Assalamualaikum Wbr.
Ramai yang mencadangkan agar Menteri Besar Perak DS Nizar untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Pada permulaannya Panglima memang bersetuju tetapi setelah difikir-fikirkan ada pro dan kontra sekiranya PR mencalonkan beliau bertanding di situ.
Di antara kebaikan (Pro) jika mencalonkan DS Nizar bertanding di Bukit Gantang.
1. Akan menaikkan sokongan ke atas PR lebih-lebih lagi dengan isu rampasan kuasa secara haram oleh UMNO & BN.
2. Memungkin PR menang dalam pilihanraya kecil ini.
Di antara keburukan (Kon) jika mencalonkan DS Nizar bertanding di Bukit Gantang.1. UMNO akan menngunakan isu derhaka terhadap beliau dengan menggunakan apa jua saluran media.
2. Sekiranya beliau kalah maka UMNO & BN akan memanipulasikan kekalahan PR ini dengan isu Tumbangnya Kerajaan PR di Perak. Sedangkan Kerajaan yang ditubuhkan oleh UMNO di Perak sendiri adalah Kerajaan Haram.
3. UMNO menggunakan isu ini dan memaksa DS Nizar meletakkan jawatannya sebagai MB sebagai jawapan kekalahan PR di Bukit Gantang. Sedangkan beliau masih MB yang sah yang dipilih oleh Rakyat.
Mengikut perkiraan, moleklah sekiranya calon Parlimen Bukit Gantang dipilih selain dari DS Nizar. Apa pun rakyat Perak akan memilih Parti berbanding calon untuk pilihanraya kali ini. Calon yang terbaik adalah bonus bagi kemenangan di Bukit Gantang.
Panglima7.
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Feb 11, 2009
Pro & Kon -DS Nizar Bertanding Di P. Bukit Gantang
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)
2 comments:
Setelah membaca pro-kon saya bersetuju agar DS Nizar tidak bertanding diP Bukit Gantang. Biarlah beliau tumpu dengan jawatan MB ini pada hemat saya kerajaan haram BN tidak akan kekal lama. Lagipun jika calon lain yang bertanding mewakili PR jika menang akan menjatuhkan lagi imej BN di negeri Perak. Pengundi pengundi sekarang lebih untuk memileh parti yang bertanding daripada calon. Jika Pas mengemukakan calon yang terbaik insya allah kita akan mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti. Takbir Allah hu Akbar.
Saya setuju dengan saudara Mohd Noor.
Takbirr...Allahuakbar
Panglima7
Post a Comment