Wajah-Wajah Pahlawan Melayu Yang Gugur Sebagai Pejuang Negara.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa saya banyak memaparkan cerita-cerita sejarah, sebenarnya macam ni, saya amat minat dengan sejarah. Dulu pernah bercita-cita untuk menjadi ahli kaji sejarah, namun hajat tak tercapai, tak apalah kita lupakan hal tu.. enteri kali ini berkisar dengan kejadian paling tragis dan paling dasyhat semasa darurat, iaitu serangan anggota komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong. Kisah ini sangat menyayat hati, penuh kesedihan, kepiluan dan rasa dukacita yang berkekalan sampai bila-bila. Air mata dan darah menitis mengiringi pahlawan bangsa yang gugur dalam mempertahankan tanah air dari ancaman sekumpulan manusia yang bergelar komunis. Tragedi hitam ini tercatat dalam sejarah kepolisan negara yang kekal dalam ingatan sepanjang zaman. Subuh 23 haribulan Febuari 1950( bersamaan 5 Jamadilawal 1369H). Balai Polis Bukit Kepong terletak di sebuah daerah yang terpencil, kira-kira 59 kilometer ke utara Muar, telah diserang oleh pengganas komunis yang diketuai oleh seorang bangsa Melayu, yang berasal dari Batu Pahat bernama Mat Indra, yang didakwa kebal.
Serangan mengejut waktu tengah malam bertepatan pada Hari Raya Cina itu dilakukan dari arah pinggir bukit berhampiran pekan Bukit Kepong. Dianggarkan kira-kira 183 pengganas komunis melakukan serangan serentak ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang pada masa itu diketuai oleh Ketua Balai, Sarjan 3493 Jamil bin Mohd.Shah, seorang koperal, seorang Lans koperal, 8 Mata-Mata, 4 Mata-Mata laut dan 3 Mata-Mata Tambahan. Sarjan Jamil ketika itu baru sahaja ditugaskan di balai polis itu, pada masa itu beliau berusia 38 tahun. Oleh kerana belum sempat membawa isteri, beliau tinggal sementara di berek bujang yang terletak di belakang Balai Polis Bukit Kepong, yang berhampiran dengan sungai. Perlu dinaytakan, Balai Polis Bukit Kepong pada masa serangan itu, adalah sebuah balai polis yang terletak dibawah jagaan Ketua Polis Daerah Pancor ( OCPD ) yang berpejabat di Balai Polis Pagoh. Oleh kerana balainya kecil, ia berada di bawah jagaan polis daerah Muar yang diketuai oleh Khalid bin Dato Kelana Putra, anak Undang Luak Sungai Ujung, sementara ketua polis yang menjaga seluruh balai ialahTuan H.M. Strenthern.
Banyak perkara pelik berlaku pada sehari sebelum Bukit Kepong diserang, antaranya pada pagi 22haribulan Februari 1950, masyarakat cina Bukit Kepong sebagaimana biasanya mengadakan sembahyang di sebuah tokong dekat tanah tinggal di belakang deretan kedai di pekan Bukit Kepong yang sepi itu. Seperti tahun-tahun sebelum menjelang Tahun Baru Cina, mereka di segenap kampung berhimpun datang bertali arus sehari suntuk untuk menyembah tokong. Tetapi pada masa itu, mereka pulang lebih awal, tergesa-gesa dan berkeadaan mencurigakan. Cakap-cakap tentang keadaan itu telah sampai ke telinga anggota polis yang bertugas pada hari itu, tetapi malangnya mereka tidak dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Seorang pegawai gerakan dari ibupejabat polis daerah Muar berpangkat Inspektor telah sampai di Balai Polis Bukit Kepong dengan menaiki sebuah motorbot polis marin pada tengah hari 22hb Februari 1950. Pegawai itu pada asalnya datang untuk melawat balai telah mengarahkan peluru-peluru lama yang tidak digunakan digantikan dengan yang baru, malah ditambahkan lagi bekalan peluru setelah mendapati banyak peluru yang telah rosak atau tidak boleh digunakan lagi. Beliau seorang Inggeris, seolah-olah merasa ada sesuatu yang tidak kena sewaktu bertemu dengan Sarjan Jamil sebelum menaiki bot pulang ke Lenga. Pegawai tersebut memang bernasib baik kerana membuat keputusan untuk pulang ke Lenga pada petang itu juga dan tidak bermalam di Balai Polis Bukit Kepong.
Menceritakan semula detik-detik Balai Polis Bukit Kepong diserang, ada cerita (tetapi tidak dipastikan kebenarannya) yang menyatakan sehari sebelum diserang, muncul seorang lelaki Melayu yang sering keluar masuk balai dengan bebas. Lelaki separuh umur yang tinggal di kampung berdekatan itu telah menjalinkankan hubungan yang baik dengan anggota polis Bukit Kepong tanpa rasa curiga. Antara beberrapa catatan mengenai serangan Bukit Kepong..
Pada tahun 1950, Bukit Kepong didiami oleh 1200 orang. Kebanyakannya orang Melayu yang mengambil upah menoreh getah. Terdapat 20 kedai papan milik orang cina di Bukit Kepong.
Balai Polis Bukit Kepong terletak di dalam kawasan seluas 62 meter persegi. Terdapat 3 bangunan, iaitu balai, deretan rumah kelamin, dan deretan dapur di belakang rumah-rumah itu.
Balai Polis Bukit Kepong terletak di tebing Sungai Muar dengan deretan kedai-kedai yang dipagari dengan kawat berduri. Terdapat 2 buah pintu( 1 mengadap tangga dan 1 mengadap ke sungai )
Serangan ke atas balai Bukit Kepong bermula pada pukul 4.30 pagi bersamaan dengan 23hb Feburari 1950.
Tembakan pertama mengenai AP 2127 Osman bin Yahya. Beliau gugur serta merta.
Pihak pengganas mengentikan serangan pada pukul 10.00 pagi. Sebelum bergerak ke dalam hutan. Mereka telah menconteng perkataan "Hapuskan Penjajah British dan Anjing Pemburuannya" di sebuah kedai.
23 orang anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan yang paling menyayat hati itu.
5 orang orang anggota Polis cedera parah, seorang daripadanya 7645 Yusuf Bin Rono masih hidup ( meninggal dalam tahun 1980-an)
Penghulu Bukit Kepong pada masa serangan itu dilakukan ialah Penghulu Ali bin Mustafa.
Panglima7
Sejarah Kepahlawanan Bangsa Melayu.
Sape kata Parti Pembangkang Tolak Bangsa Melayu.....aku pun Melayu juga. Itu semua politik ajer...dan temberang UMNO sahaja.
Credit kepada Blog Cerana
No comments:
Post a Comment