Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 17, 2011

PKR Yang Bodoh....!!!

Assalamualaikum Wbr...

Agen Calon PR Tidak Dibekalkan Borang 14, SPR Didakwa Cuba Menipu

Ya betul...Ambil iktibar !!!! Dan PKR kena ikhlas untuk terima teguran dan kelemahan sendiri. PKR Memang Bodoh...
Tapi bukan Pas..kerana Pas ada Jentera dan petugas di semua Grassroot bagi meneliti dan memantau borang 14. Siap ada kursus borang 14 lagi....Tabik Spring kat PAS.  Takkan ini pun PAS nak ajar pada PKR.

Borang 14 memang menjadi sumber dan benteng terakhir PAS setiap kali pilihanraya. Pasal Panglima pun pernah terlibat sama menjadi Polling dan Counting Agen dalam tahun 1998 hinggalah sekarang. Borang inilah yang Panglima pantau. Setakat garang macam Harimau ketika ceramah...tetapi jadi kambing ketika di bilik kiraan undi....Buat haper..menghabiskan boreh ajer !!! Hanya PKR yang bodoh....PKR kena akui...kadang-kadang agen PKR pun tiada untuk memantau pilihanrayanya sendiri dan mengira undi dibilik mengundi. Terkial-kial la Panglima memantau undi dari PKR dan DAP untuk undi DUN & Parlimen semasa kiraan dibuat pada tahun 1998 - 2008 bersama-sama UMPorno dan SPR.  Kalau Panglima tak pantau dan kirakan...memang kena tipu bulat-bulat laa....PKR dan DAP ketika itu.....Sampai UMporno siap sound kat Panglima....Woiii..!!!  DAP punya undi pun kau nak tolong pantau dan kira ker..???   Panglima pun jawab..."Aku punya suka laa...daripada BN menang...lebih baik DAP Menang."  Akhirnya keputusan memihak kepada...TEO NIE CHENG - (DAP) Menang di Parlimen Serdang mengalahkan Calon BN ketika itu.
Teo Nie Cheng - Ahli Parlimen Serdang

SHAH ALAM 16 APRIL : Pakatan Rakyat mendakwa wujud percubaan menipu dalam pilihanraya negeri (PRN) Sarawak apabila agen calon gagasan itu tidak dibekalkan salinan Borang 14 oleh pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di beberapa kawasan pilihan raya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendren berkata agen dari PKR dan DAP tidak dibekalkan borang tersebut yang mengesahkan jumlah


rasmi yang dikira disetiap saluran mengundi.

Borang 14 adalah nama singkatan kepada 'Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi'.

Selepas pengiraan undi selesai, misalanya BN dapat 210 undi dan Pakatan Rakyat dapat 300 undi, maka jumlah undian itu perlu dicatit ke dalam borang 14.

Borang 14 juga akan diisi maklumat- maklumat yang penting seperti;

1) Kedudukan tempat mengundi (Tempat pengundi)

2) Saluran Tempat mengundi (Saluran)

3) Nombor Kod Daerah Mengundi (Kod DUN)

4) Bahagian Pilihanraya (Nama DUN)

Surendren berkata, tindakan pegawai SPR itu merupakan satu kesalahan kerana sepatutnya salinan borang itu diberikan kepada agen calon parti yang bertanding.

“Ini merupakan satu kesalahan serius di bawah 'Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954' kerana akta tersebut perlu diberi kepada agen setiap calon tapi kita mendapat laporan bahawa agen- agen bagi calon Pakatan Rakyat dibeberapa tempat tidak diberi salinan borang 14,

"Jadi maknanya pegawai pilhanraya sendiri pegawai SPR sendiri telah melakukan kesalahan,” katanya.

Jelasnya apa yang berlaku itu adalah merupakan satu percubaan menipu dalam pilihan raya dan ia adalah kesalahan jenayah dilakukan sendiri oleh pegawai SPR.

“Ini menunjukkan bahawa memang ada sesuatu percubaan untuk menipu di dalam pilihanraya kerana borang 14 itu mengandungi jumlah undi yang didapati disetiap saluran ataupun pusat mengundi,

"Jadi mengapa mereka enggan memberi borang 14 ? Ini jelas satu percubaan SPR untuk menipu," tegas Surendren lagi.

Perkara berkaitan borang 14 itu timbul apabila Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa melaporkan pegawai SPR di kawasan Simunjan dan Asajaya tidak memberi salinan borang 14 kepada agen calon Pakatan.

Note: Pakatan Rakyat bila kalah kata la macam-macam.. itu tak betul la ini tak betul la.. dah setiap kali pilihanraya setiap kali itu juga Pakatan Rakyat ditipu.. tapi bila pilihanraya bagus jer hulurkan leher.. nanti kalah lagi dok memekak tak sudah-sudah.. esok Be End buat pilihanraya join lagi.. sampai kemati la nampaknya dok kena bohong dengan Be End.. kah kah kah kah... Be End memang penipu, pembohong dan pembelit.. tapi Pakatan Rakyat yang bodoh tak sudah-sudah... kah kah kah kah.. pegi jahanam la.. malas nak layan orang bodoh ni... kah kah kah kah..

Sumber : Bujang Susah.
Panglima7

8 comments:

Unknown said...

A'kum Panglima

Ooii... garangnya Panglima!

Surendren. Apa tindakan dia? Adakah tahu komplen kat luar ajer?

Kalau macam tu, memang bodoh. Tetapi kalau dah tak cukup jentera, nak buat macam mana? Menumpang orang jer lah!

PCL said...

PKR kena amik iktibar semua tuh jgn harap org ja..kalah baru gelabah..PAS memang dah berpengalaman sejak dulu jd pembangkang setia...tunggulah masanya nanti tiba mereka pula jd pembangkan Kerajaan...tak lama dah!

Panglima7 said...

Waalaikumsalam MountDweller....

Tang nie memang Panglima terpaksa marah. Kerja penat-penat akhir kena tipu pasal tak alert akan borang 14. kalau SPR buat diam...kena minta borang 14 itu. Jangan keluar dari tempat kiraan undi...selagi borang 14 itu tidak tertulis berapa jumlah undi sebenar yg PR dapat dan BN dapat...dan borang 14 itu perlu disahkan dan dicop oleh SPR sebagai Ketua Tempat Mengundi. Kalau tak dapat borang 14 itu...maknanya CONFIRM kena tipu..elok2 PKR menang..tetapi pasal borang 14 tidak diisi dan tidak diminta.....jumlah undi boleh diubah oleh SPR...daripada BN kalah...dah jadi menang. Ohhh...jika ini berlaku...memang sial.(mohon maaf ..memang kasar bunyinya)Surendran....boleh buat aper....SPR akan jawab....abih agen ko buat aper...apa pasal tak minta borang 14. Surendran boleh jawab aper, kena pula agen PKR tidak diletakkan untuk pantau tempat kiraan undi.
Tuan MountDweller....cuma seorang sahaja petugas diperlukan untuk setiap saluran kiraan mengundi...takkan takde orang? Kalau nak menang dan tak nak kena tipu...mesti letak orang...kalau tak letak orang atau petugas...lebih baik jangan bertanding dalam pilihanraya. Itu pandangan Panglima laa...sebab pentingnya tugas counting agent ini terhadap borang 14. Sejarah telah membuktikan bahawa petugas PAS sampai bergaduh...sehingga pukul 10 malam...demi mempertahankan borang 14 ini dari diseleweng oleh SPR.

Panglima7 said...

P@kciklie....memang betul...
PKR kena ambil iktibar...jangan asyik buat salah lagi.....Pas kalah di sana, pas boleh terima seadanya, kerana telah berusaha bersungguh2....tapi kalau PKR kalah pasal kena tipu(padahal dah menang)...memang menyesal tak sudah la.

Admin said...

Bendani dah lama takan para politikus tak tahu,mulai sekarang PR harus siapkan segala jentera untuk PRU akan datang.Bab-bab kira ni pun ada penipuan juga,itu yg diberitahu bekas2pengura undi ni.

abu nu'man said...

blog tuan telah dilinnkan di dppwm.blogspot.com... mohon kami turut dilinnkan di sini. syukran

antu raya said...

lain kali kalu spr tak bg form 14 tu bg pegawai spr tu penumbuk. kita selesai di balai pulis. mcmn pulak tak cukup jentera boleh betanding banyak tempat? mmg bodoh

Kak Amy said...

Dah berapa hari tak menziarah panglima , harap panglima sihat2 ye..maaf la amy sibuk dua tiga hari nie , semalam baru sampai malaysia setelah beberapa hari di bangladesh

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara