Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Dec 25, 2009

PR : Mulakan Gerak Kerja PRU13 Sekarang


Assalamualaikum Wbr.

Memang dah tiba masanya bagi PR mengorak langkah ke hadapan bagi merealisasikan Kemenangan memerintah Malaysia bukan satu mimpi. Gerak kerja kena dimulakan dari sekarang. Saya ulang....dari SEKARANG.

Segala perselisihan faham, pertelagahan perlu diselesaikan dengan segera. Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak.


Tapi kalau berselrak juga...apakan daya. Ubat itu pahit tapi itulah penyembuhannya.
Kalau perlu cantas pemimpin yang bermasalah, cantaskan sahaja agar kita tidak mendukung biawak hidup selama-lamanya.

Wassalam
Panglima7
Read more...

Dec 24, 2009

TIANG SERI Perlu Ditukar - PR Perlu Fokus


Assalamualaikum Wbr.

Pakatan Rakyat perlu fokus dalam menyelesaikan isu-isu dalaman yang banyak berlaku di sekeliling mereka. Lupakan sengketa yang berlaku diantara sesama sendiri. Dan menggunakan akhbar untuk menyuarakan ketidakpuasan hati. Inilah kelemahan PR.

UMNO & BN menggunakan dan memanupulasikan berita-berita sensasi ini dari mereka yang tidak berpuashati hingga menampakkan isu ini seolah-olah amat besar. Sedikit sebanyak merugikan PR dan menghilangkan sokongan masyarakat kepada PR.

Sebenarnya UMNO, MCA dan MIC dan Gerakan dah tenat. Bermacam-macam isu berlaku dikalangan mereka. PR perlu fokus menggunakan isu mereka ini bagi menumbangkan UMNO & BN dengan sekali punch. Seperti yang berlaku di Dewan Rakyat apabila Budget Negara kehilangan sokongan dari kalangan ADUN BN tetapi Malang, PR tidak menggunakan kesempatan ini dengan sebaik-baiknya bagi menumbangkan BN pada malam itu.

Gunakan isu UMNO menuntut Pengerusi Perhubungan BN di Pulau Pinang daripada Parti GERAKAN sebagai isu yang besar bukannya isu yang lalu didepan mata kemudian terus menghilang.
Isu ini jika dimainkan....sokongan masyarakat bukan Melayu terhadap UMNO & BN akan hanyut sehanyut hanyutnya.

Mudah-mudah rakyat masih tidak berganjak meyokong PR walaupun banyak isu-isu telah dimanupulasikan oleh UMNO dan BN terhadap kepimpinan lemah Khalid Ibrahim di Selangor, Isu menyorokkan fakta tanah oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang, Menantu Tok Guru Nik Aziz di kelantan.

Apapun PR terutamanya PAS sangat perlu dirasakan berbuat sesuatu bagi menggantikan Tiang Seri yang seakan reput dan tidak bermaya di Selangor dengan Tiang Seri yang lebih keras kayunya.


Dari Sudut
Pandangan Panglima 7
Read more...

Aug 13, 2009

Lim Guan Eng : Permintaan Melampau, Tiada Lagi Rundingan




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pihaknya tidak akan meneruskan lagi perbincangan dengan penduduk Kampung Buah Pala selepas mereka menolak jalan penyelesaian yang diusulkan kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri kesal para penduduk menolak tawaran rumah dua tingkat untuk setiap keluarga dan sebaliknya menuntut pihaknya membayar pampasan RM3.5 juta kepada mereka.

Walaupun kerajaan negeri memahami situasi yang dihadapi penduduk, namun tuntutan RM3.5 juta ini, kata Guan Eng, telah melampaui batas.

“Jangan membuat tuntutan yang berlebihan, kita menawarkan sebuah rumah teres dua tingkat ditempat asal mereka bernilai hampir RM600 ribu di Pulau Pinang.Mereka tiada peluang duduk di rumah teres dua tingkat, malah ramai rakyat di Pulau Pinang tidak mempunyai peluang sebegini.

“Sekarang mereka menuntut rumah yang bernilai RM3.5juta. Saya rasa kerajaan negeri telah buat apa yang mampu, kita serahkan kepada mereka untuk membuat pilihan. Kalau mereka tidak mahu, itu terpulang mereka mungkin mereka boleh mencari orang luar yang boleh menuntut sebuah rumah bernilai RM3.5juta,” katanya.

Guan Eng menambah rakyat Pulau Pinang telah mendengar hujah dan kenyataan dari semua pihak, yang menunjukkan penduduk kampung sering bertukar fikiran. Rundingan awal bersama penduduk yang menghasilkan persetujuan positif sebelum ini akhirnya terbantut dengan sikap sebegini.

Kampung Buah Pala bertitik-tolak dari penempatan tanah estet penjajah British, dan tanah penempatan ini diserahkan semula kepada kerajaan negeri Pulau Pinang sebaik-sahaja Malaya mengecapi Kemerdekaan.

Pihak kerajaan negeri bagaimanapun membenarkan penduduk Kampung Buah Pala menetap diatas tanah tersebut melalui Lesen Penempatan Sementara atau TOL.

Kerajaan BN menjual tanah Kampung Buah Pala kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang, yang kemudiannya mengikat kontrak dengan Nusmestro Ventures (P) Sdn Bhd untuk memajukan projek pangsapuri mewah di tanah terbabit.

Kes ini dibawa ke muka pengadilan, namun keputusan mahkamah memihak kepada pemaju. Selepas siri-siri tunjuk perasaan dan perbalahan, kerajaan negeri akhirnya campurtangan dan menawarkan cadangan supaya pemaju memperuntukkan sebahagian tanah itu untuk penempatan Kampung Buah Pala.

Dalam pada itu juga, penduduk ditawarkan rumah dua tingkat bernilai RM600,000 di negeri pulau yang semakin kesempitan tanah itu.

Penduduk menolak tawaran ini atas alasan rumah dua tingkat ini hanya akan siap dalam masa dua tahun, dan sementara menunggu kediaman baru mereka siap, mereka hilang punca tidak tahu menetap dimana.

Memburukkan lagi keadaan dengan campungan pihak-pihak tertentu. Isu Kampung Buah Pala bertukar panas apabila masalah ini menjadi perbalahan kaum selepas pemimpin Hindraf menuduh kerajaan negeri mahu menghapuskan apa yang mereka dakwa kampung warisan masyarakat India.

Kontroversi ini bertambah huru-hara apabila Hindraf beria-ira mahu membawa kes ini kepada Unesco supaya badan dunia itu menarik balik status Kotaraya Warisan yang dianugerahkan kepada Georgetown kerana membenarkan penempatan sementara ini diratakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa ia adalah susah untuk berunding dengan penduduk Kampung Buah Pala kerana mereka asyik menukar fikiran dan semalam Pengerusi Pertubuhan kampong tersebut membuat laporan polis terhadap beliau mengenai kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

MIC, yang turut beria-ria mendapatkan kembali keyakinan masyarakat India, menawarkan RM3.2 juta untuk membeli tanah itu dan menyerahkannya secara percuma kepada penduduk.

Kerajaan negeri, yang turut didesak supaya membeli tanah itu pada harga RM3.2 juta, bagaimanapun tidak mampu berbuat demikian kerana undang-undang menetapkan bahawa urusan tanah tidak boleh diuruskan sewenang-wenangnya, tidak sepertimana dibawah pemerintahan BN dahulu.

Nilai tanah Kampung Buah Pala dianggarkan mencecah RM100 juta ringgit.
Read more...

Jul 27, 2009

MIC Tak Rugi Apa-Apa - Betul Ke Samy ?




Assalamualaikum wbr..

Alhamdulillah dapat kita Bertemu Kembali...

Benarkah apa yang dikatakan oleh DS Samy Vellu bahawa MIC tidak kehilangan apa-apa setelah DS S Subramaniam, Naib Presiden Tertinggi parti itu berpaling tadah dengan menyertai PKR kelmarin..??? ha ha…

Seramai 1700 pengikutnya dari 10 cawangan di lembah klang akan mengikut jejak langkah beliau menyeberang ke PKR tidak lama lagi.

Apa pula yang tak rugi bagi MIC kalau 10 cawangan MIC jadi Cawangan PKR……dan berbondong-bondong pula yang isi borang PKR dan berbondong-bondong pula yangmenngundi PR dalam pilihanraya umum yang akan datang..InsyaAllah.

MIC sudah tak relevan selagi orang-orang yang tiada value masih berpaut pada jawatan yang sangat value itu.

Panglima7
Menulis…
Read more...

Mar 8, 2009

Blog Saya Alami Gangguan Teknikal. Harap Maklum

Assalamualaikum Wbr.

Para pengunjung yang dihormati. Maafkan Saya kerana tidak ke udara ke alam maya disebabkan gangguan teknikal yang tak dapat dijangka dan dielakkan. InsyaAllah akan ke udara dalam masa yang terdekat dengan isu-isu semasa yang panas-panas.

Salam Mawaddah untuk semua.
Panglima 7
Read more...

Feb 26, 2009

Gelora Di Selangor Mulai Reda

Assalammualaikum Wbr.

Pandangan Sultan Selangor - Sultan Sharafuddin Idris Shah akan kemelut yang berlaku di Selangor mengenai Lembu dan Lexus oleh TS Khalid Ibrahim dan Gambar Separa Bogel Elizabeth Wong seakan mengakhiri kemelut Di Selangor.

PR mungkin boleh menarik nafas lega atas nasihat dan pandangan Sultan ini. Sultan Selangor melahirkan keyakinan atas apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh TS Khalid dan percaya ia dibuat secara adil dan bijaksana dengan mengambilkira kepentingan rakyat. Bagaimanapun Tuanku melahirkan rasa dukacita atas apa yang berlaku kepada Elizabeth Wong. Baginda tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi dan isu lembu korban dianggap sebagai satu usaha kebajikan.

Pandangan dan nasihat Sultan ini sekaligus memusnahkan niat jahat Khir Toyo dalam menghuru harakan Kerajaan Pimpinan TS Khalid Ibrahim. Begitu juga dengan SPRM yang telah dihadiahkan dengan seekor lembu oleh AMK & PR Selangor sebagai lambang...BxBxx..Lu pikirlah sendiri.

Pada pandangan Panglima, apa pun TS Khalid perlu berhati-hati di masa hadapan agar tidak mengikut rentak dan perjalanan UMNO yang mentadbir Selangor dahulu. Mereka dahulu pun pernah menderma lembu bila tiba Hari Raya korban dan ketika pilihanraya, maka mereka tahu cara-cara memerangkap MB TS Khalid.

Masihkah ingat lagi bila Pilihanraya di Lunas dulu, mereka (UMNO & BN) menderma 40 ekor Unta yang diangkut melalui kontena ke Lunas ???? kenapa tak dipersoalkan dari mana datangnya duit bagi membeli 40 ekor unta Australia itu...?


Panglima7 Wrote.
Read more...

Feb 24, 2009

Ibrahim Ali lah Racun Kepada PR

Assalamualaikum wbr.

Membaca akhbar hari ini membuatkan saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di sini. Ini berkenaan isu Ibrahim Ali yang mengatakan "Saya Tidak Mahu Jadi Racun".

TG Nik Aziz suruh letak jawatan pun tak mahu....masuk UMNO pun tak mahu, kemudian tak mahu jadi racun dan cuba bodek TG Nik Aziz agar panjang umur. Sebenarnya dia lah yang menjadi Racun kepada Pas dan PR yang lain. Apa komen saudara?

Panglima7
Read more...

Hulurkan Bantuan : Rumah Anak Yatim Dengkil

SEBUAH RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BARU AKAN DIBUKA DI TAMAN BAIDURI, DENGKIL

Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (nama ‘Taman Baiduri’ digunakan untuk sementara sehingga nama sebenar diluluskan oleh ROS) akan dibuka pada Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan di No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, Dengkil.

Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian. Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adik-beradik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini.

Rumah ini diwujudkan atas keprihatinan dan usaha untuk melihat anak-anak ini melalui zaman kanak-kanak dengan sihat dan sejahtera, memberi peluang kepada mereka membesar dengan sempurna dan menyelamatkan mereka dari sebarang bentuk gejala sosial akibat kesengsaraan dan tekanan hidup.

Dalam hal ini, kemampuan kami agak terbatas. Jadi, kami memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakan usaha ini. Sehubungan itu, kami amat berharap dan berterima kasih sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang mampu demi anak-anak ini. Berikut disenaraikan barangan keperluan untuk anak-anak yatim/miskin dan rumah tersebut:

Item Kuantiti
1 Al-Quran resam Uthmani 20
2 Muqqadam / Iqra’ 20
3 Surah Yasin 20
4 Sejadah 20
5 Rehal 20
6 Kain pelikat 16
7 Songkok 16
8 Buku cerita dan buku latihan
9 Rak buku 5
10 Pakaian sekolah (Baju, seluar, stokin & Kasut) 16
11 Peralatan sekolah (beg, bekas bekal & alatulis) 16
12 Pakaian harian 16
13 Almari pakaian 16
14 Katil double decker 8
15 Tilam 20
16 Bantal 20
17 Selimut 20
18 Kipas dinding 8
19 Lampu kalimantang 10
20 Dapur gas 1
21 Pinggan plastik, senduk, sudu & gelas plastik 20
22 Ampaian kain 1
23 Beras, gula, tepung, minyak masak
24 Barangan kering & rempah
* Kami juga menerima barangan atau pakaian terpakai yang masih elok untuk digunakan.


Rumah ini akan mula dibaikpulih pada pertengahan Januari 2009 untuk membaiki paip dan dinding yang bocor, lantai yang pecah termasuk membina tempat wuduk dan tembok di bahagian belakang rumah sebelum anak-anak ini masuk pada Mac 2009.

Sekiranya Tuan/Puan berhasrat untuk memberi sumbangan atau mengetahui lebih lanjut tentang rumah anak-anak yatim ini, sila hubungi:

En. Mohd Shukry Md Latar 019-6539701 shukry_latar@yahoo.com
Ust. Helmi Jamaludin 012-5774873 solehin_ioa@yahoo.com.my
Dr. Haji Lukman Z. Mohamad 012-2904873 lukmanzm@hotmail.com

Segala sokongan, sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh Tuan/Puan dalam menjayakan usaha ini didahulukan dengan ucapan jazakullah khairan khatiran dan berbanyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Yang Benar,

En. Mohd Shukry Md Latar
Pengerusi
Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri
No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, 43800 Dengkil, Selangor

p.s. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan yang ingin membuat amal jariah.

posted by
Panglima7
Read more...

Feb 22, 2009

SPRM Memang Pengkhianat dan Perosak Negara.

Assalamualaikum Wbr.

Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa SPRM walaupun disolekkan dengan wajah baru yang dulunya BPR dan kini mula dikenali Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, namun orang-orangnya tetap sama dalam BPR dulu.

Suruhanjaya inilah yang memang telah di UMNO kan atau diperkudakan apabila institusi ini berhadapan dengan laporan-laporan rasuah kerajaan pimpinan UMNO.

Apabila timbulnya penyalahgunaan Kuasa MB Selangor TS Khalid Ibrahim...wah dengan hebat dan pantasnya SPRM ini mengisytiharkan kononnya memiliki bukti-bukti yang kukuh bagi menyokong dakwaan tersebut. Tahniah.. cukup pantas beliau memiliki bukti-bukti yang boleh menyokong dakwaan tersebut.

Tetapi bilamana, Pakatan Rakyat membuat berpuluh-puluh laporan mengenai rasuah UMNO bagi menarik ADUN PR ke dalam BN...terus senyap dan sunyi dari SPRM tanpa sebarang tindakan pun yang diterima. Ada kes di mana telah bertahun-tahun rakyat menunggu siasatan BPR tapi hingga kini walaupun sudah disolek namun hampas dengan jawapan.

Baru-baru ini, ADUN Hutan Melintang, Perak dari PR mendakwa telah ditawarkan RM20 juta beserta jawatan Exco oleh Barisan Nasional jika beliau melompat Parti.

S. Kesavan ADUN Hutan Melintang mendedahkan, beliau didatangi seorang ADUN juga dari PR pada pertengahan Januari lalu untuk memujuknya sama-sama menyertai BN namun menolak tawaran tersebut kerana menganggap perbuatan tersebut sebagai tidak bermoral. Tetapi rakannya bertindak melompat Parti.

Beliau juga di datangi dua ejen BN yan menawarkan wang yang banyak sebagai ganjaran berbuat demikian (Lompat Parti.)
Laporan telahpun dibuat kepada pihak polis dan SPRM dan keterangan telah pun diambil.
Katanya lagi, pihak berkenaan turut menjanjikan imbuhan RM3 juta kepada pembantunya jika berjaya memujuk beliau keluar dari PR.

Tapi hingga ke hari ini....dimana siasatan SPRM.??? Memang dasar kuda tunggangan. Kamu SPRM ditubuhkan adalah untuk menutup Rasuah UMNO BUKANNYA untuk mencegah Rasuah mereka. Menag Layak kamu digelar Pengkhianat kepada Bangsa dan Negara. Suatu hari nanti tidak heranlah Malaysia akan jadi seperti Indonesia dengan kadar rasuah yang tinggi dan secara terang-terangan. Penghancur bangsa dan masyarakat. Kewujudan kamu merosakkan nilai-nilai moral apabila spesis manusia lalang ini duduk di dalamnya.
Panglima 7 Menulis.
Read more...

Feb 19, 2009

Keadaan Politik Di Perak Tambah Kalut – Semua Exco Kerajaan BN Digantung

Keadaan Politik Di Perak Bertambah Kalut – Serahkan Kuasa Kepada Rakyat

Assalamualaikum Wbr.

Makin kita mengikuti perkembangan politik di Perak, semakin panas dan membuak-buak perasaan agar kuasa pemerintahan secara haram oleh UMNO dan BN diserahkan kepada Rakyat bagi membuat perhitungan.

Dengan apa yang berlaku semalam menjadikan suasana politik di Perak bertambah panas dan kacau bilau apabila Speaker DUN Perak semalam, V. Sivakumar menggantung MB yang haram, Zamry Abd Kadir dan kesemua enam exco haramnya kerana didapati menghina Dewan Undangan Negeri Perak.

Apa nak jadi Kerajaan Haram BN Perak, macammana nak memerintah dan bersidang juga bagi memutuskan agenda dan pembangunan rakyat kalau digantung paling lama 18 bulan – setahun setengah..
Itulah….kalau ambil apa pun secara haram, semuanya serba tidak menjadi dan tidak berkat. Ini semua angkara Najib yang sekarang sedang terperangkap dengan perbuatan sendiri.

Saya sangat setuju dengan bacaan politik semasa dari Professor Dr. Hamirdin Ithnin dengan perkara ini. Ingin berita lanjut sila klik di sini

Panglima7
Read more...

Feb 18, 2009

Jika Benar - KJ - Diminta Letak Jawatan.







Assalamualaikum Wbr.


Saya ada terima email dari rakan non-muslim, bunyinya seperti berikut.
HOW CAN MALAYS DRINK ? HARAM ? WE ask Khairy to step down as MP ! Begitu bunyi email dari orang-orang non muslim. bagaimana seorang Melayu yang beragama Islam lagi Hadhari lagi...boleh meneguk air terlarang tersebut.
Kalau KJ yang merupakan ADUN dan Naib Ketua Pemuda UMNO meneguk air setan ni...sangat molek baginya meletakkan semua Jawatannya. Begitulah lebih kurangnya kalau nak elaboratekan email tersebut.

Apa pun saya serahkan pada saudara-saudara bagi melihat kebenaran gambar ini. Adakah ianya benar KJ atau pun fake or super-impose.

Wallahualam
Panglima 7.
Read more...

Probably My Last Message To Malaysians - Raja Petra Kamarudin





Message From Raja Petra

This country needs major political, economic and social reforms. The next
two years are going to be most trying years indeed. And expect a snap
general election within 18 months of Najib taking over if he does take
over on 1 April 2009.

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

Tomorrow, I will probably be detained under the Internal Security Act.
Anyhow, before we talk about that, let me start by giving you my prediction
for the two by-elections scheduled for early April.

In 2004, BN won the Bukit Selambau state seat with a majority of 7,695
votes and in 2008 they lost it with a majority of 2,362 votes. (See the
chart below). In the coming by-election, I forecast a voter turnout of
around 26,000 and a majority of 3,500-4,500 for the opposition.

For the Bukit Gantang parliament seat, in 2004 Barisan Nasional won with a
majority of 8,888 and in 2008 it lost with a majority of 1,566. (See
chart below). This time around, the voter turnout will be roughly 42,000 and
the opposition will win that seat with a majority of 5,000-8,000 votes.
Okay, I am forecasting this even before I know who the candidates are.
Well, I have no choice. On Tuesday, 17 February 2009, the Federal Court
is due to hear the appeal against my release from Internal Security Act
detention and I really do not know what the outcome is going to be.
Chances are, I have but 24 hours left as a free man and if I do not write this
article today I never will.

On 7 November 2008, the Shah Alam High Court ordered my release from
detention. The government has appealed this decision although it did not
see the need to appeal the decision of the Shah Alam High Court
acquitting Abdul Razak Baginda of the charge of murder without his defence being
called.
I was in court last week to witness the performance of the three judges
and what I saw did not give me much confidence. First of all, we asked for a
quorum of seven judges, or at least five. But the court turned us down
and fixed a quorum of only three judges. And two of the three judges appear
to be hostile towards us from the word 'go'. It looks like my fate has been
sealed even before the case goes to court.

Anyway, I know for a fact that it was not Prime Minister Abdullah Ahmad
Badawi who ordered my detention. He was not even aware I had been
detained.
The order came from Deputy Prime Minister Najib Tun Razak and since I am
bent on making sure he never becomes Prime Minister on 1 April 2009 I
really do not blame him for wanting to get me out of the way.

My friends and family want me to leave the country and to seek political
asylum in another country. They feel I can still continue with the
struggle
in a foreign land. But I am against that as much as my wife pleads that I
consider this. I am no quitter and I do not run. I shall stay and fight
till the very end even if that is the last thing I do.

If I have to lose my freedom so be it. That is the price we pay for
opposing the powers-that-be. But I shall not go quietly or make any deals
to secure my release with those who walk in the corridors of power.

I was given an option. Take the money and become rich or go to jail. I
refused the money and instead chose jail. This is my choice and no one
can convince me to do otherwise. No doubt I will have to pay for this and it
will be a heavy price that I shall have to pay. But this is the price of
the struggle and the price does not come cheap.

I shall not submit. I shall resist till the end. I stand on right and I
oppose what is wrong. Amar makruf, nahi munkar, as Islam would say. We
must uphold right and oppose wrong. That is not only the Islamic way but also
the way of all religions. And even atheists believe in this, so you need
not believe in God to subscribe to the concept of amar makruf, nahi
munkar.

Over thousands of years countless people have met their deaths just
because they stood on the side of right. What I have chosen to do has been done
by so many who are now nameless and faceless. So it is nothing so special
that I do which has not been done before.

My resistance will continue. But I will have to continue my resistance
behind the barbwire fences of the Kamunting Detention Centre. It will now
be up to you, those who are free, to continue where I left off.

My resistance, however, will have to take on a new form. I will no longer
be able to write or speak at ceramahs. My voice has now been silenced.
But I can still speak the words of silence, which will be my new form of
resistance.
I shall no longer open my mouth or utter one word during my detention. I
shall maintain the silence of a mute person. I shall not sign any
documents of the so many documents that they make you sign when under detention. My
signature is not going to be placed on a single shred of paper.

By doing so would mean none of my family members or lawyers would have
access to me. Yes, that is the price I shall pay for 'not cooperating'. I
know this and I am prepared for it.

I shall refuse all medical treatment and visits to the hospital. I shall
refuse to accept any food and water supplied by the Kamunting
authorities.
I shall refuse to leave my cell or to meet any of the prison authorities.
In short, I shall shut myself out from the world and keep to my own world
of my eight feet square cell.

This action will mean I shall survive at the most seven to eight days. By
the end of that period I shall be dead. I am prepared for that. They plan
to imprison my body for the rest of my life. But I shall release my
spirit from my body and will again be free. They can keep my body and they can
do whatever they want with it. But they will never be able to keep my
spirit.
I shall separate my spirit from my body and deny them the pleasure of
incarcerating me.

This is a decision I have taken and no one can make me change my mind.
And this is probably the last article of mine that you shall read if they
send me to Kamunting tomorrow. Keep the struggle going. I shall no longer be
able to join you in that struggle. The work is far from finished. This
country needs major political, economic and social reforms. The next two years are going to be most trying years indeed. And expect a snap general
election within 18 months of Najib taking over if he does take over on 1
April 2009.

I lay down my life for this nation of ours called Malaysia. I will
sacrifice myself for the sake of the struggle. There is very little left
I can give at this point of time other than my life. For those who stood by
me all these years, I thank you from the bottom of my heart. I go with a
heavy heart. But my heart is heavy only because I have but one life to
give.

Death is not the end. Death is but the beginning. It is the beginning of
a new journey that none of us can escape and will one day embark upon. It
is not something to be sad about. It is something to rejoice.

Please continue your struggle to make Malaysia a better place for our
future generation. This country belongs to them and it is for them that
we struggle. For some of us, our time is already almost up. We do not have
many years left. Many have gone before us. Many friends who started out
with us in 1998 are no longer around. But they left this world in the
hope that one day Malaysia will be the country that we dream it would be. And
that, too, must be our dream.

I pray and hope that the Putrajaya Federal Court will uphold the decision
of the Shah Alam High Court to free me from ISA detention. But if it
reverses that decision then we must be prepared for that as well. And if
the Federal Court does what I fear it will do, goodbye Malaysians, my
comrade-in-arms. We shall meet again, one day, although not in this world
but the next.

Posted by Panglima 7
Read more...

Feb 16, 2009

Sandiwara UMNO. Hampir Setiap Hari Nak Bodek Sultan.

Assalamualaikum Wbr.

Agak keji dan jelek apabila melihat UMNO dan penyokong-penyokongnya hampir diseluruh Negara berdemonstrasi serta berpakaian bagai pahlawan Melayu bagi menunjukkan Kesetiaan dan sokongan mereka kepada Sultan. Kesetiaan pada Raja dan Sultan bukannya murah dan boleh didapati di tepi-tepi jalan raya. Itu bukan kesetiaan itu nak membodek. Kesetiaan hendaklah sesuatu yang dilafazkan oleh lidah, dan dibenarkan dalam hati dan dilakukan dengan perbuatan.

Apakah ini semuanya sandiwara UMNo yang memang terkenal dalam apa jua sandiwara sebelumnya. Umum mungkin tak akan lupa dan memang sampai mati pun tak akan lupa apabila UMNO Terengganu pernah berdemonstrasi dan memasang banner yang demikian bunyi kepada Sultan Terengganu . “ Aku mahu Idris Jusoh NATANG ”. Natang dalam loghat Terengganu yang membawa maksud binatang.

Inilah bahasa yang paling kurang ajar dan keterlaluan melampau atau PENDERHAKAAN yang Terang-terangan dilakukan oleh UMNO terhadap Sultan Terengganu yang sekarang ini adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung ketika menghadapi krisis dalam pemilihan Menteri Besar Trengganu awal tahun lalu.

Kenapa Media sorokkan isu Penderhakaan UMNO ini..????? Kenapa bias...!!! Kenapa Sultan-Sultan lain tidak murka atau melenting ???
Sultan perlulah adil, berpihak kepada rakyat dan bukannya memihak kepada parti.

Apabila berlaku kejadian di Perak....Siapakah yang harus dipersalahkan ??
Apabila UMNO menunjukkan kesetiaannya kepada Sultan dan Raja di jalan-jalan raya sejak minggu lalu hingga ke hari ini….maka kesetiaan itu menjadi tidak bermakna, HAMPAS melainkan SANDIWARA SEMASA bagi mendapatkan kuasa dengan berselindung dibelakang Sultan. Ini politik murahan.

Panglima 7
Read more...

Feb 14, 2009

Mukhriz Mengigau Di Siang Hari

Assalamualaikum Wbr.

Panglima tak paham mengapa anak Che det nie tiba-tiba macam orang kena sampuk merayu-rayu agar PAS menyertai UMNO & BN. Apa dah buang tebiat agaknya.

Pas bukanlah parti yang boleh dirayu. Betulkan iktiqad dan aqidah serta pegangan UMNO terlebih dahulu sebelum mempelawa PAS menyertai UMNO atau BN. Macam budak-budak perangai.

Terima dulu ISLAM secara Total bukan ambil separuh-separuh. Tang kutip zakat....yang menguntungkan UMNO, UMNO gunakan hukum dan ayat dalam Al-Quran....Tang hukum pemerintahan dalam Al-Quran, UMNO pi takut-takutkan orang melayu dan cina dan kemudian ditentang habis-habisan.

Wahai Mukhriz, kami bukan seperti kamu - UMNO, atau pun Parti Keadilan yang tiada connection antara Parti dan Hari Akhirat. Kami adalah Parti Islam Semalaysia (PAS)yang bertunjangkan Al_Quran dan As-Sunnah sebagai matlamat kami. Pemerintahan kami bukan hanya untuk kehidupan dunia sahaja tetapi untuk bekalan Hari Akhirat.

Sekiranya perkara ini di tolak jauh-jauh oleh UMNO sejak awal penubuhannya...jangan mimpilah nak pertemukan PAS dengan UMNO. Ibarat air dengan minyak tak akan bersatu.

Panglima7.
Read more...

Feb 13, 2009

Siapa Yang Terang-Terangan Gila Kuasa.?

Assalamualaikum Wbr.

Apabila UMNO & BN mengenepikan Undang-undang dan Perlembagaan negara dalam merampas kuasa di Perak maka sudah terang lagi bersuluh bahawa Parti ini memang GILA KUASA. Bukannya mereka nak BELA MELAYU. Merampas kuasa secara rakus dan memperalatkan Sultan bagi mencapai maksud mereka.

Mereka mempergunakan KDN bagi menyekat pengedaran Harakah dan Suara Keadilan dari sampai ke tangan Rakyat agar rakyat tidak mengetahui akan isu sebenar perampasan kuasa ini dan mencanang-canangkan isu derhaka.

Kalau rakyat khususnya di Perak tak pahem-pahem...tak tahulah lagu mana nak cakap lagi.

Panglima7.
Read more...

Feb 12, 2009

Peguam Negara Membisu - Sultan Tiada Kuasa Memecat Menteri Besar

Assalamualaikum Wbr

Pagi tadi di radio IKIM FM, sewaktu menjawab soalan salah seorang pemanggil, Prof Aziz Bari Pensyarah IIUM (pakar perlembagaan) menyatakan dengan jelas bahawa tiada "PERUNTUKAN UNDANG UNDANG" yang dapat menyelesaikan krisis perlembagaan di Perak.Beliau turut menjelaskan bahawa tiada kuasa yang diberikan kepada sultan untuk memecat MB sekalipun sultan mempunyai kuasa untuk memecat Exco dengan NASIHAT MENTERI BESAR.Prof Aziz walaubagaimanapun menghuraikan bahawa kuasa melantik dan memecat Exco terletak sepenuhnya kepada Menteri Besar tetapi sultan mempunyai kuasa memecat sekiranya dinasihati oleh Menteri Besar.
Dengan kata kata lain sultan sebenarnya tidak mempunyai kuasa penuh tetapi kuasa yang ada bersandar kepada nasihat Menteri Besar sahaja.Ini juga bermakna sultan tidak sepatutnya mendengar nasihat orang orang selain menteri besar dalam menjalankan kuasanya.

Persoalan ini membawa kepada satu kefahaman yang terang dan jelas kepada semua rakyat ia itu pemecatan MB Perak oleh sultan Perak tidak sah dan perlantikan MB baru beserta barisan Exconya menjadi haram dari sudut perundangan dan perlembagaan negara.Tidak ada keraguan mengenai perkara ini dan sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berpaksikan perlembagaan, seharusnya semua pihak terutama kerajaan persekutuan yang menguruskan negara mematuhi keperluan perlembagaan ini dalam menentukan apa jua perkara yang berkaitan urustadbir negara atau negeri.Begitu juga sultan, seharusnya melihat kedudukan baginda dalam perlembagaan negeri dan negara sebelum mengeluarkan apa apa titah.Sultan seharusnya menerima hakikat bahawa kuasa mutlak sudah lama berlalu, sebaliknya harus memahami kedudukan baginda dalam sistem raja berpelembagaan.

Hal ini menjurus kepada kefahaman bahawa seseorang yang menolak titah sultan yang tidak mengikut lunas lunas undang undang dan perlembagaan tidak harus dianggap penderhaka seperti laksamana Hang Jebat atau Laksamana Bentan.Raja adalah kebal dari undang undang negara tetapi tidak kebal kepada perlembagaan negara selain tidak juga kebal dalam hal hal peribadi kerana boleh dibicarakan dalam mahkamah Khas.Bermakna seorang sultan yang bertindak melampaui batas batas perlembagaan tidak seharusnya ditaati lagi atau dengan kata kata lain, perlembagaan negara memberi laluan kepada setiap rakyat untuk mengengkari titah yang tidak menurut perlembagaan dan ianya tidak dianggap derhaka dari penafsiran perlembagaan.

Perkara inilah yang sedang dipertahankan oleh Ir.Nizar dan beliau mendapat sokongan dari seluruh kepimpinan PR serta sebahagian besar rakyat jelata.Kini Ir Nizar menuntut haknya yang telah dirampas dengan kejam oleh sultan dan barisan kepimpinan tertinggi negara.Perkara inilah yang seharusnya disedari terutama oleh pengamal undang undang yang diberi mandat dan kuasa seperti peguam negara dan menteri yang bertanggungjawab menjaga undang undang.

Agak pelik bilamana peguam negara membisu dan menteri terbabit menghilangkan diri dalam krisis Perak ini. Merekalah sepatutnya menjadi juara dalam mempertahankan kebenaran dan menegakkan keadilan di bumi Perak.

Dipetik Dari Sumber Dalaman

Panglima7
Read more...

Feb 11, 2009

Pro & Kon -DS Nizar Bertanding Di P. Bukit Gantang

Assalamualaikum Wbr.

Ramai yang mencadangkan agar Menteri Besar Perak DS Nizar untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Pada permulaannya Panglima memang bersetuju tetapi setelah difikir-fikirkan ada pro dan kontra sekiranya PR mencalonkan beliau bertanding di situ.

Di antara kebaikan (Pro) jika mencalonkan DS Nizar bertanding di Bukit Gantang.
1. Akan menaikkan sokongan ke atas PR lebih-lebih lagi dengan isu rampasan kuasa secara haram oleh UMNO & BN.
2. Memungkin PR menang dalam pilihanraya kecil ini.

Di antara keburukan (Kon) jika mencalonkan DS Nizar bertanding di Bukit Gantang.1. UMNO akan menngunakan isu derhaka terhadap beliau dengan menggunakan apa jua saluran media.
2. Sekiranya beliau kalah maka UMNO & BN akan memanipulasikan kekalahan PR ini dengan isu Tumbangnya Kerajaan PR di Perak. Sedangkan Kerajaan yang ditubuhkan oleh UMNO di Perak sendiri adalah Kerajaan Haram.
3. UMNO menggunakan isu ini dan memaksa DS Nizar meletakkan jawatannya sebagai MB sebagai jawapan kekalahan PR di Bukit Gantang. Sedangkan beliau masih MB yang sah yang dipilih oleh Rakyat.

Mengikut perkiraan, moleklah sekiranya calon Parlimen Bukit Gantang dipilih selain dari DS Nizar. Apa pun rakyat Perak akan memilih Parti berbanding calon untuk pilihanraya kali ini. Calon yang terbaik adalah bonus bagi kemenangan di Bukit Gantang.

Panglima7.
Read more...

Feb 10, 2009

Isu Derhaka Ditimbulkan BN Bagi Menutup Pemerintahan Haram

Assalamualaikum Wbr.

Boleh dikatakan saban hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan isu derhaka ini yang diputarkan di mana-mana ceruk media, ianya diulang-ulang dan ditayangkan berpuluh-puluh kali sepanjang hari dan malam dan ditambah lagi dengan kiriman email atau pesanan sms bagi memantapkan lagi serangan demi serangan ke atas Pakatan Rakyat.

Mengapa ini terjadi ???
Bukankah apabila isu derhaka ini diketengahkan maka isu pendudukan secara haram kerusi-kerusi exco Kerajaan Negeri Perak akan tidak kedengaran. Semua peringkat dari pimpinan tertinggi hingga peringkat bawahan bercakap mengenai isu yang sama hingga ke demonstrasi jalanan oleh pengkhianat Melayu.

Tapi pihak berkuasa tempatan tidak pula memperuahkan atau mengendahkan demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh Umno & BN ini sehingga perjalanan lalu-lintas menjadi pincang. Tapi sekiranya demonstrasi ini dijalankan dari pihak PR maka bertrak-trak Polis putih dan merah akan berusaha menggagalkannya.

Inilah mainan politik Pengkhianat Melayu UMNO & BN.
Bagi membetulkan semula informasi salah yang diputarbelitkan oleh UMNO & BN kepada rakyat, dan bagi mengelakkan rakyat terkeliru dan ditipu oleh media yang dipergunakan oleh BN, maka tiada alternative lain yang bias dilakukan melainkan dengan penyampaian ceramah-ceramah oleh pimpinan tertinggi PR.

Tapi malangnya penyebaran informasi ini digunakan oleh UMNO dan BN dengan menghantar pasukan FRU dan polis bagi menggempur ceramah-ceramah pimpinan PR.

Aduhai…..demokrasi ala apa ini.
Tepuk dada Tanya diri anda sendiri…….Inikah UMNO & BN yang anda sokong dulu, kini dan selamanya.

Panglima7
Read more...

Feb 9, 2009

Tindakan Tidak Berakhlak Mempercepatkan MAUT Kepada UMNO & BN.

Assalamualaikum Wbr.

Mengikut analisis politik lompatan 3 bekas ADUN PR adalah penipuan kerana mereka (3 adun, UMNO & BN) memikirkan rakyat adalah bodoh.

Panglima ingin bertanya, bagaimana seorang wakil rakyat begitu mudah melompat parti.?? Perbuatan itu jelas melanggar proses demokrasi. Hampir semua rakyat tidak menyokong tindakan UMNO & BN ini dalam mengambil alih kerajaan melalui cara yang salah.
Pendapat Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh haruslah diambil kira oleh pemimpin UMNO yang berkali-kali menyuarakan Pandangan bahawa nereka serius dalam membuat reformasi sebagai jawapan kepada suara rakyat melalui Pilihanraya Umum Mac lalu dan juga PRK di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

UMNO juga menghalalkan tindakannya dengan berkata apa yang mereka lakukan adalah jawapan kepada apa yang DS Anwar lakukan.

Ertinya, kalau perbuatan Anwar itu tidak bermoral, UMNO juga akan melakukan perbuatan itu. Sungguhpun lompatan oleh ADUN Bota ke PKR itu dilihat sebagai sesuatu yang buruk dimulakan DS Anwar, ia masih tidak sama pada persepsi rakyat dengan apa yang dilakukan UMNO.

ADUN Bota melakukan loncatan secara terbuka dan bebas bergerak selepas itu. Lompatannya tidak dibaca sebagai sesuatu untuk mengejar faedah kerana DS Anwar tidak mempunyai banyak umpan. Tetapi, lompatan 2 ADUN PKR itu berlaku dengan penuh misteri. Mereka hilang dan bersembunyi hingga ke hari ini. Apa yang mendorong mereka melompat ??? Kerana Jawatan ?? Bukan. Kerana mereka berdua telah pun memiliki jawatan EXCO dan itu pun jawatan yang paling tinggi boleh diberikan kepada mereka. Menjadi MB adalah tidak mungkin kerana salah seorang daripada mereka hanyalah mantan seorang posmen.

Duit..? juga tidak mungkin kerana sudah lama mereka diasak dengan habuan tersebut. tetapi mereka menolaknya. Persepsi orang ramai adalah tuduhan RASUAH SEKS yang dikenakan ke atas mereka. Itu dia jawapannya.

Kalau itulah, maka yang akan terjejas nanti bukan sahaja UMNO sepertimana kata Tengku Razaleigh dan TUN Mahathir; yang akan menerima padah, tetapi keseluruhan parti dan agensi kerajaan. Jika ini benar, BN akan menerima kesan paling buruk dalam sejarah politiknya yang memungkinkan ia menerima ajal.

BN dalam dilema, Kalau tuduhan ke atas dua orang YB ini ditarikbalik atas apa alasan sekalipun, andaian orang ramai itu adalah camputangan UMNO dan BN. Kehakiman akan dipandang serong.

Tetapi kalau 2 orang ini didapati bersalah dan didenda melebihi RM2000 atau 2 tahun penjara, Kerajaan UMNO & BN Perak akan TUMBANG kerana keahlian mereka sebagai YB akan terlucut.

Maka UMNO & BN akan menerima pukulan Maut kerana perbuatan mereka sendiri.Kita Tunggu dan Lihat Nanti.
Panglima 7
Read more...

Feb 8, 2009

Akibat Ketidakarifan Sultan K'jaan BN Perak Jadi Haram

Assalamualaikum Wbr.

Kerajaan Perak yang dibentuk BN adalah tidak sah kerana ditubuhkan tanpa Mendapat Mandat Rakyat Perak walaupun campurtangan Sultan.

Mengikut keputusan dicapai dalam Pilihanraya Umum ke 12 Mac tahun lalu, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu mendapat 54% undi popular berbanding BN yang hanya 46%.Di manakah demokrasi yang dilaungkan oleh BN. Ini bukan demokrasi sebenar. Ini demokrasi ala Pengkhianat Melayu UMNO & BN apabila kumpulan minoriti menguasai kumpulan majoriti.

" UMNO & BN secara terang-terangan merampas kuasa dari Rakyat Perak tanpa merujuk kepada Dewan Negeri. Mereka (UMNO & BN) menafikan suara majoriti di Perak.

31 kerusi yang dimiliki pR Perak dalam kerajaan terdahulu adalah lebih stabil berbanding kedudukan sekarang apabila PR dan BN masing-masing memiliki 28 kerusi serta 3 kerusi calon bebas.

Panglima mencabar UMNO & BN agar menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan dengan mengadakan pilihanraya bagi mendapatkan mandat baru.Ramai ahli UMNO termasuk Mantan PM. Tun Dr Mahathir dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak bersetuju dengan tindakan BN yang dilakukan di Perak.

Cara apa ini???? Ini cara yang sangat- sangat, sangat-sangat tidak bermoral dan mengikut etika. Bagaimana sebuah kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Kerajan BN boleh melakukan tindakan diluar etika dan kanun perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri dan memperalatkan Sultan dalam merampas kuasa di Perak. Tiada Undi tidak percaya pun dilakukan di Dewan Negeri bagi membolehkan mereka mendapatkan kuasa pemerintahan yang sah di Perak. Manakala 3 ADUN yang dikatakan keluar dari Parti PR dan menjadi calon bebas terus menghilangkan diri dan bersembunyi hingga ke hari ini dan tidak berani berhadapan dengan Rakyat dalam mengisytiharkan secara terang-terangan bahawa mereka meyokong kerajaan UMNO & BN. Ini menjadi satu persoalan dan sangat perlu dipertikaikan dimahkamah. Kerana tidak mengikut peraturan. Tidak seperti ADUN Bota yang terus terang mengisytiharkan keluar dari UMNO.

Bukankah cara ini adalah cara yang HARAM.!!!!!!!! Bila caranya HARAM maka Maka KErajaan yang ditubuhkan juga adalah HARAM. Sedangkan kita mempunyai Kanun atau akta yang perlu diikuti.

Tetapi kenapa dibelakangkan dan memperalatkan Sultan bagi mencapai matlamat tersebut. Bagaimana Sultan yang kononnya sangat educated dan dikatakan sangat -sangat arif dari segi perundangan dan pernah menjadi Ketua Hakim Negara boleh mengikut nafsu sendiri dan tidak terdorong untuk menerima dan mendengsr nssihat dari Menteri Besar - (Memanda Menteri) akan Kanun Tubuh kerajaan negeri di Perak hinggakan menimbulkan kemarahan dan demonstrasi jalanan rakyat Perak.
Sultan Membelakangkan Undang-undang. Kecerdikan Sultan dipersoalkan Rakyat Sekarang.

Kita Sekarang Bukan di Zaman Kesultana Melaka.
Tak Gitu ???
Panglima 7
Read more...

Feb 6, 2009

BN Rampas Kerajaan Perak Seperti Zionis - Negara Haram BN

Assalamualaikum Wbr.

Cara UMNO & BN dalam merampas kuasa dari Kerajaan PR di Perak amat tidak beretika dan bermoral seperti kelakuan pengganas Israel.

Terdirinya Kerajaan BN Perak kali ini adalah seperti terbentuknya Kerajaan HARAM Israel.

Wassalam

Panglima7
Read more...

Apabila Kerajaan Umumkan Harga GULA 2 bulan lebih Awal.

Assalamualaikum Wbr.

Inilah jadinya apabila kerajaan UMNO yang lemah ini diterajui oleh Menteri yang cerdik ini apabila mengumumkan terlalu awal akan kenaikan harga gula, maka para pekedai dan pemborong mula menyorokkan gula daripada dijual kepada pengguna dan juga pembeli.

Akibatnya rakyat merana dalam mendapatkan bekalan gula. Tiada tindakan susulan selepas pengumuman ini dari kerajaan persekutuan bagi membendung isu penyorokkan gula. Setakat cakap ada akta atau undang undang terhadap penyorok gula buat apa..... jika tiada tindakan atau gerakkerja yang dilakukan bagi membendung gejala ini.

Perkara ini bukan sekali dua berlaku tapi dah banyak kali. Sampai kita import gula laa... dari Afrika tahun lepas.....belajarlah dari pengalaman lalu.
Kalau masih tak nak belajar.....anda tukarkanlah kerajaan ini.

Panglima7.
Read more...

Feb 5, 2009

UMNO & BN Seperti Meludah Ke Langit

Assalamualaikum Wbr.

Sungguh tidak bermoral politik UMNO apabila membuat tuduhan bahawa mereka yang melompat parti adalah tidak bermoral dan pengkhianat kepada perjuangan.

Tetapi apabila parti lawan yang diberi imbuhan atau diugut melompat ke Parti mereka, kenyataan ini berubah. Mereka yang melompat dianggap wira dan bijak.

Itulah permainan keji politik UMNO & BN sehingga tumbangnya kerajaan PR di Perak.
Merekalah sebenarnya tidak bermoral. Memperkosa percakapan sendiri.

Panglima7
Read more...

Oh..Anak Ikan.!! Kau Lebih Bernilai Dari Anak Manusia


Wanita Diperkosa oleh Tentera US.

Kanak-Kanak erempuan dibunuh.

Assalamualaikum wbr.

Rata-rata masyarakat barat mempraktikkan bahawa segala hasil tangkapan terhadap ikan-ikan yang kecil dari lingkungan spec yang dibenarkan akan dibebaskan semula ke dalam laut atau kolam agar ikan tersebut dapat membesar secukupnya.

Konsep sebegini sangatlah dipuji terhadap pemeliharaan dan pembiakan ikan tidak kira ianya ikan sungai atau pun ikan laut. Sesiapa yang melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihk berwajib.

Namun konsep ini terlalu asing di negara kita. Segala macam jenis pukat tidak kira pukat apa, masih digunakan dan jangankan ikan besar, ikan kecil pun takkan terlepas dari tangkapan.

Tiada undang-undang bagi mengawal tangkapan ke atas anak-anak ikan-ikan bersaiz kecil.

Apa yang ingin saya sentuh di sini adalah, alangkah elok sekiranya konsep seperti ini di “apply” oleh masyarakat barat terutamanya US dan juga Israel atau apa negara sekalipun ketika berlakunya peperangan di mana kanak-kanak kecil, baby dan juga wanita tidak dibunuh, dijadikan tawanan atau apa sahaja sewenang-wenangnya atau sesuka hati mereka.

Amat malang jika kemanusiaan itu hanya diletakkan ke atas seekor ikan kecil yang nilai nyawanya mungkin bagi negara barat dan Israel laknat lebih bernilai dari nyawa manusia terutamanya dalam pembunuhan dan penyembelihan ke atas anak-anak kecil dan wanita di Semenanjung Gaza.

Alangkah indahnya Islam yang melarang pembunuhan ke atas kanak-kanak, wanita dan juga orang-orang tua ketika berperang. Siapakah Pengganas dan kafir sebenarnya di sini.? Walau sebaik mana pun orang-orang bukan Islam tetapi apabila mereka berperang TIADA TERCATIT DALAM SEJARAH PUN yang mereka tidak membunuh kanak-kanak, membunuh dan merogol wanita dan orang-orang tua ketika berperang.

Hanya tentera-tentera Islam yang mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW, tentera Khulafa Ar- Rasyiddin, Tentera Islam Muhammad Al-Fateh dan Mujahiddin Islam yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasul sahaja yang termaktub namanya dalam sejarah ini.
Maka peluklah Islam.

Buat Renungan Bersama
Panglima7
Read more...

Feb 4, 2009

Macam-Macam Hal 2 ADUN PKR Perak Ni..!!!

Assalamualaikum Wbr.

Surat Khabar NST Singapore melaporkan bahawa 2 ADUN Keadilan keluar dari PKR dan sekaligus menjadikan mereka calon Bebas.

Tindakan ini menyebabkan Kerajaan Perak dibawah Pakatan Rakyat sekarang mempunyai kerusi sebanyak 30 berbanding BN sebanyak 27. Jika 2 ADUN Bebas ini menyertai BN maka BN mendapat 29 Kerusi. Menjadikan Kerajaan Pakatan Rakyat memang tidak stabil.

Apa sudah jadi pada 2 orang ini. Sekejap macam ni sekejap macam itu.

Entahlah dunia...dunia
Panglima7
Read more...

Seperti Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul



Assalamualaikum Wbr.

Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Isa Abdul Samad berkata, UMNO sebuah Parti berpengaruh, namun kelemahan pemimpin dan ahli yang terbuai dengan sikap teruja mengejar pangkat dan jawatan cukup mengecewakan.

Orang yang jarang atau tidak pernah kita tolong, semangat membantu kemenangan kita (UMNO) tetapi orang yang yang hari-hari kita tolong, hilang tak Nampak sebab, kecewa tak jadi calon. Sudahlah, buanglah sikap macam tu, UMNO tu bagus, yang tak betul cara menguruskannya. Orang kata UMNO kena ‘reform’ bagi saya orang dalam UMNO yang kena buat macam tu, kita kena baiki kelemahan, perangai kena ubah dan belajar untuk tidak terus membuat silap. Katanya.

Isa berkata demikian ketika berceramah berkenaan topic Dilema Politik Melayu Abad 21 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, Malam Kelmarin.

Pada pandangan Panglima, ada ke sesiapa dari UMNO yang ingin mendengar nasihat dari Bekas Naib Presiden UMNO ini apabila beliau sendiri telah melakukan kesalahan dan telah dihukum oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana memberi rasuah kepada pengundi-pengundi ketika bertanding merebut jawatan sebagai Naib Presiden UMNO.???

Kita masih ingat lagi pristiwa itu hingga terlucutnya jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Sekarang setelah pembebasan, beliau mempersoalkan kelemahan dan masalah nilai dalam UMNO yang dahulunya beliau mengamalkannya.

Begitulah... jika semua orang dalam UMNO ingin bercakap dan cuba menonjolkan diri sebagai pemimpin dan kononnya bahawa mereka semua adalah baik dari orang lain.

Sepatutnya orang lain yang lebih layak perlu berkatakan demikian....bukan beliau. Tapi siapakah yang Layak untuk berkata seperti ISA Samad ??? Adakah pemimpin yang layak untuk berkata demikian di dalam UMNO??? Justeru itu memang wajarlah peribahasa di atas.

Dalam PAS ramai yang layak.
Panglima7
Read more...

Feb 3, 2009

Pemberontak Harimau Tamil Eelam Bina Kapal Selam Sendiri


Assalamualaikum Wbr.

Pemberontak LTTE bina kapal selam sendiri


GAMBAR tanpa tarikh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Sri Lanka semalam merakamkan askar-askar kerajaan memeriksa kapal selam jenis kraf yang dibina oleh pemberontak LTTE di sebuah perkampungan di Udayarkattu. - AFP

--------------------------------------------------------------------------------

COLOMBO 29 Jan. - Askar Sri Lanka hari ini menemui sebuah kapal selam yang dibina sendiri oleh pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di timur laut negara ini.

Askar menemui kapal selam itu semasa menjalankan operasi mencari anggota pemberontak LTTE di kampung Udayarkattu, menurut satu kenyataan tentera kerajaan.

Menurut kenyataan itu, askar kerajaan juga menemui tiga bot yang boleh digunakan untuk melancarkan serangan berani mati ke atas kapal tentera laut.

"Dipercayai inilah satu-satunya pertubuhan pengganas di dunia yang memiliki kapal selam," menurut kenyataan itu.

Tentera kerajaan dan LTTE kini terbabit dalam pertempuran sengit di timur laut negara ini, yang merupakan kubu kuat LTTE. - AFP

Panglima7
Read more...

Jamaluddin, Mohd. Osman kekal sebagai ADUN

Berita Terbaru,

PUTRAJAYA 3 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Jamaluddin Mohd. Radzi dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu kekal sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

Sehubungan itu pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang tidak perlu diadakan.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, keputusan itu dibuat ekoran wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan yang dihantar kedua-dua ADUN tersebut kepada Speaker DUN Perak. - Utusan Meloya.

Inilah dia kalau berbagai usaha kotor dan keji yang suka dilakukan oleh Parti Pengkhianat Melayu, akhirnya pecah sudah tembelang mereka.

Panglima7
Read more...

UMNO Umpama Pokok Yang Hampir Mati.



Assalamualaikum Wbr.

TG Nik Abdul Aziz menyifatkan UMNO seumpama Pokok Yang Hampir Mati lantaran penghijrahan secara beramai-ramai ahli-ahli UMNO ke dalam pakatan Rakyat. Datuk Tajul Rosli pun dah tak mahu mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak lantaran tak mahu lagi menanggung semua masalah ini, maka dilepaskanlah jawatannya kepada mereka yang ramai berebut-rebut ingin menjawat jawatan itu. Kita tengok sape yang dapat jawatan tersebut. Siapa ???

Apabila pokok dah nak mati maka yang ingin tinggal bersamanya ialah anai-anai dan serangga perosak yang mempunyai kepentingan terhadap pokok tersebut sebagai bahan makanannya. Siapakah anai-anai dan serangga perosak itu?.....dalam UMNO anda carilah jawapannya dan khabarkan pada Panglima.

Wassalam
Panglima7.
Read more...

Feb 2, 2009

Beri Laluan Pada PAS Letak Calon Di Behrang & Changkat Jering.

Assalamualaikum Wbr.

Tindakan 2 ADUN PKR yang meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang dan Changkat Jering dilihat Rakyat sebagai satu tindakan yang tak mungkin dilakukan dengan suka-suka melainkan jika terdapatnya imbuhan (fulus) atau ugutan yang membahayakan diri kedua ADUN tersebut dan keluarganya yang memaksa beliau bertindak demikian.

Sangat-sangat jarang berlaku……di mana ada ADUN sebelum ini yang secara sukarela meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Itulah jawatan yang menjadi perebutan dikalangan ahli politik tetapi 2 orang ini tiba-tiba meletakkan jawatan adalah sesuatu yang tidak masuk dek akal. Dah gila ke mereka ni ???

Pada pandangan Panglima terdapat ugutan dan juga tawaran di sini oleh pihak-pihak tertentu terhadap beliau yang hanya beliau sendiri mengetahuinya.

Malang sungguh nasib Pimpinan Pakatan Rakyat Perak apabila berbagai cubaan keji yang disalut senyum manis dari Pengkhianat Melayu dalam usaha mengulingkan Kerajaan yang adil dari sebelumnya.

Dan malang sungguh bagi rakyat jika tempat kosong mereka berdua ini diisi pula oleh calon-calon dari Parti Keadilan. Panglima hampir pasti rakyat Perak akan menolak calon-calon ini kerana sudah banyak berlaku ADUN dari Parti Keadilan banyak membawa masalah dan ketidakstabilan kepada Pakatan Rakyat bukan sahaja di Perak tetapi di Selangor.

Terus Terang, Panglima sangat setuju jika tempat kosong ini disi dari calon PAS yang komited dan bersih dari segala masalah dan juga rasuah. Demi mendapatkan undi yang solid Parti keadilan sepatutnya memberi laluan kepada PAS bagi menduduki Kerusi tersebut dan sekaligus mengukuskan cengkaman Pakatan Rakyat di sana. Juga supaya pisang tidak berbuah dua kali.

Jangan kerana berebut kerusi, Changkat Jering dan Behrang jatuh ke tangan Pengkhianat Melayu.

Wassalam
Panglima7.
Read more...

Outstation Sehingga 7hb Feb 2009.

Assalamualaikum Wbr.

Panglima akan berada di Singapura mulai hari ini dan akan pulang ke Tanahair pada
7hb Feb 2007.

Apa pun Panglima akan menghantar posting dari sana. InsyaAllah.

Wassalam.
Panglima7
Read more...

Mereka Merancang, Allah Juga Merancang:Kerajaan PR Di Perak Masih Utuh

Assalamualaikum Wbr.

Walau berbagai cara dilakukan oleh UMNO untuk mengulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar dari PAS namun masih tidak berjaya dan berhasil.

Walaupun berjaya membawa kepada perletakkan jawatan 2 ADUN dari PKR yang tiba-tiba muncul namun kejayaan tersebut tidak bermakna kerana ADUN BOTA, Datuk Nasaruddin terlebih dahulu menyertai Pakatan Rakyat sekaligus memberikan Impak yang cukup besar kepada kestabilan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Kemasukkan ADUN BOTA kedalam PKR menjadi igauan paling ngeri dalam sejarah UMNO di Perak dan sekaligus meranapkan impian UMNO untuk berkuasa semula. Segala perancangan UMNO lari satu minggu dari tarikh matlamat asal.

Kini PR mempunyai 30 ADUN termasuk ADUN BOTA Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR minggu lalu manakala BN dianggotai 27 ADUN dan jika dua ADUN PKR berkenaan keluar atau masuk UMNO, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.

Kenyataan DS Abdullah semalam yang mengesahkan pelompatan 2 ADUN PKR ke dalam UMNO adalah satu pembohongan kepada semua rakyat apabila station TV3 Suku itu akhirnya memaklumkan bahawa 2 ADUN tersebut meletakkan jawatan sahaja.

Ini adalah ketentuan Tuhan. Allah yang tentukan dan memilih siapa yang berkuasa. Mereka merancang Allah juga merancang. Allahlah sebaik-baik pembalas tipudaya.

Panglima7
Read more...

Bubar UMNO, Masuk PAS

Assalamualaikum Wbr.

Kita terutamanya dari akatan Rakyat tidak merasa terkejut pun dengan pembubaran demi pembubaran lapan cawangan UMNO di Bahagian Parit, Perak berikutan penyertaan ADUN UMNO Bota, YB Nasaruddin ke dalam Pakatan Rakyat.

Penyerahan boring keahlian menyertai Pakatan Rakyat dilakukan oleh ahli dari lapan cawangan itu di Bota kelmarin pada program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nasarudin.

Ini berita yang sangat memberangsangkan.

Yang terkejut hanyalah pimpinan UMNO negeri dan Persekutuan.

Itulah nasibnya jika kita berharap pada pagar (UMNO).

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.
Harapkan UMNO, Jahanam Negara Nanti.

Wassalam
Panglima7
Read more...

Feb 1, 2009

Misteri Kehilangnya 2 ADUN Keadilan Perak.



Assalamualaikum Wbr.

Kehilangan 2 ADUN Keadilan Perak masih menjadi misteri. Lebih-lebih lagi apabila ADUN Bota, YB Nasaruddin menyertai Parti Keadilan di yang juga Pakatan Rakyat di Perak.

Pada hemat Panglima, misteri kehilangan 2 ADUN Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu 4 hari yang lepas ini ada berkaitan dengan usaha UMNO Negeri untuk reverse the momentum of jumping to opposition parties. UMNO cuba untuk membuat kejutan.

Ke mana menghilangnya 2 ADUN ini tiada seorang pun yang mengetahuinya.
Berbagai cara digunakan oleh Parti Pembangkang UMNO di Perak sehingga kini bagi menguasai semula Kerajaan Negeri yang telah tumbang dalam pilihanraya umum yang lepas.

Pelbagai cubaan dan taktik mengumpan, memujuk rayu dan menghadiahkan perempuan oleh pihak-pihak tertentu untuk melumpuhkan kerajaan negeri Perak dibawah pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar.

Apa pun, kerajaan Negeri Perak semakin utuh dan teguh dibawah pimpinan Menteri Besar ini yang dibawah Parti PAS. Pimpinan beliau akan menjadi senjata ampuh dalam menukar persepsi masyarakat Cina yang ramai di Negeri Perak ke atas Parti Pas berbanding Pas di Kelantan.

Beliau adalah perintis kepada perubahan pemikiran dan persepsi jumud masyarakat cina selama ini terhadap pimpinan Pas.

Setelah segala perancangan tidak menjadi bagi mengambil alih kerajaan Negeri Perak Pada 31hb Ogos 2008, akhirnya yang tumbang bukannya Datuk Seri Mohammad Nizar tetapi Tok Dalang : Dato Tajol Rosli yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak.

Wassalam
Panglima7
Read more...

Jan 29, 2009

Scorpene - Kapal Selam Pertama Malaysia Diserahkan

Assalamualaikum Wbr.

Kapal Selam pertama Malaysia - Scorpene diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia. Ikuti berita selanjutnya di bawah.

Scorpene, kapal selam jenis tempur konvensional mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter. Dibina di Cherbourg oleh DCNS Perancis dan syarikat pengeluar kapal selam, Navantia dulunya dikenali Izar di Cartagena, Sepanyol, kapal selam pertama yang dibina di Cherbourg akan mula diuji selepas dirasmikan, manakala yang dibina di Sepanyol dijangka siap pada 2008.

Najib berkata, KD Tunku Abdul Rahman yang akan memasuki perairan Malaysia pada 2009 dapat memastikan perairan khususnya Selat Melaka menjadi kawasan selamat untuk laluan kapal perdagangan antarabangsa.

Beliau berkata, pembelian Scorpene adalah hasil kerjasama strategik kerana pegawai dan anggota TLDM dilatih mengendalikan dan menyelenggara kapal selam dengan selamat dan profesional.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak, peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam. Ia berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya.

Tekanan udara, sistem penyejukan air dan kuasa elektrik dibekalkan empat jana kuasa diesel Izar/MTU 396 12V SE84 atau 360 elemen bateri plumbum.

Mekanisme sistem pendorongan dan elemen sokongan dibina dalam dua kebuk berasingan dengan sistem pautan elastik bagi menghilangkan kesan bunyi dan gegaran.

Maaf...tiada gambar dapat di attachkan kerana text property button seperti bold,attach photo sudah tiada. Tak tahu hilang ke mana. Masih mencari-cari. Pada sahabat yang tahu boleh khabarkan pada saya.
Terima Kasih

Panglima 7
Read more...

Jan 28, 2009

Mengapa ADUN Bota Sertai Pakatan Rakyat.???

Assalamualaikum Wbt.

Baru-baru ini saya dikejutkan oleh sahabat baik saya yang dahlunya penyokong kuat Parti Keadilan tetapi entah lagu mana dia berubah dan mula mengikut dan menari mengikut rentak dan gendang UMNO. Percakapan turut berubah sedikit demi sedikit. Kalau dahulu apa yang saya katakan beliaulah yang akan membenarkan dengan semangat yang berkobar-kobar. Tapi kini segala-galanya berubah. Apa yang diperkatakan, cuba dipatahkan dan dijawab dengan alasan dan nada yang cukup sinis. Saya agak terkejut, sedangkan dahulu, 10 tahun yang lalu, kami sama-sama berdemonstrasi di Jalan Tunku Abdul Rahman melaungkan "REFORMASI....TURUN KAU MAHATHIR"

Saya mencari-cari jawatan mengapa beliau condong kepada UMNO sekarang...dan akhirnya saya mendapat jawapannya.
Pengaruh kawan-kawan sekeliling mempengaruhi ideologi pemikirannya lebih-lebih lagi selepas beliau mendapat pekerjaan di sebuah Majlis Perbandaran di ibu kota. 10 tahun tempoh yang cukup untuk pemikiran beliau di "brainwash" oleh pekerja-pekerja Majlis Perbandaran yang rata-rata agak totok dengan UMNOnya.

2-3 hari yang lepas...beliau ada sms saya dengan soalan yang bernada sinis. Begini bunyinya.
" Apa cite dtk Nasarudin , ADUN Bota, Perak keluar BN masuk Keadilan. "

Kalau saya menjawabnya..tentunya tidak akan habis-habis sms dengan pendapat dan hujah masing-masing.
Untuk sahabat seperti ini....Jawapannya mudah sahaja. ini jawapannya.

Beliau(Datuk Nasarudin Hashim) sudah Insaf.
Selepas itu saya tidak menerima balasan jawapan sms saya itu.

Fikir-fikirkan.

Wassalam.
Panglima 7.
Read more...

Jan 27, 2009

Cepat Vote !!! Apakah Pak Lah Benar-Benar Akan Merealisasikan Impian Najib Untuk Menjadi PM yang ke 6 April Ini ???

Cepat Vote....diruangan sebelah kanan dibawah.

Pandangan anda bakal menentukan jawapan kepada permasalahan ini.

Panglima7
Read more...

Jan 26, 2009

Tahniah Kepada Mahfuz Omar

Assalamualaikum Wbr.

TAHNIAH diucapkan kepada Mahfuz Omar kerana dikurniakan Pangkat Datuk oleh Sultan Kedah baru-baru ini. Semoga Datuk Mahfuz Omar akan bekerja lebih kuat lagi dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Welldone
Panglima7
Read more...

Jan 25, 2009

MCA Berang Apabila Banner Kong Xi Fa Chai Diturunkan

Assalamualaikum Wbr.

MCA cawangan Sungai Besar berang apabila banner ucapan "Kong Xi Fa Chai" yang dipasang setiap kali menjelangnya Tahun Baru Cina diturunkan oleh PBT kerana didakwa tiada Permit.

Menurut MCA Cawangan itu...telah bertahun-tahun Banner seperti itu dipasang sebelum ini tanpa memohon permit tetapi tidak pernah diturunkan oleh PBT. Sekiranya hendak diturunkan pun berilah notis terlebih dahulu. Ini bukan isu politik kenapa PBT menurunkannya. Bertimbang Rasalah sedikit.

Apa yang penulis ingin utarakan di sini ialah, PAS telah merasa asam garam penurunan Banner ini berpuluh ribu kali apabila PBT menurunkannya...walaupun permit telah dipohon. Hari ini pasang...esok dah hilang...dah diturunkan. Pantang nampak logo atau apa pun mesyuarat atau majlis....Pasti ada celaka yang membuangkannya. Tetapi Pas tidak pernah merungut hingga berdemonstrasi.

Masalahnya di sini ialah pohonlah permit...Pasti PBT membenarkannya walaupun MCA cawangan tersebut meletakkan logo MCA dan BN dalam ucapan tersebut.
Kalau PAS yang letakkan logo jangan haraplah.........kerajaan UMNO atau BN yang double standard ini akan membenarkannya.

Dah kena batang hidung sendiri baru nak tengadah.
Apa pun kita tidak zalim seperti mereka.......cuma ikutlah undang2. Pohonlah permit.

Cuma yang dikesalkan berpuluh tahun mereka tak mohon permit dalam memasang banner, siap lambang dan logo Parti lagi tapi dibenarkan pasang banner oleh PBT UMNO & BN. Kita masa jadi pembangkang dahulu....tidak pernah diberikan permit walaupun beribu kali memohon. Ada logo ke..lambang parti ke....Bila pasang terus dihumban ke dalam lori keesokkan harinya.

Siapa zalim sebenarnya.....???
Dan Kerajaan Siapakah yang lebih adil sebenarnya di sini.

Panglima7.
Read more...

Tindakan Kerajaan Persekutuan Kebudak-budakan

Assalamualaikum Wbr.

Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan yang diperintah oleh BN melarang semua pengarah Jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan daripada menghadiri mesyuarat peringkat negeri di Perak berkuatkuasa serta merta.

Perintah siapakah ini....Kalau ianya datangnya dari Kerajaan Persekutuan, yang berkuasa ialah .......Lu pikirlah sendiri.

Sebabnya kerana kerajaan Perak yang adil ini memberikan tanah kepada penduduk Cina yang berhak mendapatkan nya setelah berpuluh tahun tidak diberi tanah oleh Kerajaan UMNO yang memerintah Perak. Bukan sahaja masyarakat Cina malah Masyarakat Melayu pun tidak diberinya tanah setelah cukup nisabnya.

Apabila PAS yang menjadi wakil dalam memerintah Perak, maka keadilan ditegakkan tanpa mengira bangsa atau parti mana pun....jika nisabnya sampai yang hak tetap diberikan haknya walaupun mereka itu terdiri dari masyarakat Cina, India ataupun Melayu.

Parti UMNO menggunakan racist bagi menaikkan kemarahan Masyarakat Melayu kononnya menjadi Kuda Tunggangan DAP dengan memberikan tanah kepada Cina sedangkan menurut mereka PAS mesti adil dan memberikan tanah kepada orang Melayu juga.

Bagaimana PAS yakni Menteri Besar Perak DS Nizar hendak memberikan tanah kepada Melayu sekiranya tempoh pemilikkan tanahnya belum cukup nisab lagi (belum sampai edahnya) ???

Sendiri mahu ingat laa....

Oleh yang demikian tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan seperti tidak bertamadun dan kebudak-budakan apabila memboikot mesyuarat dari pemerintahan Parti Lawan.
Kata Juara Demokrasi.....rupa-rupanya...jaguh Kandang!!!

Panglima7
Geleng Kepala
Read more...

Jan 23, 2009

Pengisytiharan Kemenangan Hamas-Briged Qassam & Pejuang Palestin

Pengisytiharan kemenangan Hamas dan pejuang palestin


Pada pukul 10.30 waktu mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Brieged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir2 dalam sidang media tersebut:

80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.

48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM

MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT

MENEMBAK 4 HELIKOPTER

MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA

MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL K EARAH BANDAR2 ISRAEL

TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.

MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.

MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL

MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP

BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI

MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.

MENGHENTIKAN SERANGAN (sete lah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan hamas. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dgn alas an ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:
"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".

“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaiman untuk mendapatkannya.”

Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged2 yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan parti likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.

Kekuatan ketenteraan pej uang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar2an hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar sperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس


Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu dan seterusnya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.

Berita Disiarkan Oleh
Panglima7
Read more...

Jan 22, 2009

Pendeta Yahudi 'halalkan' bunuh wanita, kanak-kanak

Assalamualaikum Wbr.

Laporan sebuah akhbar Arab Saudi, Al Watan, mendedahkan pendeta Yahudi mengeluarkan kenyataan agama membolehkan wanita dan kanak-kanak Palestin dibunuh dan mengampunkan setiap penduduk Yahudi yang melakukan jenayah itu.

Menurut akhbar berkenaan, pendeta berkata, tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza selari dengan ajaran Yahudi menganggap pembunuhan itu sebagai 'hukuman besar ke atas musuh.'

Ia juga menyebut salah seorang pendeta mengeluarkan kenyataan bahawa tiada masalah dalam menghapuskan penduduk Palestin tidak kira walau sejuta orang atau lebih dibunuh oleh tentera Zionis.
Memetik kenyataan daripada Book of Geneses, pendeta Mordachi Elyaho, menghantar risalah mingguan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, mengandungi artikel membolehkan Yahudi melaksanakan idea hukuman besar-besaran ke atas musuh selari dengan etika perang dalam kitab Taurat.

"Standard ini boleh dilaksanakan kepada kes Gaza sebagai semua penduduk wilayah itu bertanggungjawab kerana tidak melakukan apa-apa untuk menghalang bedilan roket Briged Qassam," kata Elyaho dalam suratnya kepada Olmert sambil mendesak beliau meneruskan serangan ke atas penduduk Palestin kerana 'menghapuskan penduduk awam Palestin tidak menjadi satu kesalahan.'

Seorang lagi pendeta radikal, Yesrael Rozin, dipetik sebagai berkata undang-undang dalam Taurat membolehkan pembunuhan lelaki, kanak-kanak, wanita, orang tua, bayi dan haiwan ternakan musuh.
Pendeta Sholomo Elyaho pula menggariskan: "Jika kita membunuh 100 daripada mereka tetapi mereka enggan menghentikan serangan roket, kita perlu membunuh 1,000; dan jika membunuh 1,000 pun mereka masih tidak berhenti, kita perlu membunuh 10,000 dan terus membunuh walaupun sudah mencecah sejuta orang tanpa mengira masa yang diambil untuk membunuh mereka." – Agensi

Panglima7
Read more...

Jan 21, 2009

Kenyataan Mahathir Menyirapkan Lagi Darah UMNO

Assalamualaikum Wbr.

beberapa hari yang lepas setelah tumbangnya UMNO di Kuala Terengganu, Tun Mahathir membuat kenyataan yang menaikkan darah pemimpin-pemimpin dan orang-orang UMNO. Faktor calon menjadi alasannya juga calon yang paling teruk dalam sejarah UMNO mengikut perkiraan beliau.

Lebih-lebih lagi...Calon UMNO di Kuala Terengganu adalah Pilihan Pak Lah yang sememangnya orang-orang UMNO di KT dan rakyat tidak menyukainya disebabkan pimpinan beliau yang lemah. Ujar Tun Mahathir.

Kenyataan seperti ini menyirapkan darah UMNO. Tun Mahathir sudah seperti duri dalam daging. Mencucuk aje.
Takpa laa..sekurang-kurangnya ada pembangkang dalam UMNO.

From
Panglima 7
Read more...

Jan 19, 2009

Teruskan BOIKOT. ISRAEL & US Mula Terdesak Gencatan Senjata

Assalamualaikum Wbr.

Tiba-tiba aje Israel Laknaktullah ini mengumumkan gencatan senjata ke atas penduduk Palestin dan memohon maaf. Hairan Bin Ajaib. Satu bangsa yang sangat suka menumpahkan darah ini tiba-tiba menghentikan aktiviti dan hobinya dalam melakukan penyembelihan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin tanpa mengira mereka itu orang tua atau kanak-kanak mahupun bayi yang baru lahir serta lelaki dan juga perempuan. Mentelaah pula aktivitiinilah yang paling sangat-sangat digemari oleh mereka selama ini.

Puncanya adalah seperti berikut:
1. Tertekan dengan boikot yang dikenakan oleh umat Islam seluruh dunia terhadapa barangan keluaran mereka.
2. Us sudah mula mendesak Israel agar melakukan gencatan senjata kerana kepentingan mereka mula terjejas.

Oleh yang demikian.... teruskan memboikot barangan bangsa yang suka membunuh orang ini iaitu produk-produk keluaran US & Israel walaupun gencatan senjata kononnya telah diumumkan oleh mereka.

Janganlah percaya gencatan senjata yang diumumkan oleh golongan kuffar ini. Ini semua helah musuh-musuh Allah. Umat Islam sudah lali...pagi umumkan gencatan senjata..sebelah petangnya mereka melepaskan peluru berpandu kepada penduduk awam yang sedang meraikan majlis perkahwinan.

Teruskan memboikot....saudaraku
Stesyen minyak Shell, Esso, Mobil, Caltex, BHP gunakan Minyak Negara- Petronas.

Teruskan memboikot..saudaraku
KFC, MC Donalds, Pizza Huts, A&W, TESCO, Barangan Nestle, dan lain-lain

wrote by
Panglima7
Read more...

Bila UMNO & BN Kalah. SPR Adalah Telus& Adil, .

Assalamualaikum Wbr.

Apabila Parti UMNO & BN kalah dalam mana-mana pilihanraya maka berkumandanglah teori rekaan mereka kononnya Pilihanraya di negara ini yang dijalankan oleh SPR adalah telus dan adil, tidak ujud langsung pengundi hantu, mana ada hantu, ini semua adalah rekaan parti pembangkang semata-mata. Kalaulah tidak adil dan telus…BOLEH MENANGKAH Parti Pembangkang ????

Liciknya mereka memanipulasikan dakwaan Pakatan Rakyat dengan mempertahankan SPR habis-habisan yang memangnya berada di bawah TELUNJUK mereka.

Apa pun cakap-cakap mereka yang kalah ini…..Penyelewengan dan penipuan mereka TETAP berlaku dan tetap ada. Ini tidak dapat dinafikan. Ini sudah menjadi rencah atau sambal belacan buat mereka dalam setiap pilihanraya.

Alaaa…..pertandingan dalam UMNO, pertandingan sesama sendiri pun banyak duit mereka taburkan untuk membeli undi dalam Cawangan, atau Bahagian inikan pula pertandingan menentang parti pembangkang bagi mnerebut kawasan DUN atau Parlimen.

Samada Pas menang atau Pas tumbang di Kuala Terengganu atau di mana sahaja…..Penipuan dan penyalahgunaan badan-badan kerajaan dan SPR tetap berlaku. Tak akan berhenti hanya taktiknya sahaja yang berbeza.

Cuma apabila mereka kalah, ini membuktikan bahawa penipuan dan penyelewangan mereka telah dapat dihidu dan dipatahkan oleh Pas dan parti pembangkang yang lain dalam Pakatan Rakyat. Jadi untuk menutup dakwaan parti pembangkang dan agar rakyat tidak mengetahui penipuan mereka, mereka mengulang-ulang ungkapan “ Kalau lah SPR tak adil dan telus ….. BOLEH MENANGKAH Parti Pembangkang ????

Itulah jawapan pemimpin-pemimpin mereka bagi menutup aib yang sememangnya mereka amat malu menanggungnya. Malu besar beb !!!….Duit dah berjuta-juta habis…..entah berapa juta ditabur dalam pilihanraya KT. Media Perdana, radio dan TV disalah gunakan untuk kepentingan UMNO dan BN tanpa memperdulikan siang dan malam menghentam Pakatan Rakyat dari pelbagai sudut dan penjuru seolah-olah tiada kebaikkan langsung kepada Rakyat di Negara ini.

Tapi mengapa mereka masih kalah !!!…..Pelikkan.??? Mereka pelik mengapa UMNO kalah di KT. Bukan kalah sikit tapi BANYAK!! Segalanya telah digunakan, strategi menipu, teknik menunggang SPR, teknik borang 14, teknik pengundi hantu, teknik tindihkan daftar pemilih, teknik mengada-adakan alamat yang memang tiada, teknik menyamar sebagai Agen tempat mengundi…..Multimedia, TV , Radio dan internet…semuanya telah dijalankan. Harga Minyak pula telah diturunkan, subsidi minyak setiap kereta RM625 telah diagih-agihkan…..Tapi mengapa masih Kalah.???
UMNO dan BN merasa pelik.

Sila rujuk Sinar Harian Ms. 2, Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Datuk Zubir Embong merasa pelik akan kekalahan UMNO di Kuala Terengganu.

Tepuk dada…Tanyalah Pengundi Kuala Terengganu.

Wassalam.
Panglima7.
Read more...

Kalungan Tahniah Kepada PAS Kuala Terengganu.

Assalamualaikum wbr.

Alhamdulillah, Syukur dipanjatkan kehadrat Allah swt yang mengabulkan doa hamba-hambanya yang ikhlas dalam memberikan kemenangan kepada Pas di Kuala Terengganu.

Kalungan Tahniah kepada seluruh pemimpin-pemimpin, petugas-petugas, unit amal,pendukung-pendukung dan jentera pilihanraya Pas seluruh negara yang banyak membantu dan memberikan pengorbanan, sumbangan masa, diri, tenaga, juga wang ringgit dalam memastikan kemenangan Pas di Kuala Terengganu.

Kepada UMNO & Barisan Nasional, semoga kembali ke jalan Allah iaitu jalan yang diredhai berpandukan Al-Quran dan Sunnah rasul.

Takbirrr....
Allahuakbar !!!

Panglima7.
Read more...

Jan 16, 2009

Suara Kemenangan Sudah Kedengaran Di Kuala Terengganu.

Assalamualaikum wbr.

Suara-suara kemenangan sudah kedengaran. Suara-suara kemenangan juga kedengaran di pihak UMNO dan BN. Mana satukah yang benar? Mana satukah yang akan menang.?

Mengikut penganalisis politik.....kebiasaannya....apabila akhbar-akhbar banyak menyiarkan akan kemenangan calon UMNO & BN yang bertanding....jawapannya ada di situ. Nak tahu jawapannya.....negatifkan atau lawankan berita kemenangan itu. Maka anda akan menemui jawapannya.

Hari ini akhbar-akhbar perdana negara banyak menyiarkan akan kemenangan calon UMNO & BN di Kuala Terengganu. Maka tunggu sahajalah Kemenangan PAS dalam Pilihanraya Parlimen di Kuala Terengganu. Allahuakbar.
Sama-sama kita nantikan.

Tapi harus diingat...dalam kita menanti kemenangan itu.....kita jangan alpa, UMNO & BN akan mempergunakan apa juga cara sekalipun untuk memenangkan calon mereka waimah.....politik kotor dan penipuan undi, pengundi hantu dan apa juga strategi untuk membenarkan berita kemenangan yang mereka siarkan di dada akhbar hari ini.

Wassalam

Panglima7.
Read more...

Jangan Tunggu!! Kerahkan Bala Tentera Ke Palestin.

Assalamualaikum Wbr.

Masalah Palestin dan keganasan Israel bukan masalah Palestin atau Amerika. Tapi ini masalah umat Islam dan negara-negara umat Islam khususnya. Ini masalah umat Islam. Mengapa kita menunggu Amerika, atau negara-negara lain untuk bertindak ke atas Israel.??? Mengapa menunggu PBB ? Kenapa perlu tunggu. Apa yang nak ditunggu. Ini masalah umat Islam. Masalah negara-negara Islam.

Bertindaklah segera. Negara-negara Islam mempunyai badan seperti OIC. Apa gunanya OIC sekiranya tak boleh bertindak. Baik dibubarkan sahaja. Hantarlah tentera tentera Islam sekurang2nya 5000 bala tentera setiap negara ke sempadan Palestin......kalau 20 negara Islam...dah berapa....dah 100,000 bala tentera Islam. Perangilah Israel Laknat itu. Mati kamu tidak sia-sia. Ini jaminan Allah.

Amerika boleh buat apa...kalau dah 20 atau 30 buah negara Islam terlibat dalam serangan ke atas Israel. Adatlah...awak menyerang awak akan diserang balik. Takkan US nak serang sampai 30 buah negara Islam yang mereka ada kepentingan di dalamnya. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Justeru itu pentingnya kita mempunyai pemimpin negara yang meletakkan ISLAM sebagai matlamat hidupnya, bukannya kemewahan dunia atau harta benda sebagai matlamat hidup, umat islam sebagai pendokong dan saudaranya ...bukan meletakkan MELAYU sebagai matlamat hidupnya tapi Melayu masih lagi merempat.

Haaaa.....sekarang baru kita tahu, perlu atau tidak perlunya kerajaan Islam seperti Kerajaan Islam Abbasiyah & Othmaniah kan???? Adanya Kerajaan Islam Ar ArRashiddin, Kerajaan Islam Abbasiyah, Kerajaan Islam Ottoman berjaya melindungi negara-negara islam lain di bawah naungannya pada zamannya.

Wallahualam
Panglima7
Read more...

Akhirnya TG DS Hj Hadi Menjelaskannya

Assalamualaikum wbr.

Sepertimana yang saya nyatakan dulu dalam posting saya yang lepas. Hudud hanya untuk orang Islam dan tiada kena mengena dengan orang bukan Islam termasuklah MCA, MIC, dan DAP. Mereka tidak sepatutnya menentang dan memberi komen atas perkara ini. Hukum ini tidak melibatkan mereka pun. Ini adalah rumah tangga umat Islam di Malaysia. Dont busybody laa..!!

Yang menjadi hantunya ialah UMNO. UMNOlah dalangnya yang memanipulasikan hukum yang datang dari tuhannya sendiri untuk ditakut-takutkan dan dimomok-momokkan kepada orang-orang bukan Islam. Dari situ kita sudah tahu....UMNO itu bukan parti yang serious dengan ISLAM. Islam itu sekadar di kulit-kulit mereka sahaja.

Maka kedengaranlah suara-suara dari pemimpin-pemimpin UMNO yang dulu dan sekarang "Banyaklah orang akan kena rejam", "habislah batu-batu yang ada di Malaysia", "Hilanglah anu orang bukan Islam." Apa ertinya semua ini..!!???

Mereka menghina agama mereka sendiri. Dengan sendirinya mereka menghina Allah dan Rasul tanpa mereka sedari.
Hinggakan mereka (MCA, MIC, DAP etc) menentang hukum yang WAJIB kita tegakkan ini dalam setiap diri umat Islam di dunia tak kira UMNO atau apa pun partinya.

Hari ini DS TG Hj Hadi Awang dalam akhbar Sinar...M/Surat 3, menegaskan Hukum Islam atau Hudud adalah untuk orang-orang Islam dan ianya tiada kena mengena dengan orang bukan Islam termasuklah DAP dan parti parti non muslim yang lain. Mereka ini (DAP dan lain2 tak sepatutnya bersuara & menentang tentang hukum ini) Jadi Apa pendirian UMNO yang memang ISLAM agama mereka sama seperti PAS yang ISLAM???

Seruan menegakkan hukum ini bukan datang dari Parti PAS, Jangan silap.. tetapi datangnya dari Tuhanmu yang menciptakanmu dari tanah dan segumpal darah.

Apa pendirian mu UMNO???

Wassalam
Panglima7.
Read more...

Jan 15, 2009

Palestin oh Palestin : Malang Sungguh Nasibmu

Assalamualaikum wbr.

Bertemu kembali setelah agak lama tidak ke udara disebabkan tugasan yang belum selesai.
Kekejaman Israel memang tidak dapat dinafikan. Tapi di mana perginya pemimpin pemimpin Islam. Sekiranya akulah Perdana Menteri, telah aku kerahkan dan announcekan kepada seluruh negara Seruan Jihad Fisabilillah "Volunteer" kepada Tentera-tentera negara yang ingin dan ikhlas berjuang dan yang inginkan keredhaan Allah Swt.

Telah jatuh Hukum WAJIB ke atas Israel untuk diperangi oleh negara-negara umat ISLAM.

Wassalam.
Panglima7
Read more...

Jan 2, 2009

Toleransi Beragama Dan Sempadannya.

Assalamualaikum wbr.

Walaupun negara kita kaya dengan masyarakat majmuk, tetapi dari sudut pandangan Islam….tiada toleransi antara agama selain dari agama Islam. Dalam hal lain boleh bertoleransi melainkan dalam beragama. Tidak dikecualikan juga jika yang meraikan itu terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpin islam negara.

Christmas merupakan sebuah perayaan agama bagi penganut kristian. Deepavali pula adalah perayaan agama bagi penganut hindu.

Seorang bekas biarawati kristian yang tidak disebut namanya telah memeluk agama Islam dan memberitahu dalam ceramahnya bahawa adalah haram bagi seseorang umat Islam mengucapkan Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. kerana maksud Selamat Hari Natal.. atau Merry Christmas... adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus. (NAUZUBILLAH).

Baru-baru ini beberapa pemimpin negara telah hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Krismas di Melaka. Bila disebut pemimpin negara tentunya dari parti keris.

Apabila hadir, tidak dapat tidak, mereka tidak boleh lari dari mengucapkan Merry Christmas kepada penganut ini yang menyambut kedatangan mereka. Kalau tak sebut….nak sebut apa dan apa pula kata mereka. Hendak tak hendak, maka disebutlah Merry Christmas kepada mereka.

Perlu diingat. Kita inginkan keredhaan manusia dengan menyebut Merry Christmas, tetapi kita lupa, kita mendapat kemurkaan Allah.

Dalam kes ini, sebagai pemimpin yang beragama Islam yang mempunyai ahli kabinet yang berbilang agama dan bangsa, tentunya pemimpin negara yang beragama Islam boleh menghantar sesiapa sahaja yang bukan beragama Islam sebagai wakil dari pihak kerajaan negeri atau pusat dalam menghadiri sesuatu majlis rumah terbuka bukan sahaja hari terbuka Christmas tetapi juga Deepavali dan lain-lain yang bersangkut paut dengan perayaan beragama.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan budaya masyarakat cina yang tentunya tidak menjadi suatu masalah kepada masyarakat Islam untuk meraikannya cuma dari segi penyediaan makanan oleh golongan ini perlulah umat islam mengambil perhatian.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Kafirun:

Katakanlah: "Hai orang-orang yang kafir,
aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku".

Wallahualam
Sekadar Pandangan
Panglima7
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara