Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 28, 2008

Mentaliti Kepala Hotak UMNO Perlu Diubah


Mdm Low Siew Moi Currently Post :DEPUTY GENERAL MANAGER (CORPORATE)
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Assalamualaikum wbr.

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh perlantikan Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar Sementara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) oleh Menteri Besar Selangor DS Khalid Ibrahim.

Ramai pengawai-pegawai PKNS tak terkecuali juga Penyokong UMNO dan ADUN-ADUN UMNO seperti Abdul Syukur Idrus ADUN Kuang menghasut rakyat Selangor agar menentang perlantikan ini. Sentimen isu perkauman mula diapi dan dimainkan. Kononnya menjual maruah Melayu.

Apa ke jadahnya nie. Nama pun "Acting GM of PKNS" Pengurus Besar Sementara. Jadi duduknya Low Siew Moi di situ cuma sementara sahaja. Lama mananya pun cuma setahun.
Apakah maruah Melayu tergadai.??? Apakah ada orang Melayu yang boleh difikirkan layak duduk di kerusi tersebut. Mungkin ada tapi kenapa tak diketengahkan. Dah lantik baru nak melenting.

Cuba kita tarik napas dan renungkan dalam-dalam tentang hal ini. Ada banyak kemungkinan mengapa beliau dilantik ke jawatan sementara ini. Pertama, mungkin DS Khalid ingin menggunakan idea-idea hebat dari Low Siew Moi untuk diketengahkan bagi membangunkan lagi Negeri Selangor dibawah seliaan PKNS ini.

Kedua, untuk menukar cara kerja orang Melayu yang selalu mengular kepada cara kerja orang cina yang sedikit lebih baik dari orang Melayu. Walaupun pahit bunyinya tapi kita kena terima hakikat ini.

Ketiga, cara fikiran orang cina berlainan dengan cara pemikiran orang Melayu. Justeru itu dalam bisnes cara berfikiran orang cina selalu mendahului orang Melayu. Ya kita boleh ikut caranya berurusniaga tetapi janganlah membujur lalu melintang patah. Habis semuanya kita sapu tanpa memperdulikan sempadan halal dan haram.

Keempat, cara yang dibuat oleh DS Khalid Ibrahim ini seperti cara kita mengambil pemain import dalam Liga Pro Bolasepak Malaysia. Bukan kita nak ketepikan pemain tempatan tetapi kita ingin agar pemain tempatan mempelajari teknik-teknik dan jurus-jurus dalam bidang bolasepak juga bidang-bidang lain seperti pentadbiran PKNS ini.

Janganlah kita cepat melatah, terloncat sana terloncat sini dan cuba memburuk-buruk sesuatu yang baik dengan menimbulkan isu perkauman.

Dengan terlantiknya Low Siew Moi ini dapat mengembalikan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Selangor ini Khususnya. Dah namanya pun kerajaan Campuran diantara PKR, PAS dan DAP jadi tentunya ada ketua sesuatu jabatan kerajaan terdiri dari orang Cina dan India. Takkan semuanya Melayu. Macammana kita nak hidup bersama-sama kalau begitu lagunya.

Sila kita lihat apa kata Teresa Kok

Wallahualam.
Panglima7
Sendiri Mau Ingat.
Read more...

Oct 27, 2008

Harga MInyak Dah Turun, Tapi Kerajaan UMNO & BN Masih Jimbam.

Assalamualaikum wbr.

Harga minyak dunia turun dan merudum lagi ke paras USD60. Tapi mengapa Kerajaan UMNO dan BN masih lembabb dan jimbam dalam menurunkan harga minyak. Adakah pemimpin-pemimpin UMNO yang mentadbir kerajaan ini terdiri dari mereka-mereka yang lembab dan jimbam.??? Tidak dapat dinafikan memang Kerajaan UMNO dan BN ini memang jimbam. Bukan sahaja menteri-menterinya termasuk Perdana Menteri bahkan badan-badan kerajaan juga amat slow dalam menjalankan kerja mereka. Disebabkan itu banyak agensi-agensi kerajaan diswastakan agar mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan dan bagi mengaut keuntungan yang lebih. Jangan marah a'aa orang gomen. Saya tahu bukan semuanya begitu tapi segelintirnya sahaja. tetapi disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shahrir Abdul Samad menjangkakan harga petrol dapat diturunkan lagi sebanyak 15 sen seliter pada hujung bulan ini ekoran perkembangan terkini harga minyak dunia yang jatuh merudum di pasaran global.

Kenapa 15 sen ??? sedangkan harga petrol boleh diturunkan lagi ke paras harga asalnya sebelum ini. Sila klik kenyataan Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani dari UKM

Menurut Shahrir Abd Samad, harga minyak terpaksa diturunkan hujung bulan ini bukan dalam sehari dua ini bagi mengelakkan kerugian kepada pengusaha stesyen minyak.

Alahai Datuk menteri, bila nak turunkan minyak baru nak ambil kira pengusaha stesyen minyaklah, kesusutan keuntungan petronas lah, itulah, inilah, tapi masa ko naikkan dulu, takde pulak nak pikir ini semua. Tak fikir beban rakyat.
Berapa lama stesyen minyak ini boleh menyimpan minyak dalam palong minyak mereka...paling paling pun 4 hari dah habis. Kenapa kena tunggu lebih seminggu.??
Ko nie nak memperkayakan pengusaha stesyen ke...?
Memang tak cekap ko nie....Please think outside the box laa....

Seperkara lagi, tindakan menurunkan harga minyak sedikit demi sedikit adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak. Apabila minyak dinaikkan secara mencanak maka minyak juga harus turun dengan harga yang menjunam. Penurunan yang demikian menyebabkan pengusaha makanan tersentak dan berfikir berkali-kali untuk mengekalkan harga barangan. Sedikit enforcement diperlukan agar harga barang diturunkan.

Penurunan yang sedikit-sedikit ini tidak terasa. Turun memang turun tapi tak terasa ba... Berbuih la mulut bercakap setinggi mana pun, saya jamin harga yang sedia ada akan kekal sampai bila-bila walaupun harga minyak turun dan turun lagi.

Segala usaha kerajaan yang dulu nya menaikkan gaji kakitangan kerajaan hingga mencecah 30% supaya setanding dengan pihak swasta dan agar rakyat ada kuasa membeli dilihat seperti tiada gunanya dan sia-sia aje... apabila harga barangan melambung tinggi disebabkan kerajaan GOPOH ini menaikkan harga minyak secara drastik.

Kita lihat nanti.....usul kenaikan gaji akan ada lagi dan lagi.

Hanya Pandangan
Panglima7
Read more...

Oct 26, 2008

Mana Demonstrasi Jalanan Ala UMNO ?




Assalamualaikum Wbr.

Apabila Najib membuat kenyataan 2 hari yang lepas bahawa beliau MESTI menamatkan DEB(Dasar Ekonomi Baru) secara beransur-ansur,takde pulak tahi-tahi kucing UMNO yang bertaburan di jalan-jalan raya membuat demonstrasi menentang Dasar DEB ini sepertimana yang pernah dibuat kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sebaik sahaja DAP memerintah Pulau Pinang.

Bukankah DEB yang akan diubah secara beransur-ansur oleh Najib ini sama dengan DEB yang dicadangkan oleh LIM Guan Eng dan DS Anwar Ibrahim. Ini bermakna Najib bersedia menamatkan dan menghilangkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu. Mana dia Melayu-Melayu UMNO yang dulunya menjerit-jerit seperti orang gila dijalanan membantah DEB dulu.?? I am wondering, where are these demonstrators. ? Heran ako. Semuanya dah hilang ke...? Ataupun mereka-mereka ini cuma Demonstrasi Upahan yang diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk mengadakan Demonstrasi Jalanan.

Jika tiada demonstrasi jalanan yang dibuat dalam waktu terdekat bagi menentang kenyataan Najib ini....MEMANG SAHLAH mereka ini diupah untuk berdemonstrasi. Itulah Harga Diri orang-orang UMNO dan penyokong-penyokongnya. Tidak bermaruah dan tidak ada harga diri, sepertimana taik kucing tadi. Baunya ajer dah cukup busuk, nak dibuat baja tiada tumbuh-tumbuhan yang sudi menerimanya. Politik Taik Kucing.

Sila Klik

Wallahualam
Panglima7
Read more...

Oct 24, 2008

Rombakan Kabinet : Muhyiddin Mula Terasa Bahangnya

Assalamualaikum wbr.

Pengumuman Abdullah semalam kononnya akan melakukan rombakan kabinet dalam masa terdekat ekoran kemenangan pucuk pimpinan baru di dalam MCA amat meresahkan Muhyiddin.

Keresahan ini berikutan tentangan yang begitu hebat dan terang-terangan dilakukan oleh Muhyiddin terhadap kepimpinan Abdullah dalam mempastikan pengunduran yang lebih awal dari apa yang dirancangkan oleh Abdullah sendiri.

Usaha Muhyiddin ini berjaya menyebabkan Abdullah kehilangan jawatannya namun ianya dibalas dan kecam hebat oleh Abdullah 3 hari yang lepas. Apabila Abdullah menyerang Mahathir yang merupakan bosnya yang sangat ditaatinya suatu ketika dulu, juga mengecam keras Muhyiddin, dan sekarang pula menyuarakan akan merombak kabinetnya pula. Percubaan ini dilihat sebagai suatu usaha membalas dendam terhadap mereka-mereka yang menentangnya juga yang condong kepada Tun Mahathir Mohammad.

Begitulah politik, kalau menentang akan menerima padahnya. Dan Muhyiddin yang mempunyai "Six Sense" ini sudah mula terasa bahangnya.

Apakah apabila Muhyiddin disingkirkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri membenarkan lagi dakwaan bahawa Muhyiddin akan menyertai Pakatan Rakyat dibawah pimpinan sekutunya dahulu Anwar Ibrahim..???

Lu Pikir la...sendiri...

Kita ikuti kenyataan penganalisis politik Safar Jumaat untuk analisis selanjutnya.
Sila Klik

Wallahualam.
Panglima7
Read more...

Oct 23, 2008

Penyakit Tua UMNO Apakah Ada Penawarnya

Assalamualaikum wbr.

Terkedu saya bila membaca pandangan Tun Musa Hitam yang mengatakan " Generasi muda diperlukan untuk membantu pulihkan penyakit tua UMNO yang sudah berusia 61 tahun."

Bolehkah penyakit tua dipulihkan agar tampak seperti muda??? Buah kalau dah kecut atau kerenyut bolehkah dimudakan kembali? Kulit badan kalau dah tua atau berusia bolehkah ditegangkan atau dimudakan kembali??? Mungkin boleh ditegangkan menggunakan botox atau selainnya tetapi tidak dapat disembunyikan dari penyakit nyanyuk.

Nak tahu nyanyuk atau tak nyanyuknya UMNO nie ialah apabila Kerajaan Melaka yang diperintah oleh UMNO memberikan jawatan Datuk Kepada Pelakon Shah Rukh Khan baru-baru ini. Alasan yang diberikan sungguh tidak dapat diterima akal orang-orang muda.

Dan selepas generasi muda mula mempertikaikan alasan nyanyuk ini maka kedengaran pula komen dari seorang yang begitu hebat dari segi fizikal juga pemikirannya sepanjang 24 tahun yang lalu tetapi malangnya kenyataan beliau menampakkan ciri-ciri nyanyuk dek kerana umurnya yang telah menjangkau lewat 70an. Sila klik pandangan beliau.

Apabila sampai umur lanjut, maka penyakit nyanyuk akan datang dengan sendirinya. Makanlah apa jenis ubat dan vitamin pun, ia tetap menyerang juga. Inilah kuasa Allah Taala dalam membezanya antara yang berusia dan juga yang tua.

Don't get me wrong. Bukan niat saya untuk menghina orang tua atau orang yang lebih senior daripada saya mahupun mereka yang digelar warga emas. Saya pun jika panjang umur akan merasai alam ketuaan kerana setiap yang muda akan tua juga akhirnya. Ini fitrah kehidupan di dunia. Di akhirat...manusia tidak akan tua buat selama-lamanya. Mereka Kekal dan abadi dengan usianya.

Fakta yang ingin saya bawakan ialah....penyakit tua yang mewarisi bersamanya nyanyuk memang tiada ubatnya di dunia ini.

Wallahualam.
Read more...

Oct 22, 2008

Akhbar Berita Harian Diberi Kata Dua

Assalamualaikumw Wbr.

Akhbar Berita Harian telah disekat dan ditarik balik kebenarannya dalam membuat liputan sepanjang persidangan DUN Kelantan berlangsung semalam berikutan akhbar itu tidak melapurkan berita sebenar mengenai titah ucapan Sultan Kelantan.

Umum sudah sedia maklum bahawa akhbar ini memang menjadi dalang UMNO & Barisan Nasional dalam memutarbelitkan kenyataan. Akhbar ini juga adalah sekutu rapat dengan TV3. Baru semalam TV3 mengambarkan Sultan Kelantan amat Murka kepada Kerajaan Pas pimpinan TGNA kerana gagal mentadbir Kelantan. Tidak pula akhbar ini menyiarkan yang Sultan Kelantan Murka kepada Kerajaan Persekutuan yang tidak memberikan bantuan sepertimana yang dijanjikan dahulu. Siar separuh sorok separuh.

Penyiaran berita yang sekerat-kerat seperti cut and paste ini amat tidak bermoral, hina, keji dan dungu dan telah diamalkan sejak BN berkuasa. Setengah abad tau. Mana-mana berita yang boleh menguntung UMNO dan Barisan Nasional maka akan diedit dan make up seolah-olah ianya benar-benar dimaksudkan oleh tuan yang empunya diri.

Speaker DUN Kelantan Ustaz Nasharuddin Daud memberi kata dua kepada Akhbar Berita Harian agar menarik balik kenyataan yang tidak benar tersebut atau akhbar tersebut yang akan ditarik balik kebenaran dalam membuat liputan dalam DUN Kelantan. Tindakan tegas speaker amatlah tepat dan disokong.

Kita bukan nak menyekat tugas pemberita. Memang itu tugas pemberita menyiarkan berita sebenar, tetapi apabila sampai kepada pihak atasan, berita itu telah disunting dan diedit agar menguntung kerajaan UMNO & BN.

Malulah pada rakyat asyik nak menipu ajer....sampai bila nak jadi barua UMNO dan BN.
Hinggakan kebebasan Akhbar Perdana Negara jatuh merudum rankingnya ke level 132 dalam dunia. Sila Klik.
Read more...

Oct 21, 2008

Najib Memasang Badan, Mahathir Pula Yang Gian


Najib Mula Memasang Badan Sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam.
Assalamualaikum wbr.

Setelah 5 tahun melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri yang ke 4 pada tahun 2003, Mahathir kembali gian. Apa yang giannya beliau di sini? Giannya Mahathir dalam hal ini ialah suka kepada perbalahan, menguasai dan mendominasikan UMNO mengikut telunjuknya. Walaupun jika Najib menjadi Perdana Menteri yang keenam, suara-suara Mahathir akan berkumandang di telinga menteri-menteri kabinet di bawah seliaan Najib. Seolah-olah Najib menjadi puppet atau boneka Mahathir. Najib adalah seorang yang tidak berjiwa besar dan tidak berani bersuara di hadapan Abdullah, inikan pula dihadapan Mahathir.

Sekarang ini kita telah saksikan bagaimana pertikaman lidah di antara Mahathir dan juga Pak Lah mengenai orang-orang yang perlu berada di dalam kabinet Najib. Belum lagi Najib memerintah, suara-suara Mahathir sudah jelas kedengaran.

Sila klik kenyataan Balas terkini Mahathir terhadap Abdullah.

Secara beransur-ansur pengaruh Pak Lah mulai kendur. Ini dapat dilihat dengan rendahnya sokongan Kahiri Jamaluddin dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Rendahnya sokongan terhadapa Ali Rustam Muhammad taib, juga Azalina Othman. Sedangkan bagi orang-orang Mahathir seperti Najib, Muhyiddin dan Mukhriz, sokongan terhadap mereka adalah diluar jangkaan.

Senario ini mencemaskan Pak Lah dan memaksa beliau menyerang Mahathir secara terbuka tanpa selindung lagi. Perang terbuka Pak Lah ini adalah perang yang terbaik pernah dilakukan sejak beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Tapi serangan balas Pak Lah tidak membawa erti di saat ini, seperti Harimau Kehilangan Gigi kerana Pak Lah sudah mulai kehilangan kuasa dan juga sokongan.

Hanya Anwar sahaja yang dapat menghancurkan cita-cita dan impian Mahathir juga angan-angan Najib, dengan menumbangkan Kerajaan BN dan menubuhkan suatu kerajaan Baru Pakatan Rakyat dalam waktu terdekat ini.

Wallahualam
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara