Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Dec 9, 2008

Bencana : Antara Orang Kaya Vs Orang Miskin

Assalamualaikum wbr.

Apabila dilihat, perkataan "bala" bagi yang beriman kepada Allah swt dan "bencana alam" menurut orang kebanyakkan yang tidak bersandarkan kepada kekuassan Allah swt, kebanyakan berlaku di bulan Disember. Kenapa ???

Ribut Greg berlaku pada 26hb Disember, Tsunami berlaku pada 26hb Disember juga dan bala-bala lain seperti gempa bumi rata-rata berlaku di bulan Disember. Mengapa ?? Suatu soalan yang perlu kita semua fikirkan. Mungkin tuan ada sebabnya mengapa Allah memilih bulan Disember ini?

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah,apabila berlaku kejadian tanah runtuh baru-baru ini di bukit Antarabangsa yang merupakan penempatan orang yang kaya atau dalam istilah lain golongan yang berada. Kita dapat lihat bagaimana layanan pihak kerajaan terhadap golongan berada ini apabila ditimpa malapetaka jika dibandingkan dengan mereka yang miskin.

Untuk golongan yang berada, cukup istimewa, Helikopter disediakan untuk mengangkut mereka ini ke hospital walaupun bukannya kritikal mana pun. Makanan seperti sarapan pagi, makan tengahari, petang dan malam dalam kategori mewah. Siap sponsor oleh Restoran yang agak terkenal. Liputan berita siang dan malam. Suratkhabar sampai 5 ke 6 pages. Sampai ada dikalangan mangsa banglo runtuh ini sibuk bertanya kepada petugas..." Sarapan Apa Pagi ini? " Dah kena bala pun boleh sibuk bertanya sarapan apa yang dihidangkan. Ada nafsu lagi tuu.... Biasanya orang seperti ini dah tak lalu makan dah....sekadar renungan.

Tapi bagaimana dengan nasib yang menimpa keluarga tanah runtuh di Hulu Yam Selangor selang seminggu sebelum kejadian bukit antarabangsa ini hingga mengorbankan 2 orang anaknya. Begitu juga dengan nasib kemalangan maut bas ekspress di Tangkak Johor, banjir di Johor, Trengganu dan lain-lain lagi sebelum ini.

Saya bukan hendak mebanding-bandingkan layanan ini....Semuanya rakyat Malaysia dan mesti dibantu. tetapi janganlah "double standard". Sampai ada satu badan kerajaan yang bertindak mengutip derma bagi penduduk bukit antarabangsa ini yang rata-ratanya mempunyai 3-4 buah rumah mewah selain rumahnya sekarang ini di Bukit Antarabangsa.

Untuk komen selanjutnya Klik blog dari ISA

Geleng-Geleng,
Angguk-angguk,
ikut telunjuk...


Panglima 7 Wrotes.

5 comments:

ISA said...

Salam perkenalan Tok Panglima,

Saya dah persoalkan isu ini dalam blog saya berkenaan cadangan TS Muhyiddin Yasin.

Nampaknya pemerhatian kita sama. Memang kerajaan mengamalkan sikap double standard terhadap rakyat kaya dan miskin.

ikutsukaakuisa.blogspot.com

Hamirdin b Ithnin said...

napa gamba khalid ibrahim tak kuar tv?

Anonymous said...

Kepada ISA - Ikut Suka Aku, Salam perkenalan dari Tok.

Pada semua, apa yang ana observe rupa-rupanya benar belaka.
Semalam, ana ada menjemput seorang sukarelawan dari MVFRA iaitu Kapten K.Bala untuk memberikan training mengenai Keselamatan di rumah. Beliau ada menceritakan apa yang beliau hadapi ketika di Bukit Antarabangsa dan perangai mangsa kondo yang memang "Selfish".

Selain dari itu, penduduk yang ditimpa malang itu turut memohon agar kerajaan menyediakan tempat pemindahan sementara seperti hotel untuk mereka, bukannya dewan orang ramai seperti yang ada sekarang.

wauu....demand habiss.!!

Mungkin Dr. Tak perasaan, gambar TS Khalid ada terpapar di TV semasa lawatan DS Abdullah di Bukit Antarabangsa. Cuma lensa kamera jer yg asyik menfokuskan pada tubuh Pak Lah sahaja.

Panglima 7.

Anonymous said...

aku pon dah naik muak dgn perangai pak2 menteri yang macam sial tu. macam tak pernah ambil ikhtibar daripada apa yang terjadi.jgn la jadi bodoh, plzzzzz... org kaya ko layan baik2.org biasa ko layan mcm cibai. pihak polis, bomba dll aku mmg respect abis, diorg keje siang malam btungkus lumus utk semua. org kaya yang xsedar diri tu, fuck u

Anonymous said...

Saya pun pernah ditimpa musibah tetapi bukannya tanah runtuh,banjir sewaktu tinggal di kg baru KL.Terperangkap dalam rumah dengan 2 orang anak yg masih kecil waktu suami tiada di rumah.Untung suami balik dan kami mendukung anak sorang satu meredah air banjir yg airnya hampir paras dada.Hanya kepada Allah kami bertawakal.Bila saya melihat ada hamba allah yg marah-marah, sepatutnya mereka bersyukur kerana masih lagi hidup dan diberi layanan yg baik oleh kjaan.Cuba fikirkan penduduk di pantai timur yg saban tahun dilanda banjir,yg kemusnahan harta benda hatta nyawa sekalipun.Syukurlah dgn apa yg ada,kalau kita rasa kita susah,masih ada orang yg lebih susah daripada kita.Kalau kita rasa apa yg kita makan itu tidak enak,fikirkan ada orang yg tidak dapat menjamah hatta sebutir nasi pun.Jadilah insan yg tahu bersyukur.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara