Bekas Menteri UMNO ini Tidak Tahu Cara Berkomunikasi Dengan Penuh Sopan,Kata Speaker MPR Indonesia
syed-othman.blogspot.
Posted by Syed Othman bin Syed Abdullah
Inilah contoh menteri UMNO yang pencen,Busuk hati tidak kesudahan,mungkin hasrat dihati mau menjadi calon di PRU13.Tidak mustahil tetapi apakah locus standi beliau mengkritik habibie?kerana hasad dengki dan dendam kesumat terhadap Anwar atau kerajaan PR selangor...kewarasan sudah tiada dan ketinggian ilmu serta keperibadian campak ke dalam tong taik demi kepuasan hati mencaci serta menfitnah insan bernama Anwar.
Oleh kerana kebancingan serta kebusukan hawa mulut beliau Kerajaan Indonesia meminta si bancing ini memohon maaf,kata berpatah Melayu "kerana Mulut badan binasa" jadi masalah lagi kebarangkalian hubungan dengan indonesia, kerana mulut beliau ini ayat orang puteh kata, "When the mouth moves faster than the brain"?... jadi kata penulis pulak,well his brain was putting on his butt!!!!
Penulis kesian kat mamak ini dan tidak mempunyai sangkaan buruk terhadapnya kerana lagipun usia dan perjuangan politik beliau sudah berakhir.Usia sebegini beliau sepatuhnya dimaafaatkan untuk melatih generasi yang akan datang dari meroyan sedemikian rupa. Yang sedihnya beliau juga liabiliti buat UMNO.....
abusiraj almuner
Bacalah sepenuhnya artikel dibawah....
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), sebuah badan perundangan Indonesia akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengkritik kenyataan bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin kerana menggelar bekas presiden mereka, B.J. Habibie sebagai “anjing imperialis”.
Perwakilan MPR mengambil sikap tegas di atas kenyataan Zainuddin, yang menambahkan ketegangan di antara kedua-dua negara.
Speaker MPR, Pramono Anung dilaporkan oleh Jakarta Globe hari ini bahawa bekas menteri penerangan itu harus mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan baik dan penuh kesopanan.
Beliau juga memberi amaran kenyataan sedemikian mungkin menjejaskan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta.
“Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, kita membantah kenyataannya.
“Kita berharap tindakan yang tegas perlu diambil kepada beliau, kerana ia datang dari bekas menteri penerangan,” katanya di dalam akhbar berbahasa Inggeris itu.
Zainuddin mengkritik Habibie yang memberi syarahan umum di Universiti Industri Selangor (Unisel) dalam Utusan Malaysia Isnin lalu, dengan memanggilnya sebagai “sombong” dan menyamakan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengakhiri artikel tersebut dengan memanggil mereka “anjing imperialis”.
“Saya tidak boleh bayangkan bagaimana terseksanya penonton [di Unisel] untuk mendengar seorang lelaki yang egonya tinggi, terutamanya selepas dia akhirnya mendapat peluang untuk bercakap di hadapan mereka yang dia anggap sebagai bodoh, selepas sekian lama rakyat Indonesia tidak mahu mendengar atau menghormatinya,” kata Maidin di dalam ruang editorial Utusan, menurut Jakarta Globe.
Pengerusi parti pemerintah Indonesia Parti Demokratik Anas Urbaningrum juga membantah kenyataan Zainuddin.
“Bekas menteri dari Umno itu perlu diajar cara-cara untuk bersopan.
“Dia tidak seharusnya mengheret mantan Presiden Habibie dalam persaingan politik mereka dengan menghinanya. Ini tidak sepatutnya berlaku,” kata Anas lagi.
Beliau juga menyeru pemerintah Indonesia untuk menuntut maaf dari Zainuddin kepada Habibie ke atas penghinaannya, kata akhbar itu lagi.
Selasa lalu, Menteri Luar Marty Natalegawa berkata, Jakarta tidak melayan artikel tersebut dan menganggap itu cuma “perkara remeh”.
Menteri itu dilaporkan berkata bahawa kenyataan Zainuddin adalah “gila”, tetapi tidak berminat untuk membaca artikel tersebut, dengan menambah bahawa kerajaan mempunyai banyak tugas berbanding memberi tumpuan kepada seorang bekas menteri dari Malaysia.
Semalam, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu Zainuddin memohon maaf atas penghinaannya ke atas Habibie dan Anwar, dengan berkata kenyataannya dapat menambah ketegangan Malaysia dan Indonesia.
Kiriman Sahabat
Panglima7
No comments:
Post a Comment