Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jan 20, 2011

Apabila Noh Omar Memutarbelitkan Kenyataan !!!

Assalamualaikum Wbr,

Gambar Noh Omar di suatu majlis lain.

Aku ingin memetik kata-kata Noh Omar akan Persidangan DUN Tergempar Negeri Selangor yang akan diadakan Isnin ini, 24hb Januari seperti di bawah

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, partinya telah mengarahkan wakil rakyatnya agar menghadiri sidang kali ini memandangkan Sultan Selangor telah pun memberi perkenan baginda bagi membolehkan pertemuan minggu depan diadakan.
Umno mengadakan mesyuarat di sini hari ini.
Bagaimanapun kata Noh, perkenan itu tidak harus dianggap Sultan Selangor bersetuju agar perlembagaan negeri dipinda.
Noh mendakwa Ketua Setiausaha Negara sentiasa mendapatkan perkenan diraja sebelum memutuskan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang kini menjadi kemelut sehingga mencetuskan krisis perlembagaan.
Noh juga berkata, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati Sultan dengan menolak perkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Nampak tak di sini bagaimana Noh Omar memutarbelitkan kenyataan.   Pada awal ayatnya...perkenan itu tidak harus dianggap Sultan Selangor bersetuju agar perlembagaan negeri dipinda.

Kemudian di akhir ayatnya ...lain pula perginya "Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati Sultan dengan menolak perkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri."

Hahahaha....Kan dah kantoi !!  Kalau perkenan Sultan itu tidak membawa maksud yang Sultan Setuju......maka Tindakan Menteri Besar Selangor menolak perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi....bukanlah tidak menghormati Sultan...kerana Sultan belum tentu setuju dengan perlantikkan Khusrin yang dikemukakan oleh Ketua Setiausaha Negara.  Tak gitu Noh Omar ???  Apa yang ko nak cakapkan lagi.....???

Panglima7
Sebenarnya UMNO Selangor dah serba salah.....nak hadir ke...tak hadir??....arghhh...hadir ajer laaa.  Nak sokong ke tak sokong pinda perlembagaan ini??.....heeeee.......

Ditelan (sokong) mati emak....diluah (tolak) mati bapak.  

Kalau UMNO Selangor termasuklah Noh Omar ini sokong Pindaan ini...maka ianya bermaksud....UMNO Selangor memang menghormati Sultan kerana mengembalikan kuasa yang hilang kepada Sultan dalam melantik SUK Selangor.  TETAPI HARUS DIINGAT...Jika UMNO Selangor MENOLAK pindaan ini bermakna UMNO SELANGOR DAN NOH OMAR SERTA ADUN atau Semua YB-YB UMNO di Selangor sememangnya PENDERHAKA kepada SULTAN SELANGOR.

Tahu.........nak buat apa kepada Penderhaka-Penderhaka Sultan ???
Ini bukan sistem Feudal.....mcm dulu-dulu.
Jangan undi dan sokong YB-YB UMNO ini dalam Pilihanraya yang akan datang.  Kerana merekalah Sultan yang merupakan Ketuanan Melayu...tidak mempunyai Kuasa.


Read more...

Hak Penjagaan Anak- Siapa Layak, Bekas Suami Atau Isteri?

Assalamualaikum Wbr....

Wahai anak yang sedang menangis...mungkin ini engkau tak mengerti....bila kau dewasa...dan pandai nanti....pengorbanan Ibu & Ayahmu sayanggg...jangan kau lupakan.

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Lepas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu... . "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab... "Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .

Kadi pun tanye si jantan... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin ?"

Jawab kadi.."Hak kamu le.."

Jantan tu kata lak.."Hah... sama le kes ni pun..."


Panglima7
hahahaha....ini kisah lawak sebenarnya....jangan amik serius.....hiburan di pagi hari.
Read more...

Jan 19, 2011

Bagaimana Media Menipuuu Masyarakat dan Rakyat. Perlu Tahu

 Assalamualaikum Wbr...

Hamba ingin berkongsi dengan semua bagaimana Media menipu masyarakat.  Ini baru bab bola dan Fesyen, mereka dah menipuuu..... inikan pula bab-bab politik parti pemerintah yang ingin mengekalkan kuasa mereka.  kalau bab politik...tentunya lebih dahsyat...dan berbagai-bagai konspirasi dicipta bagi menjatuhkan kawan dan juga lawan.  


Belum lagi citer bab-bab khazanah negara seperti Minyak, Tol, Kelapa Sawit, Air, Tenaga Elektrik, duit saman kenderaan yg diperolehi sampai berjuta2 mana perginya dan lain-lain yang dirompak oleh mereka yang berkepentingan, dan kemudian senang2 menaikkan harga komoditi ini agar kerugiannya dan ketirisannya ditanggung dan dibayar oleh rakyat.   Belum lagi sentuh bagaimana UMNO BN menipu Rakyat dalam pilihanraya pula. Haaa..!!  Lebih-lebih lagi di DUN Tenang.   Jangan sangka Air yang Tenang tiada buaya.  Bukalah mata tuan puan.


Panglima7
Credit kepada Henry Zackery


Lagi Edop kantoi

Pic dibawah ini menunjukkan bahawa media di sesebuah negara sengaja meng'edit ' pic tersebut sebelum dipublish kepada umum. Bertujuan untuk mengaburkan mata para publik bahawa pertandingan tersebut dihadiri jutaan penonton. Hahaha, akhirnya kantoi siot.. barisan hadapan je penuh sebenarnya. Akhirnya terbukti bahawa media juga mengaburi mata publik, adakah di negara kita macam ini jugak? Kita sama2 la fikir sendiri ye, bagi yang berani boleh la bongkar pasal media di dalam negara kita nie pulak. Kalau x jelas anda klik la pada pic tersebut untuk zoom.






Yang kedua ni pulak aku x berapa pasti iklan ape, tapi iklan ini hendak menunjukkan bahawa sesiapa menggunakan produk mereka akan kelihatan seperti model tersebut la kot. Adakah akan kelihatan cantik seperti model atau kaki anda akan patah macam model tersebut? Benda punya jelas macam ni pun boleh terlepas pandang, myb nak publish cepat2 untuk tujuan pengiklanan. Yela, zaman sekarang nie kalau lambat publish produk, orang akan cakap ciplak dari syarikat lain pulak kan. Hasilnya kaki model patah. Wahahaha..






Sumber ' smilepanic.com '
Nuffnang Ads

Read more...

Jan 18, 2011

Azwan Ali Naik Angin Dengan Umi Hafilda

Assalamualaikum Wbr....


Untuk dikongsi bersama. Untuk makluman pada yang baru tentang politik, Azwan Ali, Azmin Ali dan Umi Hafilda adalah adik beradik.


Gempar !!! Azwan Ali Hentam Umi Hafilda Di Twitter [Salinan Twitter Azwan Disertakan]

Untuk besarkan KLIK PADA GAMBAR

Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.Itu antara yang ditulis Azwan dalam Twitternya.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini.

Read more...

Jan 16, 2011

Mengimbas Kembali Rentetan Kes Liwat 1 Terhadap DSAI : Perlu Tahu

Assalamualaikum Wbr....


Membongkar kembali kes liwat 1 DSAI yang sekarang ini cuba digali semula oleh Umi Hafilda.
Pada tahun 1998 itu.....ako masih ingat lagi......ketika itu diadakan Mesyuarat Agung UMNO di mana Kad Perwakilan yang tertulis Parti Kebangsaan Melayu Bersatu dalam tulisan Jawi telah disalah cetak, dimana Perwakilan UMNO yang hadir semuanya memakai Tag yang berbunyi " Parti Kebangsatan Melayu Bersatu."...


Mereka-mereka yang tidak mengenali siapa Ummi Hafilda.....nah di sini diceritakan kembali bagaimana.....semuanya ini terjadi.   Semuanya ini terbongkar dalam mahkahmah perbicaraan DSAI ketika itu.
Tetapi semuanya tidak diterima dan dianggap TIDAK RELEVAN.  Itulah yang berlaku ketika itu........lantiklah lawyer atau Peguam yang terhebat dan paling hebat dalam dunia ini sekalipun....tetapi jika mempunyai Hakim yang Tolol......maka semua fakta-fakta kes akan menjadi TIDAK RELEVAN. 

Panglima7
_________________________________________________________________________

UMI HAFILDA PELACUR KATA AZIZ SAMSUDDIN

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesi perbicaraan kes Liwat 1 sekitar tahun 2003 yang lalu

"Saya Pernah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi"- BAGINDA (gambar kiri)

Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali.

Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London.

Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain.

Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London. Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta.

Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'. Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI.

Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka. Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan).

Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI. Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi. Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan.

Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim.

Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".

Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan.

Baginda menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut.

Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah.

Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara.

Baginda memberitahu mahkamah semalam, bahawa Ummi Hafilda telah memberitahunya dia sudah menulis surat kepada Mahathir tentang salah laku seks DSAI tetapi kandungan surat itu akan ditapis dan dipinda oleh Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politik Mahathir.


"Ummi Hafilda adalah seorang pelacur," kata Aziz Shamsuddin.

Hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan pendedahan yang besar dibuat, iaitu apabila Christopher Rizal Fernando Abdullah (kini telah meninggal dunia - semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya - Al-Fatihah) membacakan transkrip dari perbicaraan sebelumnya, yang memetik Aziz Samsuddin sebagai berkata bahawa Ummi Hafilda Ali adalah seorang pelacur.

Fernando bermula dengan mengikhtisarkan prosiding hari sebelumnya, yang mana dia memberitahu mahkamah bahawa ayah Ummi tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya selepas dia mengaku menulis surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam rangka menuduh Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, iaitu pemandu isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi yang merupakan seorang guru agamamenulis surat terbuka kepada Harakah. Dalam surat itu, dia menjelaskan sebab dia tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya, malah mengatakan dengan tegas bahawa Ummi adalah dalang utama di sebalik (dakwaan liwat oleh) Azizan.

"Ayah Ummi meninggal dalam keadaan patah hati tanpa pernah mengampunkan anaknya itu atas peranan yang dimainkannya dalam memerangkap Anwar dalam tuduhan liwat," kata Fernando.

Sebelum itu, Fernando membacakan keterangan Azmin Ali (abang Ummi) di mahkamah yang membuktikan bahawa dia (Ummi) memainkan peranan yang aktif dalam konspirasi itu.

Pendakwaan tidak pernah memanggilnya (Ummi) untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menafikan dakwaan itu, tambah Fernando. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada Pembelaan untuk memanggilnya. Malah hakim perbicaraan menyebut tentang perkara ini dalam penghakiman bertulisnya.

"Tetapi Ummi pasti menjadi saksi yang 'liat'. Jadi, pihak Pendakwaanlah yang sepatutnya memanggilnya, dan bukannya pihak Pembelaan," Fernando berhujah.

Fernando berhujah bahawa mahkamah sepatutnya menggunakan Seksyen 114 (g) Akta Bukti bagi menangani kegagalan Pendakwaan memanggil saksi yang paling penting untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Fernando kemudiannya membacakan keterangan daripada Raja Kamaruddin Raja Raja Wahid (Raja Komando), yang mana saksi itu mendedahkan secara terperinci tentang permulaan konspirasi terhadap Anwar dan peranan yang diberikan kepadanya dalam konspirasi itu.

"Keterangan saksi ini akan menunjukkan bahawa dia diminta untuk bersekongkol dalam konspirasi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri," kata Fernando.

"Mesyuarat itu diadakan di pejabat Aziz Samsuddin, iaitu Setiausaha Politik Perdana Menteri, pada 26 Jun 1998."

Fernando mendedahkan bahawa dalam mesyuarat tersebut, Aziz menegaskan bahawa Ummi dan Azizan tidak akan menimbulkan masalah kerana "Ummi adalah seorang pelacur".

Raja Komando kemudiannya bertanya kepada Aziz tentang kemungkinan menggunakan cara lain bagi menjatuhkan Anwar.

Menurut Raja Komando, "Aziz menjawab bahawa (tuduhan) liwat adalah cara yang terbaik. Lain-lain cara tidak akan memberikan kesan."

"Peranan Raja Komando adalah bagi menguruskan pembunuhan kerjaya politik (Anwar)," tambah Fernando. "Dakwaan liwat pula 'ditugaskan' kepada Ummi dan Azizan."

"(Tugas) Raja Komando adalah mencanangkan dakwaan itu ke segenap ceruk. Dia juga bertanggung jawab untuk menyebarkan tuduhan bahawa Anwar adalah ejen CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat)."

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Fernando kepada mahkamah pada hari ini, adalah jelas bahawa berdasarkan pertemuan antara Raja Komando dan Aziz Samsuddin, dia (Aziz) adalah Kepala Pengkomplot. Sementara itu, walaupun Ummi yang menulis 'surat Azizan' kepada Perdana Menteri, yakni yang menuduh Anwar meliwatnya, Azizlah yang menyunting dan menulis kembali surat berkenaan.

Menurut Fernando, surat itu adalah berdasarkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" – buku yang sekonyong-konyong dimasukkan ke dalam beg hampir 2,000 delegasi ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun itu.

"Hakim tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini," Fernando berhujah. "Dia melakukan kesilapan yang besar."

"Adakah dia akan mengeluarkan penghakiman yang sama seandainya dia memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini?" - greenboc 


Panglima7
Bila ako membaca kes ini..teringat akan daku bagaimana kes ini bermula.
Credit kepada Bujang Susah.

Read more...

Ko Nak Derhaka Pd Sultan ??..Kalau Tak, Kembalikan Kuasa Sultan Selangor.

Assalamualaikum Wbr.

Apa Tunjuk-Tunjuk Jari nie...Noh Omar (gambar hiasan)

Telah nyata sekarang bahawa UMNO BN Negeri Selangor telah membuat keputusan untuk tidak hadir pada persidangan DUN Tergempar Negeri Selangor pada 24hb Januari ini bagi mengelakkan diri dari meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa perlantikan tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri kepada Sultan.

Menurut Noh Omar " Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana telah diamalkan sekian lama sebelum ini di negeri ini". 

Ya kuasa Sultan dilucutkan dahulu....pada zaman UMNO.  Kini zaman pemerintahan PR bukan lagi zaman UMNO.  Ikutlah peredaran zaman dan siapa yang memerintah.  Kena akurlah dengan pendirian pemimpin kerajaan Negeri.   Jangan derhaka.  Berapa lama ajer....umur pindaan tersebut...baru 14 tahun Noh Omar.  Bukannya 50-100 tahun pun.  Baru 2-3 kali pilihanraya umum.


Menurutnya lagi, "PR perlu jelas dengan akta itu, yakni kita (Kerajaan BN) tidak pernah membelakangkan Sultan dan mendapat perkenannya terlebih dahulu sebelum apa-apa keputusan diambil." Katanya kepada Sinar Harian di sini semalam. 

UMNO yang perlu jelas di sini....,mendapatkan restu atau perkenan Sultan adalah jauuhhhh...... berbeza dengan Sultan yg ada kuasa melantik, bilamana hak Sultan yang dilucutkan UMNO BN 14 tahun yg lalu dikembalikan semula oleh Kerajaan PR kepada Sultan.


Kenapa UMNO tidak mahu mengembalikan kuasa sultan?.... kerana UMNO tidak mahu Sultan campur tangan dalam perlantikan tersebut, mereka hanya suka Sultan memperkenankan sahaja apa yg mereka usulkan. 


Kenapa pula UMNO mahu mengenepikan kuasa melantikkan dari Sultan ???..... kerana UMNO mahu memilih orang-orangnya atau kroni-kroninya sahaja.  As sebab itulah Khusrin dipilih oleh UMNO supaya dapat menjadi duri dalam daging bila diselitkan didalam Kerajaan PR Selangor.  Tidakkah huru hara jadinya.   Sepatutnya Sultan atas nasihat Menteri Besarlah yang mempunyai kuasa melantik SUK di negeri yang diperintahnya sendiri...tetapi UMNO dengan muka tak malunya.....senang2 melantik SUK untuk kerajaan Negeri yang bukan miliknya.....kerana apa???? Kerana Sultan sudah tiada kuasa.....Hanya mengangguk dan memperkenankan sahaja.   Jadi mengapa perlu takut apabila PR Selangor mahu memulangkan dan mengembalikan kuasa tersebut kepada Sultan.  Memperkenankan sahaja tidak cukup.....Biar Sultan yang lantik....bukan perkenan.  Macam itulah kita menghormati Sultan dan Raja-Raja Melayu.    Jangan ikut cara UMNO...hormat Sultan bila ada udang di sebalik batu.


Dan diulangi lagi...Jangan Sesekali DERHAKA kepada SULTAN SELANGOR.  Pantang Melayu Derhaka kepada tuannya.  

Panglima7
Pantang nenek moyang aku...orang Melayu yang menganut UMNO derhaka kepada Sultan.
Read more...

Surah At-Takaasur

Assalamualaikum Wbr

Surah At-Takasur - Peringatan untuk manusia

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. 
Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),
dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.
Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,
niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,
dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainulyaqin,
kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).


Panglima7
nota kaki - "ainulyaqin"
melihat dengan mata kepala kamu dengan penuh yakin. 
Allahuakbar!!
Read more...

Jan 14, 2011

Dibelit Ular Ketika Berzina...

Assalamualaikum Wbr.

Gambar hiasan.
Kisah Benar...Moga menginsafkan Pemuda-Pemudi.



KEPADA MEREKA YANG SUKA BERCOUPLE BERDUA-DUAAN SAMBIL BERASMARA UTK MENAGIH CINTA SAMAADA DI TAMAN ATAU DI TEMPAT2 YG SUNYI...BERINGATLAH...!!!!! "Ambillah iktibar dari kisah benar ini...dipetik dari sebuah blog...dan diforwardkan melalui email sahabat.

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan.............. 

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya. "Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan.Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal. 

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut. Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya. Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah.

Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.

Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama. Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. 

Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya.

Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong.

Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut.

Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. 

Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk. Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular.

Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina. Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin. 

Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka. 

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

******************
PERINGATAN DARI ADMIN: Pelakuan maksiat ketika muda remaja selalunya menghantui hingga ke tuamu wahai remaja. Dosa-dosa itu menggelapkan hati daripda menerima nur dari Allah SWT. Keseronokan berpoya-poya hanyalah palsu belaka, sedikitpun tidak membantu di alam akhirat malah ia membawa beban yang cukup berat, takut tergelecek jatuh kita ke neraka, na'uzubillah..

Panglima7
Kiriman sahabat.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara