Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Sep 26, 2010

Bebaskan Diri Anda dari UMNO. UMNO Pengkhianat Bangsa Melayu.

Salam,



Macam -macam hal Mantan PM kita ni.....Heboh dicanang di seluruh negeri kononnya Melayu akan hilang kuasa.  Gelagatnya macam beliaulah PM Malaysia sekarang ni bukan Najib.  Najib pun dah peninggggg kepala. Hahaha.....

Dulu sibuk nak berhenti jadi PM sampai menangis-nangis.   Sekarang nie.....sibuk bercakap mengalahkan Najib.  Najib kata jangan dekati PERKASA.   Dia pulak sibuk suruh orang Melayu rapat dengan PERKASA.  Mana satu orang Melayu nak dengar ni..???  Hancur dan Jahanam Konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Najib disebabkan tertubuhnya satu badan perkauman iaitu PERKASA.   Mahathir pulak sokong PERKASA.   Sepatutnya NGO ini diharamkan kerana ianya sangat berlawanan dengan konsep 1Malaysia.  Najib...Najib !!!  Najib berada di dua persimpangan.

Mahathir mengatakan Melayu akan tergugat dan hilang kuasa jika pR memerintah.
Melayu tak hilang kuasa de..!!!   Yang hilang kuasa ialah Pemimpin-Pemimpin UMNO yang Gila Kuasa.  Memerintah 53 tahun sampai lupa bangsa Melayu demi mengisi perut dan tembolok mereka.  Yang kaya raya adalah mereka....dengan berlumba-lumba membina Istana, rumah besar, kereta mewah, ,melancung, sedang Nik Aziz 20 tahun jadi MB Kelantan, masih sebegitu dengan rumah kampungnya yang lama.  Rakyat pula menderita dan asyik berhutang dengan along yang semakin berleluasa dan rakyat senantiasa diburu pihak bank akibat gagal melangsaikan pinjaman.  Kalau tak....masa kan Kerajaan menubuhkan AKPK  ???

53 tahun...apa yang maju pada orang Melayu ???  Cuba cakap...Apa yang maju ???  Zina dan buang bayi laa maju ke hadapan.  Mat Pit dan Mat Gian bertaburan menjuarai kaum lain diseluruh negeri...semuanya bangsa Melayu.

Melayu lah yang ekonominya hanya berada di pasar-pasar malam sahaja.  Berapa sen yang dapat di pasar malam.  Sedang di pekan dan dibandar-bandar besar perniagaan dimiliki oleh orang Cina. Mereka untung beribu-ribu sehari. Syarikat-syarikat perniagaan yang dimiliki oleh orang Melayu hanya untuk mereka yg bergelar datuk-datuk sahaja.  Itu pun boleh bilang dengan jari.

Tanah-tanah orang melayu yang banyak diambil oleh kerajaan UMNO untuk pembangunan kononnya....dgn membina Rumah-rumah teres dan banglo........dengan rumah dan tanahnya yang besar dan luas yang rata-rata bernilai RM300,000 ke atas se unit sekarang......kerajaan jual kepada orang cina, tak jual kepada orang melayu laa....pasal orang melayu tak mampu membelinya.  Ada pahaemmm.     Semuanya dimiliki oleh orang-orang cina.

Akhirnya orang Melayu tiada tanah lagi dah....Tanah Rizab Melayu semakin berkurangan.  Ingat tuu.
Demi keuntungan, semua tanah kerajaan sapu untuk bina rumah-rumah mewah yang hanya mampu dibeli oleh orang-orang cina.  Untuk orang Melayu...kerajaan hanya sediakan rumah Flat yang sempit, tiada balkoni dan tidak diselenggara serta hilang bumbungnya seperti yang berlaku di Bukit Sentosa.  ramai melayu tuuu duduk di Bukit Sentosa.

Inikah katanya Membela Melayu..???   Melayu akan merempat dan miskin jika berada dalam UMNO.
UMNO suka Bangsa Melayu miskin supaya selalu meminta dan bergantung kepadanya.
Kasihan bangsaku.

Panglima7
Bebaskan diri anda dari UMNO.

5 comments:

Anonymous said...

orang yang masih mabuk kuasa saja akan berkata-kata macam 2 itulah perkasa n chedet

al-brangi Online said...

salam,

mohon dilinkkan ke bloglist tuan atau tukar ke url baru seperti berikut>

http://al-brangionline.blogspot.com kerana blog lama al-brangi kena serang malware.

terima kasih banyak2.

Panglima7 said...

Salam tuan Al Brangi.

Blog tuan telah hamba linkkan dalam URL yang baru.

Arus Perjuangan,
Chedet memang mabok kuasa.....dan sekarang asyik meracau ajer..sebab dah takde kuasa.

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Kenapa perlu katakan UMNO itu pengkhianat bangsa MELAYU. Kalau kita sendiri sebagai bangsa Melayu yang buat salah. tgk saja anak2 kita. Kesekolah eya tp apa kah kita tau mereka belajar atau tidak. Bila akhir tahun kita dapat tau mereka gagal disekolah. Saya disini bukan untuk menyokong mana2 parti. Cuma ingin beri pendapat sebagai bakal pengundi. Perna ada 1 soalan diTimbul oleh rakan sya. Kenapa Kelantan yg slama ni dibawa PAS tp kurang pembangunan. lebih jelas lagi kurang maju berbanding negeri2 lain di Malaysia.... Mungkin kamu semua sudah ada jawapan nya. Cuba pergi ketempat sy. UMNO dan BN sudah lama bertapak disana. Menang? sudah mesti mereka akan Menang setiap pilihan raya. Tp mc ramai Rakyat ingin salahkan mereka. Kalau mcm ni lah masyarakat kita asik salah kan orang lain kerana dia tidak maju. kerana dia tidak pandai. knp perlu tunggu pihak kerajaan datang berikan kita sebungkus beras. kenapa tidak kita yg mencari sebungkus beras itu dan berikan sedikit kepada kerajaa. Sampai kerajaan yg disalahkan konon tidak beri peluang pekerjaan.

AHMAD said...

Semua ni politik. semua ni cuba pancing undi. dapatkan lebih ramai peminat. Kalau sampai Isu buang bayi yang kita ingin salahkan UMNO itu salah. Salah kan lah IBUBAPA mereka. Kita tidak perlu salahkan orang lain kalau kita tidak berjaya. sebab itu salah kita sendiri. KNP? SEBAB KITA MALAS. Tidak Mahu cari peluang. Kalau kita harap badan pencegah maksiat yang diwujud kan kerajaan itu sahaja tidak cukup. Kenapa tidak kita sendiri yang jaga Anak cucu kita dari buat maksiat. bayangkan saja lah. Rakyat 20juta. Ahli pencegah maksiat kurang 20ribu. cukup ka tu nak jaga rakyat MALAYSIA ni. Kalau kamu katakan tambah anggota pencegah maksiat. jd perbelanjaan dan gaji semua macam mana. Kerajaan kita pun sndri tidak mahu kita kerja pasar malam. Kalau Kerajaan kita mahu kita kerja PASAR malam baik x perlu buat sekolah. SEBAB kita tiada pendidikan lah kita jd mcm ni. Kesekolah mau x mau. Semua kerajaan dah berikan untuk kita jadi pandai tp kita yang tidak ambil tu peluang. Apa yang kita mahu peluang kerja di pasar malam tu la juga. @AHMAD

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara