Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Aug 29, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2011, 1432 Hijrah

Bismillahirrahmaanirohimm.

Assalamualaikum Wbr.


Kepada Sahabat-sahabat semua, walaupun pilu  meninggalkan Ramadhan, di kesempatan ini, Panglima ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin, semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT dan dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa kita yang telah lalu dan kita dibebaskan dari azab Api Neraka Jahanam. Taqaballullah minna waminka.

Bertakbirlah kita memuji Allah dan bergembiralah meraikan Hari Raya tetapi janganlah sampai melampaui batas yang ditetapkan Islam.  Dikhuatiri jika kita melampaui batas dan melanggar segala larangan, kita khuatir yang kita meraikan hari pembebasan Iblis dan juga Syaitan yang juga gembira dibebaskan.

Mohon Ampun dan Maaf jika ada terkasar bahasa dan tersinggung dengan penulisan hamba.
Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan dan kesilapan Panglima sendiri.

Panglima7.

Read more...

Feb 3, 2011

Gong Xi Fa Chai Kepada Semua Bangsa Cina.

Assalamualaikum Wbr....

Tahun Arnab adalah Tahun Senggama...!!!  Betul ke??? 

Panglima7 mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua yang berbangsa Cina.  Tahun ini adalah tahun Arnab Emas. Menurut Fung Shui mereka...tahun ini merupakan tahun mencabar...kerana arnab adalah sejenis binatang yang aktif....aktif zahir dan batin...hahaha.  Kalau tak takkan lambang Playboy ada icon arnab.  Arnab adalah binatang yang paling kuat nafsu seksnya. Cepat betul membiak.   Jangan meningkat kes-kes sumbang mahram, rogol tahun nie sudah lah.   Bela lah arnab...tahulah korang nanti.

Tahun ini......tahun yg penuh suka duka dan banyak berlaku kejutan.  Itu menurut Fung shui mereka laaa.  Kita hanya boleh dengar sahaja..  Kalau betul pun hanya kebetulan sahaja. Iqtikad kena jaga.

Selamat bercuti kepada semua.

Panglima7
Hati-Hati bila pergi dan pulang bercuti.
Read more...

Sep 9, 2010

Kata Imam Al-Ghazali....

Salam,


Kata Imam Al-Ghazali yang dicari-cari oleh Pak lah tu....

" yang jauh itu WAKTU.......
yang dekat itu MATI....
yang besar itu NAFSU...
yang berat itu AMANAH...
yang mudah itu BERBUAT DOSA...
yang panjang itu AMAL SOLEH...
dan yang indah itu SALING MEMAAFKAN."

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir &  Batin.
Drp Panglima7 Sekeluarga. 

Kata Al-brangi apa pula ye....hehehe
Read more...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir dan Batin

Salam Lebaran,



Di kesempatan ini, hamba Panglima7 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua sahabat, semua followers, kepada semua pengunjung blog hamba dan kepada seluruh umat islam di Malaysia dan yang berada di seluruh pelusok dunia.


Di kesempatan ini juga, hamba memohon ampun dan maaf andai ada dalam tulisan hamba yang dipaparkan diblog ini menyinggung mana-mana pihak tanpa pengetahuan hamba dan atas kesilapan hamba.

Selamat Menyambut Hari Raya dan Berhati-hatilah ketika memandu. Semoga dapat bertemu kembali. Pandu Cermat Jiwa akan Selamat.

Wassallam.
Panglima7











Read more...

Mar 19, 2010

Malam Jumaat : Malam Kaum Ibu.

Salam.

Malam ini adalah malam kaum ibu.  So....tiada penulisan untuk malam ini. Hamba isytiharkan cuti untuk semua.
Read more...

Jan 26, 2009

Tahniah Kepada Mahfuz Omar

Assalamualaikum Wbr.

TAHNIAH diucapkan kepada Mahfuz Omar kerana dikurniakan Pangkat Datuk oleh Sultan Kedah baru-baru ini. Semoga Datuk Mahfuz Omar akan bekerja lebih kuat lagi dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Welldone
Panglima7
Read more...

Sep 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Buat Semua

Assalamualaikum wbr.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin." kepada semua warga Malaysia, Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan juga Mukminat. Semoga kita dipertemukan Allah lagi pada Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah. Amin.

Saya akan kembali semula pada 5hb Oktober nanti InsyaAllah. Selamat Pulang Ke Kampung Halaman. Pada yang memandu, berhati-hatilah di JalanRaya. pandu Cermat Jiwa Selamat.

Wassalam.
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara