Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jan 4, 2011

Bermulanya Era Penjajahan UMNO (Kerajaan Persekutuan) Di Selangor.

Assalamualaikum Wbr.


Khusrin memulakan tugas.di hari pertamanya...tanpa mengangkat sumpah.  Wah...mengalahkan Sultan. Tanpa angkat sumpah.

Perlantikkan Khusrin yang dibuat oleh SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dgn mempergunakan Sultan Selangor untuk dimohon perkenan dilihat sebagai usaha UMNO bagi menjajah negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

Ini samalah seperti meletakkan Residen British - JWW Birch di Perak suatu masa dahulu di Negeri-Negeri Selat ketika zaman Penjajahan British di Tanah Melayu di zaman Datuk Maharaja Lela.  Semasa itu Sultan tiada kuasa.

Perlu diingat……Sultan Selangor tidak mempunyai kuasa dalam melantik atau menolak perlantikkan yang dibuat oleh SPA.  Sila lihat kenyataan Sultan Selangor selepas Khalid Ibrahim mengadap Tuanku semalam. 

Abdul Khalid berkata, dalam pertemuan beliau dengan Sultan Selangor pagi semalam, baginda berpandangan baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon bagi memegang jawatan eksekutif berkenaan yang dicadangkan oleh SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) di bawah Kerajaan Persekutuan.

Ini adalah kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan Kuasa Kerajaan Persekutuan,” Katanya pada sidang media semalam.

UMNO menperalatkan Sultan untuk kesinambungan politik mereka.  Samalah dengan Patih Karma Wijaya yang memperalatkan Sultan untuk memfitnah Hang Tuah di era Zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu.

Kes ini berulang kembali di zaman ini dengan modus operandinya yang berbeza tetapi methodologinya adalah sama.

Panglima7
Heii...Khusrin !!!..... turun ngko..!!!  Ini Panglima7 laaa.......
Aku diperintahkan oleh Sultan untuk menghalau engkau keluar dari SUK.
Sanggup engkau menderhaka kepada Sultan dan Menteri Besar (dahulu – Bendahara).
Rakyat dan pemimpin Negeri Selangor tak sukakan ngko.  Ko sanggup duduk di kerusi SUK tu buat apa.!!  Kerana Pangkat dan kuasa....engkau sanggup menjadi lembu tunggangan UMNO.  Cisss...!!!  Nyahh ko dari situ...

Turun ngko Khusrinnnnnn....Khusrinnnnnn !!!!
Kalau ko tak mahu turun.....Panglima7 akan naik ke atas.   Tunjukkan Kejantanan ko Khusrin....
(Versi Panglima7 di ceduk dari Versi Hang Tuah Vs Hang Jebat)
Hahahaha.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara