Assalamualaikum Wbr. Dikhuatiri Ini Hadis Palsu.
______________________________________________
Sempena tahun baru 2011..mari kita amalkan sebuah Zikir yang hebat...yang mana menjadi kunci akan ia dalam membuka Khazanah Langit dan Bumi.
Zikirullah. Kunci Khazanah Langit Dan Bumi
Adalah dikhabarkan bahawa Sayiddina Uthman ibn Affan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang "Maqalad As-Samawi Wal-Ardh" (Kunci Langit Dan Bumi) mengenai firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Qur’an dibawah ini).
Renungan Dari Surah Az-Zumar (39), Ayat 63.
Mafhum Ayat: Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan ALLAH yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling rugi.
Mafhum Ayat: Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan ALLAH yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling rugi.
Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah yang berikut:
Ertinya:
Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia yang awal Dia yang akhir
Dia yang zahir Dia yang bathin
Yang menghidupkan Yang mematikan
Dia yang hidup tanpa mati
Pada-Nya segala kebaikan
Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.
Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:
Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni,
kedua : terlepas daripada siksaan neraka,
ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan siksaan,
keempat : dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat,
kelima : dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.,
keenam : dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur, Taurat dan Injil,
ketujuh : sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga,
kelapan, dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga,
kesembilan, dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan,
kesepuluh : permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.
Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu”.
Panglima7... Berkongsi dengan anda semua...Khabarkan Pada semua.....Hadis ini tiada sanadnya....Ini Hadis Palsu.
Kiriman sahabat
16 comments:
perkongsian yg bagus...InsyaAllah akan diamalkan...tq
Salam ziarah pembuka tirai di tahun2011 ini,semoga sahabat sihat untuk meneruskan perjuangan ini.
saya pun tidak pernah terjumpa lagi ayat ini atau pun saya masih jahil lagi tentang ugama.TQ kerana info yang banyak memberi pengajaran kepada orang-orang seperti saya ini.
As'salammualaikum Panglima..
Amy datang emlawat panglima , salam tahun baru dan terima kasih di atas perkongsian ini...
Salam Amy,
Terimakasih dengan kunjungan ini. Panglima tak datang berjalan jauh....kerana network yang lemah. Penggunaan melebihi had...jadi server slow. 5GB dah habis. Apa pun terima kasih kerna sudi membaca. Memang tugas hamba berkongsi semua ini untuk kemashlatan kita semua. TQ.
Salam Hulubalang hamba. Selamat Tahun Baru Masihi. Semoga di berkati dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dari Allah Taala. aamin.
Ayat Zikrullah ini memang sukar ditemui jika tidak menyelongkarnya. Kerana ianya tersembunyi.
Semoga informasi ini memberi manfaat kepada kita semua.
Assalamu'alaikum,terima kasih atas perkongsian saudara yang amat berharga ini,minta izin copy&paste nya terima kasih :)
Assalamu'alaikum,terima kasih atas perkongsian saudara yang amat bernilai ini,minta izin copy&paste nya semoga saudara mendapat rahmat dari Allah amin tq :)
Assalamu'alaikum saudara,saya berhasrat untuk copy&paste minta izin dan halal,semoga perkongsian saudara yang amat bernilai ini saudara mendapat rahmat dari Allah swt jua amin :) terima kasih saudara :)
minta izin dan halal copy&paste tq :)
Salam Aming dan tuan anonymous. Dipersilakan copy dan paste apa shj di blog hamba. Tak perlu minta izin ...kerana ini adalah ilmu Allah. Jikalau tuan amalkan zikir ini..InsyaAllah.....tuan akan cenderung melakukan kebaikan.
Salam Aming dan tuan anonymous. Dipersilakan copy dan paste apa shj di blog hamba. Tak perlu minta izin ...kerana ini adalah ilmu Allah. Jikalau tuan amalkan zikir ini..InsyaAllah.....tuan akan cenderung melakukan kebaikan.
Assalamualaikum izinkan hamba untuk mengamal ayat tersebut
Assalamualaikum izinkan hamba mengamal ayat yang di ambil dari blog ini
Waalaikumsalam Abd Rahim. Dipersilakan tuan. Semoga tuan dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan bagi sesiapa yang mengamalkan zikir ini.
Artikel ini asalnya terkandung dlm buku "The book of Sufi Healing' (Kitab al-Tibb al-Raubi as-Sufi). Diterjemah ke BM oleh Rozali Md Isa.
salam..sy mohon untuk diamalkan ayat tersebut..semoga pengkongsian mendatangkan barakah nya..
Post a Comment