Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Jul 13, 2012

Ceramah Di Masjid, Surau Bukan Untuk Lembu Atau Haiwan.

Bismillahirrahmaanirrohim.
Assalamualaikum Wbr.


Nasihat ini untuk kita semua.......bukan untuk lembu atau untuk haiwan.
Ceramah-ceramah di Masjid atau di surau juga untuk kita semua.....juga bukan ditujukan pada Lembu, kambing ataupun haiwan.....tetapi untuk kita semua.
Justeru..mana yang terasa.........itu untuk peringatan dan pedoman supaya kita kembali ke jalan yang lurus lagi diredhoiNYA.

yang penting...bersihkan aqidah dahulu.
Jika aqidah tergelincir...solat tonggang tonggek pun tidak membawa apa-apa makna di sisi Allah.  Aqidah itu adalah iktiqad atau pegangan kita...yang menentukan iman kita baik atau rosak.  Kalau rosak akar sesebuah pokok..maka buahnya pun turut akan rosak dikuti dengan dahan dan ranting dan kemudiannya daun akan kuning dan gugur.

Begitu juga dengan aqidah...nampak baik sembahyang, mengaji al-qurannya......jadi guru al-quran lagi, sedekah dan sebagainya tetapi sayang....aqidahnya rosak.
 

Tuan puan......hidup ini penuh dengan tipu daya....bukan sahaja dari Jin, Iblis dan syaitan yang sentiasa memalingkan manusia dari jalan TUHANMU...tetapi juga dijadikan syaitan-syaitan dari kalangan manusia yang turut merosakkan iman seseorang itu.  Bahkan.......tipu daya dari dari Qarin dalam diri kita sendiri...yang lahir bersama-sama dengan kita semasa Allah mengeluarkan kita dari perut ibu kita.  Saya berpesan untuk diri saya dan juga untuk diri tuan puan.  Wallahualam.

NERAKA
 عَنْ النعمان بْنِ بَشِيْر يَخْطُبُ وَهُوَ يَقُالُ
سَمِعْتُ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَهِ
لَرَجُلٌ تُوضَغُ فِى أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَتَانِ
يَغْلِى مِنْهُمَا دِمَاغُهُ

 

Dari Nu'man b. Basir, katanya : " Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya seringan-ringan azab penghuni nerana pada hari kiamat
ialah seorang lelaki yang diletakkan dua buah bara di bawah tapak kakinya,
yang mendidih otaknya kerana kepanasan".
Hadis sahih riwayat Muslim

Read more...

Jul 11, 2012

Hasad Dengki, Khianat, Ancam Kesejahteraan Penduduk dan Ummah

Bismillahirrahmaanirrohim

Assalamualaikum Wbr.
Sekarang ini, orang lelaki dah ramai yang suka menghasut dan mengumpat lebih dari perangai orang perempuan.  Apabila lelaki mengumpat dan menghasut, tersangatlah buruk kelakunya.
Panglima berpesan kepada diri Panglima sendiri dan tuan puan....agar meninggalkan perbuatan mengumpat, menghasut samada yang sengaja atau tidak disengajakan.


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.  Manakala menghasut pula ialah mereka-reka cerita keburukan terhadap seseorang. Mengumpat dan menghasut ini seakan adik beradik.  Mula-mula mengumpat ...kemudian ia jadi hasutan.

PERASAAN hasad dengki boleh menyerang sesiapa saja dan penyakit jiwa itu sangat bahaya kerana bukan saja boleh merosakkan keperibadian diri, menyebabkan permusuhan dan boleh mengancam ketenteraman masyarakat. Dengki mendorong seseorang melakukan kemaksiatan seperti mengumpat, menghasut, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain. 
Benarlah ungkapan Imam Ghazali, bahawa hasad dengki akan melahirkan sifat tercela yang lain sehingga sukar diperinci satu persatu. Apabila perasaan dengki menguasai diri, hati tidak reda menerima qada dan qadar Allah Menyebabkan timbul perasaan benci melulu terhadap orang lain, kesempurnaan iman memerlukan seseorng menyayangi saudaranya. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cinta untuk dirinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Penyakit hasad dengki sukar untuk dijauhi selagi mana ada terdetik perasaan tidak puas hati terhadap orang lain. Penyakit itu sebenarnya memberi kesan besar kepada mereka yang dikuasai perasaan dengki, bukan orang yang menjadi mangsa dengki. Bahaya jika dijangkiti rasa dengki ialah perasaan hasil hasutan syaitan itu boleh menghancurkan segala kebaikan yang dilakukan selama ini seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hindarilah dengki kerana dengki itu menghancurkan kebaikan seperti mana api memakan kayu bakar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Sebabnya ialah perasaan dengki membawa si pendengki melakukan perkara jahat seperti memfitnah, menghasut dan memutuskan hubungan orang lain dengan pihak yang di dengki itu. Perbuatan itu hakikatnya hanya merugikan si pendengki. Dengki adalah beban yang berat kerana hati sentiasa dipukul kegelisahan setiap kali melihat orang lain berjaya atau bahagia. Lidah akan menuturkan kata-kata berupa fitnah, cacian dan memperlekeh. Bukan itu saja, jiwa menyala perasaan marah, benci, curiga, kecewa dan kesal. Jiwa semakin terseksa sepanjang masa dan tidak pernah tenang. Inilah hasil daripada penyakit dengki yang membarah dalam hati. Allah berfirman yang bermaksud: “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih.” (Surah Al-Baqarah, ayat 10) Sesungguhnya si pendengki tidak pernah mahu merasai apalagi meraikan kebahagiaan atau kejayaan dikecapi orang lain, tidak ingin memberi senyuman apalagi menghulurkan ucapan tahniah.

Jauh sekali untuk mengeluarkan tenaga membantu atau mendorong saudara lain supaya terus memperoleh kejayaan dalam hidup. Dengan itu, tergambar pada dirinya sedikit demi sedikit menyeleweng daripada watak keislaman seperti melenyapkan nilai agama yang suci pada dirinya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Menjalar kepada kalian penyakit umat (terdahulu), kedengkian dan kebencian. Itulah penyakit yang akan mencukur gondol. Aku tidak mengatakan bahawa penyakit itu mencukur rambut melainkan mencukur agama.” (Hadis riwayat At-Tirmizi) 
 Dengki adalah ciri orang munafik dan digambarkan mereka ini dalam al-Quran kerana sikap suka memperkecilkan niat pihak yang ingin membuat kebaikan. Ketika umat Islam ingin memberi infak dalam jumlah besar, dikatakan mereka riak dan apabila jumlah infak itu kecil, dikatakan Allah tidak memerlukan sumbangan yang kecil. Maka, turunlah firman Allah yang bermaksud: “(Orang munafik itu) iaitu orang yang mencela orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang yang tidak memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekadar kesanggupannya. Maka orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu dan untuk mereka azab yang pedih.” (Surah At-Taubah, ayat 79) 
Oleh itu, umat Islam yang ingin maju dan mendapat keredaan-Nya, haruslah berusaha bersungguh-sungguh menghindari sifat dengki serta menghayati ajaran Islam dengan penuh keimanan.( sumber : Mohd Adid Ab. Rahman, Berita Harian, 06 Julai 2010 )





Panglima7. 
Semoga Allah memberi kesabaran ke atas mereka yang kena umpat dan kena hasut dari tipu daya Manusia, Iblis dan syaitan.

Read more...

Jul 5, 2012

Sudah Mula, Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Kalau aku tak dapat bagi ceramah......tak mengapa,,,,  memadailah asal aku dapat paparkan iklan ini untuk kalian, mendengar dan menonton ceramah Ustaz Azhar Idrus di Astro Oasis bermula kelmarin.

Panglima7
Teringat kata Dr. Hamirdin....."tompang tui"

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara