Bismillahirrahmaanirrohim.
Nasihat ini untuk kita semua.......bukan untuk lembu atau untuk haiwan.
Ceramah-ceramah di Masjid atau di surau juga untuk kita semua.....juga bukan ditujukan pada Lembu, kambing ataupun haiwan.....tetapi untuk kita semua.
Justeru..mana yang terasa.........itu untuk peringatan dan pedoman supaya kita kembali ke jalan yang lurus lagi diredhoiNYA.
yang penting...bersihkan aqidah dahulu.
Jika aqidah tergelincir...solat tonggang tonggek pun tidak membawa apa-apa makna di sisi Allah. Aqidah itu adalah iktiqad atau pegangan kita...yang menentukan iman kita baik atau rosak. Kalau rosak akar sesebuah pokok..maka buahnya pun turut akan rosak dikuti dengan dahan dan ranting dan kemudiannya daun akan kuning dan gugur.
Begitu juga dengan aqidah...nampak baik sembahyang, mengaji al-qurannya......jadi guru al-quran lagi, sedekah dan sebagainya tetapi sayang....aqidahnya rosak.
Tuan puan......hidup ini penuh dengan tipu daya....bukan sahaja dari Jin, Iblis dan syaitan yang sentiasa memalingkan manusia dari jalan TUHANMU...tetapi juga dijadikan syaitan-syaitan dari kalangan manusia yang turut merosakkan iman seseorang itu. Bahkan.......tipu daya dari dari Qarin dalam diri kita sendiri...yang lahir bersama-sama dengan kita semasa Allah mengeluarkan kita dari perut ibu kita. Saya berpesan untuk diri saya dan juga untuk diri tuan puan. Wallahualam.
NERAKA
عَنْ النعمان بْنِ بَشِيْر يَخْطُبُ وَهُوَ يَقُالُ
سَمِعْتُ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَهِ
لَرَجُلٌ تُوضَغُ فِى أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَتَانِ
يَغْلِى مِنْهُمَا دِمَاغُهُ
Dari Nu'man b. Basir, katanya : " Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya seringan-ringan azab penghuni nerana pada hari kiamat
ialah seorang lelaki yang diletakkan dua buah bara di bawah tapak kakinya,
yang mendidih otaknya kerana kepanasan".
Hadis sahih riwayat Muslim
1 comment:
Saya setuju dengan tulisan ini..tapi yna peliknya kenapa ramai orang akan marah jika ustaz2 yang berkuliah kena atas batang hidung..sepatutnya kita baiki dan pikir apa yg dikatakan oleh ustaz2..mana ada kitab mendidik haiwan..
Post a Comment