Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Feb 27, 2010

Jika Ku Li Mahu Digelar Hero, Khairy Pula Mahu Bergelar Apa ...???



Salam,

Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang bertentangan dengan Prinsip dan pendirian Parti UMNO dilihat oleh KJ sebagai cubaan mengumpan dan mahu digelar hero.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pendirian Tengku Razaleigh yang tidak sehaluan dengan keputusan Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh UMNO dan BN mengenai isu royalti minyak Kelantan adalah disengajakan untuk menarik perhatian parti.

Tindakan Ku Li...sepertimana yang diperkatakan oleh Al Brangi "Di Telan Mati Emak, Diluah Mati Bapak" sangatlah mendapat Respek yang Tertinggi di dalam arena politik rakyat di negara ini. Pengorbanan beliau ini tidak akan dilupakan oleh rakyat negara ini sehingga mati. Akan terukir pena sejarah dipenghujung hidup beliau di hati Rakyat Kelantan khususnya.

Saya pinjam kata-kata Al Brangi "Kesetiaan kepada UMNO atau berkata benar demi rakyat Kelantan yang disayangi?" http://al-brangi.blogspot.com/2010/02/umno-telan-mati-mak-luah-mati-bapak.html
Tetapi beliau sanggup berkata benar demi menegakkan kebenaran demi rakyat Kelantan dan Malaysia Keseluruhannya.

Janganlah kita menjadi Pengkhianat kepada anak-anak bangsa demi survival politik sempit mereka. Mereka ini boleh diibaratkan seperti "Buang" lakonan Salleh kamil di dalam Filem Sarjan Hasan.

Tindakan apa yang perlu di ambil terhadap beliau ini ??
Kalau Ku Li Mahu Digelar Hero Khairy pula mahu digelar apaaaaaaa........???

Anda sendiri tahu jawapannya.

2 comments:

al-brangi Online said...

Ku Li = Hero, si-mamat tu Barua kot

Panglima7 said...

Hamba setuju dengan Al-Brangi.
Tentunya Jebat pun setuju juga.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara