Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 1, 2010

PanasSs !!! Lagi Skandal Khir Toyo: Beli Apartment Mewah Di Mekah Atas Namanya.

Salam,


Faekah mendedahkan Penyelewengan UMNO punya PENYAMUN Ini.  Besar punya Penyamun. Ada 40 orang lagi dibawahnya.

Kerajaan negeri dalam proses mengembalikan hak milik pangsapuri mewah di Mekah yang dibeli atas nama mantan Menteri Besar Khir Toyo kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mendedahkan bahawa Khir Toto BERBOHONG apabila mendakwa 12 pangsapuri (banyak tuu) dengan pelaburan RM17.5 juta pada tahun 2007 terpaksa dibeli atas namanya kerana kerenah birokrasi Arab Saudi ( Betul ke...hehehe....Ke cari alasan nak lepas diri la tuu)

Menurut Faekah, Kerajaan Arab Saudi mensyaratkan segala urusan jual beli hartanah di negara itu perlu membabitkan syarikat milik orang Islam. " Justeru pangsapuri berkenaan sepatutnya didaftarkan atas nama syarikat sedemikian yang memang ada di Selangor, dan bukannya atas nama KHIR TOYO.  Kata beliau.(hahaha...kan dah kantoi....dia ingat semua orang bodoh ke..dia sorang jer yang pandai)

Difahamkan juga Khir Toyo meluluskan pembelian 12 apartment walaupun lembaga pengarah PNSB hanya bersetuju membeli ima.

"Ini adalah antara penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri terdahulu dan kita mempunyai masa terhad untuk membetulkan segala penyelewengan itu.  Kes pembelian apartment di Mekah ini adalah sebahagian daripada kerosakan-kerosakan yang dilakukan kerajaan terdahulu." Kata Faekah.

" Membeli hartanah di Mekah itu menggunakan nama individu iaitu Dr. Khir, memperlihatkan seolah-olah wujud penyelewengan yang dirancang." Kata Faekah.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) serius dengan situasi tersebut dan tidak teragak-agak mendakwa mereka yang terbabit dalam penyelewengan di samping menukarkan hak miliknya kepada anak syarikat atau kerajaan negeri.

Tujuh daripada 12 unit apartment itu dijual semula kepada individu yang tidak diketahui kerana tidak ada resit untuk mengesahkan urus niaga berkenaan.  (Dah laaa tuu..beli apartment berjuta2 takde resit.....org bayar tol pun ada resit. nampak sangat nak menyeleweng...Penyamun punya Khir Toyo).

Panglima7
ermmm....Penyelewengan Khir Toyo...dah terlalu banyak.  Kalau anda masih menyokong dan ingin mengundi UMNO lagi....  Ubah-ubah laa atau tukar ke Pakatan Rakyat yang telus lagi berhemah. Baru lah pandai namanya.

Jangan undi PENYAMUN UMNO ini lagi.....Cukuplah sekali..... kalau korang sudah mengundi UMNO dahulu ketahuilah bahawa anda telah mengundi Penyamun dan ketuanya ada di Putra Jaya.  Insaflah.

1 comment:

Mama Syadiyah said...

Dia ni bukan penyamun tapi lanun.. lanun darat. Dia buat2 tak ingat apa hukumnya makan harta yg diperolehi cara haram.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara