Bismillahirrahmaanirrohimm.
Tak mampu saya nak tahan air mata ketika
mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di
sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang
pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu
maghrib terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang
diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang
ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
Pemuda
melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya
beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan
liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan
lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke
pasar.Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan
perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati
yang tidak ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira,
berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada
ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu
tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?",Ustaz menggeleng
kepala tanda dia tidak tahu."Daging apa?" tanya ustaz kembali."Saya beli daging
babi ustaz!,saya berdosa Ustaz"jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak
terkata.”Masya Allah”hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an
meneruskan cerita.”Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging
ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa”ceritanya
lagi.”Saya bagi tau ibu,saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu
ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor”.”Ya Allah besarnya
dosa saya ustaz”.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu
lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.Selepas meninggal
dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap kali tiba nya waktu
Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya
memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular.Dia tak mampu menahan
perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau
setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka
bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja
sekali.Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan
ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya
malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah
ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah
tua.Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi
sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah
tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan
pengajaran.
Panglima7
Read more...