Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

May 6, 2013

Analisis PRU13 : Hadapi Penipuan UMNoBN Dengan Muslihat di PRU14

Bismillahirrahmaanirrohim.

PRU13 telah pun berlalu semalam.  Ramai orang masih memperkatakan mengenai keputusan pilihanraya ini.  Daripada analisis PRU13 ini dapatlah Panglima simpulkan bahawa pada 5 tahun ini menjelang PRU14 yang akan datang, Pakatan Rakyat WAJIB menumpukan sepenuh usaha dan perhatian bagaimana menghadapi penipuan UMNo BN ini dengan muslihat jika ingin MENANG dan mengambilalih pucuk pimpinan negara.

Setiap kali pilihanraya, Pakatan Rakyat asyik dikejutkan dengan penipuan yang kita sendiri jangka dan tidak jangkakan.  Mengapa tidak kali ini (PRU14) kita hadapi penipuan mereka dengan muslihat kita pula.  Mereka menyerang tetapi kita duk bertahan sahaja.  Kita tukar landskap politik kita dengan melakukan re-engineering hingga membawa kemenangan seperti yang kita war-warkan.  Bukan menang sorak tapi kalah jua akhirnya.

Kaedah dan methodology meraih kemenangan ini tak perlulah Panglima hebahkan di sini.  Kita perlu lawan penipuan UMNoBN seperti yang ramai perkatakan di bawah ini dengan muslihat.   Penipuan Vs Muslihat.  :
Di antara penipuan UMNo BN yang nyata adalah melalui kaedah berikut:
1.  Undi Awal
2.  Undi Pos
3.  Pengundi hantu
4.  Daftar Pemilih.
5.  Dakwat Kekal yang tak kekal.

Panglima menyeru Pakatan Rakyat agar memikirkan sehebat-hebatnya bagaimana 5 perkara di atas bisa memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.  Mulakan dari sekarang.

Panglima7

Wassalam.

10 comments:

Anonymous said...

mcm mana nak lawan kalo guna pengadil penipu???

1 jalan je yg aku tgk boleh menarik pengundi melayu...seluruh kesatuan cina mesti bersatu beri melayu 2 perkara...1 menarik minat melayu bekerja di sektor swasta dgn insentif yg baik dan 2 sudah tiba masanya org bukan Islam sendiri yg menyokong perlaksanaan hukum hudud di malaysia...

sekiranya 2 perkara diatas boleh dicapai x mustahil PR boleh menang dgn bergaya. bekerja dgn org Islam yg baik lebih baik dari bekerja dgn melayu yg rasuah. that the fact.

Anonymous said...

Satu lg cadangan..
Jgn perbesar-besarkan masalah dalaman lebih2 lg ketika menghampiri waktu penamaan calon..
Ink kerana masalah dalaman dlm BN sungguhpun dpt didedahkan dlm media internet,ttp tidak dpt disiarkan di Tv dan akhbar perdana..Sebaliknya jika ada masalah dlm PR,Tv dan akhbar berkejar-kejar utk menyiarkannya sebagai benteng utk menutup masalah dalaman mereka dan mencari keuntungan dari pergeseran dalaman PR..
Media Perdana mempunyai aksess meluas krn ia dpt sampai kepada semua lapisan masyarakat dan membentuk pemikiran mereka terutama pengundi saluran satu,dua dan tiga..
Jd berhati-hatilah kali ini dan jgn lg tamakkan kerusi calon krn ia memberi peluru kpd BN utk menutup masalah mereka dari pandangan Umum...

Anonymous said...

pesanan pd pimpinan PR..jgn bg bola tanggung saat2 akhir..bn ada media. Najib ckp kat penang..sampai sabah sarawak blh tngk dan dgr..PR ada apa? larat ke nk jelajah seluruh negara dgn isu yg dicipta pastu terpaksa dihuraikan pula oleh pimpinan PR yg lain..mcm kes TGHH, Harun Din.Mustapa Ali,karpal singh dn byk lg..tahu mereka2 tu otai2 PAS dan DAP...guna akal bukan kepala lutut...dkt pru nk pertikai hudud dsbnya..skrg dh boleh nk bincang apa pun...dh lps pru..dkt pru14 nnt kes dh x hot sbb bincang 5 tahun..dr 2004..x hbs2 bg bola tanggung...

Anonymous said...

Kenapa nak tunggu PRU14?Lagi satu penggal hancurlah kita.. Ntah apa lagi program jahanam BN akan dtg.Masalah negara yg kita harap dpt di selesaikan bila PR perintah nanti hanya tinggal impian je.

Anonymous said...

tambah 1 lagi..black out semasa kiraan undi..

Madam Yana said...

Kalau gitu,you must jumpa DSA personally to discuss about this

Anonymous said...

jangan pulak lupa pasal black out
pasal kotak undi baru sampai
undi awal lom kira
bla....bla....bla....

borang 14 mcm tak guna jer...

Anonymous said...

Sebagai tambahan kepada saranan Panglima..rekrutkan keahlian yang berkualiti,beri latihan atau tarbiah serta daftarkan mereka sebagai pengundi..

Anonymous said...

Haloo bro....

Kami rakyat dah bosan. Setiap PR mesti kena tipu.

Kali ini terimalah hakikat kena tipus. Pakatan tak perlu menyeru kami rakyat sedia buat apa yg sepatutnya sehsingga PRU ke 13 ini terbatal.

Utk apa berhimpun kat padang. Teruslah berhimpun sekurang2nya di hdpan istana negara.

Bn tak gentar kalau stakat himpun sana sini kat tengah padang. Apa kes bro himpun tengah padang. Najib peduli apa dia kata dia menang. (menang pondan)

Must do something bro... Gunakan kuasa rakyat.

Tak kan dah kena tipu tahap gaban ni nak tunggu lagi pru14?

Kita dah dibodong2kan umno lebih 50 tahun hingga bangsu melayu adalah bangsa yg terpinga2. Dah sedar dah bangun ayohlah!!!

Nazman said...

Panglima, sy dari BCHomes..dari pemerhatian sy yang merangkap PACA ni,pengiraan undi ditempat mengundi disaksikan agen mengundi dari pihak yg bertanding adalah mencukupi. Selepas kiraan undi ditempat mengundi, agen mengundi akan confirmkan dgn borang 14 dan disahkan oleh KTM..Sepatutnya borang 14 ni sudah mencukupi sebagai bukti kiraan undi dan tak perlu semua kertas undi dibawa etempat pengumpulan undi..ini untuk mengelakkan kertas undi itu dibuang/tambah ditengah jalan..

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara