Bismillahirrahmaanirrohim.
PRU13 telah pun berlalu semalam. Ramai orang masih memperkatakan mengenai keputusan pilihanraya ini. Daripada analisis PRU13 ini dapatlah Panglima simpulkan bahawa pada 5 tahun ini menjelang PRU14 yang akan datang, Pakatan Rakyat WAJIB menumpukan sepenuh usaha dan perhatian bagaimana menghadapi penipuan UMNo BN ini dengan muslihat jika ingin MENANG dan mengambilalih pucuk pimpinan negara.
Setiap kali pilihanraya, Pakatan Rakyat asyik dikejutkan dengan penipuan yang kita sendiri jangka dan tidak jangkakan. Mengapa tidak kali ini (PRU14) kita hadapi penipuan mereka dengan muslihat kita pula. Mereka menyerang tetapi kita duk bertahan sahaja. Kita tukar landskap politik kita dengan melakukan re-engineering hingga membawa kemenangan seperti yang kita war-warkan. Bukan menang sorak tapi kalah jua akhirnya.
Kaedah dan methodology meraih kemenangan ini tak perlulah Panglima hebahkan di sini. Kita perlu lawan penipuan UMNoBN seperti yang ramai perkatakan di bawah ini dengan muslihat. Penipuan Vs Muslihat. :
Di antara penipuan UMNo BN yang nyata adalah melalui kaedah berikut:
1. Undi Awal
2. Undi Pos
3. Pengundi hantu
4. Daftar Pemilih.
5. Dakwat Kekal yang tak kekal.
Panglima menyeru Pakatan Rakyat agar memikirkan sehebat-hebatnya bagaimana 5 perkara di atas bisa memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat. Mulakan dari sekarang.
Panglima7
Wassalam.
Read more...
Satu hari di pasca merdeka
15 years ago












