Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 31, 2010

Solute Springggggg !!! Kepada Kelantan, Bawa Pulang Piala Malaysia

Assalamualaikum Wbr.

Kegembiraan Menang Piala Malaysia dan Tambah Gembira Jika Allah beri kemenangan kepada  PAS di DUN Galas. Aaminn.

Hamba Solute Springgg kepada Pasukan Bolasepak Negeri Kelantan, dan Kerajaan PAS Kelantan dalam meninggikan mutu bolasepak di Kelantan.    Tahniah diucapkan.

Kemenangan yang dinanti-nanti selama 89 tahun, akhirnya Kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia.
Selepas ini kita menantikan pula Kemenangan PAS dalam Pilihanraya Kecil DUN Galas pada 4hb November ini.  Semoga Kelantan Menang berganda !!!  Hadiah untuk rakyat Kelantan, bukan kerajaan persekutuan.

Panglima7
Sejak akhir-akhir ini...hamba tak dapat nak berblog walking seperti kebiasaan....kerana internet agak slow dan begitu sibuk menguruskan masalah pembaikkan di dalam Persatuan Penduduk. Tuan-tuan boleh tinggalkan message jika singgah di sini dan hamba akan menziarahi kemudian. InsyaAllah  Harap maklum.
Read more...

Oct 30, 2010

Kerajaan Persekutuan UMNO Konon Beri RM600 Juta Untuk Bekal Air di Kelantan !!!

Assalamualaikum Wbr....



Berita yang kononnya Kerajaan Persekutuan UMNO memberi RM600 juta untuk Bekalan Air Bersih di Kelantan dijaja jaji di DUN Galas.

Kononnya Kerajaan Persekutuan UMNO dah beri RM600 juta kepada Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini...tapi Kerajaan Pas buat apa dengan wang sebanyak itu...mana air bersihnya ???

Macam inikah politik sandiwara UMNO dan BN...hahaha......
Memang sebelum ini Kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO menwar-warkan di media massa dan stesyen-stesyen TV kononnya Kerajaan Persekutuan UMNO akan bantu Kerajaan Pas Kelantan dengan menyalurkan wang sebanyak RM600 Juta bagi membantu membekalkan air bersih di negeri itu.

Mana pergi duit RM600 juta yang dikatakan TELAH diberi kepada Kerajaan Pas Kelantan ??? Jangankan RM600 juta......SATU SEN pun Kerajaan PAS Kelantan tak pernah terima dari Kerajaan Penyamun UMNO ini.  Semua kenyataan ini HANYA......aku nak ulang sekali lagi.....HANYA....HANYA di atas kertas BUDGET atau di kertas BELANJAWAN UMNO sahaja.  Atau dengan lebih tepat HANYA di mulut dan bibir penyamun-penyamun UMNO ini.

Jikalau lah ada audit.......belanjawan ini......tentunya wang RM600 juta ini mungkin telah diberi kepada Kerajaan PAS Kelantan......sedangkan sebenarnya wang ini entah ke mana perginya.   Sekarang dok tagih dengan Kerajaan Pas Kelantan....kemana wang RM600 juta itu Kerajaan Pas belanjakan.....Macam Lahabau punya UMNO.   Entah-entah wang tersebut MUNGKIN dah tiada dalam akaun kerajaan Persekutuan UMNO...tetapi ada dalam akaun pemimpin-pemimpin UMNO.  Sebab itulah.......Malaysia berhutang Ratusan Billion dengan Bank Dunia.  Untuk berita lanjut Sila Klik di SINI.
Read more...

Oct 29, 2010

Mak Datuk !!! Banyak Giler Hutang Kerajaan UMNO & BN Mencecah RM362.39 Billion !!!

Assalamualaikum Wbr.


Mendukung Biawak hidup la Rakyat Malaysia hasil kerakusan UMNO & BN

Kita Jangan Sekali-kali Jadi Seperti Negara Indonesia...Hutang bayar tak sudah !!! Pasti tugas berat bagi PR apabila menawan Putrajaya.

Peningkatan mendadak hutang negara dalam tempoh 5 tahun kepada RM362.39 billion seperti didedahkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dipercayai akibat KETIRISAN dan RASUAH.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, jumlah itu turut dipengaruhi kerugian RM10 billion dialami negara akibat RASUAH setiap tahun sebagaimana didedahkan oleh Ketua Setiausaha Negara.

"Hutang Kerajaan di dalam negara tahun lalu RM348.60 billion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.   Ini bermakna rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang" katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku penyelewengan agihan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.

"Malah, ada penerima memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah." katanya.

Idris turut mempersoalkan keberkesanan pentadbiran oleh kerajaan pemerintah yang sentiasa mengaku 'bijak' sebaliknya negara dibebani hutang yang banyak.

"Adakah ini sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara?  Biasanya pemimpin UMNO di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah UMNO dan BN.  Selain mereka, tidak ada yang mampu." katanya.

Panglima7.
Inilah bahananya kalau mengundi UMNO dan BN.  Sudah-sudahlah mengundi UMNO dan BN.    Hutang negara dah mencecah RM362.39 billion pada tahun ini.  Kalau kita dok lagi bagi undi pada  UMNO & BN lagi.....tidak mustahil.....negara akan bangkrap dan muflis serta tergadai kepada negara asing.  

Kita akan mudah dijajah semula.  Kalau individu yang berhutang lebih RM30,000 dan tidak dapat membayarnya kepada pihak bank...bank boleh mengisytiharkan Muflis atau Bankrupcy kepada individu terbabit dan segala hartanya boleh dirampas dan dilelong.  kalau negara pula gagal membayar hutang sebanyak RM362.39 Billion dalam tempoh yang diberikan....apakah mungkin negara kita tak akan tergadai ????  Patutlah rakyat Malaysia tak habis-habis membayar Tol dari aku kecil hinggalah dewasa sekarang...ada yang sampai 35 tahun tak habis lagi dok bayar Tol.  Rupa-rupanya demi nak selesaikan hutang negara...rakyat bekerja setengah mati unutuk melunaskannya.  

Kasihan rakyat dan orang Melayu.  jadi Keldai UMNO.   Sedangkan pemimpin pemimpin UMNO bersenang lenang...dengan rumah dan mahligai mewah yang macam istana seperti di Klang.....sekarang nak bina pula Menara Warisan yang bakal menelan puluhan juta ringgit di Kg Baru kononnya sebagai mercu tanda kemajuan dan kejayaan orang Melayu.   

Apa yang Melayu dah maju dan berjaya setakat ini....tolong habaqkan kat aku.???   Aper dengan terdirinya Menara KLCC tuuu....orang Melayu boleh kenyang ker ????  Ada ker kedai dan gedung perniagaan orang Melayu di menara KLCC tu ???  Aduihhh...bangangnya Kerajaan UMNO ni.

Tepuk dada tanyalah fikiran dan iman.  Dan jangan jadi Keldai UMNO.



Read more...

Oct 27, 2010

Kalau Nak Tahu...Bila Masanya Untuk Bersara...Hah Tengok ni..!!!

Assalamualaikum Wbr.

Kalau dah sampai macam gambar di atas, tak reti-reti lagi nak bersara !!!.   Begitulah bidalan pada menteri-menteri yang cakap pun dah macam merapu semacam ajer.  Eloklah bersara.

Lebih-lebih lagi Khir Toyo...bangkang pun dah tak serupa bangkangan.  Dah macam orang nyanyuk dah.

Mahathir pun eloklah jangan cakap pasal politik lagi...dah bersara dari PM buatlah cara bersara.  Ini cakap mengalahkan Najib.  Dulu.....sibuk nak lepaskan jawatan....bila dah lepaskan jawatan...tak koman !!!  hah...sekarang asyik nak bercakap pasal politik ajer.....macam orang gila talak. heeeeeee

Samy no value pun sama jugak laa......hahahaha....

Macam TG Nik Aziz ...dia lain. kena faham.  Orang yang Hafiz Al-Quran dan ada ilmu agama...Allah tinggikan darjat dan makamnya dengan memelihara orang-orang sebegini dari sifat nyanyuk.  Itu bezanya.

Panglima 7
Kalau screen kat laptop atau komputer pun dia nak blanko........paham-paham lah tuu....hehehe 
Read more...

Oct 26, 2010

Kerajaan PR Selangor Sedia Buku Teks Agama PERCUMA.

Assalamualaikum Wbr.

Datuk Dr. Hasan Ali.

Mulai sesi persekolahan 2011, pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) seluruh negeri Selangor akan menerima buku Teks Agama percuma di bawah SKIM Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Pengerusi Jawantankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat MELAYU, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hasan Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.

Menurut beliau, pemberian tersebut menelan kos sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor (LZS).  "Kerajaan PR Selangor juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke Sekolah Agama Menengah, Kelas-Kelas Al-Quran dan Fardu Ain dan Prasekolah JAIS pada masa depan" ujarnya yang juga ADUN Gombak Setia.

Tambahnya lagi, Kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elauan Pembersih Kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan Prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.

"Sementara untuk kecerian dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan" Katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, baru-baru ini.

Panglima7
Alhamdulillah atas keperihatinan Kerajaan PR Selangor.  Sekurang-kurangnya ianya dapat  mengurangkan beban ibu bapa yang terpaksa membeli buku teks agama untuk anak-anak mereka dan menambah pengetahuan agama kepada generasi muda.


Semoga Allah memurahkan lagi Rezeki Kerajaan PR dan Negeri-Negeri di bawah jajahan takluknya dan memberi kemenangan Mutlak ke atas Pakatan Rakyat dalam menawan Putra Jaya dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.  Aaaminn. 
Read more...

Oct 25, 2010

Universiti Madinah Berminat Buka Kampus Di Hulu Selangor.

Assalamualaikum Wbr.

Universiti Madinah - Arab Saudi.

Pintu Gerbang Universiti Madinah

Universiti Madinah adalah antara beberapa pelabur antarabangsa yangberminat untuk membuka kampus serantau di Hulu Selangor yang sedang dibangunkan sebagai Hub atau Pusat Pendidikan Ulung di negara ini.

Exco Pelaburan, Industri dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, Hulu Selangor yang merangkumi Lembah Beringin, Bukit Beruntung dan Bernam Jaya akan menawarkan sebuah tapak dengan prasarana lengkap namun bebas daripada kesesakan jalan raya dan kos yang rendah.

"Kerajaan Negeri  Selangor dalam perancangan untuk membangunkan kawasan ini sebagai bandar baharu dan sudah ada beberapa pelabur antarabangsa menunjukkan minat termasuk Universiti Madinah yang bercadang membuka kampusnya di Selangor"  Kata Teresa.

"Kawasan ini tiada kesesakan jalan raya dan kos operasi pula rendah.  Pelajar juga tidak dibebani dengan kos sewa rumah yang tinggi seperti di bandar-bandar besar" kata beliau pada sesi dialog Pelan Induk Selangor 2011-2013 bersama sektor pendidikan di Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) minggu lalu.

Panglima7
Jika perancangan membina Kampus Universiti Madinah ini berjaya, Selangor bakal melangkah setapak lagi, maju ke hadapan dalam sektor Pendidikan yang terulung di negara ini.  Hulu Selangor akan menjadi sebuah Bandar Baharu yang maju setelah 63 tahun mundur di bawah Pemerintahan UMNO dan BN.


Majulah Selangor di bawah Pakatan Rakyat.  Segala cakap-cakap UMNO yang menuduh DAP adalah Parti cauvinis akan terpadam dan tuduhan tersebut akan tenggelam satu persatu bersama UMNO & BN di bumi Selangor.


Undilah Pakatan Rakyat dan kekalkan Kerajaan PR ini bagi memastikan Selangor bertambah maju dan bebas dari pemerintahan Rasuah UMNO dan BN yang terang-terangan menyalahgunakan duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri.
Read more...

Oct 24, 2010

Bandingan Allah Mengenai Orang Yang Macam Ini.

Salam

Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya


Fahamilah ayat yang Allah turunkan ini, semoga mendapat petunjuk.

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.”-(Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177).

Surah al-ahzab.
66. pada masa muka mereka dibalik-balikkan Dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau Kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
67. dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan Kami dari jalan Yang benar.
68. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka Dengan laknat Yang sebesar-besarnya!". -[surah al-ahzab ayat 66,67,68 ]

“Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."- [TMQ Fathir (35) : 5-6].

Dari Ubadah bin Shamit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada pemimpin-pemimpin yang menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu, sedangkan kamu sendiri tidak mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu sesuatu yang menjadi hakmu sedang kamu mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui kejadian seperti itu, maka janganlah mentaati orang yang berbuat durhaka kepada Allah Azza Wa jalla.- Riwayat Thabrani dan Hakim.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka.”- Riwayat Muslim.

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.” - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik. - Riwayat Ibnu ‘Adi.


ماري كيت سيمق مقصود فرمان الله تا'الا:
﴿اتتاوبه : 29﴾.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran dari pada keimanan, dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" -(Attaubah : 29).

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya di kalangan kamu nanti akan tertanam kemahuan besar kedudukan (politik) dalam kerajaan. Sesungguhnya yang demikian itu akan menjadikan kamu menyesal dan susah pada Hari Kiamat; Sebaik-baik ibu adalah yang mahu menyusui anak (ertinya sebaik-baik pemimpin adalah yang memperhatikan kepentingan rakyat), dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui anaknya (ertinya seburuk-buruk pemimpin adalah pemimpin yang tidak memerhatikan kepentingan rakyat).- Riwayat Bukhari dan Nasae’i.

15] Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16] Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.-[Surah Hud ayat 15-16]


Panglima 7
Ehsan dan Credit untuk Bujang Susah
Read more...

Mari Bertukar-tukar Isteri....Aduhai..!!!

Salam,

Dunia sekarang sudah gila !!!  Suami sanggup bertukar-tukar isteri dengan kawan....heeeeee
Itu lah bahananya...jika kerap termakan babi dalam makanan kita seharian..tanpa kita sedari.  Sehingga sanggup berbuat demikian.  ishh...ishhh...ishhh..


Untuk Cerita Lanjut Sila Klik di SINI

Panglima7
Credit : Kerengga


Babi adalah sejenis binatang yang tidak punyai sifat cemburu atau malu.....
Kalau hamba ada info tentang sifat babi...hamba akan siarkan.  Dan sesiapa yang ada information ini boleh juga kongsikan dengan hamba.
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara