Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jan 7, 2011

Berbakti Kepada Dua IbuBapa Lebih Baik Dari Ibadat 2Juta Tahun

Assalamualaikum Wbr.


Anas bin Malik R.A telah berkata bahawa beliau telah bertanya Rasulullah SAW lapan soalan, sebagaimana berikut iaitu:

1. "Ya Rasulullah SAW yang manakah lebih engkau suka yakni bersedekah sepotong roti atau sembahyang sunat 100 rakaat?"

Sabda Rasulullah SAW:"Sepotong roti yang engkau sedekah adalah lebih saya suka dari sembahyang sunat  100 rakaat."

2.  "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih suka antara menyampaikan hajat seorang muslim dengan sembahyang sunat 1,000 rakaat?"
     
 Sabda Rasulullah SAW :"Menunaikan hajat seorang muslim lebih saya sukai dari sembanhyang sunat 1,000 rakaat."

 3.  "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih sukai dari meninggalkan sesuap makanan haram atau sembahyang sunat 1,000 rakaat?"
       
 Sabda Rasulullah SAW :" Meninggalkan sesuap makanan haram adalah lebih saya sukai dari sembahyang sunat 2,000 rakaat."

4.  "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih sukai meninggalkan ghibah atau sembahyang sunat 1,000 rakaat?"

 Sabda Rasulullah SAW :"Meninggalkan ghibah (mengumpat) lebih saya sukai dari sembahyang 10,000 rakaat."

5.   "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih suka, yakni menunaikan keperluan seorang wanita janda atau sembahyang sunat 10,000 rakaat?"
         
Sabda Rasulullah SAW :"Menunaikan keperluan wanita janda lebih aku sukai dari sembahyang sunat 30,000 rakaat."

6.  "Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai daripada duduk dengan anak isteri di rumah atau di masjid?"
         
 Sabda Rasulullah SAW :"Duduk sesaat bersama anak dan isteri lebih aku sukai dari i'tikaf dalam masjidku ini."

7.  "Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai, yakni membelanjakan wang untuk keluarga atau nafkahkan untuk jihad fisabilillah?"
         
Sabda Rasulullah SAW : "Satu dirham untuk belanja keluarga lebih aku sukai dari 1,000 dirham dibelanjakan untuk jihad fi sabilillah."

8.  "Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai dari berbakti kepada orang tua atau ibadat 1,000 tahun?"

 Sabda Rasulullah SAW:" Ya Anas, telah tiba hak dan musnah semua yang bathil (palsu), sesungguhnya yang palsu itu pasti musnah, oleh itu berbakti kepada ibu bapa itu lebih aku suka daripada ibadat 2 juta   tahun."

Wahai saudara-saudaraku dan anak-anakku, lapan soalan yang dikemukakan oleh Anas r.a kepada Rasulullagh SAW bukan semata-mata untuk pengetahuan Anas R.A sahaja, sebaliknya ia ditujukan kepada semua semua umat Rasulullah SAW.

Panglima7
Kisah dan Tauladan

Read more...

Jan 6, 2011

SPA @ UMNO BN Kurang Ajar Langkah Bahu Khalid Ibrahim

Assalamualaikum Wbr.



 Kemelut perlantikan Khusrin semakin panas dan bertambah panas dengan isu Sultan terseret sama.   Itulah sebabnya......dalam soal politik dan pentadbiran Kerajaan Negeri, Sultan kena main jauh-jauh.....jangan mendekati ia akan politik dan pentadbiran kerajaan ini...kerana dikhuatiri mencemar duli dengan kritikan-kritikan dari rakyat dan pemimpin.

Khalid Ibrahim tidak salah dalam hal ini....kerana sebagai Menteri Besar beliau ada hak untuk memilih dan melantik SUK Negeri Selangor yang baru walaupun SPA ada hak juga untuk memilih sesiapa yang dikehendakinya.  Sultan hanya memperkenankan sahaja.   Ada Pahemmmmm !!!!  

Kesalahan Pertama
Tetapi apabila SPA melalui Kerajaan Persekutuan memandai-mandai dengan melangkah bahu Khalid Ibrahim untuk bertemu Sultan....bagi memperkenankan calon pilihan Kerajaan Pusat.....tanpa merujuk dahulu kepada calon pilihan Kerajaan Negeri.....Itu tandanya Kerajaan Persekutuan di bawah penguasaan UMNO BN sangatlah  kurang ajar dan Biadab terhadap rakyat serta berniat jahat terhadap Kerajaan Negeri Selangor.  Inilah Punca kepada Kemelut Perlantikan Khusrin.    Sultan kena baca dari awal....apa akan berlaku sekiranya Seteru kepada Kerajaan Negeri iaitu UMNO datang mencalonkan orangnya untuk Kerajaan Pakatan Rakyat dan Sultan Perkenankan.  Kena baca tuu....Sultan kena bijaksana. 

Kesalahan Kedua
Kerana desakan SPA / UMNO BN laaa....Sultan terus sahaja memperkenankan Si Khusrin tanpa Merujuk dan meminta pendapat @ nasihat dari Memanda Bendahara Negeri iaitu Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar seperti kelazimannya oleh Raja-Raja atau Sultan di setiap negeri.

Apabila kesalahan pertama berlaku dan ditambah oleh kesalahan kedua.........Inilah jadinya.  SPA Langkah bahu Menteri Besar....Ko ingat ini Negeri Engkau yang Punya ker???  Tak rujuk dahulu kepada Ketua Pimpinan Negeri iaitu Khalid Ibrahim untuk beliau mengadap Sultan.

Siapakah DALANG atau Lahabau yang menghuru harakan Perlantikan ini...Tentulah SPA yang diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan dibawah penguasaan UMNO & BN.

Siapakah yang menjadi mangsanya......Sultan dan Khalid Ibrahim.
Siapakah yang menerima impak kemelut ini....Seluruh Rakyat Negeri Selangor.
Siapakah yang gembira dengan kemelut ini...Tentunya UMNO dan Barisan Nasional.

Read more...

Jan 4, 2011

UMNO Selangor Derhaka: Tentang Usaha Kembalikan Kuasa Sultan Selangor

Assalamualaikum Wbr..
Gambar lama

UMNO & BN Selangor menderhaka kepada Sultan Sharafuddin iaitu Sultan Selangor apabila menentang usaha di Dewan Undangan Negeri yang dibawa Pakatan Rakyat dalam mengembalikan Kuasa Sultan Selangor dalam melantik SUK Negeri Selangor.  Mereka-mereka yang menderhaka ini patut digulingkan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang.  Bangkitlah wahai rakyat Selangor....Kita ajar UMNO di Selangor bagaimana caranya menghormati Sultan.  Hak dan kuasa Sultan hendaklah dikembalikan kepada Sultan setelah Mahathir memperkosanya 17 tahun yang lalu.

Kata pejuang ketuanan Melayu.....pembela Sultan.....tapi mengapa menentang usaha kembalikan kuasa Sultan.  nampak sangat kemunafikan UMNO dalam hal ini.
___________________________________


KUALA LUMPUR, 4 Jan – Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas.
Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
“Apa yang berlaku sekarang adalah kerana kerajaan Pakatan Rakyat memainkan isu pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru demi survival politik mereka dan untuk memuaskan nafsu dan kehendak pentadbiran PR yang didalangi oleh DAP,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Kata beliau, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah lupa daratan dan gila kuasa sehingga terlupa bahawa pindaan terhadap Undang-undang tubuh tersebut perlu mendapat sokongan dua pertiga yakni 38 undi sedangkan anggota mereka miliki cuma 35 orang.
“Maka dengan itu saya berpendapat cadangan tersebut adalah lebih kepada emosi dan tak dilakukan secara bijaksana.
“Saya melihat apa jua tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersabit dengan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor adalah mainan politik untuk meningkatkan populariti mereka menjelang pilihan raya umum ke-13.
Malah Noh berkata, tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor campur tangan pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah satu penghinaan terhadap institusi perkhidmatan awam Negara.
Malah katanya, tindakan kerajaan negeri Selangor itu jelas mencabar kewibaan Ketua Setiausaha Negara dan SPA dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri.
“Pelantikan tersebut adalah hak pusat dan KSN berhak menentukan pegawai yang sesuai untuk menduduki jawatan tersebut,” kata menteri pusat ini.
Noh juga menambah, tindakan Menteri Besar mewujudkan Jawatankuasa Pemilihan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Ketua Setiausaha Negara adalah tidak wajar dan kurang bijak.
“Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menunjukkan kedegilan sehingga mengambil tindakan untuk memulau sebarang majlis dan keraian yang melibatkan SUK yang baru.
“Malah dalam sidang akhbarnya semalam Khalid juga memutuskan bahawa Datuk Khusrin selaku SUK tidak dibenarkan hadir mesyuarat Exco atau hadir pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” kata beliau yang menyifatkan langkah itu satu penghinaan kerajaan negeri Selangor tadbiran Pakatan Rakyat terhadap seluruh jentera pentadbiran awam di negeri Selangor.
“Dalam pada itu saya berpandangan bahawa cadangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk kembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Menteri Besar dan Sultan Selangor adalah tidak perlu,” katanya.
Katanya, ia membuktikan bahawa Khalid mengakui pelantikan Khusrin adalah sah mengikut perlembagaan sedia ada.
“Maka dengan itu Tan Sri Khalid hendaklah akur dan menghormati perlembagaan negeri sedia ada, kalau beliau tidak dapat menerima pelantikan tersebut maka beliau tidak menghormati perlembagaan dan menderhaka kepada Sultan.
“Ini adalah kerana Sultan Selangor sudah memperkenankan pelantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru,” katanya.
Semalam, Menteri Besar berkata kerajaan negeri akan mencadangkan sidang tergempar DUN untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Pada sidang media tengah hari tadi, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim hari ini berkata Khalid perlu mengemukakan representasi bertulis kepada beliau bagi mengadakan sidang DUN.
Beliau juga berkata sidang DUN yang dicadangkan oleh Khalid bukan sidang tergempar tetapi sambungan daripada sidang DUN yang ditangguhkan pada 15 November lepas.
Ketika ditanya sama ada kontroversi isu pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dianggap berkepentingan awam sehingga sidang DUN perlu diadakan, Teng berkata: “Sehingga kini saya tidak tahu apa yang akan dibentangkan.”
“Jadi saya tidak tahu representasi mengenai apa yang akan dikemukakan oleh Menteri Besar,” katanya.
Oleh yang demikian Teng berkata beliau tidak boleh memberikan sebarang kenyataan sama ada sidang yang bakal diadakan itu menyentuh pelantikan Khusrin atau mengenai isu-isu lain.
Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember lepas manakala tempat Mohamad Khusrin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, berkuat kuasa 1 Januari.
Bagaimanapun Khalid menolak pelantikan itu dan mendakwa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah membelakangkan Kerajaan Negeri dalam proses pemilihan calon SUK berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.
Mengenai keperluan majoriti dua pertiga bagi membolehkan sesuatu undang-undang itu dipinda dalam sidang DUN, Teng berkata walaupun kerajaan campuran pakatan pembangkang di Selangor tidak memiliki majoriti dua pertiga di dalam DUN, kemungkinan Menteri Besar boleh mempengaruhi anggota dewan daripada Barisan Nasional untuk menyokongnya.
DUN Selangor mempunyai 56 kerusi.  Barisan Nasional menguasai 21 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (14), DAP (13) dan PAS (lapan). Jumlah bagi majoriti dua pertiga ialah 38.

Panglima7


Read more...

JWW Birch UMNO Bakal Disembelih.

Assalamualaikum Wbr....

Hamba suka dengan komen blogger bijan, maka di sini hamba panjangkan dalam blog hamba buat tatapan semua. JWW Birch UMNO iaitu Khusrin....bakal disembelih dari segi politiknya apabila senjata yang digunakan oleh UMNO mula makan tuan.  Ikuti pandangan dari blogger yang dihormati....Bijan.


Bukan setakat Khusrin..UMNO sendiri dan mula diserang..!

saya rasa bukan setakat Khusrin.. Umno,Perkasa,perkasut dan geng sewaktu dgn pejuang Kaum ..demam seram sejuk...suam...bila-bila masa.dan boleh ubah sistem waktu kebelakang..ha ha ha ada faham ke UMNO apa maknanya..bukan seperti yg main diMInda UMNO (UMNO nampak kes jubor saja bila sebut belakang)..kuat kuasa undang undang backdated..kalau macam itu khussssyrin akan jadi kush kush hottai hei..kena halau le...lepai itu nak bagi balik KUASA SULTAN yang UMNO sendiri cabut pd tahun 1993,,kita nak tengok mana YB YB BN yang akan sokong dan yang tentang.....selama ini mereka-mereka ini beriaria ..sokong dan demo JGN HINA SULTAN.. JGN DERHAKA SULTAN.habis tempe sticker sampai ke MUKa..DAULAT TUANKU... .kita tunggu dan tengok muka muka mana yg akan derhaka nanti bila rang undang undang dibacakan didewan nanti dan minta utk disokong...?ha ha ha...UMNO masuk perangkap yg dipasang..

Cadangan pindaan perlembagaan Selangor bagi memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan sultan untuk melantik tiga jawatan utama kerajaan negeri itu boleh dilakukan secara retrospektif atau dikebelakangkan, kata speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

NONE"Jika rang undang-undang menyatakan bahawa pindaan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, maka ia akan menjadi retrospektif,” katanya kepada wartawan di Shah Alam hari ini.

Jika cadangan pindaan itu mempunyai kesan retrospektif, ia akan memberi kesan kepada pelantikkan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, yang dibidas pemimpin Pakatan Rakyat.

Namun, menurut Teng, adalah terlalu awal untuk menyatakan perkara berkenaan kerana beliau belum melihat rang undang-undang itu ataupun dimaklumkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung cadangan beliau untuk memanggil sidang tergempar.

Menjelaskan perkara itu, Teng berkata sidang DUN yang ditangguhkan sehingga Mac ini sebenarnya tidak memerlukan perkenaan Sultan bagi sidang tergempar diadakan.
Katanya, di bawah Peraturan 10(3), speaker boleh memanggil sidang tergempar jika mendapati alasan yang diberikan oleh menteri besar mempunyai “kepentingan umum”.

Menurut Teng, perkara berkenaan telah disampaikan secara lisan kepadanya oleh Khalid semalam tetapi tiada keputusan boleh dibuat sehingga ia dibuat secara bertulis

Panglima7
Credit kepada Bijan

Read more...

Bermulanya Era Penjajahan UMNO (Kerajaan Persekutuan) Di Selangor.

Assalamualaikum Wbr.


Khusrin memulakan tugas.di hari pertamanya...tanpa mengangkat sumpah.  Wah...mengalahkan Sultan. Tanpa angkat sumpah.

Perlantikkan Khusrin yang dibuat oleh SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dgn mempergunakan Sultan Selangor untuk dimohon perkenan dilihat sebagai usaha UMNO bagi menjajah negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

Ini samalah seperti meletakkan Residen British - JWW Birch di Perak suatu masa dahulu di Negeri-Negeri Selat ketika zaman Penjajahan British di Tanah Melayu di zaman Datuk Maharaja Lela.  Semasa itu Sultan tiada kuasa.

Perlu diingat……Sultan Selangor tidak mempunyai kuasa dalam melantik atau menolak perlantikkan yang dibuat oleh SPA.  Sila lihat kenyataan Sultan Selangor selepas Khalid Ibrahim mengadap Tuanku semalam. 

Abdul Khalid berkata, dalam pertemuan beliau dengan Sultan Selangor pagi semalam, baginda berpandangan baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon bagi memegang jawatan eksekutif berkenaan yang dicadangkan oleh SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) di bawah Kerajaan Persekutuan.

Ini adalah kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan Kuasa Kerajaan Persekutuan,” Katanya pada sidang media semalam.

UMNO menperalatkan Sultan untuk kesinambungan politik mereka.  Samalah dengan Patih Karma Wijaya yang memperalatkan Sultan untuk memfitnah Hang Tuah di era Zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu.

Kes ini berulang kembali di zaman ini dengan modus operandinya yang berbeza tetapi methodologinya adalah sama.

Panglima7
Heii...Khusrin !!!..... turun ngko..!!!  Ini Panglima7 laaa.......
Aku diperintahkan oleh Sultan untuk menghalau engkau keluar dari SUK.
Sanggup engkau menderhaka kepada Sultan dan Menteri Besar (dahulu – Bendahara).
Rakyat dan pemimpin Negeri Selangor tak sukakan ngko.  Ko sanggup duduk di kerusi SUK tu buat apa.!!  Kerana Pangkat dan kuasa....engkau sanggup menjadi lembu tunggangan UMNO.  Cisss...!!!  Nyahh ko dari situ...

Turun ngko Khusrinnnnnn....Khusrinnnnnn !!!!
Kalau ko tak mahu turun.....Panglima7 akan naik ke atas.   Tunjukkan Kejantanan ko Khusrin....
(Versi Panglima7 di ceduk dari Versi Hang Tuah Vs Hang Jebat)
Hahahaha.....

Read more...

Jan 3, 2011

Konsep Pakaian Di Mata UMNO : Tiger Show Sopan, YB Teo Seksi

Ketuanan Melayu : Pertunjukan ala 'Tiger Show' di Putrajaya!..(18SX)


Oleh: Pria Malaya

Gambar-gambar dibawah adalah gambar yang diambil dalam sebuah majlis makan 

malam anjuran Sony di Marriot Hotel, Putrajaya 16 Disember lalu..gambar dikirim
oleh seorang hamba Allah yang prihatin..(semoga Allah merahmati beliau)..

Bukan setakat 'free show', malah 'free touch'..

Gambar pertunjukan ala 'Tiger show' ini dirakam ketika hadirin sedang leka dengan 

penari/model separuh lucah..mereka bukan sahaja 'dijamu' dengan tarian dan 
persembahan lucah, malah lebih dari itu, mereka di'beri peluang' menjamah, memegang,
 memeluk dan merasa tubuh badan penari separuh bogel ini..

Apa yang menyedihkan..rata-rata hadirin dalam majlis ini adalah dari bangsa Melayu, 

yang beragama Islam!..perwatakkan mereka yg bertudung sambil bergelak ketawa 
ternyata telah melampaui batas dan mencemar maruah Islam...apa reaksi mereka? 
kalian boleh perhatikan pada setiap riak wajah muka yang terpampang dalam 
gambar2 ini..

Jika selama ini kita hanya mendengar tarian 'tiger show' di negara2 Barat, atau 

negara jiran seperti Thailand..hari ini, ibu kota pentadbiran kerajaan Malaysia, 
PUTRAJAYA, menjadi pusat aktiviti ala jahiliah ini!

Bantah 'Hub Hiburan' Najib!

Tidak cukup pertunjukan2 seperti ini dianjurkan di kelab-kelab malam dan pusat 
hiburan, hari ini dengan beraninya ianya dibenarkan diadakan dalam majlis makan 
malam di Putrajaya!..itu belum dgn cadangan Hub Hiburan sehingga 24 jam oleh 
kerajaan Najib...kalian boleh rujuk di SINI..

Ingat, sehingga kini Najib belum memberi apa2 reaksi menangguh atau membatalkan 

cadangan ini walaupun ramai pihak yg membantah..malah sudah terdapat pihak cuba
 menyokong Hub hiburan yg bakal dibina kerajaan BN ini..siapa pihak yang 
menyokong Hub Hiburan Najib ini??..klik diSINI..

Ambil tindakan

Untuk yg terakhirnya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS 

Pusat, Ust Nasruddin Hassan, penulis juga menggesa supaya jabatan agama Islam 
segera mengambil tindakan terhadap penganjur, pihak pengurusan hotel termasuklah 
hadirin yang menyertai majlis maksiat ala jahiliah ini..

Jika pihak berkuasa boleh bertindak nekad ke atas penganut fahaman syiah, penulis 

juga berharap pihak berkuasa mengambil langkah tegas kepada pihak yang terlibat 
di dalam majlis ini..ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, 
tetapi juga bertentangan dengan ajaran dan norma2 Islam!

Akhir kalam, semoga pihak terbabit mengambil langkah segera..isu ini lebih hina dan 

jijik dari isu YB non-muslim bersenamrobik di luar kawasan masjid..fikir2kan...
wallahua'lam..

p/s: Maaf, gambar agak tidak menyenangkan...








Tiger show: Jabatan agama diminta bertindak

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pihak berwajib terutama Jabatan Agama Islam didesak
 menyiasat dan bertindak segera terhadap penganjuran satu pesta maksiat, 
pertunjukkan "Tiger Show", dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, 
Putrajaya pada 16 Disember lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi 
ketika membuat desakan itu berkata, pertunjukkan itu bukan sahaja bercanggah 
dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam 
sebagai agama rasmi Malaysia.

Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub 
tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan 
elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.

"Lebih menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir dalam majlis itu ialah bangsa 
Melayu yang beragama Islam," 


Read more...

Anak Kecil Dengan Hasan Al-Basri

Assalamualaikum wbr.


Hassan al-Basri was one of the greatest Tabi'en


Dikisahkan dalam sebuah riwayat, ketika Hasan Al-Basri sedang duduk dekat pintu rumahnya,, lalulah org ramai membawa jenazah seorang lelaki,,Dalam kumpulan itu terdapat anak kecil perempuan dengan rambut terurai sambil menangis. Untuk mengetahui keadaan anak kecil itu Hasan Al-Basri mengikuti jenazah itu..

          Dalam masa berjalan itu berkata anak kecil itu," Wahai ayahku, mengapakah tiba hari yg semacam ini dalam hidupku?"

          Berkata Hasan Al-Basri," Wahai anak kecil, tidak akan datang hari seperti ini kepada ayahmu."

          Setelah Hasan Al-Basri menyembahyangkan jenazah tersebut, beliau pun terus pulang. Pada keesokan harinya, Hasan Al-Basri pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang subuh, setelah selesai solat, Hasan Al-Basri balik ke rumahnya dan duduk dekat pintu rumahnya.

         Ketika Hasan Basri duduk dekat pintu itu, dia terpandang budak perempuan yg kematian ayahnya semalam menuju ke kubur ayahnya untuk ziarah.
        
Berkata Hasan Al-Basri dalam hatinya," anak kecil ini nampaknya seperti cerdas, ada baiknya kalau aku ikuti dia, mungkin dia akan menyebut perkataan yg akan bermanfaat bagiku,' Hasan Al-Basri mengikut budak perempuan itu dari belakang, apabila sampai di tempat perkuburan ayah kanak-kanak itu, Hasan Al-Basri pun bersembunyi.

           Anak kecil itu memeluk kubur ayahnya dan meletakkan pipinya di atas tanah sambil menangis dia berkata," Wahai ayahku, bagaimana kamu tinggal di dalam kegelapan kubur seorang diri tanpa lampu mahupun penghibur?  Wahai ayahku, kelmarin dulu aku nyalakan lampu untukmu, sekarang siapakah yang menyalakan lampu untukmu malam tadi?"

        Berkata anak kecil itu lagi,"Wahai ayahku,kelmarin dulu aku menghamparkan tempat tinggalmu, siapakah yg menghamparkan tempat tidurmu malam tadi?   Wahai ayahku, kelmarin dulu aku yang picitkan kedua tangan dan kakimu, siapakah yang memicitmu malam tadi?   Wahai ayahku, kelmarin dulu aku balikkan tubuhmu dari satu tempat ke satu tempat, siapakah yang membalikkan tubuhmu malam tadi?   Wahai ayahku, kelmarin dulu aku tutup tubuhmu yg terbuka, siapakah yg menutupmu mlm tadi?   Wahai ayahku, kelmarin dulu aku mmberimu minum, siapakah yang mmberimu minum malam tadi?   Wahai ayahku, kelmarin dulu aku merenungi wajahmu, siapakah yg merenungi malam tadi?"

         "Kelmarin dulu kamu memanggil kami dan kami menjawab panggilanmu, siapakah yang kamu panggil malam tadi dan siapa pula yang menjawab pnggilanmu? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku mmberimu makan makanan yang mnjadi kegemaranmu apabila kamu memerlukan, siapakah yang mmberimu makan makanan yg menjadi kegemaranmu malam tadi?"

         Berkata anak kecil itu lagi, "Wahai ayahku, kelmarin dulu aku mmasakkan berbagai makanan untukmu, siapakah yang memasakkan untukmu malam tadi?"

         Sebaik sahaja Hasan Al-Basri mendengar kata-kata anak kecil itu, beliau pun menangis dan mmperlihatkan dirinya kepada anak kecil itu. Berkata Hasan Basri," Wahai anakku, janganlah kamu mengucapkan kata-kata seperti itu, tetapi katakan seperti ini: Wahai ayahku, kami telah menghadapkan kamu ke arah kiblat, apakah kamu tetap berkeadaan demikian atau kamu telah dihadapkan ke arah lain?  Wahai ayahku, kami telah mengafani kamu dengan baik, apakah kafanmu itu tetap seperti itu atau telah ditanggalkan darimu?  Wahai ayahku, kami telah meletakkan kamu ke dalam kubur sedangkan badanmu masih utuh, apakah badanmu tetap utuh atau telah dimakan cacing? Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama' berkata bahawa kubur itu dilapangkan bagi sesetengah manusia (yg beramal soleh) dan disempitkan bagi sesetengah manusia (yang ingkar pada perintah Allah), apakah kuburmu itu terasa sempit atau lapang rasanya bagimu? Sesungguhnye para ulama' berkata bahawa sesetengah mereka diganti kafannye dengan kafan dari syurga dan sebahagian lainnya pula diganti dengan kafan kafan dari neraka. Apakah kafanmu itu digantikan dengan kafan syurga atau kafan neraka?"

          "Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama' berkata bahawa kubur itu ialah tempat menentukan salah satu kebun ke syurga atau salah satu parit ke neraka."

          "Wahai ayahku, sesungguhnye para ulama' berkata kubur itu memeluk sesetengah penghuninya seperti seorang ibu memeluk anaknya dan kubur juga akan mmbenci serta menghimpit sesetengah penghuninya hingga bertelagah tulang rusuknya. Apakah kubur ini memelukmu atau menghimpitmu?"

          "Wahai ayahku, para ulama' berkata bahawa sesiapa yg diletakkan dalam kubur, kalau dia seorang yg bertaqwa, dia pun akan menyesal kerana kurang membuat amal kebaikan dan apabila seseorang itu orang yg membuat dosa dia akan menyesal mengapa dia melakukan maksiat. Apakah kamu menyesal atas dosa-dosamu atau kamu menyesal kerana kurang amal kebaikanmu?"

          "Wahai ayahku, jika aku memanggilmu tentu engkau menjawab panggilanku, tetapi aku memanggilmu di kepala kuburmu, mengapa aku tidak mendengar suaramu?"

          "Wahai ayahku, engkau telah pergi dan aku tidak akan dapat bertemu denganmu lagi hingga hari kiamat, ya Allah janganlah Engkau haramkan kami dari pertemuan dengannya pada hari kiamat nanti"

          Berkata anak kecil itu," Ya Pak Cik, alangkah baiknya perkataan yang engkau ucapkan untuk ayahku dan alangkah baiknya nasihatmu kepadaku dan peringatanmu terhadap orang-orang yang lalai."

         Setelah itu, Hasan Al-Basri dan anak kecil itu pun balik ke rumah masing-masing dalam keadaan menangis.

         Kisah ini hendaklah kita jadikan teladan kepada diri kita sendiri, kerana setiap kita akan mati. Dan setiap yg sudah mati itu akan menghadapi satu alam yang sangat hebat iaitu alam kubur. Kita tidak tahu bagaimana keadaannya kubur kita, tetapi yang harus kita tahu ialah siksa kubur itu amat pedih sekali.

        Oleh itu hendaklah kita sentiasa melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Insya Allah, dengan rahmat dari-Nya akan selamatlah kita dari siksaan kubur itu.

Panglima7
Kisah & Tauladan
         
Read more...

Jan 1, 2011

Kunci Khazanah Langit dan Bumi. Dikhuatiri Hadis Palsu. Kerana Tiada Sanadnya.

Assalamualaikum Wbr.  Dikhuatiri Ini Hadis Palsu.
______________________________________________
Sempena tahun baru 2011..mari kita amalkan sebuah Zikir yang hebat...yang mana menjadi kunci akan ia dalam membuka Khazanah Langit dan Bumi.
Zikirullah. Kunci Khazanah Langit Dan Bumi



Adalah dikhabarkan bahawa Sayiddina Uthman ibn Affan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang "Maqalad As-Samawi Wal-Ardh" (Kunci Langit Dan Bumi) mengenai firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Qur’an dibawah ini).

Renungan Dari Surah Az-Zumar (39), Ayat 63.
Mafhum Ayat: Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan ALLAH yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling rugi.

Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah yang berikut:

Ertinya:
Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia yang awal Dia yang akhir
Dia yang zahir Dia yang bathin
Yang menghidupkan Yang mematikan
Dia yang hidup tanpa mati
Pada-Nya segala kebaikan
Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.

Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:
Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni, 
kedua : terlepas daripada siksaan neraka, 
ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan siksaan, 
keempat : dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat, 
kelima : dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a., 
keenam : dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur, Taurat dan Injil, 
ketujuh : sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga, 
kelapan, dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga, 
kesembilan, dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan, 
kesepuluh : permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu”.

Panglima7... Berkongsi dengan anda semua...Khabarkan Pada semua.....Hadis ini tiada sanadnya....Ini Hadis Palsu.
Kiriman sahabat



Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara