Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Aug 13, 2011

Dua Beradik Dibunuh Kejam di Bulan Puasa Oleh Penduduk Kampung




Assalamualaikum Wbr.
Dua beradik di pukul sehingga mati di bulan puasa oleh penduduk kampung kerana dituduh mencuri.  Kejadian ini berlaku tahun lepas di Bulan Ramadhan di daerah Sialkot, Pakistan.  Remaja dua beradik, Mughees -17 tahun dan Muneeb 16 tahun, telah dipukul sehingga nyawa-nyawa ikan hanya atas tuduhan mencuri.  Kemudian tubuhnya diheret ke tengah pekan oleh penduduk kampung dengan menggunakan lori sebelum digantung.

Apa yang sangat-sangat dikesalkan dan amat menyedihkan bagi seluruh umat Islam di dunia ialah, tiada perbicaraan dilakukan ke atas mereka atas tuduhan mencuri dan para penduduk kampung ini mengambil undang-undang sendiri tanpa usul periksa dengan memukul dan membelasah mereka sehingga mati.  Ini hanya tuduhan...belum dibuktikan lagi.  Jika sekiranya mereka didapati bersalah mencuri sekalipun.....hukumannya adalah potong tangan dalam Islam, bukan membunuh mereka dengan sekejam ini.  Jika benar pun mereka mencuri, hukuman yang mereka terima tidak setimpal dengan kesalahan mencuri yang dilakukan.  Nauzubillah.

Difahamkan hebahan mereka mencuri adalah tidak benar, tetapi lebih kepada sikap cemburu dan busuk hati orang-orang tertentu di kampung tersebut kerana pencapaian adik beradik ini yang cemerlang.  Adik beradik ini adalah Hafiz Al-Quran dan telah menjadi juara beberapa kali dan pencapaian akedemik yang sangat cemerlang.  Namun orang kampung telah membuat keputusan sendiri tanpa usul periksa dengan memukul dan membelasah mereka sehingga mati.  Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke arah roh mereka dan membalas kejahatan orang yang menfitnah dan yang memukul dan membunuh mereka berdua dengan azab yang tak terperi sakitnya. aamin.

Panglima7.

Read more...

Aug 11, 2011

MAIS..MAIS!!! Kutip Zakat Ratusan Juta..Beri cuma RM350 ajer.

Assalamualaikum Wbr....

Check balik...Apakah tujuan MAIS ditubuhkan??? Adakah untuk memberi pekerjaan kepada umat Islam bekerja di MAIS atau untuk membantu orang-orang ISLAM yang hidup susah, papa dan miskin serta ASNAF yang dhoif.

Memang bengang dan berdengung telinga bila menerima khabar dalam sesi Tazkirah, yang MAIS tidak mempergunakan sepenuhnya wang zakat dari sumbangan rakyat untuk membantu asnaf yang susah.   Sedangkan jumlah zakat yang MAIS kutip mencecah hingga ratusan juta, dan pada tahun lalu sahaja jumlahnya....RM360Juta melebihi budget bagi Kerajaan Negeri Terengganu.
Cuba bayangkan besar tak besar kutipan zakat...sama besar dengan budget Kerajaan Negeri Trengganu dan KEDAH.   

Tapi ke mana wang itu...kenapa masih ada lagi asnaf yang masih susah hingga ke hari ini....?  Apa sudah jadi dengan ko nie MAIS.  Kenapa begitu sayangkan duit...Heii...Ini bukan duit korang laaa.....duit ini untuk orang susah, papa dan miskin.   Kenapa masih lagi terkebelakang dalam menghulurkan bantuan.  Dari dulu sampai sekarang masih berada ditakuk lama dengan menghulurkan RM350 bagi suatu keluarga susah.
Sungguh memalukan.....Aku BENCI dengan MAIS yang sebegini.
    

Cukup ker makan bagi keluarga miskin yg ramai anak....Ingat-ingatlah....gaji beribu sekarang pun ramai daripada kita yang tak cukup nak makan yang sedap-sedap sikit..  Inikan pula mereka yang miskin lagi papa ini.   

Sedangkan Pihak Gereja Kristian menghulurkan bantuan kepada umat Islam yang susah sepalat-palatnya RM1000 seorang. MAIS pula bagi RM350,   Mana org Islam tak termakan dengan umpan duit ini jika mereka susah.  orang kalau dah susah hidupnya......bunuh orang pun mereka sanggup.
Kalau mereka masuk Kristian...MAIS laa yang menanggung DOSANYA.   Ko jawablah di hadapan Allah nanti...Tak payah tunggu dihadapan Allah....dalam kubur ko dah kena belasah.

Ini menunjukkan salah urus MAIS.    Hinggakan mereka yang ISLAM ini terpaksa menerima bantuan yang dihulurkan dari pihak Gereja Kristian.  Dan mereka dikristiankan dalam diam-diam akibat termakan budi dan wang.

Panglima7
Inilah jadinya bila ada Badan-Badan ISLAM yang tak tahu menjaga kemashlatan umat Islam .....jika korang tidak mengambil peranan dan endah.....mubaligh Kristian pula yang akan menjaga mereka, seperti yang berlaku sekarang..  Bila orang Kristian bawa mereka ke gereja....tahu pulak korang melenting marah.

Read more...

Aug 10, 2011

Pemimpin-Pemimpin Pas Dapat RM1.4 Juta


Assalamualaikum Wbr.

Asyik nak fitnah orang.... ajer kerjanya.   Benda yang tiada...sengaja diada-adakan.  Tak pasal-pasal nak cari penyakit.  Lepas tuu sombong pulak tuuu....bukti takde nak main tuduh-tuduh.   Haa koo...Kan dah merungkup nak bayar RM1.4juta. !!!   Hahaha,,,,  Oh lupa laks....UMNO BN banyak duit...boleh tolong bayarkan saman mereka.  Mana Parti dapat duit banyak tuuu.....duit rakyat laa....apa lagi.

Cerita lanjut Sila Klik Sini
Panglima7

Read more...

Aug 8, 2011

Benarkah.... Ini Penggal Terakhir Najib ??


Assalamualaikum Wbr.

Wajah-wajah ini adakah ianya lambang kekayaan Umno BN...??

Ini mungkin penggal terakhir Najib.......Najib akan terkorban atau dikorbankan oleh Pakatan Muhyiddin atau Najib yang akan mengorbankan dirinya dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sila Klik di Sini

Panglima7.

Read more...

Aug 6, 2011

Ramai Orang Berpura-Pura Berpuasa

Assalamualaikum Wbr.


Boleh dikatakan di mana-mana jua, terutamanya di tempat kerja, secara terang-terangan ataupun sembunyi ramai daripada kita yang tidak berpuasa.  Yang lelaki dan yang telah bergelar suami dan juga ayah kepada anak-anak pun masih menipu isteri dan anak-anak dalam berpuasa.  

Di hadapan isteri dan anak-anak mengaku berpuasa....buat-buat letih, ditempat kerja pagi-pagi dah minta kawannya yang "non muslim" untuk membeli makanan untuknya untuk dimakan pada waktu tengahari nanti.

  Bila pulang ke rumah...kasihan si anak setengah mati menahan lapar dan dahaga.....anak yang berumur 8-11 tahun asyik menjenguk jam aje....tapi si bapak yang tak tahu malu ini....sanggup berlakon depan anak kononnya berpuasa.  Tidak terdetik kah di hatimu wahai lelaki untuk mencontohi anakmu untuk berpuasa.  

Lelaki tak tahu malu.....kecik-kecik tak mahu belajar berpuasa....dah besar dan berkahwin menipu anak dan isteri kononnya berpuasa.  

Panglima7

Read more...

Aug 3, 2011

UMNO Pengkhianat Melayu. Hancur lah Negara Macam nie.


Assalamualaikum Wbr.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mungkin wajar ditukar namanya kepada Jabatan Pengkhianatan Negara
Ingin Info lanjut....Sila Klik di....... SINUN

Patutlah JPN dalam perancangan untuk membuat IC baru untuk rakyat Malaysia...yang kononnya IC lama iaitu MYcard kurang Kualiti.   Habis dulu yang ko cakap berapi-api kononnya MYcard lah kad yang paling kualiti lagi SMART.....CAMNER !!!! 

Panglima7
Ada kemungkinan faktor ini digunakan bagi menipu rakyat di dalam Pilhanraya dengan memberi kerakyatan percuma kepada bangsa Indonesia yang bermastautin dan bekerja di sini dan yang lain-lainnya untuk turut mengundi UMNO & BN.  

UMNO harus ditumbangkan.  Kalau tidak hancurlah negara, demi memenangi Pilihanraya mereka sanggup memberi kerakyatan percuma kepada bangsa asing.


Read more...

Lepas Tasyahud Akhir...Baca Doa Ini.


Assalamualaikum Wbr...

Dahulu semasa solat Jumaat atau Isyak, bila Pak Imam lama sangat membaca Tasyahud Akhir, berkata-kata hatiku dalam solat...."apa lambat sangat pak imam ni baca tasyahud akhir...takkan tak habis2 baca...org lain semua nya dah habis baca" suasana semasa itu hening..menunggu pak imam ucapkan salam.  Ramai gak yang mengeluh bila pak imam lambat bagi salam.

Rupa-rupanya......ada kisah disebaliknya.   baru lah aku tahu.   Sejak dari itu....aku pun sama...lambat bagi salam. TST laa kan.

Panglima7

_________________

"Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]". (Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27].)

Dalam riwayat abu daud dan ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam tasyahhudnya.

Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah dajjal tersebut, Nabi s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat lindungan dari Allah sendiri selalu memohon perlindungan dari fitnah dajjal, sedangkan siapa kita di sisi Allah?. 

bahayanya fitnah dajjal ialah, ia bukan sahaja mengelirukan orang awam yang rendah ilmu dan imannya , tetapi jika di lihat sejarah, berapa ramai ulama' terkeliru dengan dajjal ini, baik dajjal kiasan ataupun realiti. Fitnah dajjal amat dasyat, boleh jadi seseorang yang awalnya Islam akan tersesat di akhir hayatnya....kemungkinan akan murtad...Nauzubillah..... 

Kesimpulannya, ketika  selesai membaca tasyahhud yakni sebelum salam, adalah digalakkan membaca doa ini






Read more...

Aug 1, 2011

Tiada Sekor Iblis Mahupun Syaitan Pun Di atas Dunia ini (Di daratan)


Assalamualaikum Wbr,

Gambar Hiasan
Alhamdulillah…bertemu kita kembali di Bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan.  Inilah hari pertama kita berpuasa . Petang semalam telah dibelenggu kesemua Iblis & Syaitan dan dicampakkan oleh Allah melalui malaikatnya ke dalam laut.  Berapa dalam mereka dihumbankan tidaklah diketahui.
Begitu mulianya bulan ini sehingga Allah tidak mahu hamba-hambanya digoda atau diganggu oleh Iblis dan Syaitan. 

Allah ingin hambanya yang beriman tenang beribadah kepadanya tanpa sebarang gangguan SELAIN untuk menguji manusia siapa yang lebih baik AMALANNYA.

Yang tinggal di atas dunia ini hanyalah NAFSU Manusia sahaja.  Maka bulan ini bukan lagi bulan melawan godaan Iblis & Syaitan Tetapi BULAN MELAWAN HAWA NAFSU.

Diceritakan oleh seorang ustaz dalam ceramahnya di surau, bagaimana beliau mendengar melalui seseorang yang menelefon Radio THR FM untuk berkongsikan kisah benarnya, yang mana pada suatu malam di bulan Ramadhan, beliau dan rakan-rakannya pergi memancing di laut.  Tidaklah dinyatakan bahawa beliau berada di atas bot atau apa.   Sedang leka memancing dua rakannya tertidur.  Tinggal dia seorang yang masih terkebil-kebil sendirian memancing di laut yang luas.   Di tengah kepekatan malam itu..tiba-tiba beliau terlihat suatu lembaga seolah-olah sedang menunggang kuda, makin lama makin hampir dengan jarak dia memancing. 
ya... .seorang lelaki berkuda sedang bergerak di atas permukaan laut.  

Beliau sangat terkejut dan cuba mengejutkan 2 lagi rakannya yang tidur, tetapi disebabkan begitu asyik melihat sesuatu yang sungguh pelik dan aneh …”seseorang boleh menunggang kuda di atas permukaan laut ”… maka hasratnya untuk mengejutkan rakan-rakannya terhenti setakat itu.

Beliau menyaksikan bagaimana lelaki berkuda ini…..memukul mukul permukaan air laut bila tiap kali, seakan mahu timbul sesuatu makhluk atau lembaga dari permukaan laut.   Terpaku beliau menyaksikan peristiwa itu. Suatu peristiwa yang tidak beliau dapat lupakan.... hinggalah dia menceritakan pengalamannya di Radio THR FM.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah kemungkinan…..apa yang beliau lihat tadi adalah malaikat.  Malaikat sering dilihat menunggang kuda.   Malaikat ini menjaga dan mengawasi Iblis dan Syaitan yang Allah belenggu di dalam laut di Bulan Ramadhan.  Mana-mana yang cuba timbul dari permukaan laut maka Malaikat tadi akan memukulnya.

Mungkin beliau melihat seorang sahaja malaikat sedangkan yang sebenarnya beribu malaikat berada di sana.  Tetapi Allah hanya bukakan hijab untuknya untuk dapat melihat seorang malaikat sahaja.  Beliau diantara mereka yang dipilih Allah untuk melihat kebesarannya.

Panglima7
Wallahualam.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara