Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Feb 26, 2012

Orang Pompuan Yang Menjaga Kehormatan Kena Hafal Doa Ini.

Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.

Bersama kita berkongsi ilmu.

Terdapat beberapa tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah, iaitu :-

DALAM sebutan rumi :

" BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM "

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

DALAM SEBUTAN RUMI : 
" ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM "

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. Fikirkanlah.


Panglima7
Dipetik dari http://mysyah-holiday.blogspot.com/
Read more...

Feb 25, 2012

Kalau Habuan Dunia Yang Ko Nak...Habuan Dunia lah yang Ko Dapat.

 Bismillahirrahmaanirrohimm...

Kalau ko nak cari kekayaan dan kemewahan...ianya bukan dalam Pas. M
ungkin dalam JATI tajaan UMNO... ada.

Assalamualaikum Wbr.

Aku teringat kata-kata almarhum Presiden PAS - Ustaz Fadzil Noor suatu masa dulu......



Hijrah seseorang itu berdasarkan niat masing-masing.  Kalau habuan dunia yang ko cari wahai Hassan...maka habuan dunia lah yang ko dapat.
Kalau benarlah JATI tuu....ditaja oleh UMNO dan kuncu-kuncunya dengan lambakan duit dan projek yang menyebabkan tujuh keturunan engkau makan tak habis jika UMNO BN menang pada pilihanraya akan datang....maka Hijrahmu adalah untuk itu.

Maka di akhirat kelak....ko dapat...Zerooo.

Panglima7
Read more...

Feb 24, 2012

Jangan Jadi... Qaf Lam Ya Nga


Assalamualaikum Wbr.

Harussani diingatkan jangan jadi macam Qaf Lam Ya Nga.  Baru kena sembur dengan Najib.....pasal isu Thaipusam terus jadi LIBERAL. Terus turning 360 darjah.  Baik tak payah jadi Mufti untuk umat Islam kalau macam nie.  Buat orang benci jer.  Jangankan benci...aku pun panas.

Panglima7
Ulama yang benar adalah mereka yang berani berkata benar di hadapan Penguasa yang Zalim.

NASEHAT PAS UNTUK MUFTI PERAK

PAS menegur cara Sohibus Samahah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengutip dan mengulas sesuatu berita. Sebagai seorang mufti, beliau tidak sepatutnya mengambil berita di tepi jalan yang tidak mempunyai sandaran yang sah atau tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu berita, lalu terus membuat ulasan.

Sebagai seorang mufti beliau sepatutnya berpegang dengan Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seseorang fasik membawa berita, maka hendaklah kamu menyiasat dahulu berita tersebut, agar tidak bertindak di atas kejahilan dan akhirnya akan membawa kepada kekesalan".

Banyak peristiwa dan kenyataan yang beliau ulas tidak mempunyai sandaran yang kukuh, dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja. Ini termasuklah dakwaan beliau bahawa lebih 200,000 umat Islam telah murtad, dakwaan bahawa Pulau Pinang tidak benarkan perarakan Maulid Nabi dan sebagainya.

Terbaru beliau cuba mengulas isu bai'ah, dalam keadaan beliau tidak memahami keadaan sebenar.

Ulasan beliau yang berbolak-balik adalah perkara biasa bagi yang mengikuti secara dekat kenyataan beliau.

Sebagai contoh, isu kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves - pada awalnya beliau menyerang PM dengan tuduhan syirik, rosak aqidah dan tidak mahu mendengar nasihat tiba-tiba bertukar kepada harus, dibolehkan dan tidak bercanggah.

Inilah yang menyebabkan ramai umat Islam berpendapat mufti seperti beliau, bukannya dirujuk oleh pemerintah sebelum sesuatu tindakan dibuat, sebaliknya dipergunakan untuk mencari dalil dan nas untuk menyokong sesuatu tindakan yang telah dibuat walaupun ia bercanggah dengan nilai Islam.

Demikian juga isu perjuangan bangsa dan raja-raja yang diulas bukan dari perspektif Islam. Kecintaan bangsa dan ketaatan kepada makhluk mempunyai batas sempadan yang sangat jelas. Tindakan beliau, dan disebabkan beliau adalah mufti negeri telah mengundang pelbagai kekeliruan di kalangan masyarakat umum. Keadaan ini jika berterusan akan menghilangkan thiqah masyarakat terhadap beliau dan dengan kedudukan beliau sebagai mufti, dan hal ini adalah satu tragedi yang sangat menyedihkan dan malang bagi beliau.

Demikian juga isu bai'ah dalam PAS. Bai'ah mempunyai nas dan sandaran yang kukuh dalam sejarah dan keilmuan Islam. Al Quran dan Hadis secara jelas membicarakan soal ba’iah. Samada sewaktu Perjanjian Aqabah, Hudaibiyah, dan lainnya membuktikan ba’iah ada asas kukuh.

PAS menggunakan kaedah bai'ah kepada calon yang mewakili parti agar tidak khianat kepada amanah yang diberi oleh rakyat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan Umno yang suka mengoncang iman lawannya dengan taburan duit.

Mereka yang telah memenangi kerusi samada DUN atau Parlimen mesti sedar ia menang di atas pilihan rakyat. Kalau selepas mereka menang lalu dengan tawaran jutaan ringgit akhirnya ia khianat dan lompat parti sehingga tumbang sesuatu kerajaan yang dipilih rakyat, apakah tindakan begini kita boleh terima dan dibenarkan syarak? Peristiwa perampasan kuasa di Perak, adakah Harussani berasa ini adalah perkara yang harus?

Kerana itu PAS membuat bai'ah kepada semua calon, sekiranya mereka menang atas tiket parti mereka dilarang lompat parti, keluar parti bahkan sekiranya dipecat dari parti mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi.

Kerana asas kemenangan mereka atas lambang parti yang diwakilinya. Tidak timbul soal perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Kerana dalam bai'ah itu, jelas dinyatakan ia tidak diwajibkan taat kepada perkara bertentangan dengan syarak.

Sepatutnya Harussani membaca meneliti dan melihat secara dekat matan bai'ah yang dibuat di dalam PAS, bukan dengan mendengar cakap-cakap mereka yang di luar atau dikeluarkan PAS.

Beliau harus ingat bai'ah dalam PAS disediakan oleh Majlis Syura yang terdiri dari para alim ulamak, bukan oleh DHPP atau dikutip di tepi jalan.

Soal akhirat memang ketentuan Allah, tetapi apa yang dijelaskan dalam bai'ah iakah sekiranya seseorang calon yang menang berba’iah dengan nama Allah lalu melanggari bai'ah tersebut, apakah salah kalau diingatkan mereka tentang azab Allah di akhirat?

Banyak hadis menggunakan kaedah ini, dan PAS kita menggunakan kaedah yang sama bagi memelihara perjuangan Islam yang menjadi asas perjuangan PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
23 Februari 2012

Read more...

Feb 22, 2012

Surah As-Sajdah & Surah Al Mulk : Surah Penyelamat


Bismillahirrahmaanirrohim.

Assalamualaikum Wbr.

Pantasnya masa berlalu.    
Hampir 14 tahun almarhum ayahandaku Mohd Diah Bin Naam…kembali ke rahmatullah.   Arwah bonda pula telah pergi 10 tahun lebih awal dari ayahandaku.  24hb Februari ini genaplah 29 tahun kepergian arwah kakakku yang mendahului kami semua.  Semoga ENGKAU mencucuri sebesar-besar rahmatmu ke atas roh-roh mereka ya Allah.  Ampuni dosa mereka dan tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Masih aku ingat lagi…….14 tahun yang lalu…….kira-kira  2 bulan selepas kembalinya arwah bapaku ke rahmatullah.  Pada malam itu, aku bermimpi yang aku sedang mandi.  Sejurus selepas selesai mandian aku telah di datangi beliau.  Masih terngiang-ngiang di telingaku

Arwah berkata kepadaku, “wahai anakku, hafalkanlah akan engkau Surah Al-Mulk, nescaya ia akan melindungimu di dalam kubur”.

Seumur hidup bapaku itu…..aku sentiasa mendengar dia membaca surah As-Sajdah, tak kira di mana…., di atas kenderaan  dan sering membawanya ketika mengimami makmum bersolat Subuh di pagi Jumaat.  Tatkala sampai ke ayat….” Wa ammallazii nafasakuu fama’ waa humunnaar.  Kullamaaaaa araa duuuuu aiyakh rujuu minhaaaaa u i duu fiihaa.  Wa qii lalahum zuu quu azaa bannaarillazii kuntumbihii tukazzibuun.   Wala nuzii qannahumm minal azaabil adnaa, duu nal azaa bil akbar laallahum yarjiuun.  As-Sajdah Ayat 20-21.

Dan adapun orang-orang yang fasik (kafir), maka tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak ke luar daripadanya, mereka dikembalikan (lagi) ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: "Rasakanlah siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya".  As-Sajdah Ayat 20

Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar).  As-Sajdah Ayat 21

Maka…berjurai-jurailah airmatanya keluar dengan teresak- esaknya…….menyebabkan makmum termasuk aku merasa sungguh sebak sesebak sebaknya.
Dan dia menggesa aku menghafal Surah As-Sajdah serta memberitahu kelebihan surah As-Sajdah ini.
Bila aku membaca….. dia mendengar dan membetulkan bacaanku.
Namun…..tiadalah pula aku mendengar beliau membaca surah Al-Mulk seperti kelaziman beliau membaca Surah As-Sajdah.
Walaubagaimanapun……2 bulan selepas pemergiannya 14 tahun yang lalu……dia datang dalam mimpiku…….menggesa aku menghafal pula surah Al-Mulk.  Allahu Akbar.!!!  
Menitis airmataku …..tatkala menulis entry ini.

Panglima7.
Mohon kurniaanmu Ya Allah ke atas kelebihan surah-surah ini untukku di alam barzah nanti.  

Read more...

Feb 16, 2012

Najib....Jangan Berdiri Di Tepi JURANG....Kesyirikan.

Bismillahirrahmaanirrohim...
Assalamualaikum Wbr.


Apa pun komen dan cakap Dr. Asri Zainal Abidin mengenai tindakan Najib menghadiri Sambutan Thaipusam...itu hanya pandangan Dr. Asri.   Bagi Panglima hanya satu sahaja :  Janganlah berdiri di tepi JURANG yang ada Api......kelak kamu dan rakyat (yang kurang ilmu agama) akan terpelecok ke dalamnya disambar Api.

Nabi SAW juga sebagai pemimpin pun... tidak pernah menghadiri majlis agama kaum kafirun di Kota Mekah dan Madinah.  Kenapa nak buat benda yang tak disuruh oleh agama.  Jangan kerana mengharapkan redha manusia...kemurkaan Allah yang datang.

Panglima7
DSAI pun sama.

Asri: Hadir Thaipusam boleh, tapi bersyarat

Bekas mufi Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata pemimpin Islam dibenarkan hadir ke sambutan perayaan bukan Islam, seperti yang dilakukan perdana menteri pada Sambutan Thaipusam baru-baru ini selagi mematuhi beberapa syarat.

Antaranya, kata Dr Asri (bawah), mereka tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang bentuk ritual, melibatkan aspek pakaian, perarakan dan tindakan yang menunjukkan tanda "restu" pada amalan agama lain.

"Tetapi sebagai pemimpin dan pentadbir (negara) hadir untuk memberi nasihat dibolehkan selagi tidak terlibat dengan disiplin dan ritual agama lain," katanya yang juga zamil pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.

"Cuma silapnya PM ini terlibat dalam upacara. Saya tak kata kufur. Mungkin beliau tidak diberikan pandangan jelas," katanya ditanya tentang pemakaian Najib pada hari itu.

Datuk Seri Najib Razak dan isteri pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.

Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan.

Pemimpin PAS, PKR pun terlibat

Tindakan itu - yang tidak pernah dilakukan dua perdana menteri sebelumnya - mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin agama, NGO Islam dan PAS.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan antara yang paling lantang dalam isu itu apabila meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Najib yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Asri berkata, larangan menghadiri sambutan keagamaan bukan Islam terhadap orang Islam bukan bersifat mutlak dan bergantung kepada keadaan.

Beliau menjelaskan, orang Islam awam kebanyakan secara jelas tidak dibenarkan terlibat manakala pegawai yang terlibat dengan urusan pentadbiran pada hari itu, seperti pegawai polis pula dibolehkan.

Mengulas gesaan Pemuda PAS yang mahukan fatwa jelas berhubung perkara itu, Dr Asri menasihatkan dewan itu tidak bersifat terlalu keras kerana pemimpin parti Islam itu juga terlibat dalam program seumpamanya, yang ditafsir sebagai "perayaan budaya".

"Jangan terlalu keras, esok kalau awak perintah pun awak tak boleh buat nanti," katanya lagi sambil mendakwa pemimpin PKR juga terlibat dalam program hampir sama.

Antara yang jelas, kata Dr Asri lagi, apabila terdapat pemimpin utama PAS terlibat hadir dalam majlis Buddha di Wat Siam tertentu.- Malaysiakini

Read more...

Feb 15, 2012

Kesenangan Di Dunia Hanyalah Kesenangan Yang Menipu


Bismillahirrahmaanirrohimm.



Firman Allah Taala "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat  sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185)



Read more...

Feb 14, 2012

Siapakah Yang Menidurkanmu ???


Bismillahirrahmaanirrohimm.




وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُم بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُم بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَى أَجَلٌ مُّسَمًّى ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
 Surah Al-An’aam  - Ayat 60.

Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan.  Surah Al-An’aam  - Ayat 60.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Panglima7

Read more...

Feb 13, 2012

Bidadari Bagi Mereka Yang "Mukaasyafatul Quluubi"


Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Ini pun dah kira cantik dah...Bidadari Syurga pula, tak terperi bandingan cantiknya.

Dalam sebuah hadith riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda :” Sesungguhnya apabila Allah SWT selesai menciptakan Jannatu Adnin (syurga Adnin), lalu telah dipanggil Malaikat Jibrail a.s. dan berfirman kepadanya :” Pergilah engkau dan lihatlah apa yang telah Aku ciptakan untuk para hambaKu dan para kekasihKu (para waliKu)”.

Jibrail AS pun pergi dan mengelilingi syurga Adnin itu, lalu ada seorang bidadari yang cantik jelita keluar dari sebuah istana megah datang mendekati Jibrail AS serta tersenyum simpul kepadanya. Serta merta syurga itu menjadi terang benderang dari sebab pengaruh sinar dua gigi serinya. Maka Malaikat Jibrail a.s bersujud kerana dia menganggap bahawa sinar itu dari cahaya Allah Tabaraka wa Taala yang Maha Perkasa.

Bidadari itu berseru :” Hai Jibrail AS, malaikat kepercayaan Allah, angkatlah kepalamu”. Ketika itu Malaikat Jibrail pun mengangkat kepalanya dan melihat kepada bidadari itu serta berkata dengan kekaguman:” Maha suci Allah yang telah menciptakan engkau (bidadari)”.

Kata bidadari itu:” Hai Jibrail, malaikat kepercayaan Allah, tahukah engkau untuk siapakah saya diciptakan?”

Kata Jibrail AS:” Untuk siapakah engkau diciptakan?”

Bidadari itu menjawab : ” Saya telah diciptakan untuk orang yang lebih mengutamakan keridhaan Allah Taala daripada hawa nafsunya”.(Mukaasyafatul Quluubi).

Hadith daripada Abu Said al Khudry RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:Perempuan-perempuan syurga (bidadari) itu betisnya kelihatan dibalik tujuh puluh (70) lapis pakaian sutera yang dikenakannya. Malah kelihatan sampai kesumsum tulang betisnya. Demikianlah Allah berfirman dalam Al Qur’an, bidadari itu seolah-olah batu permata yakut dan intan berlian yang berkilau-kilau. (Riwayat Tirmidzi).

Rasulullah SAW bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”

Dikatakan kecantikan isteri dunia (perempuan dunia yang solehah) sebenarnya 700 kali lebih cantik berbanding bidadari syurga. Jika kecantikan bidadari itu sendiri sudah tidak terperi, apatah lagi kecantikan isteri daripada kalangan perempuan dunia yang solehah.
Sumber : Puterablog

Panglima7
Semoga kita sentiasa berjaya mengalahkan nafsu.

Read more...

Feb 9, 2012

Dunia Diciptakan Untuk Menguji Manusia

Bismillahirrahmaanirrohimm.


Sesungguhnya Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa.

Tabarakallahi biyadihil mulk wahuwa ala kullisyain kadir.
Benar...!!!  Sesungguhnya dunia diciptakan Allah untuk menguji manusia...siapakah yang paling bertakwa.  Surah Al Mulk ayat 1 dan 2 menjelaskan.  Firman Allah SWT...

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير (1)     الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُور(2)ُ 

 "Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,(1)    Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (2)"

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh.
Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”

(Muslim)

Huraian:
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa apa-apa erti jika ia
tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
"Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada
orang lain". (Muslim)



Panglima7
Agak lama Panglima tak update blog.  Agak sibuk dengan mesyuarat Cawangan baru dan aktiviti hidup.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara