan nak masuk ke situ. Tetapi malangnya......satu jalan pintas pun takde di Kota Emerald. Kota emerald dikelilingi bukit....tak boleh nak tembus. Isteriku telah salah memberikan informasi kat aku. Dia cuma mendengar cakap-cakap orang ajer..kononnya ada jalan pintas (hearsay).
Keluar semula kota emerald dengan rasa kecewa untuk ke jalan yang jem tadi. stesen minyak pertama tuu...betul-betul dipersimpangan keluar kota emerald dan berada di seberang jalan..camne nak isi minyak. Sampai di depan NSK....dengan jalan yang hampir tidak bergerak.....kereta aku pun mati enjinnya di tengah-tengah jem tersebut.....aduihhhhhhhhhhhhh. Telefon pulak berdering-dering...sahabat dan kawan dah sampai kat rumah dan ada yg solat dulu di Masjid sebelum sampai ke rumah aku. Aku pulak tengah mengelabah....kereta dah mati enjin akibat kehabisan minyak di tengah jalan di depan NSK Rawang. Dengan kereta aku yang mati ditengah jalan...menambahkan lagi Jem.
Ditakdirkan Allah, kereta aku itu.....berada dikedudukan sedikit cerun...membolehkan aku menekan klass dan mengelungsurkan keretaku ke kiri dan terus aku keluar dan menolak kereta aku masuk di perkarangan NSK. Fuihhhh lega nye aku.
Tapi yang ralat dan terkilannya aku ialah.....sahabat -sahabat lama dari ex-company yang telah lama tak jumpa hanya dapat tengok rumah dan makan di rumahku sahaja...tetapi tak dapat jumpa aku. Mereka dah tunggu sejam kat rumah aku dan aku masih terperangkap dalam jem. Sampai dirumah...dah pukul 7mlm...semuanya dah balik.
Ermmmm.....kereta isteriku dah tersadai...dan aku pula terperangkap dalam jem sampai enjin kereta mati ditengah jalan dan tak sempat pula ketemu jiran dan sahabat yang berkunjung. Itulah nasib ku semalam.

Oct 2, 2010
Calonkan Ku Li : Seperti Main-Main Tangkap Kambing Ajer.
Salam,
Nampaknya UMNO semakin kalut lebih-lebih lagi apabila ketiadaan calon untuk dipertandingkan di DUN Galas. Pada hemat saya, Ku Li terlalu besar untuk dipertandingkan. Bukan tidak boleh bertanding untuk ADUN di sana tetapi pemilihan beliau sebagai ADUN di Galas merendahkan martabat dan ketokohan beliau yang selama ini tarafnya sama dengan beberapa pemimpin terkemuka UMNO seperti Mahathir, Tunku dan sebagainya.
Apa yang dilihat kini, UMNO seolah-olah main main tangkap kambing ajer. Seperti tiada pemimpin dan barisan pelapis serta ketandusan dalam memilih calon. Tindakan Ku Li yang akan mempertimbangkan cadangan tersebut memang satu tindakan yang wajar. Tidak seperti Isa Samad...yang main hendakkkk ajer...sampai melobi-lobi dalam diam.
Menjadi ADUN tidak melebihkan beliau di mata rakyat bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh negara. Ketokohan beliau dalam UMNO lebih daripada itu. Tidak mustahil Ku Li menolak cadangan Muhyiddin dalam percalonan ini berbanding calon-calon UMNO yang lain yang terlalu gila kuasa merebut jawatan yang bukan sahaja AJK Cawangan atau Bahagian tetapi sebagai Calon Wakil Rakyat.
Ingat....Ku Li nak jadi PM suatu masa dahulu...Bukannya ADUN atau Wakil Rakyat. hehehe...!!!
Yang pastinya ....jika Ku Li menolak tawaran ini.....UMNO pasti menghadapi Pilihanraya ini dengan hati yang Tawar Nawar lagi penuh sebal..
Panglima7
Apa-apa aje......la UMNO.
Sesiapa sahaja yang bertanding......walaupun Garuda....kita akan lawan habis-habisan.
Read more...
Ketokohan Ku Li ingin direndahkan.

Oct 1, 2010
PanasSs !!! Lagi Skandal Khir Toyo: Beli Apartment Mewah Di Mekah Atas Namanya.
Salam,
Kerajaan negeri dalam proses mengembalikan hak milik pangsapuri mewah di Mekah yang dibeli atas nama mantan Menteri Besar Khir Toyo kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mendedahkan bahawa Khir Toto BERBOHONG apabila mendakwa 12 pangsapuri (banyak tuu) dengan pelaburan RM17.5 juta pada tahun 2007 terpaksa dibeli atas namanya kerana kerenah birokrasi Arab Saudi ( Betul ke...hehehe....Ke cari alasan nak lepas diri la tuu)
Menurut Faekah, Kerajaan Arab Saudi mensyaratkan segala urusan jual beli hartanah di negara itu perlu membabitkan syarikat milik orang Islam. " Justeru pangsapuri berkenaan sepatutnya didaftarkan atas nama syarikat sedemikian yang memang ada di Selangor, dan bukannya atas nama KHIR TOYO. Kata beliau.(hahaha...kan dah kantoi....dia ingat semua orang bodoh ke..dia sorang jer yang pandai)
Difahamkan juga Khir Toyo meluluskan pembelian 12 apartment walaupun lembaga pengarah PNSB hanya bersetuju membeli ima.
"Ini adalah antara penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri terdahulu dan kita mempunyai masa terhad untuk membetulkan segala penyelewengan itu. Kes pembelian apartment di Mekah ini adalah sebahagian daripada kerosakan-kerosakan yang dilakukan kerajaan terdahulu." Kata Faekah.
" Membeli hartanah di Mekah itu menggunakan nama individu iaitu Dr. Khir, memperlihatkan seolah-olah wujud penyelewengan yang dirancang." Kata Faekah.
Katanya lagi, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) serius dengan situasi tersebut dan tidak teragak-agak mendakwa mereka yang terbabit dalam penyelewengan di samping menukarkan hak miliknya kepada anak syarikat atau kerajaan negeri.
Tujuh daripada 12 unit apartment itu dijual semula kepada individu yang tidak diketahui kerana tidak ada resit untuk mengesahkan urus niaga berkenaan. (Dah laaa tuu..beli apartment berjuta2 takde resit.....org bayar tol pun ada resit. nampak sangat nak menyeleweng...Penyamun punya Khir Toyo).
Panglima7
ermmm....Penyelewengan Khir Toyo...dah terlalu banyak. Kalau anda masih menyokong dan ingin mengundi UMNO lagi.... Ubah-ubah laa atau tukar ke Pakatan Rakyat yang telus lagi berhemah. Baru lah pandai namanya.
Jangan undi PENYAMUN UMNO ini lagi.....Cukuplah sekali..... kalau korang sudah mengundi UMNO dahulu ketahuilah bahawa anda telah mengundi Penyamun dan ketuanya ada di Putra Jaya. Insaflah.
Read more...
Faekah mendedahkan Penyelewengan UMNO punya PENYAMUN Ini. Besar punya Penyamun. Ada 40 orang lagi dibawahnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)