Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 5, 2011

Rakyat Malaysia Perlu Bersiap Sedia Hadapi Gempa Bumi...!!!

Assalamualaikum Wbr.

Gempa Bumi Di Ranau, Sabah - 2.9 Skala Ritcher pada April tahun Lalu.

Rakyat Malaysia perlu lebih bersedia dalam menghadapi bencana Gempa Bumi andai landskap kerak bumi berubah strukturnya. Beberapa kejadian gegaran berlaku baru-baru ini di Bukit Tinggi, tidak jauh dari genting Highland. Begitu juga gegaran di Kuala Pilah. Manakala di Ranau Sabah, gempa kecil berukuran 2.9 skala ritcer.

Oleh itu ..Rakyat perlu bersiap hadapi Gempa Bumi dari sekarang....elakkan membeli rumah tinggi-tinggi...kesian korang nanti....tak sempat bangunan nak "Vibrate" bangunan dah tumbang. Jepun takpe...bangunan dia direka dengan Vibration...kalau gempa bumi 6.9 skala Ritcher pun...bangunan belum tentu tumbang. Malaysia mana ada bangunan macam Jepun....main Pacak ajer.



KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini


PEK KECEMASAN, BERSEDIAKAH ANDA MENGHADAP BENCANA?

Pastikan rumah dan kenderaan sentiasa tersusun tidak menghalang laluan untuk menyelamatkan diri.

CONTOH BEG KECEMASAN (Beg yang senang dibawa/beg galas)
Dokumen penting, geran tanah, buku bank dll
Wang tunai
Barangan kemas
Telefon bimbit
Lampu picit
Kit pertolongan cemas
Ubatan penting

CONTOH BEG BEKALAN (Beg yang senang dibawa/beg galas)
Bekalan air minima 3 liter seorang
Makanan untuk 3 hari (coklat, makanan dalam tin dan makanan segera)
Pisau/pembuka tin
Mancis, lilin
Dapur kecil dan periuk kecil
Sepersalinan pakaian, berus, ubat gigi, sabun
Baju hujan, Wisel
Selimut
Radio kecil
Plastik barangan

BEKALAN YANG PALING PENTING UNTUK UMAT ISLAM
Mahirkan diri bertayamum
Bertaubat
Buat semua yang Allah dan Rasul suruh
Tinggalkan semua yang Allah dan Rasul tegah
Amal ibadah sebagai Bekalan Alam Kubur, Alam Barzakh, Padang Mahsyar, Hari Penentuan, Hari Pengadilan.

Panglima7
Kiriman Sahabat

2 comments:

azwa amani said...

ya Allah....semakin hampir kita dengan kiamat.. belum cukup iman dan amal dalam dada

mommylavender said...

salam malam panglima~ takutnya dengar..mommy duk atas2 ni...mintak lah di jauhkan segalanya

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara