Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jan 18, 2011

Azwan Ali Naik Angin Dengan Umi Hafilda

Assalamualaikum Wbr....


Untuk dikongsi bersama. Untuk makluman pada yang baru tentang politik, Azwan Ali, Azmin Ali dan Umi Hafilda adalah adik beradik.


Gempar !!! Azwan Ali Hentam Umi Hafilda Di Twitter [Salinan Twitter Azwan Disertakan]

Untuk besarkan KLIK PADA GAMBAR

Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.Itu antara yang ditulis Azwan dalam Twitternya.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini.

6 comments:

ika~~ said...

eh ade lg minah ni ye..
sudah2la..bwk bertaubat.tade gunanya saman menyaman ni.konfem kalah nnti.

Kakzakie Purvit said...

Salam kenal panglima 7,

Org yg terdekat dengan kita yg tahu hati budi kita. Kakak rasa Azwan dan Azmin lebih tahu siapa itu Umi Hafilda.

Jangan kata Karpal Singh dan Anwar Ibrahim tak tahu. Kita tunggu kesudahannya. Allah maha mengetahui walau bijak mana perancangan diatur, perancangan Allah jua yg menentukan....

Panglima7 said...

Salam Ika.....memang pompuan muncul kembali. ingatkan dah takde lagi....rupa muncul balik. Havoc politik negara tahun 1997 dahulu angkara pompuan ini.

Panglima7 said...

Waalaikumsalam kakzakie.
Benar pendapat kakzakie, hanya Azwan, Azmin dan keluarga beliau yg lebih tahu siap itu Umi Hafilda.

Mereka merancang....Allah pun merancang. Perancangan Allahlah yang sebaik-baiknya.

Anonymous said...

Salam kepada Tuan-tuan yang suci lagi berpegang kepada hukum Allah swt. Ingat petikan dan pesanan ini dengan teliti agar tidak terjerumus kedalam Neraka yang tiada penghujungnya...." barang siapa di antara saudara, seagama, sekiblat yang bermasam muka melebihi 3 hari berturut-turut, walupun dia berpihak di jalan yang benar, maka haramlah bagi mereka yang bermasam muka itu akan Syurga Allah swt yang penuh dengan kenikmatan yang tiada akhirnya....Saudara Azwan sudah mula menempah pintu Nerakanya sendiri, dan mula hampir kepadanya. Bertaubatlah, dan ikutlah hukum Allah sebaik mungkin. Jagalah maruah Ibu. Jagalah sirahtulrohim sesama adik-beradik agar Allah lebih menyayanginya dan dengan keredhaan Allah, mudah-mudahan di tempatkan bersama-sama para Anbia dan Syuhada di dalam Syurga Allah.

Panglima7 said...

Syukur Alhamdulillah.

Ada orang yang memberi pandangan yang sangat menginsafkan ini. Semoga dilindungi dan diberkati Allah hendaknya. aaminn.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara